Ahad, 7 April 2013

RESIPI : PUDING KARAMEL TANPA TELUR


Assalamualaikum korang sume....

ok hari ni aku nak share dengan korang sume macam mane nak buat
PUDING KARAMEL TANPA guna TELUR....
serious SEDAPPPPPP uolllssss....
nak buat dia sangat senang dan mudah....bahan-bahan dia pun tak banyak....and yang paling penting ia CEPAT untuk di sediakan....KURANG dari SATU JAM dah SIAP....

untuk buat puding karamel ni bahan-bahan yang korang perlukan ialah....

- 1 1/2@ 2 senduk gula....(tak perlu banyak, xelok untuk kesihatan...cewahh)
-  sedikit air...lebih kurang 1/2 cawan
yang 2 ni tuk buat gula hangus dia....
okey sekarang bahan tuk puding pulak...
- 1 tin susu cair
-  1/2 tin susu pekat manis
- 3 sudu besar tepun jagung
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu esen vanila (sila guna kan sudu kecil)
- 1 bungkus serbuk agar-agar instant
aku guna serbuka gar-agar yang ni je...:
- 4 cawan air

okey itu je bahan-bahan yang kita perlukan....

so korangdah ade sume bahan-bahan tu dah boleh la buat PUDING CARAMEL ni...

okey jom follow step by step ye....

1) untuk buat sos korang masak gula pasir tadi dalam pan dengan api yang perlahan hingga gula tadi bertukar warna perang...(tak perlu guna minyak ye)
    bila semua gula dah betukar warna perang, korang boleh la masukkan air sedikit demi sedikit kacau rata dan boleh la tutup api tadi...lepas tu boleh
    la tuang larutan gula hangus tadi kedalam bekas yang korang nak isi dengan karamel korang nanti.
2) amik 1 mangkuk sederhana besar,masukkan tepung jagung, tepung kastard dan serbuk agar-agar tadi dan kacau hinggan larut lepas tu boleh la tapis
    dan masukkan kedalam periuk pulak.
3) dengan api yang perlahan, korang kacau la bancuhan tadi hingga mendidih. Dah mendidih, korang masukkan susu cair, susu pekat and esn vanila.
    Korang kacau rata lebih kurang 5 -10 minit dan tutup api.
4) lepas tu tuang kedalam bekas yang korang isi sos gula hangus tadi. Dah sejuk boleh la masuk ke dalam fridge.

  ** sila sabar sedikit untuk menikmati hidangan karamel yang nyummy ni sebab ia sangat sedap bila di makan sejuk-sejuk**

** selamat mencuba**

ni la hasilnya....* warna xberapa cantik sebab cahaya lampu*


Tiada ulasan:

Catat Ulasan