Selasa, 30 April 2013

PTPTN


Assalamualaikum

Dah lunch ke korang??
ok aku yakin kat sini, ramai antara kita yang terikat dengan loan PTPTN
betul tak??
Rasa BURDEN gak nak kuar duit RM 100++, every month nak bayar kan.
Dulu masa every sem, duit masuk je, riang gembira kan...ha sekarang time nak bayar
aduhhhhh....sakittttt....

Yela, adat meminjam,kena la bayar balik...betul tak...??

Dengan kos pentadbiran dia yang terlalu mahal ,
RM 60++,every month...hurm...let say for the 1st year tu...
based on the schedule uolls kena bayar dalam RM 70.00++, so tolak admin fee dia tggl berapa je yang uolls bayar kan sebenarnya untuk hutang uolls...
so bila la nak habis, betul x???
RM 60++ tu before korang apply UJRAH atau aku panggil conventional system..
cekik darah betul...

beza ujrah & conventional system
 bila fikir2 kenapa perlu bayar admin fee yang SANGAT MAHAL & TAK RELEVAN better la aku apply UJRAH, admin fee dia pun murah sikit dari yang sistem terdahulu tu...

kenapa aku kata tak relevan, sebab bagi aku memang tak relevan, dia caj aku every month but statement pun dia tak hantar kat aku...ape la salahnya kalau dia hantar statement tu, tak setiap bulan, once a year pun jadilah. 

so bila dah apply UJRAH, admin fee dia dah murah sikit, dalam RM 20++, tapi bergantung gak pada berapa loan yang korang buat, macam aku RM 26K...nangis ooo nak bayar ni sampai habis...
**PENGSAN SEKEJAP**
time ni baru la terpikir kenapalah aku tak apply JPA dulu

dengan sistem UJRAH, korang akan bayar fix amount every month, tak macam yang conventional, dia akan meningkat tiap2 tahun.
2-3 tahun pertama memang la komitmen bulanan dia murah, but then bila masuk tahun lepas tu, komitmen korang akan bertambah dan lagi lebih dari komitmen bulanan yang UJRAH sistem.

cuma aku rasa bengang, kenapa la dia tak hantar statement yang baru kat aku, berapa bulanan yang aku patut bayar dengan UJRAH sistem ni, pe la salahnya kalau dia hantar tak pun email je...ni tak...aku tak tau berapa aku kena bayar...
ISHHHH TAK PATUT BETULLL

dan aku malas nak kol, sebab lama kot nak tunggu turn...habis la kredit aku....
nak pegi PTPTN pun tade masa dengan rehat yang 1 jam, memang tak sempat kot nak tunggu turn...dah la ramai orang 

kalau duit banyak memang dah buat habis je...dapat diskaun 20%, banyak tu dalam 5K ++ gak....
sape mau sponsor...??
hahaha!!

so korang boleh fikir ye...mana yang korang nak..
UJRAH @ CONVENTIONAL @ TAK BAYAR LANGSUNG & BLACKLIST
those yang nak semak berapa baki pinjaman korang boleh
 KLIK SINI YE

and those yang nak apply UJRAH, tak sure still available ke tak

boleh cek dekat web PTPTN 
untuk kepastian
atau hubungi hotline depa, tapi kena tunggu turn la ye...
SILA SABAR MENANTI okey!!









Khamis, 25 April 2013

Mari Cuci Mata


Assalamualaikum

Lama dah x update blog...
Sangat-sangat la bz dengan keja
sungguh aku tak sabar nak tunggu bila la nak habis
sangat penat 

ok sebab mata-mata gelap mata dan otak yang penat makanya jom le kita cuci-cuci mata jap...

DKNY NY 4661
harga dia RM 500 ++ kot, 
hurm tapi tak berapa berkenan sangat

DKNY NY 4662
harga dia almost RM 1K,
sangat-sangat berkenan...
orang kulit putih, cantik la pakai...
untuk aku yang xberapa nak putih...xsesuai

  
DKNY NY3746
OKEY SERIOUSLY BERKENAN DAN JATUH CINTA!!!
harga dia around RM 700 ++
memang harus kena ade before raya...!!
 
tapi untuk beli yang mahal macam tu kena take time nak kumpul duit,
so kita beli yang murah dulu yang seakan-akan design macam di atas ni 
yang design 3746 tade so amik je la lebih kurang macam 4661
 
tak sama tapi lebih kurang..hehehe
 
jadilah yang ni
 okey harga dia 10x ganda lebih murah dari yang ori tu...so RM 55 je masa aku beli tu...
kalau pandai tawar menawar mesti boleh dapat lagi murah, tapi aku tak pandai bab-bab tawar menawar ni
so sapa-sapa dah jatuh cinta boleh la usha-usha jam ni ye...
 





Isnin, 15 April 2013

Tips untuk menghadiri temuduga


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Memandangkan esok aku akan menghadiri interview so aku nak share dengan uolls pe yang patut korang prepare masa nak hadiri temuduga 

selalunya aku terus TERJAH je untuk interview...tapi ni macam dah lama je aku tak g interview so buat la preparation sikit...(korang nampak tak, usia & pengalaman mematangkan seseorang)

so antara perkara-perkara penting tu :-

SEBELUM HARI INTERVIEW

  • selepas confirm tarikh dan waktu interview (maknanya lepas korang terima panggilan talipon), study la sikit2 tempat yang korang kena pergi nanti, salin la alamat lengkap & no. phone, so tade la kelam kabut korang nak pergi t kan
  • lepas tu korang boleh la study sikit2 pasal background company tu, sape dia nya director, dia nya nature business dia n etc yang related to that company. (Sebab ada company akan tanya ni, ada gak yang tak tanya)
  • masa korang apply kerja tu, so dia akan ade list kan tugas-tugas yang akan korang buat t, so make sure korang study sikit, pe tugas yang korang kena buat jika korang di terima nanti, so bila kena tanya nanti, tade la menggelabah kan....PENTING TU!!
  • and penting gak, korang just get ready dengan pengetahuan am tentang berita-berita yang kira tops masa tu - PENTING...bukan isu hangat tentang gosip ye...:)
  • oh before terlupa, masa korang terima panggilan tu cuba korang tanya lagi sekali pada individu yang membuat panggilan tu, (untuk confirmkan je), dan tunjukkan yang korang bersungguh-sungguh untuk jawatan yang korang pohon tu, apa yang korang perlu bawa nanti,contohnya yang resume dan sijil-sijil tu memang wajib kan, cuma mungkin ada company yang akan mintak yang asal dan yang photostat yang telah di sahkan, gambar ukuran passport, (dari segi pengalaman aku, even tak diterima lagi, dia orang mintak gak, 2 lak tu, cis), salary slip, photostat ic yang telah di sahkan...macam-macam, so kenalah tanya ye...just BE PREPARED okey!!

SEMASA HARI TEMUDUGA 


sumber : google

  • Pastikan korang berpakaian kemas dan sopan ye
  • Sila datang awal dan  PUNCTUAL !!
  • incase korang terlambat / tidak dapat hadir / ingin postpone temuduga tersebut, sila call company tersebut ye, dan seeloknya sila beritahu pada person yang call korang hari tu....jangan korang tak datang korang senyap je tau...tak baik gitu, silap-silap nama korang akan di BLACKLIST nanti...naya je
  • sila bawak stationery korang ye, alat tulis dan kalkulator (kalau jawatan yang di pohon tu berkaitan dengan kerja yang melibatkan angka, macam yang relate dengan akaun)
  • Sila pastikan , perut anda telah di isi ye, jangan nanti dalam bilik intebiu tu perut korang buat dondang sayang lak ye...;)
  • semasa menjawab soalan-soalan intebiu tu, senyum dan tunjukkan diri korang yakin...(even korang tak tahu betul ke tak ape yang korang jawab tu) and pastikan korang pandang muka person yang interview korang tu, let say kalau dia pandang mata korang, korang pandang je mata dia balik (aku penah kena macam ni, sabar je la aku) - dia buat macam tu sebab nak tengok tahap keyakinan diri korang macam mane...
  • dan lepas dah habis intebiu tu jangan lupa ucapkan TERIMA KASIH ye....:)


Addition tips:-

  • untuk korang yang apply jawatan macam audit exect or account exect, just BE PREPARED dengan software akaun yang company tu guna....
  • contohnya :- kalau masa korang nak apply job tu mesti dia nyatakan yang korang perlu mahir/tahu guna software UBS/MYOB and etc sebab MAYBE korang akan kena buat ujian sikit...
  • dulu aku penah kena buat akaun guna UBS lepas dia intebiu aku tu, nasib expert (hahaha - nasib company yang aku keja sekarang ni guna UBS, so aku tahu lah gak even tak prepared dan expect pun dia suh aku buat akaun masa tu just ape yang penting kena tahu what should DEBIT and CREDIT
  • another company, dia suh aku buat PENYATA PENYESUAIAN BANK secara manual, adoi...back to primary secondary school ni , layan je la...

ok korang, rasa-rasanya tu je la yang aku nak share

wish me luck ye...^_~





Ahad, 14 April 2013

NOVEL : TEDUHAN KASIH


Assalamualaikum 

hari ni aku nak share dengan korang semua review aku lepas baca novel

TEDUHAN KASIH

before that jom baca dia punya sinopsis cerita dulu...

sila baca di bawah untuk sinopsis yang lebih jelas

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" - RYZAL

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hati Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." - EHSAN

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

** SINOPSIS TAMAT **

Novel ni mengisahkan bagaimana kehidupan Iffa yang di ceraikan oleh suaminya (Ryzal) ketika dia pregnant sebab Ryzal dah menjalin hubungan dengan kawan baik Iffa sendiri Ayu. Pada Iffa, Ayu memang kawan baik tapi Ayu berkawan sebab tak mau Iffa hidup bahagia. Sebab tu, Ayu menggoda Ryzal.

Selepas di ceraikan, Iffa di halau dari rumah mereka. Dan sebab tiada pilihan lain, Iffa balik ke rumah ibu tirinya. Bermulalah kehidupan Iffa sebagai "orang gaji" di rumah tersebut sehinggalah di saat dia ingin melahirkan. 

Ketika dia ingin melahirkan, tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan, dan disebabkan peristiwa itulah takdir telah menemukan dia dengan Ehsan.
Ehsan yang menghantar dia ke hospital, dan telah meneman dia hingga kedalam bilik bersalin, 
"Suami puan ni?" soal seorang jururawat kepada lelaki tersebut.
"Masuklah boleh beri sokongan pada isteri!"
"Suami kena ada waktu-waktu isteri mahu lahirkan anak. Nanti boleh tahu betapa sukarnya isteri nak melahirkan zuriat. Jadi hargailah isteri sebaik-baiknya," kata jururawat yang kelihatannya sudah berusia.

Kelahiran adam membawa makna pada Iffa, walaupun Adam tidak diterima oleh bapanya sendiri, Ryzal tapi kasih sayang yang di beri Ehsan sudah memadai untuk Adam. Dan Iffa mengambil keputusan untuk menerima lamaran Ehsan.
Bermula episod di mana Ayu sekali lagi ingin merampas kebahagian Iffa, Ayu bertekad pula untuk menggoda Ehsan. 
Yelah, Ehsan mempunyai rupa paras yang menarik dan berjawatan tinggi. Dan Ayu tidak mahu Iffa lebih dari dia. Dia tidak boleh kalah dengan Iffa.
 Nasiblah Ehsan lelaki yang mempunyai pendirian dan tidak seperti Ryzal. Tidak cukup dengan Ayu, kehadiran Nurlisa, bekas kekasih Ehsan juga membuat Iffa mula berbelah bagi untuk teruskan rancangan pernikahannya dengan Ehsan. Ternyata memang jodoh mereka. Akhirnya mereka di satukan.

**End of review **

OST TEDUHAN KASIH 

Overall aku bagi novel ni, 3 bintang je 
SEBAB
bagi aku jalan cerita dia just so-so je...and
dialog-dialog dalam novel ni terlalu formal bagi aku.

Tapi bila aku baca novel ni, memang watak Ehsan tu aku bayangkan ADI PUTRA. Tak tau kenapa, tapi memang automatically aku terbayang ADI PUTRA. Lol.

Kalau uolls nak dapatkan novel ni, boleh p kedai-kedai buku berhampiran dan dapatkan ye.
Sem. Malaysia = RM 22.00
Sabah/Sarawak = RM 25.00


Terima kasih sudi baca entry kali ni!!


Jumaat, 12 April 2013

KETAHUI 'BERAT' BLOG ANDA


Assalamualaikum semua...

Korang-korang ada BLOG?
So sangat kalau nak tau berapa 'Berat' blog korang...agak2 kalau loading lama tu...
memang dah berat dah tu....
ayoyo...
so boleh la cek kat 
berapa dah 'berat' blog korang tu...
so dekat situ korang akan dapat result 
SIZE untuk BLOG korang
LOAD TIME
and
Average speed per KB

...ok selamat mencuba...

Rabu, 10 April 2013

Baby Arrian yang comel


Assalamualaikum semua....

Korang ada akaun KEEK,
so kalau takde boleh la sign up....
hehehe...
boleh tengok short video yang di post oleh ahli-ahli yang dah register

BTW hari ni aku nak share dekat sini, video baby yang comel,
Arian anak Tomok OIM,
SANGAT COMEL OKEY ARRIAN NI
Actually video ni dah cukup famos dah 
LIKES yang dah terkumpul setakat 
10 APRIL 2013, 1.05 pm
12,823 LIKES
banyak kan??
 and become more famous bila baru-baru ni Lisa Surihani 
menyebut perihal video ni masa Anugerah Bintang Popular yang kita semua dah tahu sape pemenang dia kan
tahniah SHAHEIZY SAM and others yang menang
 

aku tak pernah dapat likes yang sebegini banyak dekat FB & INSTAGRAM


tapi Arrian ni memang sangat COMEL pun kan

so jom layan short video Arrian yang comel ni....

 

okey dah tengok kalau suka, play semula ye...=)

 

Ahad, 7 April 2013

CUTE BOOK!!


Assalamualaikum....

ingat tak hari tu, aku ade buat entry mengenai 

so antara buku-buku tu, ade 1 buku tu sangat la comel...

SEBAB DIA  :-

PINK
PICTURE CUTE
AND
IN A BOX

jom layan picture-picture dia dulu

6 mini cute books in a box
fabulous bold and vibrant PINK!

 sesuai untuk KIDS

== > learn the names of items you find everyday from clothes to jewellery and flowers to sweets.
all themed aroun a celebration of YOUR FAVOURITE COLOUR!!

 
CUTE PICTURE!!
PICTURE YANG BERBEZA UNTUK SETIAP PAGE...
NICE BOX
pinky
 ** buku dah cantik & cute, so automatically akan menarik minat kids untuk belajar**

CLEARANCE STOCK BY POPULAR


Assalamualaikum semua....

sekejap je dah hari ahad, esok dah start keja balik kan...
well...kesian hari isnin dah orang asyik bagi gelaran
MONDAY BLUES
 kesian...kesian...kesian...

okey so ape je aktiviti hujung minggu korang...
 ade tak warga-warga seremban yang singgah kat popular terminal one, yela kan depa duk buat jualan clearance stok buku-buku depa...and sangat berbaloi la kan for those yang ade hobi membaca macam aku (sila abaikan ayat poyo ni!!tet!!)

seriously murah, discount up to 90% ( bagi mereka-mereka yang jadi members ye * untuk bukan member boleh dapat discount up to 70%) 

so hari jumaat hari tu sebelum aku balik kampung, aku singgah la kejap, asalnya nak cari novel, atlast aku tak jadi beli novel, sebab novel dia xbuat clearance stock (NO DISCOUNT..:( sedih ), so aku pun cari la buku-buku yang menarik perhatian aku untuk aku beli
(kenapa lah aku tak simpan je duit tu kan - grrrr)

so dengan adenya di situ, maka POPULAR dah berjaya clear kan stock dia sebanyak 3 buah buku...(well done)...,

for kids - learning book
so buku-buku yang kat atas ni la yang aku beli, bagus untuk kanak-kanak ye and also for adults...^_~

kenapa buku macam ni bagus for kids...

inside the book - full of colourful pictures

full with colurful pictures
kalau korang tengok 2 pictures yang kat atas ni...mesti menarik minat kan...
especially kids...
tak pe even dia orang still young, maybe around 2 years and above...tak salah belikan dia orang buku, bagus untuk pupuk minat membaca kanak-kanak tu sendiri....

ye ibu-ibu and bapak-bapak, pupuk minat membaca anak-anak dari kecil

total untuk 3 buku hanya RM 15.10...wow!!
kalau korang tengok resit kat atas ni, average harga buku ni hanya RM 5/book, murah bangat....

okey jom go through 1 by 1 buku tu...

untuk MY ANIMAL PICTURE DICTIONARY,
harga asal RM 14.90 lepas less dapat RM 6.45  :)

Pooh Graduation 
harga asal RM 6.90 after less RM 0.69 (wohoooo - kenapa la novel x bagi less begini)
&
harga asal RM 24.90 lepas less RM 7.95
SANGAT MURAHHHHH!!!
BUKU YANG CERIA, BERWARNA WARNI
SANGAT PUAS HATIIIIII!!!!

**aku tak pasti macam mane sistem dia kira, sebab bila aku kira-kira harga asal dan lepas less memang sangat-sangat banyak less dia, bukan up to 70% - aku bukan members POPULAR, and bila aku tanya cashier tu, dia kata memang sitem dah gitu, so lagi bagus lah kan...**

okey tu je untuk hari ni

bye ...SEE YOU SOON...


RESIPI : PUDING KARAMEL TANPA TELUR


Assalamualaikum korang sume....

ok hari ni aku nak share dengan korang sume macam mane nak buat
PUDING KARAMEL TANPA guna TELUR....
serious SEDAPPPPPP uolllssss....
nak buat dia sangat senang dan mudah....bahan-bahan dia pun tak banyak....and yang paling penting ia CEPAT untuk di sediakan....KURANG dari SATU JAM dah SIAP....

untuk buat puding karamel ni bahan-bahan yang korang perlukan ialah....

- 1 1/2@ 2 senduk gula....(tak perlu banyak, xelok untuk kesihatan...cewahh)
-  sedikit air...lebih kurang 1/2 cawan
yang 2 ni tuk buat gula hangus dia....
okey sekarang bahan tuk puding pulak...
- 1 tin susu cair
-  1/2 tin susu pekat manis
- 3 sudu besar tepun jagung
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu esen vanila (sila guna kan sudu kecil)
- 1 bungkus serbuk agar-agar instant
aku guna serbuka gar-agar yang ni je...:
- 4 cawan air

okey itu je bahan-bahan yang kita perlukan....

so korangdah ade sume bahan-bahan tu dah boleh la buat PUDING CARAMEL ni...

okey jom follow step by step ye....

1) untuk buat sos korang masak gula pasir tadi dalam pan dengan api yang perlahan hingga gula tadi bertukar warna perang...(tak perlu guna minyak ye)
    bila semua gula dah betukar warna perang, korang boleh la masukkan air sedikit demi sedikit kacau rata dan boleh la tutup api tadi...lepas tu boleh
    la tuang larutan gula hangus tadi kedalam bekas yang korang nak isi dengan karamel korang nanti.
2) amik 1 mangkuk sederhana besar,masukkan tepung jagung, tepung kastard dan serbuk agar-agar tadi dan kacau hinggan larut lepas tu boleh la tapis
    dan masukkan kedalam periuk pulak.
3) dengan api yang perlahan, korang kacau la bancuhan tadi hingga mendidih. Dah mendidih, korang masukkan susu cair, susu pekat and esn vanila.
    Korang kacau rata lebih kurang 5 -10 minit dan tutup api.
4) lepas tu tuang kedalam bekas yang korang isi sos gula hangus tadi. Dah sejuk boleh la masuk ke dalam fridge.

  ** sila sabar sedikit untuk menikmati hidangan karamel yang nyummy ni sebab ia sangat sedap bila di makan sejuk-sejuk**

** selamat mencuba**

ni la hasilnya....* warna xberapa cantik sebab cahaya lampu*


Khamis, 4 April 2013

Audit firm dan peak period


Pejam celik pejam celik sekejap je kita dah sampai April 2013.....rasa baru je semalam 01.01.2013....cepat betul masa berlalu....HOW TIME FLIES!!!

Tapi bagi aku, bila masuk je bulan April tiap-tiap tahun (sebenarnya baru 3 tahun) haha....propa lebih ye...mesti aku akan bermonolog
"La da bulan 4 dah, hurm rasa macam baru je habis peak period" =(...

Rasanya setiap audit firm akan ade PEAK PERIOD ni, which is korang kena "BERUMAH TANGGA" di office...:-(....yup...dalam hati...(nasib aku tak kawin lagi- eh apa kena mengena....garu kepala)...untuk firm lain aku tak pasti...tapi firm yang aku jadi kuli sekarang keja sekarang, tempoh bulan April till August tu la waktu-waktu yang KRITIKAL!!!ye tanpa bayaran OT....sob sob sob....PASRAH....dan akan ada kata-kata yang berbisik di telinga aku...
" duhai Fadilah, keja itu satu ibadah, jadi ikhlaskan hatimu"
wah betul-betul ayat pasrah ni....
meja den...ni sofware yang digunakan untuk buat akaun


Tahun ni akan clash dengan bulan RAMADHAN....sama macam tahun lepas...hurm...cuma beza tahun lepas dah penghujung peak period kita baru mula sambut ramadhan...tapi tahun ni...nampaknya....akan lama sikit la ber PEAK PERIOD masa dalam bulan RAMADHAN.....adoi....nampaknya BERBUKA PUASA di opis la ye....sob sob sob.....tak pe la dugaan dan pengalaman mematangkan usia....CEWAH....

Normally masa ni la kami-kami akan di "PAKSA" - suka atau tak, no choice...siapkan report lebih cepat dari biasa untuk elak client-client kena penalty
** i cant imagine if i dalam big 4, lagi dasyat kot**
(kadang-kadang geram gak aku...asal la depa ni hantar dokumen ni lambat)...well what to do...dia orang kan client...
CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT DEAR
^_~

iyakan aje lah labu....
yela dalam negara kita ni kebanyakkan syarikat tempoh kewangan mereka akan berkhir pada December. ...so kena lodge annual return within 6 months from year ended....tak nak lodge tak pe....nanti bayar saja penalty ok....okey tu dah masuk pulak company secretary....kalau nak cerita panjang jela lak t, memang panjang la cite nya nak masukkan bab AGM bagai....kuwang-kuwang, kalau aku rajin nanti aku update pasal tu....

untuk firm aku yang PALING KRITIKAL di kalangan KRITIKAL....antara bulan 5 dengan 6, sebab kena submit form TAX (B and P), before 30 JUNE, dengan nak buat akaun, tax n fill in the form....fuhhhh....hongeh den....tahun ni paling adventure kot sebab ade 2 orang staff dah resign
( tu la boss, sape suh bayar gaji murah, kan depa dah lari g tempat lain) - marah ni....marah ni!!! - -ko pikir bos ko takuta dengan marah kau Fadilah..^_~buang masa aje ko marah senah...

kes form ni pun sama gak, nape lah dia orang suka bagi dokumen last-last minit....
lagi sekali aku PASRAH weh....

calculator is my best 'fren' masa kat opis...huhuhuh

so tahun ni, untuk kali yang ke 4 aku berhadapan dengan PEAK PERIOD ni....and "THE BEST THING is" yang ni paling mencabar, sebab clash dengan RAMADHAN n staff-staff yang dah de pengalaman 2 - 3 tahun dah resign....yang tinggal yang masih freshy n trainees...tu lagi 1 mencabar tu....nak mengajar, kadang-kadang kita ajar lain dia buat lain, memang akan bertukar jadi "HULK" gak la kan....hahahaha...tapi tak pe...kan orang kata kita BELAJAR dari KESILAPAN....

selingan ni...kantoi...hahaha


ok den nak sambung kijo....tata!!