Isnin, 15 Februari 2016

MENCARI SKINCARE BAGUS TUK KULIT KUSAM


Assalamualaikum semua...

Actually sekarang tangah mood nak cari skincare baru ..., sebab rasa macam kulit kusam la...:(
Currently im using bio essence bird nest as cleancer and serum and nite mask from nutox
Both brand bagus cuma i nak tukar sebab kulit nampak kusam

Harap2 ade yang sudi suggest brand apa yang bagus ye :) , but please jgn suggest babies blink, tabita ,dnars , quputeh ... ceq takut nak guna ... hihihi

 Thanks in advance :)

REVIEW NOVEL : TUNDUKKAN PLAYBOY ITU


Assalamualaikum semua :)

Mood masih mood cuti lagi ke, yela lepas dari cuti panjang CNY kan... hehehe my boss bagi extra cuti another 1 day...lagi hooreyyyy la kan ... ehehehe...

Ohhh esok dah episod last drama CINTA SI WEDDING PLANNER kan... hehehe...sapa yang masih tak baca review aku pasal novel tu boleh KLIK SINI , bagi aku versi drama tak berapa nak layan sangat compare dengan novel versi sebab dia banyak ubah ...hurmmm

Ohh lupakan seketika tentang WEDDING PLANNER tu , meh kita fokus dekat pengganti dia...
Biasalah yang hilang tumbuh berganti, betul tak peribahasa aku tu ...adoiii fail betul...

Okay next drama sama jugak adaptasi novel ..hihihi...TUNDUKKAN PLAYBOY ITU menampilkan
si cantik manis Uqasha Senrose yang memegang watak NURIN AREESA dan HAFIDZ ROSHDI sebagai HARRAZ NAUFAL

Well kalau novel karya ANJELL ni memang i suka la kan...memang best cerita dia...cant wait for drama version pulakkkkk !! yeay ... :)

Nora bagi **** 4 bintang .... hihihi

********************************************************************************
Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.
“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL
Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!
“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA
Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.
“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL


Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?
*********************************************************************************

u guys yang nak dapatkan novel ni boleh la p ke bookstore near ur place okay,
SM RM 29 / SS RM 32
i selalu beli dekat popular je boleh dapat discount 10% - 25% , depends on their promotion :)
atau boleh jugak beli dari web www.karyaseni.my okay :) , ade diskaun RM 3 tau atau u guys boleh jugak cari those yang ade jual as prelove items kan , boleh dapat murah lagi ... hehehe :)


p/s : sorry guys tade pic , hehehe malas nak snap ...boleh gitu ...snap boleh cuma malas nak transfer je ... hukhukhuk ...