Selasa, 11 Februari 2014

Jus 5 rasa

Assalamualaikum.....lama betul aku tak update blog....

So hari ni aku free sikit so aku nak share dengan uolls apa jus 5 rasa ni

Actually resipi jus ni aku dapat dari NONA, ala yang mas SoWinci jadi pengacara hari tu
Kan episod hari tu dia ada share tips kecantikan yang dia amalkan...
Sape yang tengok episod tu mesti tau kan...

Nak prepare jus ni uolls kena ada 5 jenis buah yang berbeza tapi 3 jenis buah ni memang wajib ada
- epal (hijau boleh, merah pun boleh)
-orange
-lemon

Add on with 2 jenis buah lain lagi eg : pisang, avacado, delima, honeydew n etc (ikut citarasa masing2 la ye)

So cara dia mudah je, kisar je kesemua 5 jenis buah tadi dengan air @ ais dan kalau suka boleh campur dengan sedikit madu

Tips : kalau tade madu TAK PERLU campur gula ye....hehehe :-)

So inilah hasilnya

Pilihan aku hari ni adalah anggur n delima...sedap bangat....tengok je buih2 di atas tu...cukup menggoda kan n hari ni aku tak guna ais pun,  just guna air dari fridge je

Serious sedap wehhhh....:-)