Khamis, 4 Oktober 2018

REVIEW MOVIE PASKAL THE MOVIE


Assalamualaikum semua and hello :)



Beberapa hari ni macam banyak sangat pulak notification dekat ig aku tu orang duk share cerita paskal...must watch katanya...so i decided nak p tengok gak le...best sangat ke even pelakon2 dia macam tak berapa nak femes kan tapi tak tau la kenapa hati ni macam melonjak2 sangat nak p tengok

Lepas dah habis tengok ni aku rate cerita ni 10/10 tau ...yes memang korang yang tak tengok lagi kena tengok , and worth to watch .. berbaloi and rasa nak p tengok lagi sekali pulak .hehehe

Cerita dia sume ade aksi ade, kelakar ade, sedih ade  ..iolls nangis jugak le dalam panggung tu dah le full house dat time ...hehehe


balik keja 5.30 terus zasss p tgv , beli tiket dulu


redah je walaupun sorang 

Cerita Paskal ni berdasarkan kisah benar dan banyak sangat pengajaran dari cerita ni yang kita boleh dapat. Betul tak tipu memang best sangat . Kira berbaloi la 2 jam korang tu . 

Cumanya yang tak best semalam orang seat belakang tu bawak anak dan menangis pulak budak tu tengah2 cerita tu...maybe budak2 ade yang tak suka bila duduk je macam tu , yang peliknya parents anak nangis takmo pulak bawak anak kuar panggung sekejap kan dah ganggu orang lain. 

So uolls yang tak tengok lagi cepat2 p tengok tau...seyes tak menyesal nanti.






Jumaat, 21 September 2018

REVIEW : NOVEL DAN DRAMA BAHAGIA BUKAN BIDAAN


Assalamualaikum semua 

Lama sangat dah tak update blog ni...bersawang dah dia hehehe

Hari ni nak cecita dengan uolls cerita Bahagia Bukan Bidaan , ala novel yang dah di adaptasikan ke drama tu gandingan hebat Nora Danish and Dato Adi Putra. Well dia orang memang gandingan yang serasi bila pegang watak hero and heroin kan. Setuju tak ?


Pelakon2 lain lagi Wan Sharmila, Mak Wan, Arja Lee, Lisdawaty dan Fauzi Nawawi.

Bagi aku cite ni best , boleh layan la, maybe sebab aku minat ND tu kot..hehe tapi jalan penceritaan dia not bad la, congrats to penulis Hessa Widad. [ Thumb up]

Kisah sepasang suami isteri Azlan dan Hana yang telah berkahwin selama 16 tahun yang telah berpisah kerana Azlan menjalinkan hubungan dengan staff sendiri , Aina lakonan Ika Nabella.

Selepas melafazkan talak, Azlan cuba memujuk Hana untuk rujuk kembali dengan menggunakan anak-anak untuk membuat Hana setuju rujuk.  Dalam masa yang sama Nik Zachary macam dah fall in love dengan Hana ni, love at first sight orang kata. Hehehe. Kalau tengok cerita ni kelakar jugak la tengok watak clumsy Hana ni. Tapi Nora Danish ni memang la comel sangat-sangat . Adoi kenapa comel sangat tak tau la .

Watak Nik pun kelakar , selamba panggil Hana Anje la, paling kelakar waktu dia nyanyi lagu
Abang pilih yang mana
Perawan atau Janda 


Hana pilih yang mana teruna atau duda ???

eh kenapa Duda sape yang duda ?? Jeng jeng jeng.

Wan Sharmila pulak pegang watak Uni , kawan baik Hana, best nya ada kawan macam Uni ni, sanggup tu lempang si Azlan sebab banyak sangat wat kawan dia nangis. Hehehe 

Lisdawati dan Fauzi Nawawi pulak pegang watak Paksu dan Maksu. Arja Lee pegang watak Talha doktor a.k.a sahabat lama yang merawat depresi Hana . Tapi actually Talha ni watak jahat jugak. 

Akhirnya Hana berkahwin dengan Nik tapi ade jugakla macam dugaan yang depa terima but ending dia Happy Ending. mestilah happy ending , nama pun cerita novel ye dak.







Khamis, 5 April 2018

REVIEW MALAYSIA DRUGSTORE PRODUCT : WARDAH


Assalamualaikum semua and hello :)

Korang pernah dengar tak produk Wardah, rangkaian skincare and skincare from negara jiran kita, Indonesia. Produk ni kalau korang nak cari dekat Malaysia ni, ade jual di Watsons tapi tuk Wardah kosmetik tak semua Watsons store ade , sobsobsob

So iolls nak cuba 2 dari rangkaian skincare and 1 dari kosmetik nya.


So korang boleh nampak tak harga dia sangat mampu milik kan uolls .
So iolls memilih untuk mencuba dia punya EXFOLIATING SCRUB and dia punya PERFECT BRIGHT LIGHTENING MOISTURIZER masing2 berharga RM 10.50 untuk 50ml dan RM 12.50 for 20ml. Murah nau kan,

Kalau ikutkan hati nak jugak beli dia punya face wash , tapi mengenangkan baru je beli face wash yang baru last week maka kita tangguhkan je la niat tu.

Dah balik baru nak belek kotak2 dia, baca ingredient dia sume. Ish jangan tiru perangai gini okay, suppose masa nak beli kita belek kotak dia sume, check ingredient, kesesuain kulit n expired date dia.
Untuk exfoliating scrub tu tak disarankan tuk uolls yang ada dry skin, sensitif and acne problem.
Tapi tuk moisturizer tu yes sesuai tuk kesemua jenis kulit.
Aku iolls suka sangat dengan moisturizer tu , best! Yang exfoliating skrub tu just no komen lagi sebab baru pakai sekali . Hehehe





so let's check about the lipmatte pulak.

Seriously i love this lipmatte sangat2 tau . Seyes best! Lasting warna dia and tak melekit pun bila pakai and rasa sangat ringan dekat bibir. Love Love Love!

Actually lama dah nak beli tapi tahankan jugak hati ni sebab masa tu nak beli harga dia dah back to normal RM 32 something then next time tu pergi lagi eh tengok2 dah naik harga pulak. Iolls so frust tau. Hehehe.



korang boleh nampak kan tag price tu RM 40.50. Huhuhu. merenung keluar jendela sekejap time tu. Hahaha .

So tah macam mana tergerak hati pulak nak cek watson estore punya price.


eh kenapa murah! Jauh kot gap dia kan, sebab pernah tanya kat staff watsons tu tu ke harga dia yang RM 40.50 tu, and dia cakap ye tu harga dia. And bila dah tengok kat estore ni hargagitu pergi tanya staff yang lain pulak, sebab iolls  cakap awal2 lak kenapa harga estore ngan store lain, dia cakap maybe dekat estore murah sebab barang lambat sampai nanti. Ayohai.  Tak puas hati jugak, iolls cakap tapi kenapa gap jauh sangat and tunjukkan SC tu baru lah dia tolong cek kan harga dekat cashier since dia orang tade mesinb pengimbas harga tu and yes harga dia RM 27.80 tu BUKAN LAH RM 40.50 tu, and SA tu cakap maybe ada staff yang salah letak price tag tu. Terus dia buang kan price tag tu. Aduhai kekeliruan and Tipah tertipu lak selamani ya.



since tester dia tak banyak so kita calit mana yang ade je la. Nak pilih warna lipstick pun berejam tau duk kat watsons tu, nak beli nya 1 je nak decide nya berejam . Hahaha. Since iollls bukan jenis yang suka warna2 terang , then kita pilih range pink ke nude je la.



ha pilih2 mana yang menarik dibibir. Hehehe , nampak macam kod 11 tu tinggal sikit kan, mesti hot demand tu kan, tapi sebab dia macam nude coklat sangat so iolls tak mau sebab dah ada warna yang gitu.
So selepas penat nak confuse antara kod 9 dan 10, dah yakin sangat2 amik kod 10.sebab bawah cahaya lampu tu macam cantik menarik je warna kod 10 tu , tapi bila dah kuar dari kedai dah takde cahaya lampu ceh, upanya kod 09 tu warna dia lagi cantik kot. Frust lagi salah pilih warna . Hehehe.
Tapi kod 04 and 05 pun cantik jugak rasanya, sebab tade tester so tak boleh nak calit pulak. hehehe



RESIPI KUAH CARBONARA MUDAH DAN SEDAP


Assalamualaikum semua

Hari ni ajet2 rajen and tekak pulak teringin something western yang mudah dan sedap.
Kebetulan baru je tengok ade orang share dia makan carbonara ateeeee leleh air liur teman nengoknya yob ... hehehe

So kita guna jela bahan apa yang ade ye, janji sedap, mudah dan cepat.

Memandangkan iolls peminat makaroni makan iolls memilih makaroni la, dan rebus kan ia sehingga masak.
Tips untuk memasak makaroni adalah sama macam spagethi jugak, tambahkan sedikit minyak masak ketika merebus okay. Rebus hingga masak dan toskan ia. 

Bahan2 tuk kuah carbonara pulak 


1 tin sos karbonara prego , i memilih keju dan herba , nyum . Yang ni uolls boleh pilih ikut cita rasa uolls okay
- 3 keping chesdale
- 1 kotak whipping cream
- 1cawan fresh milk , if u olls nak guna low fat pun boleh , ikut citarasa masing2
- pasta herbs , beli yang dalam bekas tu senang ade basil oregano pasli kot tah le teman tak ingat pulak


- bawang putih and bawang merah yang di potong halus, lebihkan bawang putih pun boleh yang penting sodap!
- sosej and isi ayam yang dikisar ,if uolls nak guna daging pun boleh
nak tambah seafood cendawan butang pun lagi nyummm !


-sedikit lada hitam yang ni korang nak tumbuk yang biji2 tu or guna serbuk dia saja , iolls suka yang kita tumbuk sendiri tu lagi sedap rasa dia compared dengan yang serbuk
kuantiti depend pada tahap kepedasan yang korang nak, since kat umah iolls ade my niece n nephew so i just nak mild pedas 
- olive oil


sume bahan dah ade so let's cook 

- panaskan olive oil and tumiskan bawang putih n merah dan lada hitam yang ditumbuk tadi hingga naik baunya
- masukkan pulak sosej and ayam kisar tadi, kacau hingga sosej dan ayam kisar masak
- tuangkan sos prego dan tunggu hingga mendidih
- masukkan pulak whipping cream dan fresh milk , kacau hingga mendidih
- taburkan dengan pasta herb tadi dan kacau hingga sebati
- masukkan pulak 3 keping chesdale dan kacau hingga chesdale tadi cair dan sebati dengan kuah
- taburkan lagi dengan pasta herbs tadi, ikut uolls kalau suka banyak taburlah banyak
kalau tak sikit pun boleh
- tunggu hingga mendidih dan boleh dihidang. Siap untuk di makan.

** Note tak perlu buh garam pun sedap kuah prego tu dah cukup rasa masin dia **


siap dah makaroni cabonara i ... resipi campak2 je yang penting hasil dia ada rasa carbonara 
hahaha tak gitu 
Nampak creamy sangat kan , sesuai lah tuk penggemar cheese macam iools ni
yang penting sedap!


Rabu, 28 Februari 2018

LIPMATTE BEST FROM WARDAH


Assalamualaikum semua and welcome March 2018

Alhamdulillah, dah melambai2 ke bulan ke 3 di tahun 2018 dah kita.

Sekarang macam hangat sangat dengan kisah Neelofa yang buat pelancaran tudung dia dekat Zouk 
tu kan,  i tak nak komen pe2, biarlah isu itu hehehe

Tak lupa jugak, tahniah tuk Nora Danish dan husband yang baru dapat baby boy 
So comel Ney Ney :)

Ok la back to my tajuk entry hehehe, pasal lipmatte 
Yesssss i'm addicted with lipstick, lipmatte 
ohhhh susahnya nak control diri 

Yess kebetulan opis berdekatan dengan Watsons, memang boleh kata hari2 jugakla time lunch hour menyinggah ke Watson 
suka try n error those products 
especially my favvvvvo

Hari tu saja pulak nak jengah ke kaunter Wardah, n harus cuba la lipmatte dia
Lepas 1st time try ohhh myyyy terus jatuh hati jatuh cinta dengan produk dia
Seyes best
Tapi yang tak bestnya masa cuba tu sales on dat product dah habis!!
Ruginya, kenapa tak grab during sales kan
sob sob sob


Harga tak sales, RM 32, during sales harga dia dalam RM 24 je hari tu
Rugi kan tak grab during sales!



ala guys soryy xde pic yang dekat pulakssss
my bad

But so far this is da best lipmatte yang i pernah try
serious best 
betul tak tipu hehehe 

Kenapa i cakap dia best sebab
Tekstur dia sangat ringan sebab bila u apply on ur lip,
 u tak rasa pun macam u ade pakai something 
Tak melekit 
Yang bestnya bila minum tak tinggalkan kesan pun dekat cawan kita 
Lasting

Best kan 

Aduh hopefully Watsons buat la sales tuk wardah lipmatte ni nanti
hurmmmmm 

Okay produk wardah korang boleh dapat dekat Watson je ye
Tapi tak sume Watson ade range tuk Wardah kosmetik
or boleh jugak beli online 

Okay selamat mencuba 








Selasa, 27 Februari 2018

CARA MUDAH UNTUK HILANGKAN CALAR PADA KERETA


Assalamualaikum semua ...

Kejadian, Isnin, pagi around 8.30 lokasi garaj kereta 


Biasala pagi isnin yang kalut, tak kira berapa awal pun kau bangun and yes, still lambat lagi sampai office ....sob sob sob

Dengan waktu nak cepat tu la kejadian yang tak di ingini berlaku, yessss zaaaasss dalam sekelip mata kereta kau bercalar gitu seolah2 kau baru je wat peraduan gores dan menang 
dan kau kalah dengan peraduan tu dan terus meninggalkan parut dalam hati kau!

Memang tak keruan la hati ni bila tengok ade segaris calar tu dekat body kereta
umpama di tusuk sembilu tajam gitu 


so bila dah nampak camni memang hati ni duk teringat kat kereta je la, cam ne nak wat nak hilangkan calar tu either gi wat polish or cat baru 
huhuhu

so lepas google ade yang cakap boleh buat sendiri, so why not kita cuba


caranya mudah je, cari yang macam gambar kat atas ni, yang ni iolls beli dekat MR DIY je, harga dalam RM 15.50 macam tu 

Then nak guna dia, boleh ikut steps yang dia ajar dekat belakang botol tu
or
Basuh tempat yang korang nak hilangkan calar tu and lap kering
Then goncang botol tu dulu
Then boleh tuang liquid tu dekat span yang dia sediakan dalam cover penutup dia
The gosok la secara bulatan dekat calar tu

p/s:- untuk calar yang so so tu boleh la korang gosok manja je
tuk calar yang degil tu memang sehabis tenaga kena guna tuk hilangkan calar
And please note bukan sekadar sepintas lalu je ye,
Iolls pun lebih kurang 40 minit jugakla gosok jangan tak gosok
huhuhu memang bagus tuk build muscle 



Selepas 40 minit membina muscle, back to normal and kembali senyummmmm 

Ok guys, boleh cuba cara ni dulu before hantar gi kedai tuk polish , jimat k!



Isnin, 12 Februari 2018

GUARDIAN HAUL 2018


Assalamualaikum semua  and hello

Wah cepat betul masa berlalu kan , sekejapan dah february 2018! Rasa macam baru je 01.01.2018.
Betul la kan demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

So last weekend Guardian ade wat sales on their cosmetic products. Wow sangat uolls! Biasale perempuan haruslah teruja dengan sales kan, nak2 bila sales on makeup stuff. Lagi la banyak sangat tanduk2 yang tumbuh . Hihihi.


Actually aku tau ade sales dekat guardian ni, Khamis malam tu, tengah skroll FB tengok ade orang share post ni, uhhhh...terus berperang dengan perasaan sendiri, tahan diri atau serah diri kat guardian hehehe

So awal2 memang nak tahan diri, tapi balik keja jumaat tu, odw balik kampung terus singgah jap nak serah diri dekat guardian, tapi small guardian je la , hehehe , sebab masa tengah drive tu dah fikir
" oh guardian ni yang small branch je so mesti tak ramai orang" , lepas je parking terus excited masuk dalam guardian terus, ohhh mmmyyyyy ramainya orang and tetttt i was wrong bila i assume tak ramai orang tu ...huhu, pada awalnya estimate within 15 minutes je terus jadi sejam duk dalam tu.

Dekat cashier pun ramai orang yang tengah q nak bayar. Dekat makeup partition pun toksah cakap la, ramai uolls, sampai susah nak pilih, sebab space dia pun bukan besar sangat and ramai yang tertumpu kat situ..aduhai memang ikutkan hati nak surrender je tapi bila pikir ala alang2 dah sampai ni sabar kejap la. hehehe .

So after sejam 'bertapa' dalam guardian, agak2 dah puas hati, rasa cukuplah ni, so boleh la p bayaq . hehehe



 Eyeliner, primer, concealer , lipstick tu jela yang 50%, loreal clay masak tu RM 29 something je and Loreal tu siconet tu freegift ..hukhuk..

Memang malas lak nak beli foundation or any bedak sebab foundation still ade lagi, loose powder pun ade lagi so lek lek peace lu. hihihi.

Eyeliner maybelline tu RM 21 something je, murah sangat harus grab la sebab memang aku suka dengan eyeliner ni, result dia memang tip top. Eyeliner silkygirl tu pun best, yang tu roll punya and ya it's also my fav! In2It tu baru nak cuba , hehehe actually cari brand essence tapi takde lak masa tu so amik je la In2It ni, dengan harga 50% less ni tak salah pun nak try n error kan.

So tuk primer amik brand Catrice, baru nak cuba brand ni, sebab ramai share result gempak guna brand ni. So again, tak salah pun nak try and error kan. Primer ni penting tau uolls tuk make up kita lasting , so kena apply primer okay! Currently aku guna makeup primer dari hourglass, best, tekstur dia sangat light and cepat meresap, nanti kalau rajin aku share pulak result primer catrice ni. Sebab primer hourglass tu still ader lagi, so kita habiskan satu satu dulu k. So boleh la tau nanti result drugstore VS sephora .

Concealer tu tak penah try lagi, tapi ramai gak share best so i just grab it, Actually nak amik concealer catrice gak yang colour oren tu, tak de lak time tu, dah habis kot, so kita amik mana yang ade je la ye tak...Aku baru je beli concealer last 2 weeks, than aku lupa aku letak mana...hukhuk.
Concealerni penting nak tutup kita nya dark spot tu and also kita nya eyebag yang berbag2 tu ..hihih

Than , awal2 mindset dah setting tak mau beli any lipstick or lipmatte lagi sebab yang ade pun tak berpakai, tapi biasalah dah namanya perempuan, memang susah la nak ikut apa yang dah di set tu kan. Hahaha , so i just amik je la sebatang lipstick sebab apa ? sebab apa tu yang decide nak amik tu.



Sebab cover lipstick ni omey angat..siap berukir2 gitu ha, maun aku tak tergoda nengok nya, hihihi
Tak pela amik je la seketul buat collection. Warna pun cantik.

And last but not least beli loreal clay mask tu, sebab yup again ramai kata bagus mask ni, so why not cuba kan, and harga junam banyak oooo ... so grab aje la.


so total saving hari tu almost 100 gak la, berbaloi ke idokkk...hehehe
So boleh dah balik umah dengan hati girang ...hukhukhuk










Khamis, 18 Januari 2018

MY DRUGSTORE SKINCARE ROUTINE


Assalamualaikum semua


Hari ni nak share dengan uolls my drugstore skincare routine. Yes i choose drugstore instead of produk timbang kilo ! Say no to produk timbang kilo !! Nnati yang kaya yang konon2 acah founder tu kita pulak yang sengsara !!

Okay my morning routine 
Bangun pagi gosok gigi minum kopi ... lalala
Pagi2 iolls cuci muka dengan face wash Hada Labo 
Yes after a week plus guna this face wash terus ku jatuh cinta tau 
Sangar best tuk menyahkan kedegilan whitehead and my blackhead even not all but yes berkurang!
saya suka sya suka 


okay iolls guna yang ni tau memang bagus for those yang ade masalah blackhead and whitehead


kalau uolls nak cari , cari yang ade sarung gini tau so bila dah tanggalkan sarung dia dapatlah gambar macam kat atas


yang ni iolls beli kat Watsons, time tu ade promotion so harga dalam RM 23 camtu , normal price dalam RM 28 

before guna yang ni, iolls guna Pink by Pure Beauty


after almost finish this tube  i cant see any improvement on my skin so i decide to stop this 
harga yang ni dalam RM 33 - RM 35 
tapi yang ni boleh dapat dekat watsons je tau.


then for skrub pulak i akan skrub muka 3 kali seminggu
currently im using 3 types of skrub tapi yang i suka cuma dua je hehehe



sangat best , bau pun wangi je heheh



yang ni pun best

both scrub ni harga below than RM 20, i beli dekat watsons

green tea tekstur

apricot teksture

Kalau uolls notice both ade tekstur yang berbeza which is green tea dia lagi halus compared dengan aprikot

so the third scrub yang i guna yang ni


yang ni yang beli dekat hermo, tah la masa beli tu ramai je bagi good feedback tapi i xsuka sebab rasa panas bila pakai , mayb tak xsesuai dengan my skin kan


bau dia pun i tak suka , hehehe , harga tak ingat la pulak , sorry guys. =(


Next is toner, for toner i choose rose water .
Sangat best and make my skin rasa fresh!
Rose water yang i guna dari mustika ratu
i pilih white rose, harga RM 8 je .




Then after dah dap dap kan muka dengan white rose water , i akan sapu kan  serum pulak 

rose gold serum from bio-essence

i penah cita pasal ROSE GOLD WATER ni , sangat best and fresh je muka . Sekarang dia dah buat packaging baru dekat botol dia, so yang empty botol tu yang lama punya, yang still ada isi tu yang baru. I dah guna masuk botol ke 3 dah sekarang, best ke best tu, sebab i bukan jenis yang setia pada brand, suka cuba produk yang laen but this one sampai takut nak cuba brand laen sebab takut tak sebest this one!
Tapi yang ni i beli yang small botol je , harga dalam belas belas je camtu dekat watsons untuk 30 ml.
Berbaloi-baloi!!

Before ni aku guna nutox and nano white 
Tapi after dah habis 1 botol macam takde perubahan pong!
so kita tukar...kita tukar.

Lepas tu i sapu pulak krim siang or moisturizer.

botol tu comot sebab maskara i tak tutup rapat ! =(

Okay untuk day cream, i guna brand Good Virtues Co. , siap ade SPF 30 PA+++ lagi tau . Memang bagus day cream tu, melindungi muka kita dari sinar matahari. hehehe
Harga dalam sembilan belas something dekat Watsons.

TIPS : Korang kalau nak put some make on ur face harus pakai moisturizer tau sebab kalau dalam jangka panjang boleh buat muka rosak if tak pakai.
Okay next pulak i apply SUNBLOCK pulak

from pure beauty




Sunblock pilihan i yang free from paraben, lanolin and alcohol.
Penting tau yang free alcohol ni sebab boleh elak muka uolls jadi kusam in long term nanti.
Yang ni harga dalam RM 52 dekat watsons, yes produk pure beauty memang ade kat watsons je uolls
Yang best pasai sunblock ni sebab dia tak sticky pun n cepat meresap dengan kulit kita

And hari tu aku saja usha-usha Watsons then jumpa lagi 1 brand yang free from alcohol yang tu dalam RM 30 je.

Then after dah complete sume baru start make up, primer, foundation, loose powder n etc ...


For nite routine pulak 


I akan apply gel pengelupasan ni 3x seminggu, sama macam scrub 3x seminggu
Yang ni tuk buang sel2 kulit mati kalau ikut SA tu la
harga dalam belas-belas je yang ni

Then aku cuci muka , dap dap kan rose water and apply serum 

Lepas tu i akan apply pudding cream pulak 


pudding cream by pure beauty ni memang da best da bomb. sangat best uolls boleh 
baca sini sebab i penah review pasal produk best ni 

Or sometimes i akan pakai masak dari NARUKO


seyes mask ni best, fav color iolls 3 warna
merah, pink and hijau 
hehehe

but sometimes akan ada hari malas sedunia iolls
so lepas cuci muka iolls akan spray bio essence miracle bio water 


alamak harga dah tak ingat berapa, tapi sekarang dah ade yang baru siap yang ade spf tu tau 

then untuk bibir iolls akan sapu vaseline je sebab duduk dalam ekon kan so agak kering jugak le


selaen bibir boleh jugak apply vaseline ni dekat parut2 luka, parut2 jerawat , and gantikan sebagai moisturizer pun boleh tau 
untuk small size ni RM 5 je dekat watsons

Alhamdulillah muka iolls takde problem jerawat cuma sometimes dia akan ting!muncul 
so tuk kecutkan jerawat iolls akan sapu clear solution acne gel dari simplysiti 
harga yang ni RM 10 something



and last but not least iolls akan guna aloe vera gel ni tuk pengganti losyen 


Boleh beli dekat guardian harga dalam 10 something je 


So uolls boleh le share dengan iolls skincare korang pulak k =)