Rabu, 20 Disember 2017

CARA UNTUK PILIH SUNBLOCK YANG BAGUS UNTUK KULIT


Assalamualaikum semua ....


Korang sume ade pakai sunblock tak untuk protect kulit korang especially tang muka tu ... 
Aku ? Dah masuk 3 series ni baru nak cari and guna dalam daily life aku ... ish ish ish 
Please jangan tiru cara saya ni ... hehehe

Well before ni baru la terfikir nak pakai konon2 nak jaga sume la kan..ecececece
Macam mana aku boleh tergerak hati nak apply sunblock , sumanya gara2 kuasa socmed, hehehe
Nak di jadikan cerita, aku ade join group The Power Of Makeup dalam facebook, well group tu sangat banyak tips berguna tau, tiap hari mesti nak usha je , tapi ade jugak la part seller jual produk depa, yang tu aku skroll laju je dengan hashtang , #taksukasilaskrolllajulaju :p lol.

Ade satu post tu yang share pasal pentingnya pemakaian sunblock ni, yes, aku haruslah baca sebab aku memang dah lama nak guna just tak tau nak pilih since hari tu aku ada nampak sis ni share tips dia, yang dia just apply sunblock je kat muka, no bedak, no foundation tapi kulit dia flawless kot ... sob sob sob..i is ...aku kena cuba ... hahaha

Okay jom cerita cara-cara nak pilih sunblock ni...selaen dari spf tu, kita kena pilih jugak yang bebas dari alkohol , paraben tu tau...kenapa gitu ?

Okay spf , menunjukkan lama mana dia bertahan 
bebas alkohol sebab kalau ade contain alkohol dia akan nampak kulit ko kusam nanti in long term 
paraben ... yes , sume dah tau kan ...nak beli any kosmetik elakkan yang ade paraben..which is not good for our skin actually .

So hari tu aku g WATSONS, dengan bantuan staff situ dia advice aku sikit2, so dia suggest aku guna brand PURE BEAUTY ni, sebab bebas alkohol, bebas paraben sume  , ni je brand yang xde alkohol masa tu , sebab brand laen rata2 ade alkohol, pangkah siap2 tau .






before beli kena baca dulu ingredient dia tau make sure xde alkohol n etc
jadilah pengguna yang bijak hehehe





Apa yang best, dia takl sticky pun, tu paling penting kita nak pakai pun macam selesa je 
so aku harap perkongsian ni dapat bantu korang la ye .... hehehe 
Oh lupa nak bagi tau harga, RM 52 tak silap aku beli hari tu...maybe kalau ade diskaun murah lagi sikit kan .




Isnin, 11 Disember 2017

BERHADAPAN DENGAN PENYEWA YANG TAK BAYAR SEWA - PART II


Assalamualaikum semua ...


Ingat tak hari tu aku ade post pasal housemate aku yang lari tinggalkan rumah then tak bayar sewa bilik tu , actually due untuk dia bayar tu 04.11.2017 and till now 11.12.2017 she still tak bayar lagi, lepas janji demi janji konon 06.11 nak bayar then hujung bulan pulak nak bayar, but still tak bayar jugak sampai la ni.


Lari tinggalkan rumah waktu tengah2 malam waktu orang dah tido..hahaha nampak sangat kan memang lari tak mau bayar, masalahnya lari tinggalkan barang2 lagi dalam bilik dia, bukan barang2 je, sampah sarap pun dia tinggalkan jugak dalam tu, tak masuk lagi kat dapur n toilet, boleh pulak dia tinggalkan botol2 kosong syampu , shower gel, kotak colgate, plastik berus gigi sume tu dalam toilet, ish ish ish, dah le tak bayar sewa, tinggalkan bilik dengan penuh sampah sarap n dapur serta toilet dengan sampah2 dia tu, ish ish ish, memang tahap pemalas dan pengotor kan perempuan gini.


tekejut gegurl tau masuk bilik dia tengok sampah selonggok gitu di penjuru bilik dia...terus xjadi nak kemas, upah je kat orang untuk kemaskan





Hurm , ni tahap pemalas and pengotor kan, dah la menyusahkan orang sebab tak bayar sewa, n menyusahkan orang jugak sebab nak kemas kemaskan barang2 dia and bersihkan sampah sarap dia ni, geram tak geram aku nengok peel dia. Dah la geram dia tak bayar sewa, tinggalkan bilik dengan keadaan macam ni bertambah geram bila dia tak mau reply text aku, bak lagu hakim rusli tu tergantung sepi ...hahaha 

Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku pampangkan muka dia kat sini, nama dia, alamat dia , phone number dia untuk orang2 lain berjaga2 jangan la amik manusia segini menyewa sekali, menyusahkan tau tak ... kita pun stress menengok peel dia .

Ikutkan hati aku ni, aku nak je buang sume barang2 dia tu, tapi atas nasihat kawan2 aku, lodge a police report for cover myself, means any damage or lost dekat barang2 dia, dia tak leh nak dakwa dakwi aku and housemate yang laen sebab kecuaian dia la tinggalkan barang gitu kan. So aku dah pun buat police report. Ikutkan hati malas pulak nak wat report bukan kes besar mana pun, just orang tak bayar sewa n hilangkan diri tu je, tapi orang jahat macam ni bukan leh caya, kang sependa dia hilang pun dia cakap aku yang amik...hahaha :p

Ade yang cadangkan untuk jual barang2 dia untuk cover balik kos sewa, utilities dia, tapi tak boleh simply lak buat gitu sebab ade yang kata kena dapat court order dulu baru leh wat gitu...ade tak yang tau proses tu macam mana..boleh la share dengan aku.

Bagi aku, si N ni memang sangat kuang ajar sebab sangat menyusahkan, oh ya, nama dia bermula dengan huruf N , so aku gelarkan dia N la ye, suppose datang rumah tu dengan cara baek, kuar pun dengan cara baek jugak la kan...stress wey lagi stress aku text dia dia tak reti nak reply, maybe dia buta huruf barangkali ye... :p