Rabu, 31 Mei 2017

DRAMA : ANDAINYA TAKDIR

Assalamualaikum semua :) 

Korang dah siap masak ke tu tuk berbuke karang ... menu apa je hari ni ? hehehe
sabar k, ade lebih kurang sejam lagi sebelum azan maghrib :) Alhamdulillah .

Petang semalam ade la aku tertengok dekat youtube cerita Andainya Takdir episod satu, eh macam syok je, macam best je cite tu lakonan shukri yahya, nina iskandar and adik Balqis.


Memang boleh layan la cite ni, best and banyak pengajaran. Cerita ni mengisahkan watak shukri yahya ni dan berkahwin dengan si Tehah, lakonan si cantik manis Nina Iskandar. Sikap cemburu buta dan panas baran si suami hingga mendera si isteri. hurm sob sob sob. Yang paling best cite ni, watak shiela mambo yang melakonkon watak sebagai emak Shukri Yahya yang duduk di kampung asik nya menjaja kisah orang sana sini, umpat sana sini, anak dia je la baiknya, anak orang lain semua tak betul, semua jahat, orang panggil peel makcik2 kepochi ..hihihi ...

So korang kalau nak tau apa kesudahan cerita ni boleh le tengok ye setiap Isnin sampai Khamis, 10pm :)





Selasa, 30 Mei 2017

PANDUAN SOLAT SUNAT DHUHA DAN DOA DHUHA

Assalamualaikum semua dan salam Ramadhan :)
Alhamdulillah, hari ke 4 today :)

Hari ni saje je nak share ngan uolls tentang solat Dhuha , waktu Dhuha di lakukan pada waktu matahari naik hingga la matahari telah berada betul2 di tengah langit, lebih kurang dalam pukul 8 sampai lah menjelang zohor, selalunya elok di lakukan dalam pertengahan, pukul 10 pagi sampai 12 tengahari macam tu :)

Solat Dhuha boleh di lakukan dengan dua rakaat sahaja dan di ulangi hingga 6 kali solat ,

" Aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala"
Bacaan dalam solat sunat Dhuha adalah surah Al-Fatihah dan di ikuti sebarang surah. Sebaiknya pada rakaat pertama surah al-Shams dan rakaat kedua pulak surah ad-Dhuha .

Dan doa untuk usai solat pulak








Isnin, 29 Mei 2017

SALAM RAMADHAN :)

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah sekarang dah hari ke 3 kita berpuasa untuk tahun ni kan.

So macam mana korang hari ke 3 ni, dah heksaited ke nak beraya , baju raya, kasut raya, beg raya...hehehe ... aku ? ala dah tua2 ni kurang dah heksaited kan...ala kadar je , plus taun ni cuti raya tak lama macam taun2 sebelum ni ... sob sob sob ...i is sedih okay .

During fasting month ni la kita nak tingkatkan idadah kita kan, perbanyakkan membaca al-quran, solat sunat, bersedekah, kurangkan pembaziran, especially masa kita p bazar tu kan...memang la time tu nampak semuanya sedap, semuanya lazat dan menyelerakan...hehehe so pandai2 la ye, nama pun menahan diri kan...Harap2nya iabdah2 yang kita buat ni berterusan la ye dan istiqamah ...

Korang ade ke plan2 nak p berbuka puasa kat tempat2 yang tawarkan bufet tu, normally di hotel2 tu la kan, yang dewasa almost RM 1XX .XX tu, ish bagi aku tu la pembaziran yang paling nyata, apa kata kita start boikot benda ni, so bila kurangnya permintaan so depa akan kurangkan penawaran ... wah teori ekonomi sgt aku ni ...hehehe 





Isnin, 22 Mei 2017

NOVEL : HERO SEORANG CINDERELLA

Assalamualaikum semua :)

Diam tak diam 4 hari lagi kita dah nak sambut Ramdhan semula kan, alhamdulillah :) 
Harap2nya semua dah habislah ye ganti puasa yang taun lepas punya :) 

So korang sume dah boleh move on belum dengan fenomena SHMP , harap2 dah la ye, hehehe
Dah berganti2 drama dah pun kan, tak kan xleh nak move on lagi , hehehe, so malam ni kita boleh layan drama terbaru lakonan Fatah Amin and Fazura, Hero Seorang Cinderella, okay kalau korang jenis tak tak sabar nak tau story line dia boleh la cepat2 g kat mane2 bookstore tuk beli novel ni, and novel ni pulak karya dari Anjell, well aku memang suka gak dengan karya dari penulis ni start dari novel EKSPERIMEN CINTA  dulu :)



sinopsis 


Agak2 nanti ade fenomena macam LOFATAH hari tu tak , yela sekarang kan nama Fatah Amin memang tengah naik kan, hehehe teringat pulak dulu masa dia berlakan cerita PISA , tapi memang banyakla improvement dari dia kan ...



p/s : sukanya tengok Faz ni, cantik nauuuu kan



Isnin, 8 Mei 2017

DRAMA : MENANTI FEBRUARI

Assalamualaikum semua ....

Sekarang ni, mengantuk macam mana la mata aku, aku tahan kan jugak sebab apa ?? Sebab nak nengok cita MENANTI FEBRUARI lakonan Fathia Latiff, Afiq Muiz and Zul Ariffin. Untuk episod2 yang minggu pertama tu aku tak nengok pun sebab iolls bukan peminat si Zul Ariffin tu, hahaha ade dia kiesah ko minat dia ke tak,,ye dak ?? Tah macam mana sehari tu leh tertengok, makanya jadila peminat setia drama tu kan...bukan peminat setia Zul Ariffin tu hokeyyyy ;p

Tapi kalau nak cakap Fathia tu, memang aku suke gak la tengok dia belakon, cantik pun ye , suka tul nengok dagu dia tu ...alahaiiii menawan wey.

Dalam cite ni paling geram dengan watak si Arie tu, terlampau workaholic sampaikan wife nak bersalin pun dia sibuk keja lagi....huhhh!!...rasa nak masuk dalam tv tu bagi penampa laju2 je kan .... geram!

Jom baca sinapsis dia dulu

Menanti Februari mengisahkan tiga rakan karib iaitu Arie (Zul Ariffin), Fiza (Fathia Latiff) dan Edi (Afiq Muiz).
Arie dan Edi bersama-sama menaruh hati terhadap Fiza. Atas ketentuan jodoh, Fiza berkahwin dengan Arie menyebabkan Edi memendam rasa.
Namun, kebahagiaan yang diharapkan Fiza tidak kesampaian apabila Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehingga mengabaikan perasaan Fiza.
Bagaikan satu kebetulan, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku dalam bulan yang sama iaitu Februari. Bagaimanapun takdir penentu segalanya apabila Arie hilang dalam satu kemalangan di laut dan dikhuatiri sudah meninggal dunia.
Sepanjang ‘kehilangan’ Arie itu, Fiza dan Edi menjadi semakin rapat hingga mereka disatukan sebagai suami isteri.
Namun, kebahagiaan yang dikecapi Fiza dan Edi tidak lama apabila tiba-tiba Arie ditemui selamat. Namun, dia terpaksa menghadapi situasi yang Fiza sudah berkahwin dengan Edi.
Bagaimanapun, Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana dia ingin menebus semula segala kesalahannya terhadap Fiza.
Tak sabar pulak nak tunggu last episod malam ni, agak2 siapa yang Fiza pilih, Arie atau Edie,, harap2 Fiza buat la pilihan yang bijak kan ...hehehe...ala cerita je pung :)










Ahad, 30 April 2017

Resipi : Bubur jagung cha cha and sago

Assalamualaikum semua ....

Cuti2 ni rajen pulak nak wat menu tuk tea time yang acah2 fefeeling rajeen kan...ececece...
Lama dah teringin nak makan bubur jagung ni..so jom le kita sama2 ke dapur dan bertukar jadi chef tuk dapur sendiri ... hihihi

Bahan2 dia
Jagung ayam brand 2 tin
Santan kotak kecil 1 kotak
Cha cha 1/2 cawan ( ikut suka, nak lebih pun boleh jugak)
Sago 1/2 cawan ( ikut le nak banyak pun boleh)
Gula melaka 2 sudu besar
Gula pasir 5 sudu besar, yang ni nanti ikut uolls sebenarnya kalau suka manis lebih le sikit kalau tak suka manis, kurangkan le..seeloknya lebihkan manis pada senyuman je...ciaciacia
Garam secubit
2 helai daun pandan di simpul

Cara2:-
Didihkan air dan masuk cha cha hingga masak , angkat dan toskan
Sago pun wat cara seperti cha cha okay
Lepas tu korang satu kan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan masak dengan api sederhana hingga mendidih santan tadi, kacau tau jangan tak kacau lak nanti santan pecah tak cantik lepas tu masuk kan air dalam 2 cawan mac tu tunggu hingga didih lepas tu masukkan pulak jagung, cha cha n sago then kaco lagi hingga masak . Siap! Sedap di makan waktu panas or sejuk ..nyummmm





Jumaat, 28 April 2017

REVIEW : FAST AND FURIOUS 8

Assalamualaikum semua....

Korang dah tengok belum fast and furious 8. Dah tambah tolak lebih kurang 2 minggu jugak lak cita ni kuar kat panggung kan. Aku masa awal2 cita ni kuar hari tu dah p tengok , harus excited lebih. Punya la takut seat best habis, gigih register GSC nak beli tiket online kan , hehehehe . Dah berminggu tengok baru sempat nak update review nya hari ni...well memang lama dah update, cuma mood malas tu lebih, hahaha !


Even banyak komen2 yang aku baca kata yang kali ni tak berapa nak best sebab kurang part lumba2 tu tapi bagi aku best je, memang aku rate 10 bintang terus, hahaha over tak jemah ???

Bagi aku cerita ni best coz selain ade aksi ade gak lak part2 yang lawak tu...eh memang banyak jugak la part yang lawak tu , kalau korang nak tau kena la cepat2 p tengok kan, kalau nak cerita detail kat sini nanti macam tak best lak korang tengok nanti.

Masa aku tengok hari tu pun memang full la panggung time tu, siap ade scene ade parents yang bawak anak bawah umor 18 tahun tak di benarkan masuk, siap gaduh2 lagi, hahaha, yela yang parents nak bawak anak dia masok kan, tetap nak bawak masuk, yang pekerja tu cuma jalankan tugas dia, dah sah2 kat situ tulis tuk 18 tahun ke atas kan, sabar la dik , mane tau esok ade kuar dekat astro first, boleh le tengok kan ....

Cerita ni ok je bagi aku cuma awal2 tu ade scene yang bit xxx tu , so tak berapa sesuai la untuk budak2 bawah umor ni ...

Okay guys selamat menonton!


Rabu, 12 April 2017

REVIEW NOVEL : Shh...I love you

Assalamualaikum semua...

Rasa macam lama jugak le tak update review novel kat blog ni ... sekarang mood nak membaca novel tu semakin ke laut ...hihihi ...

So latest novel yang i baca cerita Shh..I love you, ala yang sekarang kuar kat slot akasia tv 3 tu, tapi masa beli novel ni dulu tak tau lak yang novel ni akan di dramakan... hehehe

Motivasi tuk habis baca novel ni sebab novel dia nipis je, tak tebal so tak kan spend masa yang banyak tuk habiskan novel ni ...gituuuu...


Rasanya ni karya 1st dari penulis ni sebab tak penah lagi jumpa novel lain from her...atau aku yang tak tau...hihihihi...

Okay jum layan sinopsis dia ...



Review aku :-

Drama version, ade lain sikit dari novel version . hehehe ...

Overall okay la cerita dia, santai2 je...menarik dan excited nak habiskan  :)






Selasa, 11 April 2017

KERIA GULA MELAKA SIMPLE

Assalamualaikum semua

Hari tu pi jalan2 kat melaka memang teringin nak jugak nak beli kueh keria yang femes tu...bila sampai tengok ramainya orang...ramainya yang q...memang malas la .... so tak jadi beli ...
Kebetulan last week naik cameron so beli banyak jugak keledek , asalnya nak rebus nak makan gitu sajo...mood terlebih rajin pulak so tengok gula melaka pun ade stok kat umah...so let's do it yang simple aje kan...eh haruslah sedap okay even simple...hihihih

Mula2 korang kupas la kulit keledek ni dulu, then potong dadu dan basuh bersih and lepas tu rebus hingga empuk ya keledek tu .... dah kata balik dari cameron kan...so iolls guna keledek purple ni, bukan putih or merah .... hehehe :)


Dah rebus empuk, so boleh lah toskan keledek tu tadi tunggu hingga sejuk seikit tuk korang lenyek kan...eh actually tak tunggu sejuk pun takpe..sebab nak lenyek kan tu guna senduk nasi tu..mudah gitu....hehehe...


Lepas tu boleh le gaul dengan tepung gandum sikit ... make sure tepung uolls tak banyak sangat sebab nanti bila tepung lebih dari keledek kueh korang dah x sedap


then uli guna tangan k...bagi tepung ngan keledek tu bergabung ...ceh..ayat aku ... hahaha


lepas tu boleh la bentukkan kita nya kueh keria ni ... bulat besar bulat kecil bulat semua ... hehehe


purple uolllsss


So lepas tu boleh la goreng kan dia sampai kuning keperangan okay



Lepas dah goreng tu boleh le prepare kan bahan tuk wat sira dia pulak...

so bahan2 tuk sira dia ,
gula melaka
gula pasir
garam sikit
and air
sume bahan2 ni korang jerang kan dia sampai dia jadi pekat k

kacau hingga gula melaka and gula pasir larut dan jadi pekat

Agak2 dah pekat dan likat tu boleh le kecik kan api dan masuk kan kueh yang dah di goreng tadi


Kaco hingga dia menjadi sarang kat kueh kita tu ... haha betul ke term sarang tu ...:p

siap dah..2 versi satu bersarang 1 lagi yang pololesss...hehe

nyummmmy!!
okay selamat mencuba :)