Isnin, 30 September 2013

NOVEL : LOVE YOU MR. ARROGANT

Assalamualaikum lovely . . .

Okey semua dah tau kan yang sekarang tengah duk hangat drama LOVE YOU MR. ARROGANT
bagi aku drama ni best and still boleh layan :)
selepas aku frust dengan ending drama CINTA JANNAH hari tu...ceh...kenapa tah ending dia sebegitu :(
adekah uolls berperasaan seperti aku ??

okey lupakan la CINTA JANNAH tu...so kita fokus pada yang sekarang ni
LOVE YOU MR. ARROGANT
actually cerita ni diadaptasi dari novel
rasanya semua tahu kan ...eh silap...mesti jugak ade yang tak tau kot...
contonya...adik lelaki aku letew...
confirm le dia tak tau...hahahaha


sebab aku malas nak taip dia nya sinopsis so aku upload je tuk korang dia nya sinopsis ya

so dekat atas ni korang boleh baca dia nya sinopsis plus dengan harga sekali...sengaja mak letak extra large tu tuk korang ... hehehe 

aku pun dulu macam tak berminat nak beli novel ni...cehhh...eksyen tu...tapi lepas tengok drama dia yang dah beberapa episode ni...eh macam best je...terus gi popular dapat less 10%...ceh 10% je even i ada member card ... INI TIDAK ADIL !!

so dengan mengambil masa yang tak sampai 1 hari tuk khatamkan novel ni ...(yela novel ni tak tebal pun, tak ingat la berapa page tah), aku tau la jalan cerita dia...hehehe...dekat novel macam tak berapa nak layan sangat pun la...mayb sebab cerita yang terlalu pendek kot . . . .
eh nape dekat drama macam layan je kan . . .confuse jap ni . . .
sama macam cerita TEDUHAN KASIH nipis je novel nya...hehehe

dalam banyak-banyak babak tu aku suka babak yang kat bawah ni

okeylah...rasa macam tak best nak taip panjang2 hari ni ...hati ni dup dap dup dap je...awat tah ? ? ?

jumpa lagi . . .

nak download OST LOVE YOU MR ARROGANT sila KLIK SINI

p/s : terima kasih baca entry ni . . . jumpa lagi :)



Rabu, 25 September 2013

RESIPI : MAKARONI BAKAR CHEEZY

Assalamualaikum sweetie semua!

Hari ni mek nak share dengan uolls semua macam mane nak buat makaroni bakar
Ape dah tau..., takpe...kita punya versi lain dari yang awak tau tu
Tak caya...try baca sampai habis! :)

Dengan bahan2 yang sangat simple dan cara penyediaan yang sangat mudah dan sudah tentu ianya sangat lazat, yang pasti lemak berkrim disukai ramai...oooo yeahhh

Bahan-bahan yang simple tu adalah seperti berikut :-


- makaroni di rebus dan ditos
- mashroom soup campbell - 1 tin
- chesdale (3 - 4 keping)
- daging burger (2 keping) dan sosej (2) - *sosej tu sekadar option je tak nak letak pun tak mengapa deh
- 3 ulas bawang putih, diketuk dan sedikit butter untuk menumis bawang putih
- telur (1 @ 2 biji)
- ubi kentang di potong dadu ( 2 @ 3 biji)
- cendawan butang (dihiris)
- oregano & rosmery
- mozarella cheese, topping pizza dan parmesan cheese (kalau guna mozarella saje pun okey je)

ha simple je kan bahan dia *_____*

okey dah sedia bahan so kita boleh la mula untuk memasak

1) cairkan butter dan tumis bawang putih sehingga naik bau
2) masak danging burger dan sosej tadi , sehingga keduanya masak
3) masukkan cendawan butang, 1 sudu rosmery dan oregano
4) masukkan mushroom soup + 1 cawan air  dan tunggu sehingga ia mendidih
5) masukkan pula chesdale , tunggu sehingga ia cair dan kacau bagi bahan2 tersebut sebati
6) masukkan pula ubi kentang yang di dadu tadi, kacau sehingga ia sebati tunggu sehingga 5 minit dan tutup   api
7) masukkan makaroni yang telah di rebus tadi kacau rata
8) masukkan telur dan kacau rata
 
opppsss jangan lupa panaskan oven kita dalam 10 minit terlebih dahulu dengan suhu 160 darjah

9) sapukan butter ke dalam loyang
10) tuangkan bahan yang di masak tadi ke dalam loyang seperti gambar di bawah


 dan selepas itu

taburkan mozeralla cheese, pizza toping dan parmesan cheese 
DAN

bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah selama 45 minit dengan menggunakan api atas bawah ye
selepas 45 minit siap sedia untuk di ngap
nak sedap lagi taburkan pizza parmesan tadi ye
NYUMMY uollls

oohhh ye uolls tau kan ape rahsia oregano dan rosmery tu
kalau tak tau,
boleh la RUJUK SINI

okey selamat mencuba *______*






Jumaat, 20 September 2013

RESEPI : ROTI BAKUL BERINTI

Assalamualaikum ...

lama dah tak bersua kan uolls
maklumle iolls ni bz buat r&d tuk di share dengan uolls sume ... opppsss... tolong jangan percaya :p
so hasil dari r&d tu terilhamla resepi seperti namanya di atas...
sesuai untuk di jadikan sebagai sarapan pagi dan bila2 masa saje

okey dengan bahan2 yang cukup mudah dan simple okey..., tak percaya ?? sila baca hingga ke akhirnya

Ape yang kita perlukan ialah


1) Roti gardenia - ikut berapa orang yang nak makan
2) 1/2 ulas bawang putih , di ketuk
3) sedikit butter (untuk menupis, kalau nak guna minyak masak pun tak pe)
4) mozarela cheese, pizza topping, keju parmesan (tak wajib ada semua, mozarella saja pun okey dah)
5) mix vegetable
6) daging burger / daging cincang dan sosej (dihiris nipis) - ikut berapa orang nak makan, saya guna 2 je
7) 1 sudu kecil rosmery & oregano (yang dua botol tutup hitam tu, tu la dia) - takde ni pun takpe
8) sos spaghetti - pilihan saya jenama kimball traditional punya (ikut citarasa anda)

cara untuk masak yang semudah 1,2 & 3....:)

= = > panaskan butter dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
= = > masukkan daging burger & sosej tadi goreng, campurkan rosmery & oregano dan mix vegetable tadi,
          tunggu sehingga daging tadi hampir masak , tutup api.

ha beginilah rupa inti roti bakul kita nanti
= = > lepas tu kita amik roti tadi, sapukan roti kita dengan sos spaghetti tadi, sapuan nipis je ye, tak perlu
          terlalu tebal sapu sos tu di atas roti sebab sebab sebab . . . jangan membazir, amalan syaitan ;)
          lepas tu kita boleh la masukkan roti tersebut di dalam bekas muffin @ cawan yang tahan panas
= = > isikan isi yang di masak tadi ke dalam roti kita , dan taburkan segala mak nenek cheese tadi,
          terpulang pada uolls k nak lebih ke nak kurang cheese ke...:)

kulit tepi tu seeloknya buang la...aku malas nak buang  kalau buang cantik sikit bentuk bakul uolls :)
 dan selepas itu


di bakar selama 10 minit pada suhu 190 darjah ye
selepas 10 minit

siap sedia untuk di ngappp...yummy!! :)

okey sayang2 semua...selamat mencuba...
oh saya ade rahsia ni, kenapa saya letak rosmery dan oregano, sebab dua bahan ni akan menambahkan kesedapan daging yang kita gunakan tadi....
tak percaya ? ? cubalah baru tahu ....




Khamis, 12 September 2013

RESIPI : JEMPUT2 JAGUNG YANG RANGUP DAN SEDAP

Assalamualaikum
Hi

Tadi lepas balik keja, macam malas je nak masak yang heavy2 sangat tuk dinner hari ni
(cakap jela  yang sebenarnya kau tu malas masak -- habis cerita, hahaha ) ^_^
 so semalam ade la tengok resepi kat blog masakan,
ade 1 resipi tu...walaweh...simple dan harus di cuba
terima kasih pada cik blogger tu...tak ingat blog yang mana sebab banyak sangat blog masakan yang saya usha semalam .... ampun ye cik blog

okey nama manja dia cekodok...atau nama sopan dia jemput2...so kita guna nama manja je la kan...
macam tak biasa pulak...
selalunya kita buat cekodok ikan bilis, cekodok pisang tapi hari ni kita ubah selera, buat cekodok jagung

Bahan-bahan :-

1) tepung gandum - untuk kuantiti tepung ni bergantung la pada berapa ramai orang nak makan, kalau kau sorang nak makan, jangan le habiskan sekampit tepung tu pulak....ye tak?
2) garam sikit - sekadar perasa
3) oat 1 @ 2 sudu besar *option, tak letak pun tak mengapa deh...
4) cili padi 3 tangkai , ditumbuk @ di racik halus * option, tak letak pun takpe...kalau korang tak makan pedas tak yah le letak
5) air untuk bancuh
6) dan yang paling penting...kalau tade dia tak jadi le menu kita hari ni

masukkan sekali air dia ye ^_^
cara2 :-
1) mix kan semua bahan tadi dan bancuh bersama dengan air ...ikut suka uolls la nak bancuh cair sikit ke, atau yang sedang2 elok tu...aku suka cair sikit ... hehehe
2) panaskan minyam dan goreng hinggan kekuningan dan garing

tada, dah siap...boleh le dihidang bersama dengan cili sos


p/s :- kalau waktu hujan2 pekena cekodok ni sodap amek kan..nak2 ade air kopi ke teh ke...perghhhh
         selamat mencuba ... :)



Selasa, 10 September 2013

RESIPI PAVLOVA YANG RINGKAS, MUDAH DAN SEDAP

ASSALAMUALAIKUM....
HI!
hujung minggu hari tu ape je aktiviti korang....
Aku...duk rumah sambil menggebukan badan ni...wahhhhh:-(
Ape lagi...mestilah makan dan makan dan kroh kroh....zzzzz

Hari ni aku nak share dengan uollls resipi PAVLOVA, gigih weh aku buat sabtu lepas...
Senang giler nak buat Pavlova ni....bahan dia pun simple sangat2! Sumpah tak tipu :-)

Bahan -bahan dia, 

- putih telur, 4biji
- 1 sudu tepung jagung
- 1 sudu esen vanila
-1 sudu cuka makan
- gula, dalam suku cawan
- whipping cream
- buah2n (seeloknya yang masam sebab pavlova tu dah manis)

Cara-cara dia,

- panaskan oven uolls dalam 150 darjah

- putar kan putih telur tadi, (AWAS!!pastikan tiada bendasing2 lain okey) dan letak gula sedikit demi sedikit sehingga ia berkilat atau bertanduk.

ha macam ni ye...nampak tak tanduk tu...^_^

* nak tau ia dah bertanduk ke belum, cuba telangkupkan mangkuk tu tengok putih telur tu stay je ke tak...kalau dia tak jatuh maknanya dah ade tanduk la tu* - petua orang ramai

-lepas tu boleh le masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka makan dan putar lagi sehingga bahan tadi sebati.

- lepas tu boleh le letak ke atas kertas khas tuk membakar di dalam oven, dan buatla ikut bentuk yang uolls suka, nak buat mini pavlova ke, love shape ke, circle ke...ikut suka ko nobbb..mak tak kisah

- boleh le bakar dalam satu jam @ satu jam lebih sikit dengan suhu 130 - 140 darjah. ...(bila marigue korang dah masak, jangan terus keluarkan dari oven, tutup suis dab buka pintu oven sikit, biarkan ia seketika di dalam oven tu, jangan tanya aku kenapa sebab jawapan cerdik yang aku ade, merigue tu tak kan lari ke mana pun...:p )

Bahan tuk krim dia, korang putarkan whipping cream tadi sehingga ia jadi kental...lepas tu boleh le saputakan @ ratakan ke atas merigue korang yang dah masak tadi, 
lepas tu boleh le hias dengan buah strawberi...anggur ke, kiwi ke peach ke...ikut suka uollls....i letak strawbery je), then taburkankan dengan manik colourful tu dan boleh le letak strawbery syrup tu...nk guna yang coklat pun boleh je....

Lepas dah siap tu, sejukkan seketika dalam fridge, dan lepas tu sedia tuk di makan...kurang dari 30 minit ko akan dapati ia licin....laku keras beb!

comot betul pavlova aku ni...aishhh...malu nak tepek kat sini weh...

walaupun rupa pavlova aku ni sungguh tak semenggah =(, hahaha...tetapi selang kurang dari 10 minit ia telah menjadi seperti picture di bawah

okey terliur dah bila tengok balik ...so nyummy...
 ** ceh puji diri sendiri dengan so nyummy **

p/s :- 'juri-juri' request lagi pavlova next week...LOL 

Okey selamat mencuba, mudah dan sangat sedap :-)

Selasa, 3 September 2013

Menjemput rezeki dengan Solat Dhuha

Assalamualaikum...

Tahu tak korang sebenarnya bagus sangat-sangat kita buat Solat sunat Dhuha ni 
Yela...banyak kebaikan seperti untuk kita menambah rezeki yang berkat & barakah

BILA IA BOLEH DI LAKUKAN

waktu Dhuha di lakukan pada waktu dari pukul 7.30 pagi sehingga ke pukul 1.00 tengahari.
Ada jugak hari tu aku terbaca setengah jam selepas waktu syuruk, dah boleh tunaikan.
Namun begitu waktu afdalnya adalah ketika matahari kian meninggi dan kian panas sinarnya.

Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, 
Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 


“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 

Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

CARA LAKSANAKAN

1. Niat - boleh di lakukan 2,4,8 atau 12 rakaat


2. Bacaan

Bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, tidak menjadi salah sekiranya hendak di gantikan dengan ayat-ayat lazim yang lain.
Apa yang penting, solat tersebut kita niatkan dengan betul, lakukan dengan sempurna mengikut syarat serta rukun-rukunnya.

3. Doa
 selepas selesai solat Dhuha, bacalah doa seperti di bawah 




yang bermaksud :-
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi) 
  
Zaid bin Arqam r.a. berkata: 

Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda 

“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

NOVEL : EKSPERIMEN CINTA

Hai guys...
how r u today...

Hope u guys enjoy ur day today
Keep calm & positive orite

Okey ...those yang sangat-sangat minat baca novel tu...
Di sini aku nak cadangkan dekat uolls, highly recommended to u guys
sebab novel ni sangat-sangat best okey!!
serious tak tipu ..:)
actually aku tak habis lagi baca novel ni...
tapi seriously...baru baca separuh pun ...sangat2 best cerita ni..
jalan cerita dia sangat-sangat menarik...


once aku dah khatam novel ni...aku akan update review tuk novel ni ok...
tapi yang tak sabar tu,u guys kenala cepat-cepat pegi popular tuk dapatkan novel ni...
ade potongan 10% tuk members....wuhuuu...

p/s :-seronok baca novel ni...watak Tengku Aaron is super duper cool :)





What??HARGA MINYAK NAIK?..

03 September 2013, 12.33 am...maknanya dah setengah jam la harga minyak untuk RON95 & DIESEL telah naik RM 0.20 /liter....

Tak percaya???
Ni bukan cubaan ye...ini betul2
Betul-betul dugaan untuk mereka yang berpendapatan sederhana!macam aku la kan...
Harga minyak FOR SURE la harga barang-barang lain pun naik jugak...gaji...naik...tapi tunggu tahun depan la kot...tapi nisbah kenaikan gaji dengan kenaikan barang...mane yang lebih tinggi uolls...aishhhh....

and baru siang tadi...bank inform loan kereta mak jemah dah lulus...
tup-tup harga minyak pulak naik...ape ni?saje nak kenakan aku ke ape...
Geram betul mak jemah tau...

Seriously dulu-dulu bila i dengar harga minyak naik 20 sen berapa sen ke dalam hati ni mesti la cakap...cakap dalam hati je...
" ala 20 sen je naik...apela sangat"
Itu dulu ye...sebab dulu i kerek sey...haha...actually dulu i ingat dia naik just berapa total yang selalu kita bayar and just plus with 20 cents only....aishhhh...
ape teori business aku pakai ni nob!
But now...hurm...hurm...hurm...terima je la seadanya...apo nak buek lagi...
Suka atau tak...we dont have any choice rite...