Memaparkan catatan dengan label books. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label books. Papar semua catatan

Selasa, 16 Januari 2018

DRAMA VS NOVEL : LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU


Assalamualaikum semua 


Sekarang memang trend kan novel di dramakan , aku pulak memang kaki novel...hurmm dulu sekarang macam krik krik krik je...hehehe
Bukanlah cakap novel tu krik krik, aku je yang macam krik krik sekarang sebab nak baca je ngantuk 
ha camno tu hehehe

Semalam lak baru nengok Lafazkan Kalimah Cinta karya Siti Rosmizah
Yang di bintangi oleh Nelydia Senrose, Farid Kamil, Nadiyah Shahab.


Ya ampun geramnya tengok nely , seyes cantik ! Nape cantik sangat ni Nely 

Hari ni aku nak cita pasal 1st episod dia, seyesly sedih episod 1st tu,
sob sob crying sob sob
Even dah penah baca novel ni, tapi aku lupa lak storyline dia camne
Nak baca semula, hurm novel dia aku dah letgo as prelove item 
Tapi yang pasti best!
So sekarang berfikir2 untuk beli baru and baca semula or
Just layan drama je 
Hurm nak beli and baca semula
Macam big malas lak aku ni 
hehehe
So korang yang ingat lagi storyline dia camne leh la share dengan aku camne cita ni 
hehehe





Isnin, 15 Februari 2016

REVIEW NOVEL : TUNDUKKAN PLAYBOY ITU


Assalamualaikum semua :)

Mood masih mood cuti lagi ke, yela lepas dari cuti panjang CNY kan... hehehe my boss bagi extra cuti another 1 day...lagi hooreyyyy la kan ... ehehehe...

Ohhh esok dah episod last drama CINTA SI WEDDING PLANNER kan... hehehe...sapa yang masih tak baca review aku pasal novel tu boleh KLIK SINI , bagi aku versi drama tak berapa nak layan sangat compare dengan novel versi sebab dia banyak ubah ...hurmmm

Ohh lupakan seketika tentang WEDDING PLANNER tu , meh kita fokus dekat pengganti dia...
Biasalah yang hilang tumbuh berganti, betul tak peribahasa aku tu ...adoiii fail betul...

Okay next drama sama jugak adaptasi novel ..hihihi...TUNDUKKAN PLAYBOY ITU menampilkan
si cantik manis Uqasha Senrose yang memegang watak NURIN AREESA dan HAFIDZ ROSHDI sebagai HARRAZ NAUFAL

Well kalau novel karya ANJELL ni memang i suka la kan...memang best cerita dia...cant wait for drama version pulakkkkk !! yeay ... :)

Nora bagi **** 4 bintang .... hihihi

********************************************************************************
Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.
“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL
Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!
“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA
Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.
“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL


Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?
*********************************************************************************

u guys yang nak dapatkan novel ni boleh la p ke bookstore near ur place okay,
SM RM 29 / SS RM 32
i selalu beli dekat popular je boleh dapat discount 10% - 25% , depends on their promotion :)
atau boleh jugak beli dari web www.karyaseni.my okay :) , ade diskaun RM 3 tau atau u guys boleh jugak cari those yang ade jual as prelove items kan , boleh dapat murah lagi ... hehehe :)


p/s : sorry guys tade pic , hehehe malas nak snap ...boleh gitu ...snap boleh cuma malas nak transfer je ... hukhukhuk ...


Rabu, 21 Oktober 2015

REVIEW NOVEL : TUAN ANAS MIKAEL



Assalamualaikum semua ... 

Okay i excited nak buat review pasal novel yang akan di dramakan nanti ...
Malam tadi berjaya jugak habiskan baca ... , dah lama sebenarnya takde mood nak baca novel ... banyak nau novel yang masih q ... tapi novel TUAN ANAS MIKAEL ni memang best woooo sebab aku berjaya habiskan novel ni tanpa skip page dia .... and so excited nak tau next next next next tu ... maka berjaya jugak aku habis habiskan baca berselang seli dengan game candy crush ... hehehe...

Bagi aku pasal novel ni , best , kelakar ... memang aku tersengih2 je la baca novel ni ... sweet kot TAM & CAM ni ...

awas!! jangan baca novel ni di tempat public hehehe


Paling win, siap ada password tau tuk hubungan dia org tu ... sweet nau nau ... 

Punyala lama dah aku nampak novel ni dekat Popular, buat pandang tak pandang je ... dalam hati...mesti tak best ... hahahaha ...my sixth sense i tak boleh pakai la ... :p
Punyala excited masa tengok iklan dia ada Aaron Aziz, so nekad gak nak beli ... 1st time tu p NUSENTRAL, ada MPH, tengok harga RM 25, hati memberontak nak beli time tu, tapi cuba tahan hasutan syaitan kan time tu, sebab aku ada Popular member kad so boleh dapat 20% diskaun, haaa dah jimat RM 5 tau, boleh tapau nasi ayam satu! hehehe :p


TAM : Aaron Aziz
CAM : Zara Zya

datuk chef wan pun berlakon tau dalam drama ni 


baru i noticed, penulis ni punya novel memang best pun ... suamiku encik perfect10, isteri untuk di sewa, sambutlah cintaku

serious kelakar + sweet


and novel ni storyline dia xde kisah alam rumah tangga between TAM & CAM tau ... so rare skit la kan ...

Korang yang tak sabar nak tunggu drama ni boleh p beli novel ni cepat2 tau ... worth it !!





Selasa, 1 Julai 2014

NOVEL : KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN


Assalamualaikum semua...

Uolls dah berbuka ke? So apa je menu buke uolls hari ni? Ioolls beli je tadi...hurm...bz betul time peak period ni...:( Okey xpelah...keja tu pun satu ibadah jugak kan...

So malam ni aku nak update kisah drama yang diadaptasi dari novel
KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN
Aku dah penah baca buku ni, tapi tule sebabnya aku ni banyak sangat minum air semut so aku jadi ingat2 lupa story line novel ni & aku pun tak dan follow cerita ni, hari tu balik dari merantau cari rezeki + pengalaman tu pun cerita tu dah pertengahan.

Actually aku ade novel ni dulu...before aku jual dia as prelove...hehehe...
So u guys kalau nak beli novel 2nd hand boleh follow IG iolls ye @prelovestar
Dont worry harga murah + keadaan buku still tip top lagi tau uolls :)

Let's the synopsis do the talk = = = >


Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.
Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga  segar berbau harum.
“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina
“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin

                                                 


For those yg berminat nak dapatkan novel ni dekat IG @prelovestar memang dah tade dah ... hehehe
tapi dekat SINI ada tau .... :)

Seriously cerita dia BEST!



Isnin, 10 Jun 2013

NOVEL : PELAKON CINTA & MR. G


Assalamualaikum

Baru je habis baca novel

not bad la...
tade le zzzz jalan cerita dia

sinopsis   
tengok cover dia macam tak best je kan
then bila baca sinopsis dia terus rasa auchhhh macam best cerita ni

"You ingat, you cantik sangatlah sampai I teringin nak jadikan you girlfriend I?!" - Syed Zakuan Zafran

"I memang sangat cantik.Tapi I tahu, dalam mata you, pasti I tak secantik Aaron Aziz atau tak secomel seperti artis korea kan?! Takkanlah I perlu jantina I semata-mata untuk jadi girlfriend you?" - Tengku Marylin Myacella

tu antara sinopsis yang aku rajin untuk taip disini 

cerita ni bagaimana Syed Zakuan Zafran yang dah simpan perasaan pada Tengku Marylin sejak di secondary school lagi yang sangat setia dengan perasaan dia hinggalah mereka di satukan.

Pada awalnya Tengku Marylin hanya berlakon untuk memikat Syed Zakuan sebab dijanjikan habuan sebanyak RM 2 juta oleh kakak Syed zakuan dan bakal suami kakak Syed Zakuan. Sebab utama kenapa, sebab kaka Syed Zakuan mengatakan yang adiknya seorang gay.

so bermulala agenda Tengku Marylin dan sepupunya untuk memikat Syed Zakuan demi wang habuan yang di tawarkan
sehinggalah mereka di satukan dan berpisah semula di sebabkan angkara orang yang dengki pada hubungan mereka.
Dan mereka berpisah sehingga 2 tahun sebelum bertemu semula.
adakah kasih mereka bertaut kembali??

hehehehe - mesti teruja nak tau kan

ye akhirnya kasih mereka bertaut kembali and happy ending
yeayyyy
^______________^

okey uolls nanti boleh le singgah dekat MPH atau Popular ye cari novel ni...
harga untuk SEM. MALAYSIA : RM 26.00
SABAH/SARAWAK : RM 29.00
karya : ANABELLA

SELAMAT MEMBACA YE!!








Rabu, 8 Mei 2013

NOVEL : LELAKI EKSKLUSIF


Assalammualaikum....

Lama dah rasanya tak cot cet cot cet kat sini...
Sangat2 bz lately...
Bz2 pun sempat lagi tu baca novel kan...

Kalau bab novel,  tak tido pun tak hape(lepas habis baca novel, tido le....ape ade hal...ye tak)...:-)sebab tu aku sarankan diri aku baca time weekend je...

korang dah baca ke LELAKI EKSKLUSIF
keluaran karya seni...

so for those yang tak baca lagi tu...sila la baca sampai habis ye entry aku ni..:-)

** SINOPSIS **


harap2 korang boleh baca dengan clear pic sinopsis yang aku attached tu ye...:-)
 
Cerita ni aku beli sebab 1 je...

Sebab si cantik jelita ni ha

 

Dari pembacaan aku before aku beli novel ni, novel ni memang khas watak heroin tu untuk 
NORA DANISH....nama heroin cerita ni pun NORA DANISHA....ada tambahan A di hujung...

Hero lak WAN MUKRIZ....hurm...tak boleh nak bayangkan ADI PUTRA lak...hehehe...

Cerita dia bagi aku NOT BAD la...just SO SO je...mayb sebab tak tebal kot..dengan 413 m/s....hurm...nipis la bagi aku....so tak banyak sangat konflik dia kan...

NORA dalam cerita ni gadis berusia 19 tahun yang periang dan selamba. Seorang anak yang tidak diendahkan oleh kedua ibu bapanya yang telah bercerai. Manakala Wan Mukriz pula baru pulang ke Malaysia selepas bertahun2  membawa diri ke luar negara disebabkan konflik yang dihadapi dengan abang, ibu tiri serta nenek. Pulang ke Malaysia, dan bekerja dengan datuknya dan menjadi bos kepada Nora. 

Demi menyelamatkan Nora, Wan Mukriz mengambil keputusan untuk menikahi Nora tanpa pengetahuan sesiapa terutama abangnya Wan Arif yang turut menyimpan hati pada Nora. 

WAN Arif yang tanpa jemu memikat Nora, akhirnya kecewa dan malu apabila mengetahui perkara sebenar. Kecewa sebab Nora dah jadi adik ipar sendiri, dan malu sebab sebelum ni dia tak pernah kalah dengan Wan Mukriz. Dalam segala hal, pasti dia yang akan melebihi Wan Mukriz. Di sebabkan itu juga, dia membawa diri jauh dari keluarganya.

Selepas menghadapi beberapa kesukaran dan halangan akhirnya heppy ending..apenya heppy ending dia...hehheeh...NORA & WAN MUKRIZ hidup bahagia la ape lagi kan....:-)

Okey uollls yang nak dapatkan novel ni boleh la ye pergi ke POPULAR ke MPH ke...asalkan kedai buku ye....
Dengan harga SEM.MSIA = RM 18.00 dan SABAH/SARAWAK = RM 21.00, (hari tu aku beli ade diskaun 25%, saja aku nak kecohhh....hehehehe)

keluaran : KARYA SENI ( tak silap aku kalau beli online dekat KARYA SENI dapat diskaun RM 3, and free postage)
Penulis : WAN AWLIYA RAYQAL
okey uolss...



TERIMA KASIH DAUN KELADI,NANTI SINGGAH2 LAGI YE....:-)

Ahad, 14 April 2013

NOVEL : TEDUHAN KASIH


Assalamualaikum 

hari ni aku nak share dengan korang semua review aku lepas baca novel

TEDUHAN KASIH

before that jom baca dia punya sinopsis cerita dulu...

sila baca di bawah untuk sinopsis yang lebih jelas

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" - RYZAL

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hati Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." - EHSAN

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

** SINOPSIS TAMAT **

Novel ni mengisahkan bagaimana kehidupan Iffa yang di ceraikan oleh suaminya (Ryzal) ketika dia pregnant sebab Ryzal dah menjalin hubungan dengan kawan baik Iffa sendiri Ayu. Pada Iffa, Ayu memang kawan baik tapi Ayu berkawan sebab tak mau Iffa hidup bahagia. Sebab tu, Ayu menggoda Ryzal.

Selepas di ceraikan, Iffa di halau dari rumah mereka. Dan sebab tiada pilihan lain, Iffa balik ke rumah ibu tirinya. Bermulalah kehidupan Iffa sebagai "orang gaji" di rumah tersebut sehinggalah di saat dia ingin melahirkan. 

Ketika dia ingin melahirkan, tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan, dan disebabkan peristiwa itulah takdir telah menemukan dia dengan Ehsan.
Ehsan yang menghantar dia ke hospital, dan telah meneman dia hingga kedalam bilik bersalin, 
"Suami puan ni?" soal seorang jururawat kepada lelaki tersebut.
"Masuklah boleh beri sokongan pada isteri!"
"Suami kena ada waktu-waktu isteri mahu lahirkan anak. Nanti boleh tahu betapa sukarnya isteri nak melahirkan zuriat. Jadi hargailah isteri sebaik-baiknya," kata jururawat yang kelihatannya sudah berusia.

Kelahiran adam membawa makna pada Iffa, walaupun Adam tidak diterima oleh bapanya sendiri, Ryzal tapi kasih sayang yang di beri Ehsan sudah memadai untuk Adam. Dan Iffa mengambil keputusan untuk menerima lamaran Ehsan.
Bermula episod di mana Ayu sekali lagi ingin merampas kebahagian Iffa, Ayu bertekad pula untuk menggoda Ehsan. 
Yelah, Ehsan mempunyai rupa paras yang menarik dan berjawatan tinggi. Dan Ayu tidak mahu Iffa lebih dari dia. Dia tidak boleh kalah dengan Iffa.
 Nasiblah Ehsan lelaki yang mempunyai pendirian dan tidak seperti Ryzal. Tidak cukup dengan Ayu, kehadiran Nurlisa, bekas kekasih Ehsan juga membuat Iffa mula berbelah bagi untuk teruskan rancangan pernikahannya dengan Ehsan. Ternyata memang jodoh mereka. Akhirnya mereka di satukan.

**End of review **

OST TEDUHAN KASIH 

Overall aku bagi novel ni, 3 bintang je 
SEBAB
bagi aku jalan cerita dia just so-so je...and
dialog-dialog dalam novel ni terlalu formal bagi aku.

Tapi bila aku baca novel ni, memang watak Ehsan tu aku bayangkan ADI PUTRA. Tak tau kenapa, tapi memang automatically aku terbayang ADI PUTRA. Lol.

Kalau uolls nak dapatkan novel ni, boleh p kedai-kedai buku berhampiran dan dapatkan ye.
Sem. Malaysia = RM 22.00
Sabah/Sarawak = RM 25.00


Terima kasih sudi baca entry kali ni!!


Ahad, 7 April 2013

CUTE BOOK!!


Assalamualaikum....

ingat tak hari tu, aku ade buat entry mengenai 

so antara buku-buku tu, ade 1 buku tu sangat la comel...

SEBAB DIA  :-

PINK
PICTURE CUTE
AND
IN A BOX

jom layan picture-picture dia dulu

6 mini cute books in a box
fabulous bold and vibrant PINK!

 sesuai untuk KIDS

== > learn the names of items you find everyday from clothes to jewellery and flowers to sweets.
all themed aroun a celebration of YOUR FAVOURITE COLOUR!!

 
CUTE PICTURE!!
PICTURE YANG BERBEZA UNTUK SETIAP PAGE...
NICE BOX
pinky
 ** buku dah cantik & cute, so automatically akan menarik minat kids untuk belajar**

CLEARANCE STOCK BY POPULAR


Assalamualaikum semua....

sekejap je dah hari ahad, esok dah start keja balik kan...
well...kesian hari isnin dah orang asyik bagi gelaran
MONDAY BLUES
 kesian...kesian...kesian...

okey so ape je aktiviti hujung minggu korang...
 ade tak warga-warga seremban yang singgah kat popular terminal one, yela kan depa duk buat jualan clearance stok buku-buku depa...and sangat berbaloi la kan for those yang ade hobi membaca macam aku (sila abaikan ayat poyo ni!!tet!!)

seriously murah, discount up to 90% ( bagi mereka-mereka yang jadi members ye * untuk bukan member boleh dapat discount up to 70%) 

so hari jumaat hari tu sebelum aku balik kampung, aku singgah la kejap, asalnya nak cari novel, atlast aku tak jadi beli novel, sebab novel dia xbuat clearance stock (NO DISCOUNT..:( sedih ), so aku pun cari la buku-buku yang menarik perhatian aku untuk aku beli
(kenapa lah aku tak simpan je duit tu kan - grrrr)

so dengan adenya di situ, maka POPULAR dah berjaya clear kan stock dia sebanyak 3 buah buku...(well done)...,

for kids - learning book
so buku-buku yang kat atas ni la yang aku beli, bagus untuk kanak-kanak ye and also for adults...^_~

kenapa buku macam ni bagus for kids...

inside the book - full of colourful pictures

full with colurful pictures
kalau korang tengok 2 pictures yang kat atas ni...mesti menarik minat kan...
especially kids...
tak pe even dia orang still young, maybe around 2 years and above...tak salah belikan dia orang buku, bagus untuk pupuk minat membaca kanak-kanak tu sendiri....

ye ibu-ibu and bapak-bapak, pupuk minat membaca anak-anak dari kecil

total untuk 3 buku hanya RM 15.10...wow!!
kalau korang tengok resit kat atas ni, average harga buku ni hanya RM 5/book, murah bangat....

okey jom go through 1 by 1 buku tu...

untuk MY ANIMAL PICTURE DICTIONARY,
harga asal RM 14.90 lepas less dapat RM 6.45  :)

Pooh Graduation 
harga asal RM 6.90 after less RM 0.69 (wohoooo - kenapa la novel x bagi less begini)
&
harga asal RM 24.90 lepas less RM 7.95
SANGAT MURAHHHHH!!!
BUKU YANG CERIA, BERWARNA WARNI
SANGAT PUAS HATIIIIII!!!!

**aku tak pasti macam mane sistem dia kira, sebab bila aku kira-kira harga asal dan lepas less memang sangat-sangat banyak less dia, bukan up to 70% - aku bukan members POPULAR, and bila aku tanya cashier tu, dia kata memang sitem dah gitu, so lagi bagus lah kan...**

okey tu je untuk hari ni

bye ...SEE YOU SOON...