Memaparkan catatan dengan label awareness. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label awareness. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Februari 2019

CARA DOUBLE CLEANSING


Assalamualaikum semua and hello :)



Aku confirm korang mesti pernah dengar word double cleansing kan...actually double cleansing basis step yang penting and korang kena wat dalam daily skincare routine korang .

Dulu masa aku tak tau apa tu double cleansing ni selalu pikir double cleansing tu cuci muka dua kali...😌 oh my dear u'r totally wrong about double cleansing concept...haha pity me ... 

So bila dah lama rajin2 membaca , then tau dah double cleasing tu apa ...jangan gelak please :)

Double cleasing kalau ikut kan betul la cuci muka dua kali but bukan la dengan face wash yang biasa tu tak kesah la korang pilih yang foam base ke yang kurang buih ke ... 

Double cleansing ni korang cuci muka guna oil cleanser , selalunya once a day buat ni... normally belah malam la...then baru guna cleanser biasa yang korang guna tu. 




Currently aku guna oil cleanser from Hada Labo ... Harga around RM 57 ... korang boleg je cari dekat Watsons, Guardian, Selected pharmacy, Shoppee pun ada jugak ...

Normally aku akan buat double cleansing belah malam which is aku dah tak apply any bedak or foundation or segala mak nenek makeup dekat muka sebab double cleansing ni function dia nak bersihkan 'kotoran' or benda2 yang dari makeup korang tu yang cleanser biasa tak leh nak remove kan ... macam makeup korang yang ade oil based tu dia akan bersihkan .. itu contoh ..

Cara dia , korang pump kan dalam 2-3 pump kat tapak tangan yang kering, and also make sure muka kita pun kering jugak time tu then gosok kan dekat the whole face korang sambil tu urut2 la muka korang tu then agak2 dah puas hati dah cover the whole face, letak sikit air dalam 2, 3 titikkat tapak tangan sampai minyak tu dia dah tukar jadi macam warna putih then sapu pulak dekat muka bagi rata and bilas la muka korang. Lepas tu boleh la guna cleanser biasa yang korang guna tu . Mudah sangat kan and tade alasan pun nak skip step ni actually .

Actually banyak je brand oil cleanser ni, so korang kena pilih ikut kesesuaian kulit korang. Even harga a bit pricey tapi dia quite jimat jugak sebab kita just guna sehati sekali je and for me after i did double cleansing ni rasa macam kulit lebih supple and whitehead pun yes makin kurang ...geram je dengan benda putih tu kan...

So korang yang mana confuse about double cleansing tu hopefully entry ni dapat clear kan apa itu double clenasing :)







Selasa, 30 Disember 2014

PENUTUP 2014


Assalamualaikum ....

30th December 2014  tik tok tik tok ...alhamdulillah, 2014 akan melabuhkan tirai dia beberapa jam, minit, saat lagi ... dan 2015 akan mengetuk2 pintu untuk memulakan tahunnya ... rasa sekejap je kan masa berlalu

2014 banyak yang berlaku, banyak sangat especially untuk kita yang berada di negara kita , Malaysia.

Pembukanya adalah kehilangan MH370, sehingga kini masih gagal ditemui ...
Ingat lagi, a week before aku fly ke peristiwa ni terjadi, masa tu takut jugak nak naik flight, tapi tawakal,
alhamdulillah aku selamat pergi dan balik

Kemudian kita diuji lagi, beberapa hari lagi kita nak menyambut hari kemenangan kita, MH17 pulak yang menjadi mangsa. Tiada yang selamat , kita yang dengar pun rasa sedih, apatah lagi ahli keluarga mangsa.

Dan kini kita diuji lagi, banjir besar melanda pantai timur, Kelantan, Terengganu, Pahang dan selain negeri-negeri pantai timur, Perak, Negeri Sembilan jugak terlibat sama. Sungguh sedih betul rasa tengok keadaan mangsa yang tinggal sehelai sepinggang je tu. Yela, keadaan air yang naik begitu cepat memang tak sempat untuk mereka menyelamatkan barang-barang beharga mereka. Kesian mereka, ada yang hilang rumah, di harap mereka dipinjamkan kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan mereka selepas ni .
Bagi yang berkemampuan, boleh lah hulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa ...





Jumaat, 1 Ogos 2014

APA SALAH MEREKA ??


Assalamualaikum semua

rasanya masih tak terlambat lagi untuk diri ini mengucapkan selamat hari raya aidilfitri pada muslimin & muslimat, mesti antara uolls yang masih bercuti lagi kan, and yang dah mula kerja tu pun sebenarnya masih dalam mood cuti + raya lagi kan...saya pun macam tu jugak.

So macam mana dengan sambutan raya uolls? mesti meriah kan ?
Dalam keghairahan kita menyambut hari kemenangan kita jangan pula kita lupa nasib saudara kita di Palestin sana. Sangat sedih hati ini bila melihat rakyat Palestin yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan Zionis.
Umum sudah mengetahui kebanyakkan mangsa merupakan kanak-kanak dan wanita. Apa salah mereka ??

Jadi marilah kita sama-sama berdoa untuk keselamatan saudara-saudara kita di sana dan antara usaha yang kita boleh lakukan adalah dengan memboikot produk-produk yang meyalurkan dana pada pihak zionis.



Dan marilah kita sama-sama untuk tidak lagi membeli dan menggunakan produk-produk ini.

Dan jika kita tidak terus-terusan memboikot produk-produk ini, dan keadaan seperti gambar-gambar di bawah ini akan berulang lagi.
Bayangkanlah sikecil ini anak @ adik kita 
kesian :(

sesungguhnya apa salah mereka

 

 

actually banyak lagi bukti-bukti gambar yang kita boleh lihat kekejaman pihak zionis ni ... sungguh bagi aku la kan mereka ni sangat pengecut! sebab tu dia orang target kanak-kanak dan wanita!!

lastly those yang nak menderma pada mangsa-mangsa Palestin, sangat-sangat lah dialukan, 


 P/S :- untuk yang suka beli mercun tu lagi baik kiranya duit tu kita salurkan untuk mereka yang lebih memerlukan, daripada uolls bakar duit uolls tu hangus macam tu je kan ... bising sungguh bunyi mercun ... haishhh ....

Selasa, 5 Mac 2013

~~1ST TIME UOLLS~~


ha ni nak story dekat sini....
pengalaman aku berhadapan jem yg teruk 
ye teruk....
teruk sebab jalan tu jalan kampung je...jalan sempit....ade 1 laluan je tuk setiap laluan and 2 2 tu jem...so kenderaan dari 2 2 arah memang xboley bergerak
jem yang tade pergerakan kereta...n we all stuck kat situ almost 2 hours....
orang dalam kereta boley kuar dari kereta dan 'berkelah' kat tepi jalan tu...
1st time tu yang nak cite tu....

ok meh baca lagi meh...
sebab ape jem...
sebab belum raya lagi kan...
sebab 
ACCIDENT 
lori besar terbalik dan terbakar...uhhh dasyat gak....

penyebab jem tu mayb sebab masa tu dah malam...then menyukarkan tugas2 mereka yang terlibat untuk mengeluarkan mangsa dari lori tersebut....
 (aku xpasti la individu dalam lori tersebut selamat atau x , sebab tengok dari keadaan lori yang teruk tu susah nak cakap....)

ni lah antara sebab2 kenapa aku takut sangat2 nak drive...
bapak aku siap kata (gantung je la lesen tu)...huhuhuh...
kadang2 kemalangan yang berlaku tu...ramai yang jadi mangsa di atas kecuaian pemandu lain 

kan bagus kalau sume pengguna jalan raya ade kesedaran yang tinggi dalam diri betapa pentingnya sikap berhemah semasa di jalan raya...ni tak, kalau drive tu nak laju je...nak drift je....kesian orang lain yang tak bersalah jadi mangsa....

Tapi yela, kita merancang, Allah yang tentukan....Dia lebih mengetahui....

ok uolss c u then...
berhati2 ye di jalan raya....
ape orang kata ....
biar lambat asal selamat