Ahad, 8 Disember 2013

Review: PIXY MAKEUP REMOVER


Assalamualaikum......

Iolls ada nak share uolls pasal 1 produkni yang iolls sendri dah falling in love with it....serious tak tipu!!!
Memang syok tau guna dia n sangat berkesan.....tak perlu la nak tuang liquid ni banyak2 kat kapas pun....but its really works ok!!

Apa yang best pasal  PIXY GENTLE & MOIST CLEANSING LOTION ni sebab dia
- tanpa alkohol so boleh la di gunakan tanpa was was ye tak
-Dengan madu asli, untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit kita :-)
-bebas minyak
-menanggalkan mekap, kotoran serta minyak sekaligus menyegarkan kulit
- telah diuji secara klinikal
Lagi 1 apa yang best pasal product ni, sebab kita tak perlu dah bilas dengan air lepas guna dia....

WOW! !!! punyalah banyak manfaat kan, tambahan pulak dengan size dia yang comel lote tu memang senang la nak bawak gi mana2....
plus bukan berat pun!!

Ok guys, sape yang tade lagi pixy ni, cepat2 pergi dapatkan sekarang.....watsons pun ada jual pixy ni tau!!
Harga untuk 100 ml dalam RM 13. ++, macam tu, not bad la kan harga dia....very worth to have it okey!!

For YOGURT DRINK LOVERS


Assalamualaikum....

Semalam ceq p JJ, then ade promoter tu promote kat ceq tuk rasa one yogurt drink ni....then ceq pun rasa....mang aiiiii sodap amek....
Jadi ceq pun beli la sebotol dulu....
Dia ade buat promo jugak...3botol dalam RM 12 ++, sebotol RM 4 ++, so kita beli 1 je dulu
Rasa dia, sangat sedap okey! Lain la dari yogurt drink yg iolls selalu beli tu,,,plus harga pun lebih kurang je...

Seriously, dis one is highly recommended for u guys!!!
Dont worry, got halal logo at the back side :-)

Sabtu, 7 Disember 2013

BE 2SEN KALI KE 2


Assalamualaikum....

Tadi mood rajin cek akaun NUFFNANG tengok ada tambahan 2 BE lagi....both are 2 cents....hehehe
Ok le tu kan....thanks NUFFNANG.....:p

Jumaat, 6 Disember 2013

Kalau tak putih jugak tak tau la .... ^_~


Assalamualaikum uollls ....

Dah menjadi trend kot sekarang sume orang berlumba-lumba nak putih kan kulit
Dalam golongan sume orang tu aku lah salah sorang dari orang itu ....weeeee :)

Tambahan pulak aku ni kan mudah sangat terpedaya dengan iklan2 ni ...
Ape lagi dengan pantas la aku akan dapatkan produk tu ....
ish ish ish ...jangan contohi sikap buruk aku ni ...=)

Di sebabkan itu la aku g watson sebab nak beli benda ni ...
harap2 boleh putihle macam dalam iklan tv tu gamaknya



harga dia boleh tahan mahal jugak le bagi aku
100ml almost RM 8
200ml almost RM 14
yang besar tu almost RM 19

oleh itu aku cuba dulu yang 100ml ni...kalau berkesan baru beli yang besar punya ...=)
yang bestnya losyen ni bau dia wangi
ye wangi okey
hehehehe

p/s :-
walau apa pun losyen johnson n johnson yang pink colour tu tetap di hati iolls .... :)

Selasa, 3 Disember 2013

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM


Assalamualaikum ...



http://www.hasrulhassan.com/2013/12/random-giveaway-rm50-tunai.html 


HASRULHASSAN.COM ada membuat satu random giveaway. Peserta yang bertuah bakal menerima 
RM 50  tunai ...:) dengan syarat yang sangat mudah haruslah kita mencuba nasib kan, mana tau rezeki tu berpihak pada kita ye tak ? Pada yang berminat untuk join, sila klik banner di atas okey :) GOOD LUCK!

Isnin, 2 Disember 2013

NOVEL : BUKAN KERANA AKU TAK CINTA


Assalamualaikum and hello ...


Sape penah baca novel ni
BUKAN KERANA AKU TAK CINTA

aku ?
masih tak berkesempatan lagi nak baca cerita ni ...
aku tetiba jadi berminat sebab hari tu tengok iklan drama cerita ni
pelakon dia ok not bad
Sharnaz & Nelydia Senrose
uishhh 

harus tengok ni!!
kalau aku tau aku beli novel ni hari tu
dari aku beli novel ape tah yang tak best langsung tu!!!
cehhhhhh
cerita ni yang gantikan cerita  
JODOH ITU MILIK KITA


well Nely ni kalau berlakon best !!
suka tengok 
dah le cantik
macam dia belakon dalam cite SETIA HUJUNG NYAWA
best kan!!



pe2 pun jom layan sinopsis cerita ni dulu

“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.

credit to :- karyaseni tuk sinopsis 
and kalau nak beli novel ni secara online sila KLIK SINI
dan anda boleh dapatkan diskaun RM 3 


p/s :- nampaknya kena tengok maraton je la bila balik kampung nanti...rumah sini tade astro ni ...
ke pujuk bos tambah pakej ni ...#LOL (ko dah kenapa siap nak ber H tag bagai)
dah pesan awal2 pada orang kampung tuk rekod cerita ni ...hihi :)


 








 







Khamis, 28 November 2013

LIFE INSURANS , MEDICAL CARD HARUS KE ADA??


Salam and selamat sejahtera ...
.
.
.
.
.
jawapan aku ye HARUS ADA!!noktah
cehhh tegas tak jawapan yang aku bagi ... hehehe
so nasihat aku sebelum nak contribute dengan satu company tu, tak kisah la
u guys nak subscribe under PRUDENTIAL ke, PRUBSN ke, MAA TAKAFUL ke, AIA ke ...
terpulang pada uolls as long  u guys pegi dengar dulu penerangan  dari ejen insurans tu ...
make sure tak paham tanya...jangan tak paham ko cakap paham ...= . =

aku rasa setiap company ni akan tawarkan benda yang sama je ... yela life insurans, which is bila kau meninggal penama ko yang akan terima pampasan tu, accident, medical card, ward, critical illness n etc...
basically they offer same products ... yang MEMBEZAKAN ialah nilai yang uolls boleh claim nanti.
So dekat situ kena tengok n kaji betul2
(harap2 ayat aku ni korang paham le nya... maafle aku bukan ejen insurans - nak tau ayat yang lebih tepat kena g jumpa ejen insuran la ..hehehe )

okey berbalik pada persoalan asal tadi...kenapa aku kata HARUS ADA ...
aku berpegang pada 1 konsep je ... MALANG TAK BERBAU ...
tambahan lak company aku tak provide pun insurans tuk staff kan
infact medical claim pun company aku tak provide (hampeh tul ... hehehe)
so dengan adanya MEDICAL CARD ni la backup yang ada ...
plus duit yang kita bayar pada mereka tu bukan burn gitu je ... dia akan jadi saving kita jugak nanti
so make sure uolls paham ye if amik polisi yang ada saving tu ...
macam mana dia akan jadi saving ... n macam mana dia jadi investment ... n macam mane dia cover tuk medical uolls ...
make it CLEAR okey ...

jangan jadi macam aku ... dah half way dengan 1 syarikat tu ... lepas tu terminate then amik lak yang lain
so macam rugi jugak... sebab tak stay sehingga tempoh matang dia
so dekat situ kena pahamkan ye

so sekarang i pilih PRUDENTIAL ... yeayyyy!!! :)
kenapa aku pilih PRUDENTIAL sebab

bila aku comparekan dengan polisi aku yang sebelum ni (MAA TAKAFUL)
rasa2 PRUDENTIAL offer better
ikut pada penerangan 2 ejen ni dan kemudian aku bandingkan ... PRUDENTIAL offer better


itu je la ...
thanks baca entry ni

p/s : eh lupa, kalau u guys berminat boleh contact ejen yang jumpa ni
       nama dia Cik Azie : 019-769 7961 :)









PUAS SUDAH KU MENCARI CHEESE CAKE MELELEH





Assalamualaikum
Apa khabar uolls

Hari ni aku nak share sikit pasal cerita aku yang sangat la tergoda dengan cheese cake meleleh tu
Aishhhh macam mane tak tergoda, dah hari2 aku disajikan dengan picture kek tu

Mesti korang kata 
kan ramai yang jual sekarang ni
oppsss ... area KL nun memang ramai dik non
area SOMBAN ni ha tak ramai lak yang aku jumpa
bukan nya tade tapi tak ramai yang buat delivery
eh banyak cekadak tak aku ni
heheheh


pic : sumber google






Isnin, 11 November 2013

NOVEMBER GIVEAWAY BY CIK YAYA



Nak Join? Meh Klik Banner.

1st BE dari NUFFNANG ~ Terima Kasih


Assalamualaikum ....

Finally dapat jugak BE dari NUFFNANG selepas setaun plus berblog ...
tq NUFFNANG lepas ni boleh le bg lg ye :)

Mesti korang kata tu pun nak kecoh kan...korang dapat lagi bnyak dari kita ye tak ... hehehe





Jumaat, 8 November 2013

NOVEL : PLAYBOY ITU SUAMI AKU


Assalamualaikum ...

selepas kita semua dilanda demam LYMA dan semalam cerita ni pun dah sampai ke hujungnya dengan ending yang seakan novel ... wahhh gitu cuma nya dalam novel tu si Sherry tu tadela kena tangkap dengan polis kan ... takpela...kita lupakan si Sherry kekwat tu and selepas ni kita sume akan di sajikan pula dengan cerita PLAYBOY ITU SUAMI AKU

Cerita ni dah lama baca cuma ingat2 lupe maklumle umor dah semakin meningkat ni so...kena baca balik la untuk refresh semula ... toing toing toing

okey jom kita layan sinopsis cerita ni ^_^


Playboy Itu Suami Aku

“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

credit to :- KAKINOVEL untuk sinopsis ni 

drama ni akan di bintangi oleh 

 
 
NUR RISTEENA - Afina Aulia
FATAH AMIN - Raja Andrian @ King
CHACA MAEMBONG - Fisya
 
pelakon yang pegang watak King & Afina tu pelakon baru ke ea?? aku cuma familiar dengan Chaca je ...
takpe2 novel ni best, hopefully cerita dia tak lari banyak le dari novel kan :)

u guys yang tak sabar nak tahu story line cerita ni boleh le pergi ke kedai buku untuk dapatkan novel ni ye
atau boleh juga beli dari KAKINOVEL :)
 
selalunya aku buat begitula...sebab tak sabar nak tahu storyline dia so aku baca novelnya dulu then kita akan jadi suam-suam excited nak tahu next episod cerita tu ... hahaha
tau tak ape suam2 excited tu ... maknanya aku excited tapi tade le teruja sangat ... wahhh bolehhhh gitu ...
 
note : thanks kerana membaca entry ni : )

Rabu, 16 Oktober 2013

FILM : BENCINTA


Assalamualaikum lovely

aku tau maybe agak lambat aku nak update tentang filem BENCINTA
tapi tapi tapi aku tetap nak hapdate jugak kat sini pasai filem ni ...
well aku memang le minat sangat dengan sicantik manis ND , and dat y this film is MUST watching
sebab tu la aku gigih g tengok cita ni even sorang  ... huhhh!!
ni la nasib bila bff dah ramai tamatkan zaman single mingle depa
sob sob sob

seriously tak tipu  ...this film is so so so so AWESOME
aku cakap ni bukan sebab semata2 aku minat dekat Nora Danish,
tapi sebab film ni memang memang best sangat2


setakat ni...aku rasa film melayu paling best yang penah aku tengok 
cerita dia yang penuh dengan pengajaran untuk kita as a woman/wife, untuk kaum adam as a man / husband and kita semua what FRIENDSHIP it is ...




PERFUME OOOO PERFUME



Assalamualaikum lovely

Aku yakin sangat-sangat yang sume orang ade fav perfume masing-masing kan
Aku dulu boleh dikatakan sangat loyal dengan BODY SHOP punya brand
and now now now ... aku dah mula 'curang'
ececece ....

MADAGASCAN VANILLA FLOWER PERFUME OIL
vanilla smell
VANILLA SMELL
-bau dia best wooo tapi dia sentiasa buat aku rasa nak makan ...hahaha
  tapi memang bau dia best sangat2 . ...soft je bau dia...so feminin :)


WHITE MUSK® PERFUME OIL 
WHITE MUSK 
 - bau white musk ni pun best i tell u ... cuma bau dia kuat sikit kalau nak compare dengan vanilla tadi tapi 
   DONT WORRY bau dia still sedap untuk hidung orang sekeliling kamu ... acaceh
   sejarah aku berminat dengan white musk ni sebabnya masa dalam bas aku duduk sebelah one girl ni 
   and terbau aroma perfume ni dari ni ... terus jatuh cinta ...ececeh ... terus jatuh cinta dengan smell perfume 
   ni tau bukan dengan girl tu ...auuuuuu



 VERSACE BRIGHT CRYSTAL
- ya ampun perfume ni sungguh memikat kalbu aku ... ececece ... bau dia seriously sangat-sangat wangi 
  tak tau nak reclassified bau dia macam mane ... hahaha ... sungguh tak membantu ye tak ... tapi masa aku g
  cari perfume hari tu salesgirl tu bagi aku test bau dia ... uisshhhh terus jatuh cinta mak nob ... tapi perfume 
  ni aku jarang pakai sebab mahal ... sayang ... nak beli sebulan sekali memang pikir juta juta kali la 



AMORE MIO 
-amore perfume ni bau dia fruity. best tau bau dia ... i like i like i like ... harga dia pun tak mahal sangat ...
 cuma perfume ni takde penutup le ... so agak leceh bila nak bawak travel ... tapi bau dia tip top
 and lasting  ...

LOVE GENERATION SEXY
-di sebalik botol dia yang berambu ramba tu percayale dia memiliki bau yang yang sweet gitu ... hehehe bau 
 dia ade sedikit floral macam tu ... and soft je bau dia ... memang feminin la .. sesuai untuk wanita melayu     terakhir macam i kan ... plus harga dia pun tade le mahal sangat pun :)

 VIVA LA JUICY
-nengok botol dia pun dah mengancam kan siap bereben-reben bagai ... bau dia sangat KEBABOM bagi 
 aku , pendek kata bau dia sangat sangat best ye ... combination of sweet + gum smell ... ha macam mane tu 
 ea .. :) conclusion yang aku buat perfume ni bukan lah perfume yang indah khabar dari rupa ...hehehe



VIAL perfume  and miniature perfume koleksi aku ...
haishhh habis duit den
tapi tapi tapi daisy marc jacobs tu bau dia macam bunga rampai weh ... pelik amek 
tapi tapi tapi lancome, chloe , coach perfume tu pun best cume cume cume kalau nak beli size besar memang aku tak mampu la sekarang ni ...

actually ni tips untuk u guys la kalau nak beli perfume why not kita beli yang VIAL or miniature size ni dulu, sebab nak tengok bau perfume tu serasi ke tak dengan kita ... even bau perfume tu wangi tapi bila sembur dekat kita tetiba jadi tak mengancam kalbu kan ... hehehe sebab setiap orang kan keserasian dia lain2, so dari bazir bazir beli lepas tu tak pakai better guna cara ni dulu kan 

so ape pulak perfume fav korang ... boleh le share dekat sini kan 

psssss ... nak tau PERFUME apa yang murah dan berbaloi KLIK SINI :)  




Khamis, 10 Oktober 2013

TERINGINNYA BERCUTI KE PULAU


Assalamualaikum  ....
Lately life tersangat la messy nya ...uish ...banyak betul plan yang terpaksa di tangguhkan @ cancel due to . .
unexpected aiyooooo

so sekarang in my mind ... sangat2lah ingin bercuti
sebab nya nak sangat-sangat la p relax my mind ni
cadangnya nak p ke GANU KITA
tapi tapi tapi ...
bila umo dah hampir2 ke 3 series ni .. eh bukan beemer 3 series tau ... hehehe umo yang 3 series
how time flies ... cepat betul masa berlalu kan
membe2 yang selama ni kehulu kehilir bersama pun dah ade family n their own life .. tak kan la nak kaco pulak kan, nak pi sorang ... memang BIG NO la kan, confirm tak dapat green light dari parents nanti

eh banyak melalut betul ... ok ok ampun ampun ...continue with plan ke TERENGGANU tadi
kenapa banyak tempat kat MALAYSIA ni TERENGGANU jugak yang dipilih
kalau ikut hati ni, nak p PARIS / LONDON terus, tapi tapi tapi masih tak mampu lagi .. so kita buat plan mana yang mampu je

sebabnya aku teringin sangat nak 'bertapa' di PULAU 
dengar kata pulau kat GANU cantik-cantik :)

ape je la yang aku nak 'bertapa' kat situ ye tak ... so jom la layan picture-picture yang aku curik kat google
hopefully takde lagi unexpected thing happen
selalunya macam ni la...kalau merancang sangat last2 mesti tak jadi
tak pe dugaan tu ...SMILE :)

 



 

 


p/s :- 1st time pakai perfume marc jacob daisy edt ... eh awat bau dia macam bau bunga rampai ni ...pak pak pung kepak kepak kepung :p


MACAM MANA NAK GUNA MAYBANK VISA DEBIT KAD untuk MSOS





Dah tiga hari dah aku frust sebab aku nak buat MAYBANK SECURE ONLINE SHOPPING still tak berjaya ...aishhh depa ni memang nak suh aku berjimat cermat la....

so as usual sebab asyik fail je aku pegi la google...so depa suh pegi kat m2u dekat bahagian utilities then update dekat situ ... and bila aku pegi sign in dekat aku nya m2u...aish mane lak utilities ni ... camno nak update ni ... alahai ... dugaan sungguh la ... ok sabar - sabar ye ...

next apa lagi ...setelah cuba beberapa kali terdetik le idea nak call customer service maybank (ceh baru nak dapat idea ... huhhh ... ape da... then call la 1 300 88 6688 dan ikut je le arahan ... ni lagi satu hal ...boleh pulak tekan nombor sambungan yang salah, aishhh....nasible customer service dia mesra pelanggan then dia yang tolong sambungkan ke bahagian sepatutnya ...

eh sebelum tu pastikan kad uolls tu adelah kad debit okey ...< cherry yang ranum  @ MU version >

sumber : google

bila dah bercakap dengan person yang incharge just bagi tau dia je yang nak register phone number tuk VISA DEBIT CARD , nanti dia akan tanya uolls few questions tuk pengesahan la ic number, account number, nombor yang kat depan kad, alamat then lagi satu phone number yang kita nak register tu 
untuk mudahkan urusan, seeloknya korang guna no phone yang sama untuk TAC M2U sebab lain nombor nanti korang kena register pe tah dia cakap hari tu ...lupa den < ape ni ...belum tua lagi sume lupa >

bila dah setel ni so aku pun excited le nak p buat transaction yang fail je tu kan ...eh sekali fail lagi
awat ni ...ape lagi  ... ape lagi ...ape lagi????
 huhhhh ...
nak kata balance aku tak cukup ... aku dah sign in sign out dah M2U tu nak cek balance aku ....eh cukup la...hishhh ape lagi ni

so memang malas la nak call maybank lagi  so aku tanya je dekat kawan aku kot-kot la dia tau ...
and and and ... dia tau ...bagus bagus bagus
sebab aku still fail lagi sebabnya kalau nak buat transaction lebih dari RM 500 per transaction kita kena 
ubah had limit dulu dekat atm mesin tu
so satu keja lagi la pulak kena tukar limit pembelian tu , so aku pilih la limit yang aku nak tu ... alang2 tu aku ubah sekali limit untuk transfer duit ... senangkan tade la t asyik nak p atm machine je ..(walhal memang selalu pi pun kan ...hahaha)

and lepas 2 step ni aku buat, barulah pembelian aku tu berjaya ... YEAYYYYY!!!

ok guys...hope this will assist u incase u guys face problem yang sama macam i budak yang baru belajar ni :)

see you soon