Rabu, 28 Disember 2016

REVIEW : ISTERI TUAN IHSAN


Assalamualaikum semua 

Korang follow tak novel yang telah di dramakan tu...Isteri Tuan Ihsan ala yang Aaron Aziz & Amyra Rosli berlakon tu la.

Best kan tengok mewah tul si Tuan Ihsan tu eh lagi best jadi si mem besar Seroja tu kan.
Aku memang jenis kalau ade novel yang di adaptasi ke drama mesti akan beli novel tu (eh tade la semua, certain cerita yang agak2 aku akan layan je, hehehe )

Memang aku dah khatam dah baca novel version nya, bila dah follow drama dia pulak memang ade la dia ubah sikit dari novel version nya.

Kiranya macam drama version ade lebih trill sikit la.
Contohnya macam kisah si adik Haziq yang sakit, family Haziq yang berhutang dengan Tan Sri apa tah nama dia (atuk Seroja ), Haziq yang terpaksa curi keja Tuan Ihsan and nak simbah Seroja dengan asid, tuk novel version memang tade yang tu. Oh lagi 1, dalam drama ni, depa akan menikah kat Dubai , tapi novel nya version kat Krabi tak silap aku. Yang penting bukan Dubai la kan.Hehehe

Tak sabar la nak tunggu ending cerita ni tuk drama version nya sebab tak leh nak agak apa yang jadi tuk next episode sebab dia dah olah kan.







Jumaat, 23 Disember 2016

REVIEW : BAYOO LAGOON PARK RESORT MELAKA


Assalamualaikum semua .


Cuti sekolah ni mesti ramai parents yang bawak anak2 p bercuti kat mana2 kan. short vacay la kan. 
Sebenarnya mak pak pun sekali teruja gak nak p short vacay tu ...yela nak rehatkan fikiran. 

So hari tu saja la kami p stay 2 malam kat melaka, yang dekat2 saja. Tak larat lak nak drive jauh2 ni. So pilih yang dekat je la. Jimat masa kat atas jalan . Sebabkan masa tu dah last minit nya planning so kena la pilih on weekdays nya date sebab kalau nak weekend dah fully booked la pulak. 

Asalnya nak pi ke Swiss Garden tapi masa cek kat booking.com tu dah full lak dari 15 ke 17 December tu so ke second choice la Bayoo Lagoon Park Resort. Sebab memang nak cari yang ade water park sekali. Yang tak bestnya Bayoo Lagoon Park ni water park dia ade fee pulak sebab dia provide 4 tiket free tuk dewasa je masa kami check in tu . sob sob sob.

So on 15 haribulan tu kami gerak dari rumah dalam pukul 9 macam tu, sampai Melaka dalam almost 12 macam tu, okay lupa lak nak bagi tau yang hotel ni dekat Bukit Katil ya, dekat2 dengan ayer keroh macam tu, so sampai je hotel terus amik nombor giliran tuk check in, even masa tu hari Khamis tapi ramai jugak la orang nya yang nak check in, almost 1 jam jugakla tunggu tuk check in baru nombor kami di panggil. 

lama sangat nak tunggu nenek ngan umi tunggu turn check in



sementara nak tunggu nombor kami di panggil tuk check in, saja lah bawak budak2 ni tengok water park dia kat belakang tu je, dekat je dengan lobby dia. Frust betul budak 2 orang ni sebab lambat sangat boleh masuk water park .

Ho ho ho , Merry Chrismas
Dekat lobby pn banyak gak deco for Chrismas

Kami pilih apartment 2 bilik masa tu, total tuk 3D 2N, dalam RM 900++ macam tu termasuk gst & service caj dia. So dah check in, dapat bilik terus bawak barang g bilik. Even kat situ dia stated check in hours pukul 3, tapi alhamdulillah pihak hotel tak berkira pun soal ni, kami boleh check in dalam pukul 1 lebih macam tu.





Apartment kami ade 2 bilik which is one small room and 1 lagi besar sikit , sama jugak dengan toilet dia, 2 toilet, size big n small. So priority tuk ladies, so kami amik bilik besar la...hehehe. Picture kat atas ni, tuk yang yang kecik nya. Cuma beza dia bilik besar tu toilet dia dalam bilik, yang kat atas ni toilet dia luar bilik . Tu je. Bilik nya sama je ada 2 katil single size . Beza dia yang bilik besar tu katil tu dia rapatkan. Hihihihi. 

1 je tak berapa puas hati, tuala dia berbau. Ish....Pas tu dalam drawer meja solek ade rambut yang tak di buang lagi. Bit kotor la bagi aku. 


View dari balcony kami tingkat 3, rugi pulak rasa sebab tak dapat yang ngadap water park. Ni ngadap parking lot... hehehe 

So lepas dah letak barang sume, solat, rehat kejap cepat2 p kuar lunch. Kami p lunch dekat restoran dekat ngan mydin sana, apatah namanya. Ada word Malim macam tu, tekejut gak lunch je tuk 6 orang dekat RM 100.00 . Terus tak tertelan nasi time tu tengok harga cam gitu .sob sob sob.
Pas tu gi tapau goreng sukun, kopok lekor , jelly kelapa kat gerai yang ade jual tepi simpang tu. Sedap goreng sukun dia. Nyesal lak beli RM 2 je time tu.

So lepas lunch tu cepat2 balik hotel sebab budak2 ni dah tak sabar nak mandi kat water park tu kan, so balik bilik tukar baju bawak la depa ke water park.

Kami yang dewasa ni guna la tiket yang dapat masa check in tu, yang kanak2 je kena beli, RM 16 camtu.





View water park yang aku snap dari luar je masa tengah tunggu turn nak check in, dah masuk water park nanti memang phone tinggal je kat bilik. Kejadiannya masa aku duk dalam kolam air tu ade phone yang dah letak dalam water case tu begolek2 kat kaki aku, mayb owner dia tak perasan phone dia tercicir dalam air kan sebab kalau jatuh bunyi pun tak dengar sangat sebab yela memang bising kat situ, so lepas tanya orang2 kat area tu kot2 la ada yang hilang phone, sume kata takde then aku bawak la phone tu g kat kaunter DJ tu tuk dia annouce. Yang kelakar tak lama lepas aku bagi phone tu, petugas lak jumpa orang tertinggal gigi palsu dia. Adeh macam2 la kan.

Masuk hari kedua air cond dekat bahagian ruang tamu pulak problem, air meleleh, mayb dah lama tak service kot kan, tapi malas pulak nak tukar bilik so biar je la. hurm. 
Macam hotel2 lain jugakla, dia kan provide breakfast voucher , hurm, jujur aku cakap breakfast meal dia sangat tak sedap . Bukan lah nak menghina tapi kita bayar kan . 

Okay tu je la review aku pasal Bayoo Park Lagoon ni, overall boleh dapat 3 bintang dari 5 bintang.


Selasa, 20 Disember 2016

Drama 7 Hari Mencintaiku


Asssalamualaikum semua ... 


Diam tak diam we almost done with 2016 kan...cepatnya masa berlalu , banyaknya resolution yang tak achieve pun ... sob sob sob.

Ade tak yang follow drama 7 HARI MENCINTAIKU , slot akasia tu ala yang tiap2 isnin sampai khamis tu kan, kul 7 sampai la kul 8 . Okay aku memang follow cita ni dari 1st episod hari tu sampai la sekarang, dah minggu last pun kan.

Bagi aku, aku suka jalan cerita dia, banyak sangat pengajaran dalam cerita ni. Aku pun penah gak baca novel ni, tapi ingat-ingat lupa macam tu, sebab novel ni kira macam dah lama gak, tak ingat bape taun dah tapi yang pasti novel dia tebal. Nak baca nak refresh balik story line dia aku dah letgo pun novel ni as preloved item. So tengok je la. Seriously even dah baca novel ni, aku tak tau pun apa akan jadi next episode sebab memang lupa la cam ne jalan cita dia kat novel tu. sob sob sob.

Dalam cita ni kita boleh tengok kan watak khuzairi ni sangat la lelaki budimannya kan. Ya ampun sangat la penyabar orangnya. I just wonder wujud ke lelaki yang berpewatakan macam ni sekarang . Beruntung betul si Mia tu dapat bersuamikan si Khuzairi tu. Agaknya kalau orang lain memang makan penampar la jawabnya Mia oi.

Mia pulak memang sombong dan ego tinggi pada awal cerita. Kadang2 si Mia ni aku nengok dia dah okay tapi si Mak Leha, si Helmi ngan si Syakilla ni sometimes akan wat si Mia ni jadi Mia yang sombong dan ego tu kan. Sampailah kemuncak bila Mia ni dah bersalin sebabkan marah dan ego dia tinggalkan anak dia dengan husband. Yela puncanya dari mulut Mak Leha tu kan. Yang si Khuzairi lak tak habis2 janji nak pindah rumah lain pindah rumah lain tapi still tak pindah. Sebab tu la orang kata seeloknya berdikari sendiri bila dah kawin kalau tak banyak yang tak baiknya bila ade campur tangan keluarga ni. 

So sekarang ni tengah layan watak Mia yang dah berubah jadi baik lepas kematian Buntat. 

Memang tak sabar nak tunggu next episod la kan sampai last episod nanti.

Dalam cita ni 1 watak je aku tak suka, watak si Syakilla ni, nak2 sekarang time dia dah nak kawin dengan si Khuzairi tu. Kiranya kalau orang tengok si Mia ni jahat, sebenarnya si Syakilla ni lagi jahat la kan sebab dia hipokrit atleast Mia tu tunjuk sape diri dia yang sebenar tak pura2 macam si Syakilla tu . Tul tak ????

Untuk cerita ni aku rate 4.5 star dari 5 bintang. 



NEW CPUV FROM NUFFNANG



Sebenarnya agak lama jugak dah tak dapat CPUV dari NUFFNANG , so hari tu rajin lak nak cek akaun NUFFNANG ni, wah banyak gak dapat CPUV kali ni, alhamdulillah.




Isnin, 5 Disember 2016

CRAZY SALES FROM JAKEL


Assalamualaikum semua and hello ....

December dah sekarang kan...biasala bila december ni mesti la sana sini ada YEAR END SALES...

Selalu gak usha2 instagram tengok yang mana ade wat sales best...scroll2 ig, tengok la ig jakel...mesti macam best je nak beli kain tuk borong kain tuk raya nanti kan...yela nanti lambat2 cik tailor lak dah tak mau amik oder dah...kan sadis tu ... 

So semalam saje la bawak my mum g jakel seremban ni, tu je yang paling dekat ... nak g jakel mall tu malas lak nak ke kl tu, confirm la sesak, nak2 time cuti sekolah ni, tak larat nak hadap sesak tu ... hihihi

sekarang kan tengah in design pucci ni, so memang semalam aku aim nak beli design pucci je. Tengok harga dia memang murah la wei dari hari2 biasa tu, yang sepasang dalam RM 300 ++ tu , masa sales ni boleh dapat RM 150 je wey.. hahaha..sape tak suka gitu kan...iollls so suka 


dah namanya perempuan kan, so confirm la ko akan usha yang lain2 jugak kan. Memang sume part tu ko akan tengok la kan. So memang rambang mata la jadinya . Sudahnya selain pucci ade jugakla yang sesat jadi pilihan hati tu kan . hehehe.

Actually aku nak cari design yang aku arrow kan macam dalam picture kat atas, tapi semalam p tak de lak dah corak yang tu..so pilih yang lain la. cantik jugak le,..hehehe
tapi bila tengok balik yang selang 2 dari yang arrow kan tu macam cantik gak .... ohhh ohhh ish...ade jugak ke jakel lepas keja ni kang ... hahaha sabar2 jangan ikutkan hasutan syaitannnnn nirajim ni ...

kain pucci nya material semalam pun ade beza2 price dia, after sales nya price ada yang RM 150 (3.5m bidang 60), RM 98 and RM 60, yang 2 ni 4M bidang 45. Tapi serious rambang mata aku!

Sebabkan semalam dah rambang mata sangat, awalnya nak beli 3 corak, last2 beli 2 corak je, sebab ade bekenan jugak bukan pucci nya design, so my mum suggest tak yah amik pucci design banyak sangat sebab since dah beli 2 design pucci, so proses pemilihan nak decide 2 corak dari 3 design yang dah ada tu susah jugak....:( tetiba akak tu kata kat aku , dia bagi design yang 1 lagi tu kat aku free je . ha ya ke ni ,, ya ampun syok wey..serious syok hahaha , pucuk di cita la kan... 

my mum pun beli 3 pasang untuk dia, tapi bukan pucci design , tak minat katanya and samping tuk my dad.

Yang bestnya bila kat jakel ni dia nya staff r so friendly, Treat kita sangat baik even kita nak tengok banyak corak, sangat la sabar layan kan..hehehe so far tak penah lagi ade bad experience dengan staff depa. They treat their customer so well la kan. 

Last but not least , kalau kita buat belian dari jakel, boleh join cabutan bertuah nanti kan, untuk belian RM 1,000 boleh dapat grand prize pergi umrah . 

p/s : sape nak serbu jakel sekarang la masa yang sesuai till 2 jan 2017 nanti tau, tapi jangan lambat2 sangat sebab nanti corak yang cantik2 habis dah . hehehe