Rabu, 18 Mac 2015

NOVEL : TEMAN LELAKI UPAHAN


Assalamualaikum semua ...
Arghhh aku sangat bosan hari ni ... eh bukan bosan cuma berpinar2 mata tengok figure dekat bank statement client ni ... messy sangat account depa!! stressssssssssssssssssssssssssssssssnya lahai!!
Lagi stressssssssssssssssssssssssss bila aku apply keja dekat jobstreet xde satu pun yang lekat ...homaiiiii :(

So let's make do something yang boleh chill kan aku ... asal boleh ...hihihi
Well sekarang keja menimbun, memang xsempat la nak tengok SLOT AKASIA pukul 7 tu kan ...
Tapi seriously cerita TEMAN LELAKI UPAHAN ni memang best kan ...dengan watak si EL tu memang thumbs up man! memang menjadi la kan ...

Mula2 dulu aku tak layan sangat drama ni ... sebab pelakon dia tak memberangsangkan , hahaha
itulah aku suka judge awal2 kan ... hihihi ....

At the moment, aku tak sabar nak tunggu ending cerita ni macam mana kan ... hopefully before aku start peak time dekat opis lah ...

Ok guys , jom layan sinopsis dulu

********************************************************************************
“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA
“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL
“Syarat? Syarat apa?”
Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.
Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.
Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia.
Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.
“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you…  Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”

 Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?
*******************************************************************************



Isnin, 9 Mac 2015

REVIEW NOVEL : CINTA SI WEDDING PLANNER


As salam semua and hello
 Hari isnin biasala jadi monday blues bila masuk opis But it's okay, update blog tade istilah monday blues uolls ... :) wheee ~~~

 Last friday singgah sebentar di Popular, apa lagi cari novel terbaru la kan ... untuk aktiviti di hujung minggu
 Kebetulan sekarang ramai pulak yang update mencari novel CINTA SI WEDDING PLANNER so aku pun yang mudah di pengaruhi ni memang teruja jugak la nak beli ...hihihi

Oh ,,actually before aku decide nak beli novel ni hari tu, berbelah bagi jugak hati ni sebabnya based on my previous experience , novel2 yang aku beli under Penulisan2u semuanya tak boleh nak suka la,, mesti ade terdetik "menyesal aku beli" ... so sorry but itulah yang akan aku rasa , dat y la aku duk pikir berjuta2 lemon kali before decide beli novel ni ...

So aku start baca novel ni malam ni , lepas subuh baru aku tido ... ko mampu?? hahaha semata2 nak baca novel ni kan ...

Aku nak bagi 4 bintang dari 5 bintang tuk novel ni ...
sebab this time aku puas hati beli novel under Penulisan2u ..
Memang berbaloi even dapat 10% diskaun saja dari popular ... hehehehe ...

Suka sangat dengan watak Fariz dalam novel ni, mulala berangan2 kalaula wujud spesis lelaki yang macam Fariz ni kan best ...
Dia tade la romatika d' amor sangat tapi aku suka dengan watak yang penulis cipta tuk dia ...

Oh BTW lovely ni aku copy kan sinopsis dia tuk uolls ok

*********************************************************************************
Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan peristiwa kisah Zara si wedding planner  dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.
 Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur si tengah jalan.
 Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.
 “Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la.” - FARIZ
“Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!”- ZARA
“Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke.” – FARIZ
 Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.
 Abang teringin pankek, jem blueberry, and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?” – FARIZ
 "For you, my dear... I will do anything for you.” - ZARA
 Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih.
 “Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran daripada abang.”
“Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?”

Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara?  Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga kebahagiaan dapat diselamatkan? 
*********************************************************************************

Those yang berminat dengan novel ni, boleh KLIK SINI okay :)

P/S : enjoy ur novel then ... :)

Khamis, 5 Mac 2015

TEMPAT PERCUTIAN IDAMAN


Assalamualaikum and hello ...

Aku rasa setiap orang mesti ada tempat percutian idaman kan ...
Ada yang bernasib baik, ada rezeki lebih Allah pinjamkan bolehlah sampai ....
Mana yang tak berkemampuan, tengok dalam google je la  ... macam aku sob sob sob :(

Ade orang suka tempat percutian yang macam more santai which is suka p pulau2 memang boleh release tension oiii kalau p pulau2 ni. iya ke ?
Ada yang suka sesuatu yang happening & advetures so boleh la p disneyland kot
Ada yang suka suka soping sakan boleh le p paris nun , aku hanya mampu p parit saja ... parit mana ? parit buntar ... kuikuikui ... jadilah ade jugak pasar kemboja kat situ kan . hihihi :p , even aku bukan lah seorang kaki soping (oh itu tipu ye )

Kalau la berkemampuan teringat naw naw iolls nak p

1) MALDIVES

sumber : google

but then tak mampu nak p MALDIVES, boleh p PERHENTIAN jugak kan , orang kata situ macam MALDIVES MALAYSIA ... walah ...

2) SHIRAKAWAGO

sumber google
memang cantik tau bila nengok dalam google , ha nengok picture pun sumber dari google ... memang tak de la pictures original dari aku ... hihihi

Tapi tak tau la bila kurun boleh sampai sana kan . unless aku dapat durian runtuh memang confirm boleh p :)
So kita boleh p SINI JUGAK  kan

okay tu jela 2 destinasi yang teringin naw2 nak p ...
mind to share uolls punya dream vacay pulak .... meh le kita sharing is caring






FASHION BROW DUO SHAPER MAYBELLINE


Assalamualaikum

Perempuan dengan make up tak dapat di pisahkan ... Ade jugak perempuan yang tak minat nak makeup bila keluar rumah ... cukup sekadar compact powder & lipbalm ... bagi aku mereka yang jenis macam memang berkeyakinan tinggi ...ehemmmm

Well aku bukan jenis macam tu , sekadar compact powder dan lipbalm unless aku dah telat & kemalasan melanda aku waktu tu ... cehhhh ...

Sebab aku sangat adore dengan eyebrows si cantik manis Nora Danish , maka aku pun pun memang akan focus more on my eyebrows bila nak kuar ...sometimes duduk rumah sajo pun aku melaramkan eyebrows aku !sungguh senah kan iolls ni ... gigih tau aku nak cari TIPS UNTUK LEBATKAN BULU KENING & LENTIKKAN BULU MATA

sumber : google
Then semalam saja je lah aku singgah watsons ... memang wajib singgah la once a week ... kadang2 sampai 3x seminggu aku p sana...nak beli apa tak tau la senah oii

Then tengok eh Maybelline ada product baru la ... macam best je macam best je product dia ni kan

Fashion Brow Duo 





then excited jugak nak cuba, tengok2 takde pulak untuk tester...alahai tak best betul la...tanya dekat staff watsons pun dia kata takde tester lagi ... alahai keciwa mak nob ... so hold dulu la nak beli...tunggu till ada tester nanti baru kita decide YAY or NAY kan ... (lagipun yang sekarang punya banyak lagi)

p/s : compared hitam ngan coklat, aku suka warna coklat lagi ... lebih natural ...

oh btw, uolls boleh TENGOK SINI untuk tau lebih lanjut pasal product ni okay ...

jumpa lagi d next entry okay

xoxo



Rabu, 4 Mac 2015

TANDA-TANDA BILA ANDA PERLU BERTUKAR KERJA


Assalamualaikum & hello peeps!

Okay to be honest aku memang sangat2 perlukan kerja baru sekarang! Betul tak tipu...Ini bukan cubaan atau olok2 ...ini betul2!
Even aku dah lama dengan company yang aku kerja sekarang (4 years ++ ) but aku rasa aku perlukan something new ...everything new
New boss
New leader
New workplace
New environment
New culture
and of cource
New salary

And aku rasa aku ada reason yang strong tuk aku tukar kerja  ...

1) Every morning nak pergi kerja dah tak rasa excited ! Every morning okay bukan certain morning ni every      morning , memang kukuh kan...

2) Takde semangat langsung nak buat kerja dah ... bila kau rasa kau dah tak productive macam dulu ...kalau dulu 2 minggu je kau amik masa tuk setel report sekarang lebih dari 2 minggu

3) Company ada financial problem ... it will cause delay your salary payment ... PTPTN nak bayar, loan kereta nak bayar, perut nak kena isi, tangki minyak kereta nak isi, even kalau kau tak naik kereta kau sendiri nak pegi keja pun, tambang bas/ taxi/ komuter/ lrt pun nak kena bayar uolls!

4) Budaya dalam company yang aku dah tak boleh nak ikut flow dia lagi. Seroiusly, aku tak suka bila kena cover kerja orang, sambung keja orang. Sesekali tu tak pelah. Kalau banyak kali, lemak pulak kau ni senah oiii!

5) Company kedekut tentang kebajikan pekerja. Medical claim takde, insurans apetah lagi ... sadisssss kot

6) BIAS in company ... ini biasa dan ketara kot ... pejam mata je lah nob!

7) Gaji yang dapat tak setimpal dengan beban keja yang ada ...

** seriously i need a new job ** =(


And last but not least




Selasa, 3 Mac 2015

Jatuh Cinta dengan SK-II


Assalamualaikum and hello peeps ....

Aku ni memang dah bermacam2 brand skin care yang aku guna ...
Memang susah la aku nak setia dengan satu2 product tu ...
Dari jenama A ke B , dari B ke C ...
Boleh kata tiap kali masuk watsons nak beli skincare yang baru mesti tak beli brand yang sama macam yang previous punya brand.
Nampak tak nampak tak ...aku ni memang senang sangat terpengaruh dengan iklan and jurujual yang introduce produk depa kat aku ... macam yang aku CERITA DULU ;p
Well ... aku rasa most perempuan memang macam tu kot (deapkan hati ... hihihi)

So one day saja2 jalan dalam parkson, then pergi kat kaunter SK-11, saja je la tengok2 then SA dia datang approach aku
SA : Hi ... biasa guna SK-II
Me : Hi... tak ..i just tengok2 (ayat normal)
SA : okay (senyum) , kalau u ada masa boleh i tengok u punya skin and explain dekat u
Me : Sure (senyum)

Baikla pulak si SA ni ... so aku pun ikut dia , duduk dekat tempat yang ada mesin dia tu ... (tak tau la pulak apa namanya ai )
So sambil dia tengok2 kulit muka aku dengan alat khas dia tu, dia pun explain la pasal kulit aku ni ...
Then result tuk kulit aku masih okay ... still dalam range umor aku la kan ...
Cuma problem utama aku whitehead & blackhead yang bermaharajalela kat area hidung ni ha ...
macam2 petua dah i buat uollls masih susah nak halau depa ni ...:(

So after that, aku pun decided beli trial set & facial treatment cleanser

trial set : FTE, mask & facial treatment clear lotion
2 mini tu SA bagi free =)

SA tu pun memang cadangkan kat aku beli yang trial set dulu, cuba dulu if sesuai & puas hati boleh continue beli lagi ..so tak membazir nanti (sebab harga dia bagi aku memang tertelan air liur jugak weh )

Then SA tu explain how to apply the products (important tau sebab kalau ikut step yg betul memang boleh jimat & dapat good result)
Cleanser :- macam selalu kita cuci muka tu (picit sikit dekat tapak tangan, & boleh le cuci muka ni ) - tak kose pulak teman nak snap picture tuk step yang ni :p

Lepas tu boleh guna facial treatment clear lotion after that baru boleh apply FTE
Important!! memang tak boleh nak guna FTE je tau , di galakkan guna sekali dengan facial treatment clear lotion tau ....



Cara nak pegang kapas muka macam tu ye .. selitkan diantara 3 jari tu ...memang senang sangat guna cara macam ni & one more thing aku tindihkan 2 kapas muka untuk setiap kali sapuan (apa peribahasa untuk kapas muka ??? it is keping ???) hahaha :p

Okay after 2 weeks, applied this SK-II , i'm totally falling in love with this products!!Seriously,,even the price quite expensive for me but the result soooooooo bombastic ....
Results kat sini memang la kulit kau tak putih melepak (please dont expect that girls, but seriously my blackheads & whiteheads problem nampak perubahan dah...dah tak ketara macam dulu okay & one more thing liang pori pun dah menujukkan kesan2 positif. yeayyyy!!! :)

So my next target pulak is cellumination set ...
Oh BTW sape ada guna cellumination set , boleh le share dgn iolls uolls punya feedback pulak ye :)