Selasa, 30 Disember 2014

PENUTUP 2014


Assalamualaikum ....

30th December 2014  tik tok tik tok ...alhamdulillah, 2014 akan melabuhkan tirai dia beberapa jam, minit, saat lagi ... dan 2015 akan mengetuk2 pintu untuk memulakan tahunnya ... rasa sekejap je kan masa berlalu

2014 banyak yang berlaku, banyak sangat especially untuk kita yang berada di negara kita , Malaysia.

Pembukanya adalah kehilangan MH370, sehingga kini masih gagal ditemui ...
Ingat lagi, a week before aku fly ke peristiwa ni terjadi, masa tu takut jugak nak naik flight, tapi tawakal,
alhamdulillah aku selamat pergi dan balik

Kemudian kita diuji lagi, beberapa hari lagi kita nak menyambut hari kemenangan kita, MH17 pulak yang menjadi mangsa. Tiada yang selamat , kita yang dengar pun rasa sedih, apatah lagi ahli keluarga mangsa.

Dan kini kita diuji lagi, banjir besar melanda pantai timur, Kelantan, Terengganu, Pahang dan selain negeri-negeri pantai timur, Perak, Negeri Sembilan jugak terlibat sama. Sungguh sedih betul rasa tengok keadaan mangsa yang tinggal sehelai sepinggang je tu. Yela, keadaan air yang naik begitu cepat memang tak sempat untuk mereka menyelamatkan barang-barang beharga mereka. Kesian mereka, ada yang hilang rumah, di harap mereka dipinjamkan kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan mereka selepas ni .
Bagi yang berkemampuan, boleh lah hulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa ...





Selasa, 9 Disember 2014

Kain Sulam Original Bandung Murah Dan Cantik


Assalamualaikum semua

Sekarang kan bulan December dah, well biasalah kalau December time cuti sekolah kan...kalau musim cuti sekolah sure la every weekend tu mesti ada je undangan wedding yang kita akan pergi
Kadang-kadang tu dalam sehari sampai lima wedding kena attend ... :)
Kalau dah every weekend tu kena attend wedding mesti pening kan nak pakai baju apa attend wedding kawan , cousins atau sedara mara uolls
Pening mak ... :p
Tak kan nak pakai tshirt & kain batik je pulak kan...hihihi

Ok kakak2, adik2, semua tak yah pening dah ...sebab korang boleh singgah di SINI untuk cari kain-kain sulam original dari bandung . Harga yang memang berpatutan dan kain-kain dia sangatlah cantik tau.
So korang tak yah la susah2 fly ke Bandung dah lepas ni...shopping je dekat SINI . Memang cantik uolls,,iolls yang tengok ni pun rambang mata jadinya , sume cantik, sume cun sampai tak tahu dah nak pilih yang mana ...

And kalau nak beli untuk raya next year pun ok jugak kan sebab biasalah kita raya bulan July, so dalam March macam pun tailor dah close amik tempahan dah...so tak salah kan kalau nak tempah awal. Yela kalau iolls sendiri memang tak selesa nak pakai baju yang ready made ni...memang tak selesa je rasa bila pakai...

So uools dont forget klik SINI okay..and enjoy shopping

And last but not least, ni antara contoh yang aku sempat amik dari page tu




 

Actually banyak lagi kain sulam2 yang cantik dekat SINI , so uolls apa tunggu lagi ... =)


Isnin, 8 Disember 2014

RESIPI : CHEESEKUT yang mudah lagi sedap


Assalamualaikum dan selamat pagi uolllsss ...
Lama dah kan tak buat masak2 , maklumle iollss bz sgt2 ... (alasan semata ni wehhh , sila jangan terpedaya ...padahal kau malas kan cik Diela ... ngaku sajo la :p )

Hari tu aku tengok ade sorang sis ni share dekat FB dia picture cheesekut yang dia buat...and sis ni sangat baik hati so dia share resipi sekali so aku tengok macam senang je nak buat so aku pun excited la salin resipi tu and weekend hari tu terus zasss buat cheesekut ni .... so bila aku try and menjadi maka dengan bangga aku nak share dengan korang pulak kan...kalau tak jadi tak mau share sebab malu ... hihihi


even aku dah tulis resipi dekat picture tu, tapi risau korang tak clear so aku taip lagi kat sini ... baik tak aku ? :p

Bahan :-
- biskut kering @ biskut segi empat yang macam biskut sayur tu tanpa cream (aku guna brand hup seng)
- 2 cawan cream cheese 
-1/2 cawan susu pekat (boleh kurangkan kalau tak mau manis sangat)
-1/2 cawan fresh milk 

Cara-cara :-
-blendkan cream cheese, susu pekat & fresh milk tadi
-susun 1 lapis biskut di dalam bekas, dan tuangkan bahan yang di blend tadi di atas biskut, ulang langkah yang sama lagi sehingga beberapa lapisan ... (aku buat 3 lapisan )
- simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam
-selepas 5 jam boleh le dimakan ,, sebelum tu boleh la taburkan milo di atasnya 

Senangkan? tak payah kau nak kukus, nak bake sume, ringkas, mudah dan sedap

- selamat mencuba-
 


Jumaat, 5 Disember 2014

BUKAN PEREMPUAN LA NAMANYA


Assalamualaikum semua ....
wahhhhhh dah December 2014 dah sekarang .... kejap je kan
pejam celik pejam celik dah nak melangkah ke tahun 2015 kita beberapa hari je lagi
tik tok tik tok *___________ *

Uolls as a woman, as a girl, as a daughter, as a mother, as a sister semua perempuan kan
Kalau dah perempuan mesti le sinonim dengan perkataan CANTIK . Betul tak???
So kalau word cantik ni mesti le salah satunya kita pikir make up....hehehe =)
Actually hari ni iolls nak cerita pasal ni le

Pernah tak jeles dengan orang yang ade neutral beauty means dia tu tak make up pun cantik tau ...
So aku yang tak berapa neutral ni ... (maksud kau ape ni senah, adekah kau FAKE?) hahaha
gigih jugak la beli make up tools ni...yela nak konon2 nampak gojes macam NORA DANISH tu ...
eh helllllloooooo si ND tu tak yah makeup pun dah cantik okkkkk

Ni koleksi terbaru aku ...
cik blusher...feeling2 nak dapat kulit putih kemerahan ... tak usah la ko perasan senah oiiii hahaha

simply elegent blusher




 Terdapat 3 pilihan warna, so aku pilih warna ROSY PINK ni sebab kan nak feeling2 dapat pipi putih kemerahan tu .... macam le kau putih senahhhh *___________^



Aku rasa blusher ni is so friendly kan...dengan design yang begini...


kalau korang perasan kat situ penutup dia siap ade cermin tau...so senang la kan kalau korang nak guna dia di mana & bila2 masa saja! 
Actually ni bukan la 1st time aku beli blusher keluran simply siti ni,,before ni ade jugak aku beli yang jenis lagi satu tu 


nengok kat atas tuDuoBlusher, kalau nengok kan keadaan dia macam dah buruk kan , but actually i bought it last raya means only beberapa bulan je ...and baru pakai sekali je!!rugi sangat2! tak suka dengan tekstur dia...rugi je ...=( and yang paling den menyesal sebab masa aku beli yang ni, yang simply elegant blusher tu pun ade jugak, awat tah gi pilih yg duoblusher ni tak tau la kan ... and masa tu yang elegant tu harga dia about twenty plus je...semalam aku beli RM 32.90 ... tak pelah...dah berkenan beli je la kan...

Kalau korang perasan kat picture atas ni, ade jugak blusher dari elianto kan...so ni pengakuan aku yang jujur ikhlas,, elianto punya blusher ni memang favourite aku sgt2!selain warna dia sesuai dengan aku and yang best dia murah tau....cuma dia tak provide brush la tuk ko sapu kat pipi tu ... tapi memang aku suka sangat la dengan blusher elianto ni ... PERFECTO!!

Mesti korang heran kan,,dah tau elianto punya brand best nape beli simply siti punya brand ...
Well ni la yang dinamakan perempuan ...alah korang pun macam tu kan ...
Mana boleh ada 1 brand je kan =)

Ok le,,selamat berblushing ok *_______________*



Jumaat, 21 November 2014

UNTUK WANITA BERTUDUNG


Assalamualaikum semua ...

Korang pernah tak kalau tengok iklan kat TV tu then terus tergoda dengan iklan tu ... means iklan tu dah berjaya pengaruh korang untuk membeli dan mencuba produk dia!

Aku? Kalau korang tanya aku jawapan dia MEMANG ADA ... SELALU! kuikuikui
And yang baru ni aku dah tergoda dengan iklan syampu...eh bukan baru la...actually lama dah...cuma aku baru beli dan guna dia ..... :p


sumber : safi.com.my
Kalau selalu aku tengok TV , mesti ada iklan SAFI SHAYLA ni kan...so memang aku tergoda la kan dengan iklan dia...memang lama dah niat nak cuba produk ni ... memang aku ni mudah di pengaruhi oleh iklan :p , even dah lama tergoda tapi kena tahan dulu la keinginan hati ni memandangkan syampu yang aku guna sebelum ni masih banyak lagi dan aku pulak jenis kalau beli nak beli yang botol besar je...senang dan jimat kekdahnya ... so kenala hold dulu niat suci murni aku tu ... (membazirkan amalan syaitan!!) chewahhhh

Actually syampu yang aku guna sebelum ni pun okay jugak ... cuma yela macam aku cakap aku ni mudah dipengaruhi oleh iklan ... my bad!! tak kan la aku tak mau tengok tv pulak kan ... eloknya tv ni tak perlu ade iklan la kan ... bolehhhhhh gituuuuuu ??? bukak stesyen tv sendiri la dila oiiiii ....

so aku kalau beli syampu mesti pilih yang ANTI DANDRUFF punya ... tak tau la kenapa...nak kata aku ada masalah kelumumur tade la jugak ... but MAJOR PROBLEM aku actually masalah RAMBUT GUGUR
Aishhh takpe...next time kita beli yang ANTI HAIRFALL pulak ye !! :p

Untuk korang , safi syala ni ade 4 VARIASI untuk di pilih, sesuai dengan masalah korang la kan ... jangan jadi macam Cik Kiah sorang ni udah la, ada masalah rambut gugur p beli yang anti dandruff ... pasai apa tak tau la ... amboiiiiii jual nama Cik Kiah pulak ye ... hahaha! maaf Cik Kiah ... :p

So selepas beberapa kali penggunaan ... aku bagi 4 stars dari lima bintang ... wah macam juri maharajalawak mega pulak dah ni ..., sebabnya aku suka sengan syampu ni...memang best! Rambut pun wangi tau ... aikk cakap macam syampu sebelum ni tak buat rambau kita wangi pulak kan ... syampu before ni pun wangi jugak cuma syampu tu dah guna lama , so bau dia dah sebati ... jadi biasa2 je la kan, bila guna yang baru ni ...jadi teruja la dengan wangian dia kan ... macam kalau kita beli dan guna PERFUME jugak la kan ... bila dah lama dah sebati dengan bau tu mesti nak cari bau yang lain ... :)

Okey ladies and gentlemen  selamat mencuba okay !

TQ for reading this entry ... xoxo


Rabu, 12 November 2014

Kecewa :(


Kecewa dengan performance aku yang memang sgt update blog aku tahun 2014 ni... adoi... sila ketuk ketampi! Kenapa malas sgt ni diri ...

Tengok la ni,,, suram je post tuk 2014 ,,baru ade 13 post setakat 12 November 2014 ...sedih kau....

Ok kena lebih rajin lepas ni...:p

Resipi makaroni campak campak


Hi uolls... 

Hari ni mood aku gedik sikit nak hapdate jugak resipi makaroni sempoi aku ni
Kenapa sempoi...sebab nya... bahan2 dia sume campak2 je... campak2... tada... siap!

Bahan2: -

🌸 makaroni (wajib! ):p
🌸 telur 1 @ 2 biji (aku guna 1 je,, sebab masak tuk sorang je )
🌸 ayam sedikit (potong dadu )
🌸 cheese sekeping (kalau nak buh lebih pun takpe )
🌸Cili api (5 biji )
🌸Bawang kecil, bawang putih, lada hitam, halia sedikit (kalau tak mau guna lada hitam pun takpe,,)

Cara2: -

🌸Cili api, bawang kecil, bawang putih, halia dan lada hitam dikisar (aku suka guna lada hitam yang biji2 tu)
🌸Tumiskan bahan2 yang di kisar tadi sehingga cili tu masak... Jgn dilupa ayam yang telah di dadu tadi
🌸Buh sedikit air
🌸Jgn lupa sedikit garam
🌸Masukkn makaroni yang telah direbus (masa nak rebus makaroni tu, campur sedikit minyak masak, tips untuk dia tidak melekat )
🌸Goreng makaroni tadi,, masukkan telur yang telah di kacau...kacau lagi dan masukkn cheese yang telah di siat2...
🌸Goreng sehingga cukup masak dan hidang la
🌸Sebab aku tak buh sayur so aku buh le salad tu tuk hiasan... hihi...
🌸Mayonis pun saja letak... sedap!

SUPPLEMENT BERASASKAN SARANG BURUNG


Assalammualaikum lovely & macho semua?
Ada baik ka tade baik ini hari ....
hope u guys doing well today okay ....

Aku sebenarnya sekarang di dalam 1 misi untuk mencari supplement yang berasaskan sarang burung.
Eh bukan, supplement tu ingredient dia mengandungi sarang burung n lain2 lagi eg : delima, madu.
Ini adalah misi khas aku sekarang ...
Kenapa aku sampai bermisi khas pulak tuk cari supplement ni sebabnya mak aku suh cari kan produk ni

Kisahnya...
mak aku ade tengok dalam tv, biasalah rancangan tv yang ade slot produk tajaan tu, ha masa ni lah Datin yang buat PR tu berjaya menambat hati mak aku untuk mencuba produk beliau.
MALANGNYA, mak aku lupa apa nama produk tu :( ,  dan aku anak yang budiman ni kenalah bantu cari produk yang mak aku nak tu ... hurm...puas juga ku cari ni .... tak jumpa lagi... :(

korang tau x mana2 produk supplement yang ade sarung burung dalam ingredient dia...habaq mai please
..... ok le, aku nak sambung pencarian di MR. GOOGLE







Isnin, 3 November 2014

FENOMENA JERUK MANGGA ASAM BOI


Assalamualaikum semua.....
u guys buat apa tu???
Aku baru je lepas tengok separuh akhir AF tadi...
Tahniah untuk Firman, Ewal, Nuha, dan Aman dapat keperingkat akhir...serta Adel yang telah diserap masuk semula untuk keperingkat akhir. Tadi sempat jugak aku baca dekat FB , ramai jugak yang tak berpuas hati macam mana si Aman ni boleh kekal hingga ke akhir ? aku pun sama .... dia nyanyi tak best langsung kot!!tapi yelah nama pun program realiti kan...

Oh btw, sekalung tahniah untuk Pahang yang telah menjuarai Piala Malaysia semalam menentang JDT dengan penalti 5-3. So esok Pahang cuti peristiwa la ye :)

Sekarang ni memang tengah hot kat FB pasai MANGGA ASAM BOI...aku ni kalau nengok depa duk upload picture tu memang duk telan air liur je la kan...fenomena jeruk mangga asam boi ni sampai depa duk buat business la jual jeruk ni kan...sampai le aku jumpa kat IG yang orang tu duk complain dia beli tudung , last2 tudung nya bau jeruk tu pulak...hehehe...maybe air jeruk tu la tumpuh kan so terkena dekat tudung yang dia beli tu ..... adoiiiii kesian pulak kan macam tu

so kebetulan pokok mangga epal belakang rumah aku ni berbuah, aku pun minta jasa baik ayah tersayang tolong kaitkan mangga tu dalam 3-4 biji. (jimat dah kan, tak payah nak beli...buat sendiri lagi puas hati)

sekarang mangga dah ade , let's do  JERUK MANGGA ASAM BOI
Bahan2 & cara nak buat dia mudah sangat2 uolls....

-mangga muda dikupas kulit dan di hiris
- cili padi (dipecahkan) (aku guna 10 biji)
-sedikit gula
- asam boi (10 biji)

cara dia uolls campurkan kesemua bahan di atas, gaulkan dia dan masukkan di dalam botol dan peramkan ia seketika ye. (atleast semalaman)
tapi aku dah terliur sangat aku buat petang tu malam tu aku dah makan dah...hehehe...

cubalah uolls memang sedap sangat, ade rasa masam, manis n pedas2 ...memang sedap wooo
betul tak tipu ... selain mangga boleh jugak guna buah kedondong jugak kan ... mesti sedap jugak tu ....ohhh nyummy!!!:)

Ahad, 12 Oktober 2014

perth trip - caversham


Assalamualaikum semua
lama sungguh na blog ceq ni beghabuk bersawang uishhh bz sungguh na sekarang ....bz ka malas ka tak tau la kan.... (0______________0)

ok guys dulu aku penah update kan trip aku masa dekat perth ... masa tu aku update trip aku dekat FREMANTLE memang syokkkkk la kan p situ dengan angin sepoi2 bahasa sambil menikmati fish n chip yang superlicious tu kan....betul wehhhh tak tipu memang sedap habaq hang!

so entry kali ni aku nak cita kat hangpa sume la hari aku p caversham....syok sungguh na ...

abaikan picture budak tudung kuning tu...:p


okey entry fee tuk masuk caversham ni AUD 25 kalau convert duit kita lebih kurang RM 75 but very worth it (ceh mentang2 p Australia, speaking terus na)  bayar mahal cam gitu masuk dalam tu ...sekali sekala kan ...

so lepas dah bayar kami pun p la nengok haiwan2 yang ade dalam tu...
1st sekali kami p tempat haiwan berpoket  tu...cuma nasib tak berapa nak menyebelahi depa sume takde mood kot time tu.....tak tau la pasai apa...huhuhuh ....
kangaroo nak tido 
teringin nak masuk dalam poket dia actually ... hihihi :p
sape comel kangaroo ke i yang comel ???? :p
kangaroo tade mood ^_~
so lepas dah bergambar sume and kangaroo tu pun tak berapa nak welcome kami :( (sentap weh) kami pun p la ke tempat lain

koala bobom ... comel ok!
cik koala tido 
teringin nak dukung koala tu :(
please dont take my pic...i'm shy
hey i'm wake up already nice to meet u
ni amik pic dari jauh je koala dah bangun sebab bahagian ni tak boleh masuk huhuhu 
then lepas kami tengok koala tu kami pegi kekawasan lain pulak....

tak tau apa tah nama haiwan tu ...
kambing ni garang tau ade ke dia nak tanduk kita org ish ish
berehat sebentar
kuda ni memang tinggi n besar !giant size

actually tepi tu kawasan kuda yang giant size tapi tiap kali aku nak amik pic dia , dia tak mau (anti selfie kot dia) so aku pasrah lah jadi aku je le yang syok sendiri kat situ kan
tak pelah kuda i je la yang selfie k
awat p lelap mata pulak ceq oi....
okey abaikan la picture aku lelap mata kat atas ni hehehe aku just nak cerita kat sini yang aku tak sempat nak jumpa wombat & tengok the farm show tu (sebab masa tu kita org rushing nak p tempat lain jugak lepas tu , n plus masa ni autumn so pukul 5.30 macam tu dah gelap )sedikit sedih la kan...yela bukan selalu pun dapat p sini kan...kalau jarak dia setakat zoo melaka tu memang tade hal wo...boleh saja anytime :(

so takpe la next time umur panjang & murah rezeki boleh p lagi...amin :)

actually aku nak cerita lagi tapi macam dah ngantuk pulak kan ...so aku sambung cite next time k :)

and last but not least tq for reading this entry :)

Jumaat, 1 Ogos 2014

APA SALAH MEREKA ??


Assalamualaikum semua

rasanya masih tak terlambat lagi untuk diri ini mengucapkan selamat hari raya aidilfitri pada muslimin & muslimat, mesti antara uolls yang masih bercuti lagi kan, and yang dah mula kerja tu pun sebenarnya masih dalam mood cuti + raya lagi kan...saya pun macam tu jugak.

So macam mana dengan sambutan raya uolls? mesti meriah kan ?
Dalam keghairahan kita menyambut hari kemenangan kita jangan pula kita lupa nasib saudara kita di Palestin sana. Sangat sedih hati ini bila melihat rakyat Palestin yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan Zionis.
Umum sudah mengetahui kebanyakkan mangsa merupakan kanak-kanak dan wanita. Apa salah mereka ??

Jadi marilah kita sama-sama berdoa untuk keselamatan saudara-saudara kita di sana dan antara usaha yang kita boleh lakukan adalah dengan memboikot produk-produk yang meyalurkan dana pada pihak zionis.



Dan marilah kita sama-sama untuk tidak lagi membeli dan menggunakan produk-produk ini.

Dan jika kita tidak terus-terusan memboikot produk-produk ini, dan keadaan seperti gambar-gambar di bawah ini akan berulang lagi.
Bayangkanlah sikecil ini anak @ adik kita 
kesian :(

sesungguhnya apa salah mereka

 

 

actually banyak lagi bukti-bukti gambar yang kita boleh lihat kekejaman pihak zionis ni ... sungguh bagi aku la kan mereka ni sangat pengecut! sebab tu dia orang target kanak-kanak dan wanita!!

lastly those yang nak menderma pada mangsa-mangsa Palestin, sangat-sangat lah dialukan, 


 P/S :- untuk yang suka beli mercun tu lagi baik kiranya duit tu kita salurkan untuk mereka yang lebih memerlukan, daripada uolls bakar duit uolls tu hangus macam tu je kan ... bising sungguh bunyi mercun ... haishhh ....

Selasa, 1 Julai 2014

NOVEL : KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN


Assalamualaikum semua...

Uolls dah berbuka ke? So apa je menu buke uolls hari ni? Ioolls beli je tadi...hurm...bz betul time peak period ni...:( Okey xpelah...keja tu pun satu ibadah jugak kan...

So malam ni aku nak update kisah drama yang diadaptasi dari novel
KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN
Aku dah penah baca buku ni, tapi tule sebabnya aku ni banyak sangat minum air semut so aku jadi ingat2 lupa story line novel ni & aku pun tak dan follow cerita ni, hari tu balik dari merantau cari rezeki + pengalaman tu pun cerita tu dah pertengahan.

Actually aku ade novel ni dulu...before aku jual dia as prelove...hehehe...
So u guys kalau nak beli novel 2nd hand boleh follow IG iolls ye @prelovestar
Dont worry harga murah + keadaan buku still tip top lagi tau uolls :)

Let's the synopsis do the talk = = = >


Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.
Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga  segar berbau harum.
“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina
“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin

                                                 


For those yg berminat nak dapatkan novel ni dekat IG @prelovestar memang dah tade dah ... hehehe
tapi dekat SINI ada tau .... :)

Seriously cerita dia BEST!



Selasa, 24 Jun 2014

Tq nuffnang


Wah....aku sangat2 la teruja bila aku cek akaun nuffnang aku tengok2 banyaknya BE skrg