Khamis, 30 Mei 2013

Segmen Follow Mellow Sampai Lebam By Mira

Assalamualaikum

Jom ramai-ramai join

 kalau nak join, sila le klik banner di atas ye.
sangat simple just click
hehhehe


TIPS DIMURAHKAN REZEKI

Assalamualaikum

Hari ni aku nak share dengan korang tips atau amalan yang buat kita bertambah MURAH REZEKI

  • Bangun awal pagi, jangan le kita g sambung zzzz lepas tido ye. 
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Apabila kamu telah selesai solat subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki.” (Hadis Riwayat Tabrani)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.” (Hadis Riwayat Tabrani, Ibnu Adi)

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur pada waktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya, "Bangun! Apakah kamu tidur pada waktu rezeki dibahagi-bahagikan?"

  • Sentiasa mengingati Allah, jangan le kita ni jadi hamba yang tak bersyukur...time susah baru nak ingat Allah, patut ke tidak uolls?? Pastikan juga yang kita menjaga betul2 solat 5 waktu kita dan jangan LENGAH2 kan solat ye - seeloknya berjemaah (ingatan untuk diri sendiri juga ni)
  • Memperbanyakkan istighfar
Sabda Nabi S.A.W. " Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a) 
  •  meninggalkan perbuatan dosa - yelah kita dah beristighfar, seeloknya jauhkan diri dari melakukan dosa
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)

Sabda Rasulullah S.A.W : "...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
  • Berbakti dan mendoakan kebaikan dan kesejahteraan ibu bapa kita
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
  • Banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. " (Hadis Riwayat Baihaqi dari Al-Khatib)
Dengan berselawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.  
  • bersedekah dan tidak riak dengan sedekah itu
 TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA
Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj maksudnya : "Wahai Ali ! Sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah dan dapat menarik rezeki dan berkah yang banyak. Maka berpagi-pagilah kalau bersedekah. Kerana sesungguhnya bahaya itu turun pagi hari, sebelum bahaya turun, bersedekahlah sehingga dapat menolak bahaya di udara."
  • menjaga silaturahim
 Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)” (Hadis Riwayat Bukhari)
  • SOLAH DHUHA
Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang bermaksud : “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Duha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”(Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani) 
  • DOA , USAHA , TAWAKAL - jangan sesekali BERPUTUS ASA
p/s:- sama2 kita amalkan ye, moga kita sume dilimpahkan dengan rezeki yang halal, AMIN

Rabu, 29 Mei 2013

TERINGIN TAPI TAKUT ... 3T

Assalamualaikum

Korang ada tak pengalaman yang korang teringin sangat2 nak buat tapi sebabkan rasa takut korang just ignore je keinginan korang tu

kalau ko tanya aku, sah2 le ada
banyak actually
salah satunya
aku teringin le sangat nak pakai 
(refer gambar)

sumber : google
memang dari dulu lagi aku teringin sangat nak pakai,
 nak le mata kaler2 macam uollss
tapi bila aku membayangkan ngerinya la ai nak masukkan benda tu dalam mata 
bertambah ngeri bila kena 'korek' mata nak kuarkan benda tu
so aku lupa kan le hasrat murni aku tu
aptb aku ni
T________T

tak tau le bila nak dapat keberanian nak pakai benda ni
aku nengok kawan2 aku pakai senang je
korang lak macam mane??




 

Isnin, 27 Mei 2013

SEGMEN :SAYA NAK TAMBAH FOLLOWERS

klik banner untuk join
Bismillah..
sebenanrnya,dah lama tidak membuat segmen memandangkan segmen sebelum ini agak kurang mendapat sambutan.Namun aku harap kali ini dapat sambutan dan supporters dari rakan-rakan semua!
SEGMEN :SAYA NAK TAMBAH FOLLOWERS
Tujuannya:adalah untuk menambahkan bilangan followers(rakan2 )dan meningkatkan traffic blog:)
untuk yang ingin join :
  1. follow blog JIAKREATIFELT ok
  2. add aku di google +
  3. Buat tajuk entry : SEGMEN :SAYA NAK TAMBAH FOLLOWERS
  4. Tinggalkan link entry korang di kotak komen aku

TARIKH TAMAT PADA 31 MEI 2013
JOM JOIN SEMUA~!...^_______^


RAHSIA untuk pakai tudung cantik terletak di kepala

Assalamualaikum

aku yakin sangat2 kat sini ramai antara kita yang selalu sangat ada problem nak pakai tudung yang gelembung la, tak berapa nak kemas kat bahagian depan tu
eg : tudung senget le, lembik sangat le dan lain2 lagi le yang boleh buatkan korang kurang cun pada hari tu

selalunya kalau korang ada masalah gini, korang akan ambik masa yang lama kan kat depan cermin tu, 
aku pun dulu selalu sebal gak kalau gini especially kalau pagi2 nak kerja, 
huhhhhh!!!

so hari ni aku nak bagi tau dekat korang 1 cara yang akan buat korang sangat suka dan tade lagi masalah tudung korang yang buatkan korang jadi kurang cun
SERIOUSLY
dengan tip ni korang akan jadi sangat cun
ecececece *_______*
 
sumber : google
 
taraaaaaa...nampak pic di atas, itulah penyelesaian nya
tak yah le korang nak lilin kan tudung korang tu
sebab aku memang selalu fail bab2 nak lilin tudung, buat tudung aku gelembung sana sini je
ohhhh sebal mak nob
harga dia pun takde le mahal sangat, 
yang baru2 ni aku beli dekat GIANT dalam RM 8 ringgit ++ macam tu, yang before ni tak ingat exact harga dia tapi yang pasti kurang dari RM 10 ringgit n dia tahan lama, lepas tu sangat WANGI tau
cayo lah cakap den ni daro
 

guna kiwi kleen ni pun senang je..semudah 1,2,3
- mula2 korang lipat tudung tu jadi 3 segi 
- spray kan di bahagian yang akan jadi bahagian depan bila korang letak kat atas kepala nanti
- iron dengan suhu yang slow ye *_____*
- so boleh le korang touch up diri korang
 
okey sebelum tu pastikan korang guna yang ni ye 
 
sumber google
 
dan bukan yang di bawah ni
 
sumber google
 

dan bukan juga yang bawah ni

sumber google
sebab yang 2 ni tak berkanji, so dia tak kan membantu langsung tuk korang pakai tudung dengan cun 
ececece!!
kalau nak iron baju bolehhh, dipersilakan guna salah satu dari yang 2 kat atas ni
n dia pun wangi gak, aku lebih suka bau yang PINK color tu

p/s : SELAMAT MENCUBA

LIP BALM

Assalamualaikum
dan epy working ye!
ucapan khas untuk diri sendiri...hahaha...:)

entry hari ni aku buat khas untuk kita yang gegirl2
lelaki boleh je baca...silakan...:)

aku sangat2 yakin, ada je yang gegirl kat DUNIA ni tak suka nak pakai lipstick kan
aku juga begitu dehhhh...
sangat lah aku tak suka, rasa macam lain macam betul bila toyohkan  apply lipstick
so apa yang guna untuk elakkan bibir aku dari kering dan mengelupas ialah
LIP BALAM
sangat AWESSOME uoollls

**koleksi kita**
 aku mula pakai LIP BALM ni start masa aku kat matrik, kesian betul masa tu umor dah masuk 18 baru la belajar nak melaram...hahaha
masa tu aku guna NIVEA nya lip balam, mula2 aku guna yang pink color tu tak silap gambar bunga mawar, then biasa le aku ni susah sikit nak setia kat barang2 ni, aku nengok rumate aku guna yang cherry nya, aku pun terjebak gak beli yang cherry tu, seriously aku JATUH CHENNNTA dengan cherry punya!!

aku guna NIVEA cherry tu sampailah aku habis matrik, lepas tu masa zaman kampus, aku curang pulak dengan nivea, dah beralih arah pada LIPICE SHEER COLOR MENTHOLATUM
yang ni dia variety, so aku pilih yang gambar BERLIAN dekat pek luar dia tu, dengan harapan bibir aku akan sentiasa berkilat, hahahaha...
apa punya mentality la aku ni!!
so yang LIPICE SHEER COLOR tu paling lama aku guna, sehingga la sekarang, MAY 2013,
betul2 setia aku ni,
plus harga dia takdelah mahal sangat, 
kalau bukan time sales lebih kurang RM 11.00++ macam tu

lepas tu yang waterlip tu, hari tu aku baca kat mane tah, yang dia suka sapu kat bibir dia malam2 yang tu, so aku ni jenis yang suka nak cuba, so aku pun beli le, tapi sapu nya NAN HADO cuma beberapa kali je kot,
last2 benda tu terperuk je dalam make up bag aku tu
TIAN dia

sepanjang 26 tahun aku hidup dan dah 8 tahun dah mula tau apa itu melaram,
rasanya tahun lepas, umo aku 25 tahun, 1st time aku beli lipstik
tu pun aku tergoda dengan warna dia bila aku tengok ada orang post gambar dia dengan warna lipstick yang sangat memikat dekat instagram, so lepas beramah mesra, esoknya aku pegile ke WATSON mencari 
si REVLON, tapi aku beli je, aku baru pakai sekali je menda tu, tu pun masa baru lepas beli,
lepas tu tak mahu dah pakai
**sila jangan contohi sikap aku yang suka membazir ni kawan2**

and then baru2 ni aku terjebak dengan CLINIQUE punya brand

chubby stick
harga yang ni RM 58/ stick,
quite mahal okey
so far oklah best gak
masa 1st time aku nengok benda ni aku ingat crayon...adoiiii...:)
vitamin c lip smoothie
yang ni pun not bad gak
korang akan jatuh chennnta gak bila guna yang ni

rasanya ada lagi 1 produk kot yang aku pernah guna tapi takde kat picture aku kat atas

sumber google
maybelline baby lips, aku beli sebab terpesona betul dengan iklan dia...
hahaha...
ok jugak brand ni takde le buat bibir aku kering cuma BAGI PENDAPAT PERIBADI AKU
aku lebih suka 
LIPICE SHEER COLOR MENTHOLATUM
aku cuma pakai maybelline ni just beberapa kali je
lepas tu aku bagi adik aku


btw kalau korang nak try produk CLINIQUE yang aku tunjuk kat atas korang boleh le beli dari 
sebab ada diskaun tau
sebab hari tu aku beli yang vitamin c lip smoothie tu dari sini la,
masa aku beli hari tu harga dia cuma RM 20 saje uollsss instead of RM 54
berbaloi-baloi

(harga mungkin berbeza bergantung pada promosi yang depa buat, so kalau nak dapat harga yang murah kena rajin g kat web dia ye)

tips kali ni : ramai orang kata, kalau nak beli lipbalm jangan beli yang ada bau2...yang bau tu sudah semestilah bau wangi yang seakan2 korang nak makan tu kan
reason dia : sebab tak elok tuk bibir korang, aku tak pasti betul ke tak cuma aku pun tak beli lipbalm yang aku rasa nak kunyah2 tu *_________* hihihihi

okey tu je la nak ngomel kali ni
kalau sudi korang boleh le share dengan kita produk apa yang korang guna
kita boleh try gak nanti
kita ni memang suka
TRY n ERROR
hihihi




 

Rabu, 22 Mei 2013

Segmen Saya nak mini note pad

Assalamualaikum


JOM JOIN

TARIKH TAMAT : 29.05.2013

KISAH LAWAK ASK-A-TOP UP

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera

Mesti korang tau apa itu ASK-A-TOP UP kan, so rasanya tak perlulah lagi aku nak explain kat sini, =)

nak dipendekkan cerita..(memang cerita ni pendek pun, bukan macam cerita
sampai beratus muka surat..)
tadi tengah duk kalut2 kat opis, tetiba dapat mesej (gue ingat dari secret admire)
wahhh perasan lebih kau jah,
dari nombor 22121, dia sebut la kat situ yang 
"6011XXXXXXx6 sedang meminta RM 2 dari anda melalui Ask-a-Top Up. Sila balas YES untuk ...bla bla...,ala korang pun tau kan apa ayat seterusnya tu

sumber google

 so aku pun nak tau le sapa punya gerangan nombor ni, ingatkan adik aku sebab 011 tu, then aku dail la nombor tu, 
eh eh ni bukan nombor adik aku la, sebab tak kuar nama 'adik' dekat skrin phone aku,
so aku memang kebetulan banyak sangat kredit time tu aku pun call la nombor tu dan owner dia jawab panggilan aku, and it's a girl.

aku : hello sapa ni?
owner :  ye cari sape

eh dia ni komain eksyen pulak dah le mintak topup kat kita

aku : tadi ade mintak topup kan?
owner : oh..aah, saya bukan nak mintak saja2, saya nak pinjam je, ada kecemasan ni, esok saya bayar balik
aku : ooh ...habis macam mane boleh dapat nombor phone ni, kenal ke?
owner : tak kenal, tapi main teka2 je nombor tu
aku : ha...what a nonsense!!

PUP!!TERUS LETAK PHONE

lepas tu aku dapat lagi mesej dari nombor 22121 

aku jadi pelik, orang ni nak menipu ke apa, 
dia nak mintak tolong sebab ada kecemasan, then boleh pulak dia main teka2 je nombor phone
aduhaiiiii

ada jugak orang macam ni ye

 kat kawasan rumah dia takde jiran2 ke
dia takde save nombor adik-beradik or sedara mara dia ke sampai dia nak agak2 nombor orang.

ohhh dunia-dunia

 










 

 

 


Isnin, 20 Mei 2013

"Duo Big Giveaway!


"Duo Big Giveaway!
Due Date 8 Jun 2012
Click Banner!

Big Thanks To :
Nabila Medan, Shafawi, Mizna Online Shop, Zuwairish Shophouse Page, Easy Boutique, Fizgraphic, Faizah Wahab, Norbai'ah, Addin Aisyah, Mahirah, Dyba, Salamah Qalish

ORANG KITA 'BUSY BODY' KE?

Assalamualaikum 
 
Macam mana dengan weekend uolls?
mesti syok kan,
so today tak mau la ada MONDAY BLUES ye, kesian hari isnin
hehehhe

hari ni aku nak buat entry special untuk orang-orang kita
most of orang kita, termasuk la aku...
hahahaha

orang kita yang sedikit 'BUSY BODY'

okey jum kita olah apa yang busy body nya tu
 
1ST

try korang recall balik memory korang, pernah tak korang kalau jumpa baby akan tanya soalan
 
 
 
"eh ni bila nak besar ni?"
"bila nak pandai jalan?"
"bila nak tumbuh gigi?"
"bila nak pandai cakap?

2ND

time study lak, soalan yang FAMOS, mesti le bila nak habis study...eh padahal budak tu baru 1st sem kot, hahaha....tak pun tiap kali jumpa tiap kali tu la akan tanya bila nak habis study, padahal dah bagi tau kot yang kos tu amik masa 4 tahun
adussss
 

 
3RD

lepas ko dah habis study, dah keja mula la orang akan tanya bila nak tamatkan zaman bujang ko
NI SOALAN PALING FAMOS OKEYYY
selagi ko tak berpasangan, selagi tu la bila ko pegi mane2, orang akan tanya
hurm...BOSAN

 
 
 4TH

bila dah hidup berpasangan mesti la soalan yang korang akan dengar,
"bila nak ada baby?"
betul tak?
 
dah ada 1st baby then orang akan tanya
"bila nak dapat adik?"
 
 
Rasanya itu je la antara soalan-soalan yang FAMOS dalam cycle hidup kita ni
so depend pada korang lah, nak labelkan sebagai BUSY BODY atau tak
bagi aku, benda ni bukanlah BUSY BODY, it just they CONCERN about us
hahahaha!!:p
 
p/s : janganmle ada orang bertanya dekat aku, " eh bila ko nak tua?" 
 
nota kaki : sumber picture adalah dari ihsan google, terima kasih google :)

thanks baca entry kali ini
XOXO



 
 
 

Jumaat, 17 Mei 2013

Mini Segmen By DIS



Banyak Mana Air Putih Yang Harus Di Minum Sehari ?




Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ni basah juga bumi Allah, yela dah lama kan tak hujan.

Rasanya uolls semua dah tahu kan banyak kebaikan yang kita dapat bila kita amalkan meminum air putih @ air kosong . Tak kesahlah la nob uolls panggil apa, janji sama makna.


 

 Ramai yang tahu kita perlu minum air masak yang banyak tapi tak tahu berapa liter yang perlu kita ambil dalam sehari.

sebab tu aku dengan baik hati...ecececeh...nak kongsi dengan korang berapa liter yang perlu korang amik 
ade 2 kaedah yang korang boleh refer

PERTAMA

20130515232038.png


berdasarkan gambar di atas korang mesti nampak yang setiap 25KG badan kita memerlukan 1LITER AIR
So korang boleh kira sendiri kan...
let say berat korang 50kg so badan korang perlukan sekurang-kurang 2liter air masak dalam sehari

ok jom tengok 2nd method lak

KEDUA 

20130515231701.png 

method untuk teknik yang ke dua ni lak 
berapa berat korang darabkan dengan 40 then plus another 50
contoh :-
50 X 40 = 2000 , 2000 + 50 = 2050
so maknanya korang perlukan lebih kurang 2.1 liter air masak dalam sehari

so apa yang boleh di rumuskan, kedua kaedah ni akan memberi korang jawapan yang lebih kurang je kan, so itulah jumpah kuantiti air masak yang badan korang perlukan dalam sehari.

maybe ada di antara yang susah sangat nak minum air masak yang banyak dalam sehari tu kan so rasanya korang boleh buat 1 jadual
7am - 9am = ? liter
10am -11am = ? liter
12pm - 1pm = ? liter
and so on
dengan adanya jadual aku yakin yang korang akan lebih disiplin and lama-lama nanti akan biasalah kan tak gitu Mak Jemah...

tips tambahan : seeloknya jika korang ada minum air yang manis, pastikan korang menambah jumlah pengambilan air masak dengan kuantiti air manis tersebut
eh apa aku cakap ni...korang paham ?
tak paham...?
ok macam ni, kalau ikut jumlah yang aku kira untuk si A yang berat dia 50kg tadi, dia kena minum air masak lebih kurang 2liter air kan dalam sehari,
so let say si A ni minum air sirap bandung 1 mug besar, so later on dia kena laminum gak air kosong 1 mug besar , so total up hari tu dia akan minum air masak 
2 LITER + 1 MUG BESAR

sungguh menyelerakan aku nengok air ni, dah le pink !!

p/s : kalau uolls confuse, dengan berat korang yang 50KG tadi , kena minum 2LITER ke 3LITER, so ikut le gerak hati korang, minum air masak sekurang-kurangnya 3 LITER sehari.
~~aku sekadar berkongsi sedikit ilmu yang aku tahu~~

terima kasih baca entry ni
XOXO