Memaparkan catatan dengan label resipi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resipi. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Februari 2019

Resipi Roti Telur Sardin Mudah Simple Dan Sedap


Assalamualaikum semua and hello :)

Aku memang peminat roti telur ... Kalau goreng roti salut telur pun layan je ... :) Memang antara 
menu yang simple, cepat and yes sedap and sesuai sangat tuk breakfat or tea time :) 

So kebetulan time extra rajin pulak so kita wat roti telur sardin la hari ni ...

So bahan2 dia 



- Roti 
- Telur 4 biji (depend banyak mana korang nak wat)
-  Sardin (depend ikut banyak mana nak wat )
- Bawang **
- Daun bawang / daun sup (ikut mana suka ) **
- Cili padi **
- Cheesedale 1 keping (optional)
- Mayonis (optional)

Bahan bertanda ** racik2 / potong dulu 
Cheesedale tu pulak boleh koyak2 kan dia 




Then sardin tadi, aku hancurkan dia macam ni , sardin ni ikut korang nak guna banyak mana ... lagi banyak lagi sedap baru la meriah rasa dia kan 






Then pukul telur dengan mayonis tadi kasi kembang macam korang nak wat telur dadar tu 




Tapi mayonis tu tak mau bagi hancur sangat , biar dia ade ketul2 macam tu sikit .. Tapi ikut korang suka macam mana, kalau tak suka mayonis tak yah letak pun takpe 

then mix kan dengan cili, cheese, then aku letak jugak la sikit lada sulah , daun bawang and bawang (tak pelah daun bawang letak bawang pun letak as long bukan mak cik and pak cik bawang ... haha 😉) and masuk kan sardin yang dah di hancurkan tadi .Lepas tu kacau sikit2 bagi bahan semua tadi sebati.



Lepas tu korang boleh la celupkan roti dalam adunan tadi ... betulk ke adunan nak panggil dia ...haha takpe asal korang paham kan...



rendam bagi the whole roti tu di salut dengan campuran bahan2 tadi .. ohh ya aku buang kulit roti yang tepi2 tu tapi kalau korang tak mau buang pun okay je :)

ready to goreng :)






Goreng guna sikit je minyak tak perlu deep fry pun and api tak besar sangat.


Okay siap dah ... boleh la layan tuk minum petang dengan secawan kopi or tea panas ...wahhh nyum 😋



So korang nak letak sos ke thousand island ke mayonis ke boleh je , tapi aku suka letak mayonis
Gebu dia nampak macam pizza kan hehehe :)









Khamis, 5 April 2018

RESIPI KUAH CARBONARA MUDAH DAN SEDAP


Assalamualaikum semua

Hari ni ajet2 rajen and tekak pulak teringin something western yang mudah dan sedap.
Kebetulan baru je tengok ade orang share dia makan carbonara ateeeee leleh air liur teman nengoknya yob ... hehehe

So kita guna jela bahan apa yang ade ye, janji sedap, mudah dan cepat.

Memandangkan iolls peminat makaroni makan iolls memilih makaroni la, dan rebus kan ia sehingga masak.
Tips untuk memasak makaroni adalah sama macam spagethi jugak, tambahkan sedikit minyak masak ketika merebus okay. Rebus hingga masak dan toskan ia. 

Bahan2 tuk kuah carbonara pulak 


1 tin sos karbonara prego , i memilih keju dan herba , nyum . Yang ni uolls boleh pilih ikut cita rasa uolls okay
- 3 keping chesdale
- 1 kotak whipping cream
- 1cawan fresh milk , if u olls nak guna low fat pun boleh , ikut citarasa masing2
- pasta herbs , beli yang dalam bekas tu senang ade basil oregano pasli kot tah le teman tak ingat pulak


- bawang putih and bawang merah yang di potong halus, lebihkan bawang putih pun boleh yang penting sodap!
- sosej and isi ayam yang dikisar ,if uolls nak guna daging pun boleh
nak tambah seafood cendawan butang pun lagi nyummm !


-sedikit lada hitam yang ni korang nak tumbuk yang biji2 tu or guna serbuk dia saja , iolls suka yang kita tumbuk sendiri tu lagi sedap rasa dia compared dengan yang serbuk
kuantiti depend pada tahap kepedasan yang korang nak, since kat umah iolls ade my niece n nephew so i just nak mild pedas 
- olive oil


sume bahan dah ade so let's cook 

- panaskan olive oil and tumiskan bawang putih n merah dan lada hitam yang ditumbuk tadi hingga naik baunya
- masukkan pulak sosej and ayam kisar tadi, kacau hingga sosej dan ayam kisar masak
- tuangkan sos prego dan tunggu hingga mendidih
- masukkan pulak whipping cream dan fresh milk , kacau hingga mendidih
- taburkan dengan pasta herb tadi dan kacau hingga sebati
- masukkan pulak 3 keping chesdale dan kacau hingga chesdale tadi cair dan sebati dengan kuah
- taburkan lagi dengan pasta herbs tadi, ikut uolls kalau suka banyak taburlah banyak
kalau tak sikit pun boleh
- tunggu hingga mendidih dan boleh dihidang. Siap untuk di makan.

** Note tak perlu buh garam pun sedap kuah prego tu dah cukup rasa masin dia **


siap dah makaroni cabonara i ... resipi campak2 je yang penting hasil dia ada rasa carbonara 
hahaha tak gitu 
Nampak creamy sangat kan , sesuai lah tuk penggemar cheese macam iools ni
yang penting sedap!


Ahad, 30 April 2017

Resipi : Bubur jagung cha cha and sago


Assalamualaikum semua ....

Cuti2 ni rajen pulak nak wat menu tuk tea time yang acah2 fefeeling rajeen kan...ececece...
Lama dah teringin nak makan bubur jagung ni..so jom le kita sama2 ke dapur dan bertukar jadi chef tuk dapur sendiri ... hihihi

Bahan2 dia
Jagung ayam brand 2 tin
Santan kotak kecil 1 kotak
Cha cha 1/2 cawan ( ikut suka, nak lebih pun boleh jugak)
Sago 1/2 cawan ( ikut le nak banyak pun boleh)
Gula melaka 2 sudu besar
Gula pasir 5 sudu besar, yang ni nanti ikut uolls sebenarnya kalau suka manis lebih le sikit kalau tak suka manis, kurangkan le..seeloknya lebihkan manis pada senyuman je...ciaciacia
Garam secubit
2 helai daun pandan di simpul

Cara2:-
Didihkan air dan masuk cha cha hingga masak , angkat dan toskan
Sago pun wat cara seperti cha cha okay
Lepas tu korang satu kan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan masak dengan api sederhana hingga mendidih santan tadi, kacau tau jangan tak kacau lak nanti santan pecah tak cantik lepas tu masuk kan air dalam 2 cawan mac tu tunggu hingga didih lepas tu masukkan pulak jagung, cha cha n sago then kaco lagi hingga masak . Siap! Sedap di makan waktu panas or sejuk ..nyummmm





Selasa, 11 April 2017

KERIA GULA MELAKA SIMPLE


Assalamualaikum semua

Hari tu pi jalan2 kat melaka memang teringin nak jugak nak beli kueh keria yang femes tu...bila sampai tengok ramainya orang...ramainya yang q...memang malas la .... so tak jadi beli ...
Kebetulan last week naik cameron so beli banyak jugak keledek , asalnya nak rebus nak makan gitu sajo...mood terlebih rajin pulak so tengok gula melaka pun ade stok kat umah...so let's do it yang simple aje kan...eh haruslah sedap okay even simple...hihihih

Mula2 korang kupas la kulit keledek ni dulu, then potong dadu dan basuh bersih and lepas tu rebus hingga empuk ya keledek tu .... dah kata balik dari cameron kan...so iolls guna keledek purple ni, bukan putih or merah .... hehehe :)


Dah rebus empuk, so boleh lah toskan keledek tu tadi tunggu hingga sejuk seikit tuk korang lenyek kan...eh actually tak tunggu sejuk pun takpe..sebab nak lenyek kan tu guna senduk nasi tu..mudah gitu....hehehe...


Lepas tu boleh le gaul dengan tepung gandum sikit ... make sure tepung uolls tak banyak sangat sebab nanti bila tepung lebih dari keledek kueh korang dah x sedap


then uli guna tangan k...bagi tepung ngan keledek tu bergabung ...ceh..ayat aku ... hahaha


lepas tu boleh la bentukkan kita nya kueh keria ni ... bulat besar bulat kecil bulat semua ... hehehe


purple uolllsss


So lepas tu boleh la goreng kan dia sampai kuning keperangan okay



Lepas dah goreng tu boleh le prepare kan bahan tuk wat sira dia pulak...

so bahan2 tuk sira dia ,
gula melaka
gula pasir
garam sikit
and air
sume bahan2 ni korang jerang kan dia sampai dia jadi pekat k

kacau hingga gula melaka and gula pasir larut dan jadi pekat

Agak2 dah pekat dan likat tu boleh le kecik kan api dan masuk kan kueh yang dah di goreng tadi


Kaco hingga dia menjadi sarang kat kueh kita tu ... haha betul ke term sarang tu ...:p

siap dah..2 versi satu bersarang 1 lagi yang pololesss...hehe

nyummmmy!!
okay selamat mencuba :)



Khamis, 28 Mei 2015

ROSELLA PENGGANTI SIRAP


Assalamualaikum semua and hello!!


Hari tu p ke Batu Gajah then singgah ke pasar pagi depa terjumpa pulak ade yang jual bunga rosel ni ada yang panggil rosella tapi aku dah sebati memanggil dia rosel ...hehehe
So teringat la masa zaman campus dulu ada kawan aku bagi rasa air rosel ... memang sedap ...rasa dia macam masam2 sikit ... hurmmm nyamannya kalau dapat minum sekarang tengah2 panas ni kan ...

Then bila dah sampai kat rumah baru la aku masak kan airnya nak buat pati ... so lepas ni xpayah susah2 dah nak beli sirap ... yang pasti rasa air rosel ni lagi sedap dari sirap tau uolls ...


selepas di basuh !





jerang bunga rosel tadi bersama gula secukupnya dan daun pandan nak kasi aroma wangi...
jerang sehingga ia pekat okay ... :)


Isnin, 8 Disember 2014

RESIPI : CHEESEKUT yang mudah lagi sedap


Assalamualaikum dan selamat pagi uolllsss ...
Lama dah kan tak buat masak2 , maklumle iollss bz sgt2 ... (alasan semata ni wehhh , sila jangan terpedaya ...padahal kau malas kan cik Diela ... ngaku sajo la :p )

Hari tu aku tengok ade sorang sis ni share dekat FB dia picture cheesekut yang dia buat...and sis ni sangat baik hati so dia share resipi sekali so aku tengok macam senang je nak buat so aku pun excited la salin resipi tu and weekend hari tu terus zasss buat cheesekut ni .... so bila aku try and menjadi maka dengan bangga aku nak share dengan korang pulak kan...kalau tak jadi tak mau share sebab malu ... hihihi


even aku dah tulis resipi dekat picture tu, tapi risau korang tak clear so aku taip lagi kat sini ... baik tak aku ? :p

Bahan :-
- biskut kering @ biskut segi empat yang macam biskut sayur tu tanpa cream (aku guna brand hup seng)
- 2 cawan cream cheese 
-1/2 cawan susu pekat (boleh kurangkan kalau tak mau manis sangat)
-1/2 cawan fresh milk 

Cara-cara :-
-blendkan cream cheese, susu pekat & fresh milk tadi
-susun 1 lapis biskut di dalam bekas, dan tuangkan bahan yang di blend tadi di atas biskut, ulang langkah yang sama lagi sehingga beberapa lapisan ... (aku buat 3 lapisan )
- simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam
-selepas 5 jam boleh le dimakan ,, sebelum tu boleh la taburkan milo di atasnya 

Senangkan? tak payah kau nak kukus, nak bake sume, ringkas, mudah dan sedap

- selamat mencuba-
 


Isnin, 3 November 2014

FENOMENA JERUK MANGGA ASAM BOI


Assalamualaikum semua.....
u guys buat apa tu???
Aku baru je lepas tengok separuh akhir AF tadi...
Tahniah untuk Firman, Ewal, Nuha, dan Aman dapat keperingkat akhir...serta Adel yang telah diserap masuk semula untuk keperingkat akhir. Tadi sempat jugak aku baca dekat FB , ramai jugak yang tak berpuas hati macam mana si Aman ni boleh kekal hingga ke akhir ? aku pun sama .... dia nyanyi tak best langsung kot!!tapi yelah nama pun program realiti kan...

Oh btw, sekalung tahniah untuk Pahang yang telah menjuarai Piala Malaysia semalam menentang JDT dengan penalti 5-3. So esok Pahang cuti peristiwa la ye :)

Sekarang ni memang tengah hot kat FB pasai MANGGA ASAM BOI...aku ni kalau nengok depa duk upload picture tu memang duk telan air liur je la kan...fenomena jeruk mangga asam boi ni sampai depa duk buat business la jual jeruk ni kan...sampai le aku jumpa kat IG yang orang tu duk complain dia beli tudung , last2 tudung nya bau jeruk tu pulak...hehehe...maybe air jeruk tu la tumpuh kan so terkena dekat tudung yang dia beli tu ..... adoiiiii kesian pulak kan macam tu

so kebetulan pokok mangga epal belakang rumah aku ni berbuah, aku pun minta jasa baik ayah tersayang tolong kaitkan mangga tu dalam 3-4 biji. (jimat dah kan, tak payah nak beli...buat sendiri lagi puas hati)

sekarang mangga dah ade , let's do  JERUK MANGGA ASAM BOI
Bahan2 & cara nak buat dia mudah sangat2 uolls....

-mangga muda dikupas kulit dan di hiris
- cili padi (dipecahkan) (aku guna 10 biji)
-sedikit gula
- asam boi (10 biji)

cara dia uolls campurkan kesemua bahan di atas, gaulkan dia dan masukkan di dalam botol dan peramkan ia seketika ye. (atleast semalaman)
tapi aku dah terliur sangat aku buat petang tu malam tu aku dah makan dah...hehehe...

cubalah uolls memang sedap sangat, ade rasa masam, manis n pedas2 ...memang sedap wooo
betul tak tipu ... selain mangga boleh jugak guna buah kedondong jugak kan ... mesti sedap jugak tu ....ohhh nyummy!!!:)

Selasa, 11 Februari 2014

Jus 5 rasa


Assalamualaikum.....lama betul aku tak update blog....

So hari ni aku free sikit so aku nak share dengan uolls apa jus 5 rasa ni

Actually resipi jus ni aku dapat dari NONA, ala yang mas SoWinci jadi pengacara hari tu
Kan episod hari tu dia ada share tips kecantikan yang dia amalkan...
Sape yang tengok episod tu mesti tau kan...

Nak prepare jus ni uolls kena ada 5 jenis buah yang berbeza tapi 3 jenis buah ni memang wajib ada
- epal (hijau boleh, merah pun boleh)
-orange
-lemon

Add on with 2 jenis buah lain lagi eg : pisang, avacado, delima, honeydew n etc (ikut citarasa masing2 la ye)

So cara dia mudah je, kisar je kesemua 5 jenis buah tadi dengan air @ ais dan kalau suka boleh campur dengan sedikit madu

Tips : kalau tade madu TAK PERLU campur gula ye....hehehe :-)

So inilah hasilnya

Pilihan aku hari ni adalah anggur n delima...sedap bangat....tengok je buih2 di atas tu...cukup menggoda kan n hari ni aku tak guna ais pun,  just guna air dari fridge je

Serious sedap wehhhh....:-)

Selasa, 10 September 2013

RESIPI PAVLOVA YANG RINGKAS, MUDAH DAN SEDAP


ASSALAMUALAIKUM....
HI!
hujung minggu hari tu ape je aktiviti korang....
Aku...duk rumah sambil menggebukan badan ni...wahhhhh:-(
Ape lagi...mestilah makan dan makan dan kroh kroh....zzzzz

Hari ni aku nak share dengan uollls resipi PAVLOVA, gigih weh aku buat sabtu lepas...
Senang giler nak buat Pavlova ni....bahan dia pun simple sangat2! Sumpah tak tipu :-)

Bahan -bahan dia, 

- putih telur, 4biji
- 1 sudu tepung jagung
- 1 sudu esen vanila
-1 sudu cuka makan
- gula, dalam suku cawan
- whipping cream
- buah2n (seeloknya yang masam sebab pavlova tu dah manis)

Cara-cara dia,

- panaskan oven uolls dalam 150 darjah

- putar kan putih telur tadi, (AWAS!!pastikan tiada bendasing2 lain okey) dan letak gula sedikit demi sedikit sehingga ia berkilat atau bertanduk.

ha macam ni ye...nampak tak tanduk tu...^_^

* nak tau ia dah bertanduk ke belum, cuba telangkupkan mangkuk tu tengok putih telur tu stay je ke tak...kalau dia tak jatuh maknanya dah ade tanduk la tu* - petua orang ramai

-lepas tu boleh le masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka makan dan putar lagi sehingga bahan tadi sebati.

- lepas tu boleh le letak ke atas kertas khas tuk membakar di dalam oven, dan buatla ikut bentuk yang uolls suka, nak buat mini pavlova ke, love shape ke, circle ke...ikut suka ko nobbb..mak tak kisah

- boleh le bakar dalam satu jam @ satu jam lebih sikit dengan suhu 130 - 140 darjah. ...(bila marigue korang dah masak, jangan terus keluarkan dari oven, tutup suis dab buka pintu oven sikit, biarkan ia seketika di dalam oven tu, jangan tanya aku kenapa sebab jawapan cerdik yang aku ade, merigue tu tak kan lari ke mana pun...:p )

Bahan tuk krim dia, korang putarkan whipping cream tadi sehingga ia jadi kental...lepas tu boleh le saputakan @ ratakan ke atas merigue korang yang dah masak tadi, 
lepas tu boleh le hias dengan buah strawberi...anggur ke, kiwi ke peach ke...ikut suka uollls....i letak strawbery je), then taburkankan dengan manik colourful tu dan boleh le letak strawbery syrup tu...nk guna yang coklat pun boleh je....

Lepas dah siap tu, sejukkan seketika dalam fridge, dan lepas tu sedia tuk di makan...kurang dari 30 minit ko akan dapati ia licin....laku keras beb!

comot betul pavlova aku ni...aishhh...malu nak tepek kat sini weh...

walaupun rupa pavlova aku ni sungguh tak semenggah =(, hahaha...tetapi selang kurang dari 10 minit ia telah menjadi seperti picture di bawah

okey terliur dah bila tengok balik ...so nyummy...
 ** ceh puji diri sendiri dengan so nyummy **

p/s :- 'juri-juri' request lagi pavlova next week...LOL 

Okey selamat mencuba, mudah dan sangat sedap :-)