Khamis, 29 September 2016

MY OVERNITE OAT A.K.A. HEALTHY MEAL

Assalamualaikum semua and hello.

Lately kesedaran nak turunkan berat badan yang tak pernah turun ni datang , well sebab hari tu p kedai nak beli baju , amoi tu tegur i dah nampak makin bam bam ... ohhh kenapa la dia begitu jujur kan.

And aku pun pun pulun la google, menu apa yang aku should replace dengan nasi yang 2,3 senduk tu...hehehe
So terjumpa la orang post pasal overnite oat yang depa buat tu, which is oat tu ko mix dengan yougart, fruits or nuts , low fat milk , seeloknya guna low fat milk la kan,kata nak diet,hehehe kalau guna full cream milk baik makan nasi je ye tak.


cara penyediaan dia, oats bawah sekali then letak yougart (sometimes aku tak letak), fruits or nuts or both, and milk. Then ko simpan dalam fridge semalam esok boleh nyummm..Sedap wey kalau buah yang di pilih tu ikut selera korang la kan. Macam yang ni aku guna buah kiwi yang kuning tu & dragon fruit. i likeee sangat kombinasi ni


kombinasi of dragon fruit n blueberries, well bagi aku xsedap la buah berry letak dalam oat ni, even aku guna strawberry pun aku xsuka sangat n muak! oh mayb lain orang lain taste dia kan.

yang ni pulak aku combinekan buah naga n epal , serious sedap! So far, aku dah tried just put epal je pun oat ko dah sedap.seyes tak tipu. Oh lupa, epal merah ye, aku tak pernah try guna epal hijau lagi.


kalau perasan aku suka letak buah naga kan? hehehe sebab bagi aku buah naga tu mencantikkan oat aku bila dah lama2 nanti warna merah dia akan keluar mix dengan susu, ha kan cantik macam air bandung dah .


kalau rajin korang boleh gak prepare green tea sekali k.it's good tau .

Actually kalau tak buat overnite pun xpe, wat instant oat .Pun sedap, Aku suka buh susu tu banyak sikit so that tak muak la makan kan.

Selamat mencuba !



Selasa, 27 September 2016

LIP TATTOO FROM SHIZENS

Assalamualaikum semua and hello :)

Aku yakin dan pasti yang ramai sangat girls kat luar sana yang suka sangat dengan bibir yang merah pink naturally kan...same goes to me , biasala tu kan.

So hari tu p sogo, asalnya nak cari laneige actually, then lepas dah dapat apa yang dihajati tu biasala mesti ke sana sini lagi nak cuci mata kan, asalnya nak cuci mata je, then lalu je depan SHIZENS nya department tu , SA dia panggil la tuk cuba, bila dah cuba, terbekenan, bila dah terbekenan, maka terbeli lah, bila dah terbeli so jadi lah ia 'tercuci' dompetku sekali. hehehe.

Kisahnya, masa try tu memang terus rasa wahhh best giler produk ni, tapi pikir la dulu kan, sempat gak g round2 department lain dulu, tapi before balik tu memang automatik kaki ni ke department SHIZENS tu. adeh . *___________ *


ni la rupa lip tattoo tu, even ade word tattoo tu tapi jangan risau it's halal

lip tattoo ni warna dia putih tau, bukan merah bukan pink, tapi bila kita apply je kat kita nya skin or lips akan berubah warna ikut warna darah kita

1st day bertukar ke pink tak berapa nak pink 
ikut kata SA tu dia akan take time tuk berubah warna ke yang lebih cantik sebab kira dia macam merawat bibir kita. so it takes time la kan.


masa aku try benda tu aku agak harga less than RM 100 je macam tu, but then bila tnya harga dia kat SA tu tekejut gak aku ... hahaha


pikir gak berkali2 tuk spent RM 179 tuk 8ml, tapi bisikan syaiton berjaya menewaskan aku untuk beli , hehehe

the ingredients, korean product , well aku pun baru 1st time dengar brand SHIZENS ni


okay selain boleh apply tuk bibir, lip tattoo ni pun boleh jadi blusher tau, especially tuk yang kulit putih memang cantik la.



well untuk aku yang grey skin ni, tak obviously nampak as blusher tu tapi personally aku memang suka dia as a blusher. macam picture kat atas ni, memang tak nampak sangat kan dia kat pipi aku, ohhh i nak putih bak puteri salju pelishhh ...



last but not least, picture was taken after couple of weeks i'm applied lip tattoo as my lipstick. it's great and worth it. oh ya, for bf mummies, u can apply it at ur nipples also tau tu SA tu la bisik2 kat aku. And those yang husband smoking tu pun boleh ask them to try this awesome product.

Thanks for reading this entry, c again ya :)




Khamis, 22 September 2016

REVIEW MOVIE : PETE'S DRAGON

Assalamualaikum semua and hello there .
Agak lama gak la aku tak update diari muka buku ni ..ecece n well sempena tengah rajin ni i update gak la movie yang baru p tengok hari tu, PETE'S DRAGON

Actually agak lama gak dah tak p tengok movie, biasala aku serba sebi sume malas je kan. Ni pun aku p hari ni lepas dah di asak oleh adik tuk p , kalau tak tahan la aku memerap kat rumah je...
WHAT A LIFE kan??

Hari ni dah 22.09.2016, well aku p tengok 12.09.2016, okay fine after 10 days baru rajin nak update.

Bagi aku movie ni best, banyak sangat pengajaran dalam cite ni, n sedih gak la..nasib la gelap adik aku tak nampak aku nangis tengok wey..hahaha, cengeng betul kan. Lebih kurang cita jungle book je, tapi jungle book banyak scene lawak. hehehe . Best gak jungle book tu kan.

Aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang.

Nak masuk kan picture aku malas nak transfer, hehehe .sorry guys .



Khamis, 8 September 2016

NOVEL REVIEW : SURI HATI MR PILOT

Assalamualaikum semua ...
Agak lama dah sebenarnya tak update blog and tahun ni paling sikit update ... hurm ...

Well sekarang memang tengah 'in' kan cerita2 dari novel di dramakan, lepas satu satu novel di dramakan... yang terbaru ni novel Suri Hati Mr Pilot lakonan Fattah Amin n si cantik manis Neelofa.




Novel ni memang best, aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang ... so korang kalau nak tau cerita ni macam mana boleh cepat2 dapatkan novel ni dekat kedai2 buku berhampiran.


tak sabar lak nak tunggu drama dia keluar... takpe sabar tu separuh dari iman kan...hehehe