Memaparkan catatan dengan label makan-makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan-makan. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Ogos 2019

BAD EXPERIENCE WITH FOOD PANDA!


Assalamualaikum and hello guys


Rasa macam lama sangat dah tak menulis dalam nurabfa.blogspot.com ni kan , tengqiu jugak dekat korang yang sudi menjengah kat sini even i dah lama jugak la update and jarang2 jugak la update 
sob sob sob

So hari ni macam nak cerita la my bad experience dengan food panda , okay cerita dia macam ni semalam macam malas je nak masak malas pulak nak pergi tapau mana2 since kena stayback kat office till nite, so dalam mindset ni nak order through foodpanda je la .

Actually this one my second time guna foodpanda service ni, yang first tu okay je , yang second ni pulak tetiba rasa macam spoil je, sebenarnya rasa macam sakit pulak hati ni dengan customer service foodpanda ni, call dah few times tak jawab and text dekat facebook messenger pun dah tiga kali text pun nobody reply. Totally bad customer service!

Okay semalam i order then payment tu buat la transfer online, then tak lama tu dapat email yang my order was cancel , too bad kan , lesson for me jugakla kat sini next time never choose payment  through debit card or internet banking!Never! 


So after i dapat email ni, pergi la text dekat FB messenger tu tanya anyone can assist me ... surprise sangat kan till now they dont reply pun i punya text tu, even after tu pun i ada jugak text for the second time , third time pun no reply . Oh well hello apa punya la service macam ni, poor customer service kan. Call tak jawab, text pun tak reply !



So after i dapat yang 1st email tu mentioned i punya order then they sent me second email , mintak detail untuk refund process , immediately i reply their email kan, after that takde any update pun from their side. Refund tu pun tak tau la berapa hari akan dapat or burn gitu je sebab tak tau any status kan.

Lesson dekat sini guys, for me and uolls too kalau buat food delivery gini pilih la payment method tu cash je sebab bila dia orang cancel tu dah susah gini, kalau jenis customer service yang excellent tu tak pela kan ni jenis macam ni tak nak reply call tak jawab haru jugak la kan!

Okay guys , tu je la luahan iolls. Tata :)



Sabtu, 23 Februari 2019

Resipi Roti Telur Sardin Mudah Simple Dan Sedap


Assalamualaikum semua and hello :)

Aku memang peminat roti telur ... Kalau goreng roti salut telur pun layan je ... :) Memang antara 
menu yang simple, cepat and yes sedap and sesuai sangat tuk breakfat or tea time :) 

So kebetulan time extra rajin pulak so kita wat roti telur sardin la hari ni ...

So bahan2 dia 



- Roti 
- Telur 4 biji (depend banyak mana korang nak wat)
-  Sardin (depend ikut banyak mana nak wat )
- Bawang **
- Daun bawang / daun sup (ikut mana suka ) **
- Cili padi **
- Cheesedale 1 keping (optional)
- Mayonis (optional)

Bahan bertanda ** racik2 / potong dulu 
Cheesedale tu pulak boleh koyak2 kan dia 




Then sardin tadi, aku hancurkan dia macam ni , sardin ni ikut korang nak guna banyak mana ... lagi banyak lagi sedap baru la meriah rasa dia kan 






Then pukul telur dengan mayonis tadi kasi kembang macam korang nak wat telur dadar tu 




Tapi mayonis tu tak mau bagi hancur sangat , biar dia ade ketul2 macam tu sikit .. Tapi ikut korang suka macam mana, kalau tak suka mayonis tak yah letak pun takpe 

then mix kan dengan cili, cheese, then aku letak jugak la sikit lada sulah , daun bawang and bawang (tak pelah daun bawang letak bawang pun letak as long bukan mak cik and pak cik bawang ... haha 😉) and masuk kan sardin yang dah di hancurkan tadi .Lepas tu kacau sikit2 bagi bahan semua tadi sebati.



Lepas tu korang boleh la celupkan roti dalam adunan tadi ... betulk ke adunan nak panggil dia ...haha takpe asal korang paham kan...



rendam bagi the whole roti tu di salut dengan campuran bahan2 tadi .. ohh ya aku buang kulit roti yang tepi2 tu tapi kalau korang tak mau buang pun okay je :)

ready to goreng :)






Goreng guna sikit je minyak tak perlu deep fry pun and api tak besar sangat.


Okay siap dah ... boleh la layan tuk minum petang dengan secawan kopi or tea panas ...wahhh nyum 😋



So korang nak letak sos ke thousand island ke mayonis ke boleh je , tapi aku suka letak mayonis
Gebu dia nampak macam pizza kan hehehe :)









Khamis, 5 April 2018

RESIPI KUAH CARBONARA MUDAH DAN SEDAP


Assalamualaikum semua

Hari ni ajet2 rajen and tekak pulak teringin something western yang mudah dan sedap.
Kebetulan baru je tengok ade orang share dia makan carbonara ateeeee leleh air liur teman nengoknya yob ... hehehe

So kita guna jela bahan apa yang ade ye, janji sedap, mudah dan cepat.

Memandangkan iolls peminat makaroni makan iolls memilih makaroni la, dan rebus kan ia sehingga masak.
Tips untuk memasak makaroni adalah sama macam spagethi jugak, tambahkan sedikit minyak masak ketika merebus okay. Rebus hingga masak dan toskan ia. 

Bahan2 tuk kuah carbonara pulak 


1 tin sos karbonara prego , i memilih keju dan herba , nyum . Yang ni uolls boleh pilih ikut cita rasa uolls okay
- 3 keping chesdale
- 1 kotak whipping cream
- 1cawan fresh milk , if u olls nak guna low fat pun boleh , ikut citarasa masing2
- pasta herbs , beli yang dalam bekas tu senang ade basil oregano pasli kot tah le teman tak ingat pulak


- bawang putih and bawang merah yang di potong halus, lebihkan bawang putih pun boleh yang penting sodap!
- sosej and isi ayam yang dikisar ,if uolls nak guna daging pun boleh
nak tambah seafood cendawan butang pun lagi nyummm !


-sedikit lada hitam yang ni korang nak tumbuk yang biji2 tu or guna serbuk dia saja , iolls suka yang kita tumbuk sendiri tu lagi sedap rasa dia compared dengan yang serbuk
kuantiti depend pada tahap kepedasan yang korang nak, since kat umah iolls ade my niece n nephew so i just nak mild pedas 
- olive oil


sume bahan dah ade so let's cook 

- panaskan olive oil and tumiskan bawang putih n merah dan lada hitam yang ditumbuk tadi hingga naik baunya
- masukkan pulak sosej and ayam kisar tadi, kacau hingga sosej dan ayam kisar masak
- tuangkan sos prego dan tunggu hingga mendidih
- masukkan pulak whipping cream dan fresh milk , kacau hingga mendidih
- taburkan dengan pasta herb tadi dan kacau hingga sebati
- masukkan pulak 3 keping chesdale dan kacau hingga chesdale tadi cair dan sebati dengan kuah
- taburkan lagi dengan pasta herbs tadi, ikut uolls kalau suka banyak taburlah banyak
kalau tak sikit pun boleh
- tunggu hingga mendidih dan boleh dihidang. Siap untuk di makan.

** Note tak perlu buh garam pun sedap kuah prego tu dah cukup rasa masin dia **


siap dah makaroni cabonara i ... resipi campak2 je yang penting hasil dia ada rasa carbonara 
hahaha tak gitu 
Nampak creamy sangat kan , sesuai lah tuk penggemar cheese macam iools ni
yang penting sedap!


Khamis, 23 November 2017

NAK GARLIC BREAD & MUSHROOM SOUP FREE EVERY TIME BELI PIZZA


Assalamualaikum semua...


Korang minat makan pizza tak... Aku boleh la..suka jugak nak nak yang pizza banyak tu ...nyummehhh 


Nak share dengan korang, every time kalau kita order di pizzahut kita layak untuk dapat free mushroom soup and garlic bread tau... jimat kan ...

Korang selalu kalau dapat resit pizza tu jangan la buang sebab korang boleh buat soal uji selidik dekat SINI tau, and lepas tu korang layak untuk claim free garlic bread and mushroom soup korang tu , syok kan..hehehe


lepas dah masuk ke web SINI korang akan dapat macam gambar kat atas ni, so just fill in je based on info yang ade dekat resit korang tadi tu , lepas tu klik dekat TERUSKAN tu, then dia akan bagi soal kaji selidik sikit dengan korang, ala kejap je tak sampai 5 minit pun, just pilih amat berpuas hati sederhana tidak berpuashati ha gitu la, yang penting masa jawab tu aku jujur, kalau tak best aku jawab je tak berpuashati...hahaha so dah habis sume soalan akan kuar pulak gambar macam kat bawah ni


habis dah jawab semua soalan korang akan dapat kod pengesahan yang macam aku bulatkan tu so amik number tu and tulis dekat resit korang yang tadi tu


ha nampak tu yang macam resit kat atas ni, so next purchase nanti korang boleh la tunjuk resit yang ni dekat cashier tu masa buat pesanan and free je dapat mushroom soup & garlic bread tu ...

Kalau dulu dia bagi free pizza, sekarang dah tukar lak...tapi tak pe yang penting free, sape tak mau kan...hehehe 





Khamis, 13 Oktober 2016

MAKAN DI DOLLY DIM SUM


Assalamualaikum semua and hello :)

Actually lama dah 'ngidam' nak makan kat Dolly Dim Sum ni, syok tul baca review uolls sambil telan ayak liur kan time baca tu ... hehehe

So far outlet dia ada 2 , 1 kat avenue k and 1 lagi dekat NUSENTRAL. sebab kan aku selalu gak la p NUSENTRAL tu kan tapi selalu tak jumpa restoran dia ... sobsobsob.
Ha kebetulan last week p SEPHORA sebab 20% off untuk black member , so saja la cari gak kat mana restoran ni kan, alhamdulillah finally jumpa gak...actually kawan aku yang jumpa, nak harap aku, memang manjang tak jumpa je la kan. T____________ T

Masa kami sampai tu dalam almost 1pm macam tu, tu pun dah full house, kena tunggu sat sementara boleh masuk tuk dine in, but is okay, demi egg custard burn yang aku idamkan.hehehe

after few minutes, kami leh masuk dah , tak lama pun tunggu :)

menu book

okay dekat sini, menu book dia takde pic, just menu list and harga je, so korang mesti tau nak order apa tau, sebelum pegi boleh la aim nak makan apa dulu, hehehe, macam aku siap google dulu , adehhhh, serious over!hehehe

ni je pic order yang ade, sebab perut dah lapau sangat tak kesah pun nak snap pic :(

menu wajib order!

menu wajib order EGG CUSTARD BURN. memang sedap wey, seyes sedap, tak tipu !nyummmm!


nyummmm ! 

okay siap tapau tau egg custard burn tu 2 set, hehehe :) okay dah kenyang , suka hati, boleh balik dah,,nanti boleh datang lagi kan :)