Jumaat, 2 Ogos 2019

BAD EXPERIENCE WITH FOOD PANDA!


Assalamualaikum and hello guys


Rasa macam lama sangat dah tak menulis dalam nurabfa.blogspot.com ni kan , tengqiu jugak dekat korang yang sudi menjengah kat sini even i dah lama jugak la update and jarang2 jugak la update 
sob sob sob

So hari ni macam nak cerita la my bad experience dengan food panda , okay cerita dia macam ni semalam macam malas je nak masak malas pulak nak pergi tapau mana2 since kena stayback kat office till nite, so dalam mindset ni nak order through foodpanda je la .

Actually this one my second time guna foodpanda service ni, yang first tu okay je , yang second ni pulak tetiba rasa macam spoil je, sebenarnya rasa macam sakit pulak hati ni dengan customer service foodpanda ni, call dah few times tak jawab and text dekat facebook messenger pun dah tiga kali text pun nobody reply. Totally bad customer service!

Okay semalam i order then payment tu buat la transfer online, then tak lama tu dapat email yang my order was cancel , too bad kan , lesson for me jugakla kat sini next time never choose payment  through debit card or internet banking!Never! 


So after i dapat email ni, pergi la text dekat FB messenger tu tanya anyone can assist me ... surprise sangat kan till now they dont reply pun i punya text tu, even after tu pun i ada jugak text for the second time , third time pun no reply . Oh well hello apa punya la service macam ni, poor customer service kan. Call tak jawab, text pun tak reply !



So after i dapat yang 1st email tu mentioned i punya order then they sent me second email , mintak detail untuk refund process , immediately i reply their email kan, after that takde any update pun from their side. Refund tu pun tak tau la berapa hari akan dapat or burn gitu je sebab tak tau any status kan.

Lesson dekat sini guys, for me and uolls too kalau buat food delivery gini pilih la payment method tu cash je sebab bila dia orang cancel tu dah susah gini, kalau jenis customer service yang excellent tu tak pela kan ni jenis macam ni tak nak reply call tak jawab haru jugak la kan!

Okay guys , tu je la luahan iolls. Tata :)



Khamis, 11 Julai 2019

LOTION WANGI FROM DRUGSTORE


Assalamualaikum and hello guys ... 


Last weekend sajalah p usha watsons even tade sales yang teruja sangat nak p tetap jugak la nak p kan nama pun kedai 'dadah' hihi so memang aim nak cari losyen since saja lah nak tukar losyen baru even yang hat lama banyak lagi! ish! 


So sampai dekat department Good Virtues Co tu nampak la few lotions , wah macam menarik je kan nak cuba tengok packaging dia tu so cuba la bau  one by one dia punya range lotion tu biasala nak beli mesti nak bau dulu kan kang tak wangi mula la tak mo guna pulak...hiks!


Basically dia ada 4 range la extra moisturising, anti aging, intensive care and radiant and renewing and ada two size , in tube (small) (RM 10.XX) and bottle (big) (RM 16.XX) and beza harga pun 
RM 5 je so for me better beli yang big size terus kan but if you prefer untuk travel purpose boleh la beli yang tube tu betul tak ?? convenient sangat kalau gitu untuk bawak travel kan .


Lepas dah bau sume range yang ada so i decide amik yang big botol for radiant and renewing sebab antara 4 variance tu yang ni plaing wangi !:) 








Sabtu, 23 Februari 2019

CARA DOUBLE CLEANSING


Assalamualaikum semua and hello :)



Aku confirm korang mesti pernah dengar word double cleansing kan...actually double cleansing basis step yang penting and korang kena wat dalam daily skincare routine korang .

Dulu masa aku tak tau apa tu double cleansing ni selalu pikir double cleansing tu cuci muka dua kali...😌 oh my dear u'r totally wrong about double cleansing concept...haha pity me ... 

So bila dah lama rajin2 membaca , then tau dah double cleasing tu apa ...jangan gelak please :)

Double cleasing kalau ikut kan betul la cuci muka dua kali but bukan la dengan face wash yang biasa tu tak kesah la korang pilih yang foam base ke yang kurang buih ke ... 

Double cleansing ni korang cuci muka guna oil cleanser , selalunya once a day buat ni... normally belah malam la...then baru guna cleanser biasa yang korang guna tu. 




Currently aku guna oil cleanser from Hada Labo ... Harga around RM 57 ... korang boleg je cari dekat Watsons, Guardian, Selected pharmacy, Shoppee pun ada jugak ...

Normally aku akan buat double cleansing belah malam which is aku dah tak apply any bedak or foundation or segala mak nenek makeup dekat muka sebab double cleansing ni function dia nak bersihkan 'kotoran' or benda2 yang dari makeup korang tu yang cleanser biasa tak leh nak remove kan ... macam makeup korang yang ade oil based tu dia akan bersihkan .. itu contoh ..

Cara dia , korang pump kan dalam 2-3 pump kat tapak tangan yang kering, and also make sure muka kita pun kering jugak time tu then gosok kan dekat the whole face korang sambil tu urut2 la muka korang tu then agak2 dah puas hati dah cover the whole face, letak sikit air dalam 2, 3 titikkat tapak tangan sampai minyak tu dia dah tukar jadi macam warna putih then sapu pulak dekat muka bagi rata and bilas la muka korang. Lepas tu boleh la guna cleanser biasa yang korang guna tu . Mudah sangat kan and tade alasan pun nak skip step ni actually .

Actually banyak je brand oil cleanser ni, so korang kena pilih ikut kesesuaian kulit korang. Even harga a bit pricey tapi dia quite jimat jugak sebab kita just guna sehati sekali je and for me after i did double cleansing ni rasa macam kulit lebih supple and whitehead pun yes makin kurang ...geram je dengan benda putih tu kan...

So korang yang mana confuse about double cleansing tu hopefully entry ni dapat clear kan apa itu double clenasing :)







Resipi Roti Telur Sardin Mudah Simple Dan Sedap


Assalamualaikum semua and hello :)

Aku memang peminat roti telur ... Kalau goreng roti salut telur pun layan je ... :) Memang antara 
menu yang simple, cepat and yes sedap and sesuai sangat tuk breakfat or tea time :) 

So kebetulan time extra rajin pulak so kita wat roti telur sardin la hari ni ...

So bahan2 dia 



- Roti 
- Telur 4 biji (depend banyak mana korang nak wat)
-  Sardin (depend ikut banyak mana nak wat )
- Bawang **
- Daun bawang / daun sup (ikut mana suka ) **
- Cili padi **
- Cheesedale 1 keping (optional)
- Mayonis (optional)

Bahan bertanda ** racik2 / potong dulu 
Cheesedale tu pulak boleh koyak2 kan dia 




Then sardin tadi, aku hancurkan dia macam ni , sardin ni ikut korang nak guna banyak mana ... lagi banyak lagi sedap baru la meriah rasa dia kan 






Then pukul telur dengan mayonis tadi kasi kembang macam korang nak wat telur dadar tu 




Tapi mayonis tu tak mau bagi hancur sangat , biar dia ade ketul2 macam tu sikit .. Tapi ikut korang suka macam mana, kalau tak suka mayonis tak yah letak pun takpe 

then mix kan dengan cili, cheese, then aku letak jugak la sikit lada sulah , daun bawang and bawang (tak pelah daun bawang letak bawang pun letak as long bukan mak cik and pak cik bawang ... haha 😉) and masuk kan sardin yang dah di hancurkan tadi .Lepas tu kacau sikit2 bagi bahan semua tadi sebati.



Lepas tu korang boleh la celupkan roti dalam adunan tadi ... betulk ke adunan nak panggil dia ...haha takpe asal korang paham kan...



rendam bagi the whole roti tu di salut dengan campuran bahan2 tadi .. ohh ya aku buang kulit roti yang tepi2 tu tapi kalau korang tak mau buang pun okay je :)

ready to goreng :)






Goreng guna sikit je minyak tak perlu deep fry pun and api tak besar sangat.


Okay siap dah ... boleh la layan tuk minum petang dengan secawan kopi or tea panas ...wahhh nyum 😋



So korang nak letak sos ke thousand island ke mayonis ke boleh je , tapi aku suka letak mayonis
Gebu dia nampak macam pizza kan hehehe :)









Isnin, 18 Februari 2019

SKINCARE ROUTINE STEP BY STEP GUNA PRODUK DARI DRUGSTORE JE




Assalamualaikum and hello guys :)

Aku dulu bukanlah seorang yang concern sangat pasal skincare routine ni, selalu cuci muka je then apply moisturizer pas tu pakai le sunblock kira tu macam kira ok la bagi aku... huhuhu

Kalau dulu p mana2 bila orang tanya skin jenis apa...konpiden je cakap jenis oily ... padahal ....skin aku jenis dry ...haha apa da!

Camne aku leh tau skin aku jenis dry ... sebab tergerak hati nak p cek skin kat aeon wellness hari tu...kira worth it jugak la bayar RM 4.90 tu tuk wat skin analisis kat muka ni ...kalau tidak sampai ke sudah le aku duk cakap yang muka aku ni jenis oily ...

So bila dah tau skin jenis dry, kenalah pilih produk yang sesuai untuk dry skin tapi ada jugak la barang yang aku guna bukan untuk dry skin pun which is aku nak habis la yang hat lama then baru aku akan ganti kan yang baru ikut kesesuaian kulit aku for me beli produk ikut skin type ni sangat penting ye .




kat atas ni sume barang2 yang aku tengah guna sekarang ...

Untuk Day Routine. 



1) Bangun pagi aku akan wipe muka aku guna micellar water . Micellar water ni gak aku guna untuk
    remove make up. You olls boleh la pilih hat mana yang sesuai tuk uolls k. Currently aku guna 2
    brand ni. Yang safi tu tuk large size dia aku letak kat office , yang small size ni normally aku
    bawak kalau aku travel mana2 . Yang wet tissue tu pulak if aku hang out so senang le nak remove
    make up time nak solat ke apa kan and bagi aku lebih praktikal tuk bawak wet tissue ni untuk
    outing and travel takde la berat sangat handbag tu nanti ye dak... hehe Untuk brand ni ade kat
    Guardian je , harga not bag la 30 sheet RM 9. XX je macam tu consider murah dari brand2 lain.




2)  Then untuk cleanser pulak currently aku guna 3 brand ni and yesss super duper in love
     dengan     yang      biru tu, cuci muka guna tu memag rasa muka bersih je , whitehead pun
     dah tak    sebanyak dulu :) Yang tu aku beli kat watsons je...memang rasa berbaloi sangat.
     To be honest aku tak suka sangat dengan Eversoft and Safi Cleanser tu, nak habiskan dulu then
     cari yang sesuai tuk dry skin aku nanti . Tapi yang Garnier tu... serious in love sangat dengan dia
     sebab bila lepas guna je rasa kulit ni macam best, macam fresh je gitu...tak tau nak explain camne
     tapi memang nak bagi 5 bintang la tuk Garnier tu , just untuk yang ni aku tak pakai everyday la,
     bila aku makeup then aku akan pakai Garnier ni.



3) Then aku akan apply toner dekat muka . Dulu tak pakai, then bila wat skin analysis tu beautician          tu advice suh pakai so aku pun pakai le . Sebab dia cakap keanjalan kulit aku macam dah paling          bawah tuk skore dalam kategori anjal if aku tak jaga then kulit jadi tak anjal... haha adoi pening
     jugak ni nak paham ye dak . Safi tu bagi aku even murah tapi not bad, aku suka jugak. Since ramai
     yang review HL lotion ni best so aku guna ni sekarang tapi harga worth it la if korang grab during
     40 % off kan . Hehe. Bezanya yang safi tu if nak guna kena guna cotton pad , yang HL ni tuang
     kat tapak tangan then dap kan kat muka uolls .



4) Then micellar water pulak ...Yang ni pun tuang sikit kat tapak tangan then dap dap kan kat muka.
     Yes again berbaloi if uolls grab during sales . Harga asal almost RM 70 camtu. Nangis jugak kan.



4) Lepas water essence tu apply serum pulak. Currently aku guna Eversoft tu sebab yang nutox tu
    dah almost habis sebotol tapi tak bagi good result pun kat aku so time to change.



5)Then moisturizer pulak, untuk day cream previously aku guna pudding cream sekarang guna
    Eversoft pulak . Tak tau la result dia camne nanti. Pudding cream tu ok jugak not bad. Just nak
    tukar angin pulak. hehe




6) Last but not least for day care aku akan apply sun block. Sun block pilihan aku mestilah yang
    tade alcohol, free paraben ... Previously aku guna Pure Beauty yang pink tu then hari tu SA kat
    watsons tu advice amik yang putih lebih sesuai untuk siang sebab dia cepat meresap compare yang
    merah ni. So aku pun amik je la yang putih tu plus harga dia pun much cheaper dari yang merah tu.
    Oh ya, range pure beauty product ada dekat watsons je tade dekat guardian ye.
    Untuk HL tu ramai jugak yang bagi good review so excited jugak nak guna ...yes yang ni pun xde
    alkohol and paraben.


Then dah ade sume step kat atas boleh la uolls apply primer and pondation ke BB cream ke CC Cream ke sume segala mak nenek dia la lepas tu kan.

Untuk Nite Routine. 


Okay for nite routine basically sama je dengan day routine just tambah lagi few step.

1) Wipe face for remove makeup with micellar water.



2) Oil Cleanser . Aku guna brand HL. So again aku tekankan ikut kesesuaian kulit korang.
    Ade jugak yang review dia orang tak suai dengan brand HL ni.

3)
explanation same as above




4) Then guna exfoliation gel ni untuk buang kulit2 mati. This one tak perlu guna everyday,
     3 kali seminggu pun okay dah. Or ade je yang guna scrub pun okay je.
     St Ives apricot tu pun my fav jugak.

then apply toner 

then essence


then serum


Lepas tu pakai mask ni, aku tak pakai hari2 pun , hari yang aku apply exfoliation jelly tu aku akan pakai mask.



Lepas tu apply nite cream pulak, nite cream aku pilih from loreal.


Kalau malam uolls nak apply sun block boleh jugak tapi aku tak apply sun block malam .

Last but not least malam before tido selalu aku akan sapu eye roll-on ni.


Tapi sometimes akan ada hari malas aku for nite routine , so aku akan skip step toner, essence , serum, moisturizer tu sume then replace dengan cream mask ni je. Tapi bukan everyday le sebab yang ni pun 3 kali je dalam seminggu tu.






So korang share le pulak routine korang macam mana :)






Jumaat, 1 Februari 2019

GUARDIAN HAUL 50 % ON COSMETIC PRODUCTS


Assalamualaikum and hello :)


Oh well ... baru je update GUARDIAN HAUL 40 %  last time and this week pulak turn untuk cosmetic brands pulak 50 % , ohhh well baru kata tak mo topup any make up but then kita hanya mampu merancang ... sob sob sob 


Actually kenapa teruja pulak bila Guardian ada off 50 % untuk kosmetik sebab benda yang iolls nak tu ada dekat guardian, xde dekat watsons ...hehe :) Yup kalau uolls notice ade certain brand yang ade dekat watsons tapi takde dekat guardian, yang ade dekat guardian kat watsons pulak xde

Antara brand yang dekat watsons tapi takde dekat guardian 

Simplysiti
Oh most wanted
Essense

Antara brand yang ade dekat guardian tapi takde dekat watsons

Cathy Doll
Lakme
Sugarbelle
Catrice

Itu antara yang aku noticed la, but then even dia cakap ada 50 % on makeup tapi tak sume la yang ade 50%, ada je fews yang tade off pun ... 

Aku asalnya datang guardian semalam nak beli 1 benda je, nawaitu dari opis semalam karang balik singgah guardian nak beli 1 je , maknanya below than RM 20, tapi bila dah sampai lain pulak kisah dia ... berejam jugak la duk dalam guardian semalam duk belek duk pikir duk beperang dengan diri sendiri ... hahaha




Tujuan utama hanyalah untuk Cathy Doll Cushion blusher ni , sudahnya ade jugak le tergoda dengan few items lagi...sob sob sob 

Cathy Doll Cushion Blusher ni memang feveret blushet dari drugstore la .. warna pun cantik je and plus dia quite lasting jugak :) Tapi susah jugak nak ade and tak sume guardian ade brand Cathy Doll ni ... so lepas 50% off harga terlajak murah la kan so kita grab je la...dah balik umah nyesal lak beli satu je kenapa bukan dua hehehe ...since yang sekarang pun dah almost habis ... hurm ... tak pe...nanti time nak raya mesti ada sales lagi ... hehe :)




So lepas belek , berperang dengan diri sendiri...adelah 4 ketui barang yang sukar untuk di bendung ...
And ade jugak few items lagi yang berjaya letak kat rak balik lepas berperang dengan hasutan syaitoon nirajimmmm ...yessss i did it :)

Prime and Fine From Catrice 

Yang ni function untuk buat makeup korang jadi lasting ... memang dah lama nak beli dia during 50 % tapi manjang je dah habis so this time ada kena lah grab , tu pun tinggal 2 je lagi...so sape lah yang lucky dapat grab yang last tu kan . 

Actually time nak beli ni, ade Blur Cream  kot nama dia, Loreal brand, function dia macam primer jugak, harga around RM 25 (after 50% off) , macam nak beli tu jugak...since yang tu banyak lagi bersabar la dulu pikir lagi pikir lagi nak nanti boleh p cari mana mana guardian. 

Currently guna Maybelline and hourglass nya primer, Maybelline pun beli time 50% , tapi tak suka sangat sebab silikon base so agak susah nak makeup ke tangan aku yang tak berapa seni ....hikhikhik

Hourglass tu best since mahal kena le jimar cermat tak gitu .


RIMMEL EYESHADOW SPICE EDITION

So far kalau beli eyeshadow dari drugstore end up mesti rasa nyesal nya beli ... seyes weyyyy
Then membazir , so untuk rimmel ni pun berpikir jugak la takut menyesal tak sudah nanti, tapi since ada off 50 %, so why not untuk try , hari tu tengok utube Fatin dia tunjuk warna2 eyeshadow ni macam not bad jugak so excited le acik nak beli .

Dia ada few edition

Jewel Rocks 
Spice
Crimson
Nude
Blush

For me , Crimson nya edition cantik2 warna dia, unfortunately dah habis pulak.
Nude and blush not so me, macam tak attract me untuk beli pun
Spice ni warna seakan2 je sume, tapi beli jugak rimmel pasai apa cek oi...
Hahaha duk confuse between Jewel Rocks or spice then amik spice ... penat jugak nak pikir lama sangat pikir ...
Jewel rocks tu banyak warna macam hijau, biru those yang jenis berani ok la amik jewel rocks ni kan


SILKY GIRL EYEBROW

Ni pun pengaruh lepas tengok youtube channel Fatin... so dah pengaruh tu kena la beli nak try nanti...padahal bukan reti pun lukis kening...hahaha :)




So total spent RM 69.05 , save RM 69.05 yela dah 50% off kan mesti la sama penjimatan nya :)




Rabu, 30 Januari 2019

GUARDIAN HAUL 40 % OFF ON SKINCARE - PART I




Assalamualaikum semua and hello :)


Last week macam best je sebab Guardian ade wat 40 % on skincare and Watsons pulak wat 50 % on make up... wah best dengar bila sales kan , tak best nya bila sales ni jugaklah rasa nak beli banyak benda and topup pe2 yang kurang tu.


So this time, i'm not excited to topup my make up sebab rasanya macam yang beli before ni pun still ade lagi , hihihi :) so this time around i just topup my skincare je ...

Actually i went 2 times to Guardian, so entry kali ni share dengan uolls my 2nd purchase since the 1st purchase items tinggal dekat kampung pulak so itu next time k. ** Promise ** 



belanja picture sikit :)


Okay on my 2nd purchase i grab 5 items and spent RM 108.05 , sob sob sob :( savings RM 53.77 , ok la save banyak jugak kan 



i ) Bio Essence Exfoliating Gel

    Since ramai yang kata exfoliating gel ni best , so decided to get one for me. 
    Function exfoliating gel nak buang dead skin on ur face ..Cam tu la lebih kurang. 
    Boleh apply 2 - 3 times a week . Before ni i guna brand lain untuk exfoliating gel, but still from         drugstore and again, sometimes malas sangat nak apply so tak tau result dia camne sebab 
   tak konsisten kan..So tahun 2019 ni acah2 nak concern sangat dengan skincare routine...Cewah :)
   So harga dia after 40% was RM 47.94.


ii) Vaseline 

   Since i tak ingat mana tah i letak my vaseline , so beli jugak la sebab masa dah nak bayar 
   and p ke cahsier tu  nampak lak benda alah ni kat rak tu just amik je la sebab harga dia pun RM 3       je . Banyak sangat function vaseline ni, if bibir uolls kering pun boleh apply, my main concern 
   sebab ibu jari kaki ni macam crack so last time sapu la dengan vaseline, then dah nak elok malas         pulak nak apply vaseline tu lagi and now dia jadi balik so kena la rajin2 sapu vaseline balik :)


iii) Losyen Citra

     Losyen from Citra ni best and wangi :) Harga cuma RM 5.37 for 250ml.
     I pernah review pasal losyen ni kat sini


iv) Hada Labo Sunscreen 

     Memandangkan my sunscreen yang sekarang ni dah nak habis so decided to get the new one. 
     Tapi kiciwa pulak sebab sunscreen only less 20 % je , sob sob sob, 
     tapi beli je la kat guardian sebab dekat watsons less 10 % je so okla kan, after  less harga jadi RM       43.92 , actually nak cari Nutox punya sunscreen tapi dah habis pulak so amik HL je la since 
     ramai gak yang bagi positive feedback untuk sunscreen ni . 
     Ce tengok kat packaging tu dia free from alcohol, colorant, fragrance and mineral oil. 
     Untuk yang ni ade 2 jenis 1 for normal / dry skin the other one for oily and combination kot.
     Yang penting beli lah ikut ur skin type kan. 
      Kenapa i pilih untuk sunscreen yang free from alcohol sebab SA watsons pernah le advice yang 
     ade alcohol tu nanti akan buat kulit kita jadi kusam in long term. Tapi boleh jugak le kot uolls nak
     guna gak brand yang ada alcohol tu tapi make sure alkohol dia dikit aje . :)
     Dulu aku penah gak update entry ni untuk pilih sunscreen yang bagus tuk kulit.


v )  Face Mask Garnier Sakura

    Since harga dia murah jugak, around RM 4 je per mask i just grab it, ade yang kata best boleh wat      kulit jadi pinkish so beli jugak le, nak tengok betul ke idok...hehe tapi nak tengok result dia kena 
    le konsisten kan , ni kalau ko malas memang tade le ... betul tak ...


Okay la , next time i update pulak untuk my 1st purchase tu :) So korang beli apa pulak masa guardina wat sales hari tu :) 




Khamis, 10 Januari 2019

TOOLS UNTUK HILANGKLAN WHITEHEAD AND BLACKHEAD


Assalamualaikum and salam tahun baru 2019 . 
Dah tahun 2019 dah kita ni, cepat sangat masa berlalu sekarang kan 

Okay guys , end of 2018, i just found out tools yang sangat ohsem untuk nyahkan whitehead and blackhead yang sangat annoying ni ... hehehe...betul 2 benda ni aku rasa sangat la annoying bila ade dekat hidung tu...seteresss oiii bila pakai foundation je whitehead akan buat kan foundation kita tak cantik dekat hidung tu . 

Actually before ni aku guna benda ni je untuk nyahkan whitehaed and blackhead aku yang banyak ni, but then sometimes tu yang ampun malas nya la susah nak habaq sama macam malas nak update belog and biarkan ia bersawang , ha gitu la malas dia sampai tahap dah menimbun kat hidung tu ...

Sampai la aku jumpa tool ni and tegerak hati nak cuba and surprisingly works on me la ...






ha ni la benda nya , FACIAL CLEANER & MASSAGER serious berbaloi beli dan guna untuk those yang ada masalah whitehead and blackhead tu, time aku beli tu watson wat promosi 50 % so dapat la around RM 24 harga dia. 

So after a week je guna benda ni tengok whitehead and blackhead dah makin berkurang and dah tak yah nak guna yang ni dah. ** happy face **



ni la kotak dia , siap ade USB cable dia incase dah out of power nanti boleh la recharge kan. And also ade guide macam mana nak guna dia but trust me worth to buy and use ... :)