Rabu, 31 Mei 2017

DRAMA : ANDAINYA TAKDIR


Assalamualaikum semua :) 

Korang dah siap masak ke tu tuk berbuke karang ... menu apa je hari ni ? hehehe
sabar k, ade lebih kurang sejam lagi sebelum azan maghrib :) Alhamdulillah .

Petang semalam ade la aku tertengok dekat youtube cerita Andainya Takdir episod satu, eh macam syok je, macam best je cite tu lakonan shukri yahya, nina iskandar and adik Balqis.


Memang boleh layan la cite ni, best and banyak pengajaran. Cerita ni mengisahkan watak shukri yahya ni dan berkahwin dengan si Tehah, lakonan si cantik manis Nina Iskandar. Sikap cemburu buta dan panas baran si suami hingga mendera si isteri. hurm sob sob sob. Yang paling best cite ni, watak shiela mambo yang melakonkon watak sebagai emak Shukri Yahya yang duduk di kampung asik nya menjaja kisah orang sana sini, umpat sana sini, anak dia je la baiknya, anak orang lain semua tak betul, semua jahat, orang panggil peel makcik2 kepochi ..hihihi ...

So korang kalau nak tau apa kesudahan cerita ni boleh le tengok ye setiap Isnin sampai Khamis, 10pm :)





Selasa, 30 Mei 2017

PANDUAN SOLAT SUNAT DHUHA DAN DOA DHUHA


Assalamualaikum semua dan salam Ramadhan :)
Alhamdulillah, hari ke 4 today :)

Hari ni saje je nak share ngan uolls tentang solat Dhuha , waktu Dhuha di lakukan pada waktu matahari naik hingga la matahari telah berada betul2 di tengah langit, lebih kurang dalam pukul 8 sampai lah menjelang zohor, selalunya elok di lakukan dalam pertengahan, pukul 10 pagi sampai 12 tengahari macam tu :)

Solat Dhuha boleh di lakukan dengan dua rakaat sahaja dan di ulangi hingga 6 kali solat ,

" Aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala"
Bacaan dalam solat sunat Dhuha adalah surah Al-Fatihah dan di ikuti sebarang surah. Sebaiknya pada rakaat pertama surah al-Shams dan rakaat kedua pulak surah ad-Dhuha .

Dan doa untuk usai solat pulak








Isnin, 29 Mei 2017

SALAM RAMADHAN :)


Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah sekarang dah hari ke 3 kita berpuasa untuk tahun ni kan.

So macam mana korang hari ke 3 ni, dah heksaited ke nak beraya , baju raya, kasut raya, beg raya...hehehe ... aku ? ala dah tua2 ni kurang dah heksaited kan...ala kadar je , plus taun ni cuti raya tak lama macam taun2 sebelum ni ... sob sob sob ...i is sedih okay .

During fasting month ni la kita nak tingkatkan idadah kita kan, perbanyakkan membaca al-quran, solat sunat, bersedekah, kurangkan pembaziran, especially masa kita p bazar tu kan...memang la time tu nampak semuanya sedap, semuanya lazat dan menyelerakan...hehehe so pandai2 la ye, nama pun menahan diri kan...Harap2nya iabdah2 yang kita buat ni berterusan la ye dan istiqamah ...

Korang ade ke plan2 nak p berbuka puasa kat tempat2 yang tawarkan bufet tu, normally di hotel2 tu la kan, yang dewasa almost RM 1XX .XX tu, ish bagi aku tu la pembaziran yang paling nyata, apa kata kita start boikot benda ni, so bila kurangnya permintaan so depa akan kurangkan penawaran ... wah teori ekonomi sgt aku ni ...hehehe 





Isnin, 22 Mei 2017

NOVEL : HERO SEORANG CINDERELLA


Assalamualaikum semua :)

Diam tak diam 4 hari lagi kita dah nak sambut Ramdhan semula kan, alhamdulillah :) 
Harap2nya semua dah habislah ye ganti puasa yang taun lepas punya :) 

So korang sume dah boleh move on belum dengan fenomena SHMP , harap2 dah la ye, hehehe
Dah berganti2 drama dah pun kan, tak kan xleh nak move on lagi , hehehe, so malam ni kita boleh layan drama terbaru lakonan Fatah Amin and Fazura, Hero Seorang Cinderella, okay kalau korang jenis tak tak sabar nak tau story line dia boleh la cepat2 g kat mane2 bookstore tuk beli novel ni, and novel ni pulak karya dari Anjell, well aku memang suka gak dengan karya dari penulis ni start dari novel EKSPERIMEN CINTA  dulu :)



sinopsis 


Agak2 nanti ade fenomena macam LOFATAH hari tu tak , yela sekarang kan nama Fatah Amin memang tengah naik kan, hehehe teringat pulak dulu masa dia berlakan cerita PISA , tapi memang banyakla improvement dari dia kan ...



p/s : sukanya tengok Faz ni, cantik nauuuu kan



Isnin, 8 Mei 2017

DRAMA : MENANTI FEBRUARI


Assalamualaikum semua ....

Sekarang ni, mengantuk macam mana la mata aku, aku tahan kan jugak sebab apa ?? Sebab nak nengok cita MENANTI FEBRUARI lakonan Fathia Latiff, Afiq Muiz and Zul Ariffin. Untuk episod2 yang minggu pertama tu aku tak nengok pun sebab iolls bukan peminat si Zul Ariffin tu, hahaha ade dia kiesah ko minat dia ke tak,,ye dak ?? Tah macam mana sehari tu leh tertengok, makanya jadila peminat setia drama tu kan...bukan peminat setia Zul Ariffin tu hokeyyyy ;p

Tapi kalau nak cakap Fathia tu, memang aku suke gak la tengok dia belakon, cantik pun ye , suka tul nengok dagu dia tu ...alahaiiii menawan wey.

Dalam cite ni paling geram dengan watak si Arie tu, terlampau workaholic sampaikan wife nak bersalin pun dia sibuk keja lagi....huhhh!!...rasa nak masuk dalam tv tu bagi penampa laju2 je kan .... geram!

Jom baca sinapsis dia dulu

Menanti Februari mengisahkan tiga rakan karib iaitu Arie (Zul Ariffin), Fiza (Fathia Latiff) dan Edi (Afiq Muiz).
Arie dan Edi bersama-sama menaruh hati terhadap Fiza. Atas ketentuan jodoh, Fiza berkahwin dengan Arie menyebabkan Edi memendam rasa.
Namun, kebahagiaan yang diharapkan Fiza tidak kesampaian apabila Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehingga mengabaikan perasaan Fiza.
Bagaikan satu kebetulan, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku dalam bulan yang sama iaitu Februari. Bagaimanapun takdir penentu segalanya apabila Arie hilang dalam satu kemalangan di laut dan dikhuatiri sudah meninggal dunia.
Sepanjang ‘kehilangan’ Arie itu, Fiza dan Edi menjadi semakin rapat hingga mereka disatukan sebagai suami isteri.
Namun, kebahagiaan yang dikecapi Fiza dan Edi tidak lama apabila tiba-tiba Arie ditemui selamat. Namun, dia terpaksa menghadapi situasi yang Fiza sudah berkahwin dengan Edi.
Bagaimanapun, Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana dia ingin menebus semula segala kesalahannya terhadap Fiza.
Tak sabar pulak nak tunggu last episod malam ni, agak2 siapa yang Fiza pilih, Arie atau Edie,, harap2 Fiza buat la pilihan yang bijak kan ...hehehe...ala cerita je pung :)