Memaparkan catatan dengan label food. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label food. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Februari 2019

Resipi Roti Telur Sardin Mudah Simple Dan Sedap


Assalamualaikum semua and hello :)

Aku memang peminat roti telur ... Kalau goreng roti salut telur pun layan je ... :) Memang antara 
menu yang simple, cepat and yes sedap and sesuai sangat tuk breakfat or tea time :) 

So kebetulan time extra rajin pulak so kita wat roti telur sardin la hari ni ...

So bahan2 dia 



- Roti 
- Telur 4 biji (depend banyak mana korang nak wat)
-  Sardin (depend ikut banyak mana nak wat )
- Bawang **
- Daun bawang / daun sup (ikut mana suka ) **
- Cili padi **
- Cheesedale 1 keping (optional)
- Mayonis (optional)

Bahan bertanda ** racik2 / potong dulu 
Cheesedale tu pulak boleh koyak2 kan dia 




Then sardin tadi, aku hancurkan dia macam ni , sardin ni ikut korang nak guna banyak mana ... lagi banyak lagi sedap baru la meriah rasa dia kan 






Then pukul telur dengan mayonis tadi kasi kembang macam korang nak wat telur dadar tu 




Tapi mayonis tu tak mau bagi hancur sangat , biar dia ade ketul2 macam tu sikit .. Tapi ikut korang suka macam mana, kalau tak suka mayonis tak yah letak pun takpe 

then mix kan dengan cili, cheese, then aku letak jugak la sikit lada sulah , daun bawang and bawang (tak pelah daun bawang letak bawang pun letak as long bukan mak cik and pak cik bawang ... haha 😉) and masuk kan sardin yang dah di hancurkan tadi .Lepas tu kacau sikit2 bagi bahan semua tadi sebati.



Lepas tu korang boleh la celupkan roti dalam adunan tadi ... betulk ke adunan nak panggil dia ...haha takpe asal korang paham kan...



rendam bagi the whole roti tu di salut dengan campuran bahan2 tadi .. ohh ya aku buang kulit roti yang tepi2 tu tapi kalau korang tak mau buang pun okay je :)

ready to goreng :)






Goreng guna sikit je minyak tak perlu deep fry pun and api tak besar sangat.


Okay siap dah ... boleh la layan tuk minum petang dengan secawan kopi or tea panas ...wahhh nyum 😋



So korang nak letak sos ke thousand island ke mayonis ke boleh je , tapi aku suka letak mayonis
Gebu dia nampak macam pizza kan hehehe :)









Khamis, 23 November 2017

NAK GARLIC BREAD & MUSHROOM SOUP FREE EVERY TIME BELI PIZZA


Assalamualaikum semua...


Korang minat makan pizza tak... Aku boleh la..suka jugak nak nak yang pizza banyak tu ...nyummehhh 


Nak share dengan korang, every time kalau kita order di pizzahut kita layak untuk dapat free mushroom soup and garlic bread tau... jimat kan ...

Korang selalu kalau dapat resit pizza tu jangan la buang sebab korang boleh buat soal uji selidik dekat SINI tau, and lepas tu korang layak untuk claim free garlic bread and mushroom soup korang tu , syok kan..hehehe


lepas dah masuk ke web SINI korang akan dapat macam gambar kat atas ni, so just fill in je based on info yang ade dekat resit korang tadi tu , lepas tu klik dekat TERUSKAN tu, then dia akan bagi soal kaji selidik sikit dengan korang, ala kejap je tak sampai 5 minit pun, just pilih amat berpuas hati sederhana tidak berpuashati ha gitu la, yang penting masa jawab tu aku jujur, kalau tak best aku jawab je tak berpuashati...hahaha so dah habis sume soalan akan kuar pulak gambar macam kat bawah ni


habis dah jawab semua soalan korang akan dapat kod pengesahan yang macam aku bulatkan tu so amik number tu and tulis dekat resit korang yang tadi tu


ha nampak tu yang macam resit kat atas ni, so next purchase nanti korang boleh la tunjuk resit yang ni dekat cashier tu masa buat pesanan and free je dapat mushroom soup & garlic bread tu ...

Kalau dulu dia bagi free pizza, sekarang dah tukar lak...tapi tak pe yang penting free, sape tak mau kan...hehehe 





Selasa, 11 April 2017

KERIA GULA MELAKA SIMPLE


Assalamualaikum semua

Hari tu pi jalan2 kat melaka memang teringin nak jugak nak beli kueh keria yang femes tu...bila sampai tengok ramainya orang...ramainya yang q...memang malas la .... so tak jadi beli ...
Kebetulan last week naik cameron so beli banyak jugak keledek , asalnya nak rebus nak makan gitu sajo...mood terlebih rajin pulak so tengok gula melaka pun ade stok kat umah...so let's do it yang simple aje kan...eh haruslah sedap okay even simple...hihihih

Mula2 korang kupas la kulit keledek ni dulu, then potong dadu dan basuh bersih and lepas tu rebus hingga empuk ya keledek tu .... dah kata balik dari cameron kan...so iolls guna keledek purple ni, bukan putih or merah .... hehehe :)


Dah rebus empuk, so boleh lah toskan keledek tu tadi tunggu hingga sejuk seikit tuk korang lenyek kan...eh actually tak tunggu sejuk pun takpe..sebab nak lenyek kan tu guna senduk nasi tu..mudah gitu....hehehe...


Lepas tu boleh le gaul dengan tepung gandum sikit ... make sure tepung uolls tak banyak sangat sebab nanti bila tepung lebih dari keledek kueh korang dah x sedap


then uli guna tangan k...bagi tepung ngan keledek tu bergabung ...ceh..ayat aku ... hahaha


lepas tu boleh la bentukkan kita nya kueh keria ni ... bulat besar bulat kecil bulat semua ... hehehe


purple uolllsss


So lepas tu boleh la goreng kan dia sampai kuning keperangan okay



Lepas dah goreng tu boleh le prepare kan bahan tuk wat sira dia pulak...

so bahan2 tuk sira dia ,
gula melaka
gula pasir
garam sikit
and air
sume bahan2 ni korang jerang kan dia sampai dia jadi pekat k

kacau hingga gula melaka and gula pasir larut dan jadi pekat

Agak2 dah pekat dan likat tu boleh le kecik kan api dan masuk kan kueh yang dah di goreng tadi


Kaco hingga dia menjadi sarang kat kueh kita tu ... haha betul ke term sarang tu ...:p

siap dah..2 versi satu bersarang 1 lagi yang pololesss...hehe

nyummmmy!!
okay selamat mencuba :)



Khamis, 29 September 2016

MY OVERNITE OAT A.K.A. HEALTHY MEAL


Assalamualaikum semua and hello.

Lately kesedaran nak turunkan berat badan yang tak pernah turun ni datang , well sebab hari tu p kedai nak beli baju , amoi tu tegur i dah nampak makin bam bam ... ohhh kenapa la dia begitu jujur kan.

And aku pun pun pulun la google, menu apa yang aku should replace dengan nasi yang 2,3 senduk tu...hehehe
So terjumpa la orang post pasal overnite oat yang depa buat tu, which is oat tu ko mix dengan yougart, fruits or nuts , low fat milk , seeloknya guna low fat milk la kan,kata nak diet,hehehe kalau guna full cream milk baik makan nasi je ye tak.


cara penyediaan dia, oats bawah sekali then letak yougart (sometimes aku tak letak), fruits or nuts or both, and milk. Then ko simpan dalam fridge semalam esok boleh nyummm..Sedap wey kalau buah yang di pilih tu ikut selera korang la kan. Macam yang ni aku guna buah kiwi yang kuning tu & dragon fruit. i likeee sangat kombinasi ni


kombinasi of dragon fruit n blueberries, well bagi aku xsedap la buah berry letak dalam oat ni, even aku guna strawberry pun aku xsuka sangat n muak! oh mayb lain orang lain taste dia kan.

yang ni pulak aku combinekan buah naga n epal , serious sedap! So far, aku dah tried just put epal je pun oat ko dah sedap.seyes tak tipu. Oh lupa, epal merah ye, aku tak pernah try guna epal hijau lagi.


kalau perasan aku suka letak buah naga kan? hehehe sebab bagi aku buah naga tu mencantikkan oat aku bila dah lama2 nanti warna merah dia akan keluar mix dengan susu, ha kan cantik macam air bandung dah .


kalau rajin korang boleh gak prepare green tea sekali k.it's good tau .

Actually kalau tak buat overnite pun xpe, wat instant oat .Pun sedap, Aku suka buh susu tu banyak sikit so that tak muak la makan kan.

Selamat mencuba !



Rabu, 27 Mei 2015

MAGNUM KUALA LUMPUR




Korang semua mesti dah advance kan...kalau mention Magnum ni mesti masa awal2 depa bukak dulu uolls dah p serbu dah...
Aku baru 1st time p...padahal seremban ngan mid valley bukan jauh sangat pun ....
hahahahaha meh gelak kat aku ...
Kebetulan masa tu ada job street buat career fair tu...so alang2 memang terus masuk je la 

staff dia sangat friendly!




aku memang peminat vanilla so aku pilih fruitty loops :) 

oh btw, instead of korang pilih design yang dah ada dekat menu book depa, korang boleh pilih toppings korang sendiri tau ... boleh pilih 3 harga dalam RM 9.xx bagi aku berbaloi kalau nak rasa!!

nasib baik masa kami sampai tak ramai orang, tak payah beratur pun dat time ... and guess what, lepas je kita orang duduk ramai pulak orang q ... kawan aku, Ain siap cakap we all memang penarik rezeki .. lol 

kalau korang on diet boleh jugak masuk sini, kawan ko makan aiskrim, ko minum je la air kosong yang dia bagi tu hehehe sebab dia akan provide 1 gelas air kosong utnuk setiap belian magnum .. :p


sebabkan ade 1 topping tuk fruitty loops tu dah habis, so dia suruh aku pilih 1 lagi topping tuk ganti yang habis tu so aku pilih manik yang gold colour tu ... memang marvelous ...


ni kawan aku, ain pilih topping dia sendiri ,ceh dia dapat 2 kot button magnum tu ...

mine , 1st bite

mine !

dah habis, jom balik!



Selasa, 27 Januari 2015

Beli Pizza Dengan cuma RM 1 sahaja


Assalamualaikum semua...
Korang dah lunch?
Caring kan aku dekat korang?
Okey mesti dah baca tajuk entry kali ni kan...
Teruja tak teruja tak teruja tak
Ke
Excited tak excited tak excited tak

Aku tahu mesti excited sangat kan nak tau , yela sape tak mau makan pizza dengan harga cuma RM 1 saja
Aku pun mau .... hari2 pun takpe...lepas tu badan dah naik mula la gelabah sakan...
Hahaha
Tapi time makan pasal berat badan tu aku lupakan, sebab penyesalan itu hanya akan timbul bila aku timbang berat aku....muahahahha...

Ah perut dah keyang, mula la aku melalut tah apa2 kat situ...
Ampun buk, ampun buk..

Okey korang, kalau korang beli di PizzaHut, lepas buat bayaran tu mesti korang akan dapat resit kan,
so resit tu simpan la ye...sebab tuk next belian di pizzahut korang layak tuk redeem pizza size personal dengan cuma RM 1 saja tau...dengan syarat korang kena buat uji selidik tu within 5 days dari tarikh dekat resit tu ...

resit yang di beri oleh cashier, jangan buang okay.

After that, dah bali rumah, boleh le p ke SINI untuk jawab few question, alah soalan dia senang je pun...ade pilihan jawapan pun...cuma jujur je la...sebab customer feedback ni penting kan tuk depa tuk improve depa punya service next time...aku pun jujur jela...plus we paid what for their service...hehehe

So bila korang dah masuk web pizzasurvey tu akan appear yang macam ni pulak

so nanti just fill in je yang dekat 1 - 4 tu based on guideline yg dia bagi tu kan, then dah fill in tu semua just klik button MULA tu, then just answer their questions.Remember just be honest okay =)

Jawab till dia keluarkan survey code number tuk korang


then bila kod pengesahan tu dah appear korang tulis lah kod tu dekat resit korang tadi, perasan tak kan ade space dia tadi kan...salin tulis kat situ k...

Then within a month, kalau korang p pizzahut, just tunjuk je previous resit korang yang korang dah tulis kod pengesahan tu...tuk dapatkan harga pizza dengan harga RM 1 je...

Suka tak?? Sape tak suka kan..murah kan...and semestinya penjimatan berganda ....

Okey see you next entry lovely :)