Isnin, 25 Mac 2013

RESEPI : BEGEDIL KENTANG


Assalammualaikum semua

Korang dah makan belum?
Ok sape suka makan begedil, sila angkat penumbuk...
** wah macam nak cari gaduh pulak ayat aku ni**
sila abaikan
angkat tangan tak apa....

so hari ni aku nak share dengan korang semua
 
 resepi  untuk buat begedil

** BAHAN-BAHAN **

  •  KENTANG (4 BIJI - UNTUK 1-2 orang makan)
  • BAWANG GORENG (1 sudu) - di tumbuk
  • DAUN SUP (agak2 je) - di racik halus2
  • CILI MERAH YANG BESAR TU (setangkai) - diracik halus
  • serbuk lada hitam / lada hitam yang bulat2 tu (ditumbuk) --kalau tak nak buh pun tak mengapa
  • Telur (1 biji) 

** CARA-CARA :- **

  • Kepas eh kempas eh KUPAS la Kentang tadi dan Potong DADU ye
  • Selepas di basuh dan di toskan, boleh la di GORENG kentang tu sehingga lembut
kentang yang dah siap di goreng
  •   lepas tu boley la hancurkan kentang tu (lenyek atau tumbuk),dan campurkan dengan bawang goreng yang dah di tumbuk, cili merah & daun sup yang dah di racik halus dan lada hitam tadi......
**kalau suka boleh campur telur kuning sikit bersama adunan tadi, tak nak pun tak apa**
okey adun sampai gini ye, sampai kentang hancur...



  • lepas tu korang boley la buat bentuk yang korang suka...

AKU BUAT BENTUK GINI JE...XKUASA LA MAK JEMAH NAK BUAT BENTUK DINOSOR...:)lol

  •  Dah sudah bentukkan adunan tadi, korang boley la pukul telur, dan sebelum goreng celupkan dulu begedil korang tadi ke dalam telur yang dah di pukul tadi ye..., goreng sehingga kekuningan tau..
okey siap untuk di makan ...:)
kalau korang rajin buat lah SOTO, lagi sedap orang kata makan begedil dengan SOTO, xpun makan dengan nasi atau boley di makan begitu saja...

**ikut kau la JEMAH, janji kenyang**

okey korang selamat mencuba..






4 ulasan:

  1. macam sedap je! xpernah makan pun.. hmm

    BalasPadam
  2. Efan : memang sedap , pembuka selera ni ... selamat mencuba :)

    BalasPadam
  3. Jalanjalan cari rsepi begedil. Tq.nak try lah 😊

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    BalasPadam