Khamis, 28 November 2013

LIFE INSURANS , MEDICAL CARD HARUS KE ADA??


Salam and selamat sejahtera ...
.
.
.
.
.
jawapan aku ye HARUS ADA!!noktah
cehhh tegas tak jawapan yang aku bagi ... hehehe
so nasihat aku sebelum nak contribute dengan satu company tu, tak kisah la
u guys nak subscribe under PRUDENTIAL ke, PRUBSN ke, MAA TAKAFUL ke, AIA ke ...
terpulang pada uolls as long  u guys pegi dengar dulu penerangan  dari ejen insurans tu ...
make sure tak paham tanya...jangan tak paham ko cakap paham ...= . =

aku rasa setiap company ni akan tawarkan benda yang sama je ... yela life insurans, which is bila kau meninggal penama ko yang akan terima pampasan tu, accident, medical card, ward, critical illness n etc...
basically they offer same products ... yang MEMBEZAKAN ialah nilai yang uolls boleh claim nanti.
So dekat situ kena tengok n kaji betul2
(harap2 ayat aku ni korang paham le nya... maafle aku bukan ejen insurans - nak tau ayat yang lebih tepat kena g jumpa ejen insuran la ..hehehe )

okey berbalik pada persoalan asal tadi...kenapa aku kata HARUS ADA ...
aku berpegang pada 1 konsep je ... MALANG TAK BERBAU ...
tambahan lak company aku tak provide pun insurans tuk staff kan
infact medical claim pun company aku tak provide (hampeh tul ... hehehe)
so dengan adanya MEDICAL CARD ni la backup yang ada ...
plus duit yang kita bayar pada mereka tu bukan burn gitu je ... dia akan jadi saving kita jugak nanti
so make sure uolls paham ye if amik polisi yang ada saving tu ...
macam mana dia akan jadi saving ... n macam mana dia jadi investment ... n macam mane dia cover tuk medical uolls ...
make it CLEAR okey ...

jangan jadi macam aku ... dah half way dengan 1 syarikat tu ... lepas tu terminate then amik lak yang lain
so macam rugi jugak... sebab tak stay sehingga tempoh matang dia
so dekat situ kena pahamkan ye

so sekarang i pilih PRUDENTIAL ... yeayyyy!!! :)
kenapa aku pilih PRUDENTIAL sebab

bila aku comparekan dengan polisi aku yang sebelum ni (MAA TAKAFUL)
rasa2 PRUDENTIAL offer better
ikut pada penerangan 2 ejen ni dan kemudian aku bandingkan ... PRUDENTIAL offer better


itu je la ...
thanks baca entry ni

p/s : eh lupa, kalau u guys berminat boleh contact ejen yang jumpa ni
       nama dia Cik Azie : 019-769 7961 :)









PUAS SUDAH KU MENCARI CHEESE CAKE MELELEH





Assalamualaikum
Apa khabar uolls

Hari ni aku nak share sikit pasal cerita aku yang sangat la tergoda dengan cheese cake meleleh tu
Aishhhh macam mane tak tergoda, dah hari2 aku disajikan dengan picture kek tu

Mesti korang kata 
kan ramai yang jual sekarang ni
oppsss ... area KL nun memang ramai dik non
area SOMBAN ni ha tak ramai lak yang aku jumpa
bukan nya tade tapi tak ramai yang buat delivery
eh banyak cekadak tak aku ni
heheheh


pic : sumber google






Isnin, 11 November 2013

NOVEMBER GIVEAWAY BY CIK YAYA



Nak Join? Meh Klik Banner.

1st BE dari NUFFNANG ~ Terima Kasih


Assalamualaikum ....

Finally dapat jugak BE dari NUFFNANG selepas setaun plus berblog ...
tq NUFFNANG lepas ni boleh le bg lg ye :)

Mesti korang kata tu pun nak kecoh kan...korang dapat lagi bnyak dari kita ye tak ... hehehe





Jumaat, 8 November 2013

NOVEL : PLAYBOY ITU SUAMI AKU


Assalamualaikum ...

selepas kita semua dilanda demam LYMA dan semalam cerita ni pun dah sampai ke hujungnya dengan ending yang seakan novel ... wahhh gitu cuma nya dalam novel tu si Sherry tu tadela kena tangkap dengan polis kan ... takpela...kita lupakan si Sherry kekwat tu and selepas ni kita sume akan di sajikan pula dengan cerita PLAYBOY ITU SUAMI AKU

Cerita ni dah lama baca cuma ingat2 lupe maklumle umor dah semakin meningkat ni so...kena baca balik la untuk refresh semula ... toing toing toing

okey jom kita layan sinopsis cerita ni ^_^


Playboy Itu Suami Aku

“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

credit to :- KAKINOVEL untuk sinopsis ni 

drama ni akan di bintangi oleh 

 
 
NUR RISTEENA - Afina Aulia
FATAH AMIN - Raja Andrian @ King
CHACA MAEMBONG - Fisya
 
pelakon yang pegang watak King & Afina tu pelakon baru ke ea?? aku cuma familiar dengan Chaca je ...
takpe2 novel ni best, hopefully cerita dia tak lari banyak le dari novel kan :)

u guys yang tak sabar nak tahu story line cerita ni boleh le pergi ke kedai buku untuk dapatkan novel ni ye
atau boleh juga beli dari KAKINOVEL :)
 
selalunya aku buat begitula...sebab tak sabar nak tahu storyline dia so aku baca novelnya dulu then kita akan jadi suam-suam excited nak tahu next episod cerita tu ... hahaha
tau tak ape suam2 excited tu ... maknanya aku excited tapi tade le teruja sangat ... wahhh bolehhhh gitu ...
 
note : thanks kerana membaca entry ni : )