Selasa, 24 Februari 2015

NOVEL : SUAMI SEBELAH RUMAH


Assalamualaikum semua and hello :)

Aku memang minat baca novel ... sebab so feeeeeefeling kan ... dulu macam dah pause sekejap lah baca novel ni then sekarang start balik ...Sekarang ni pun tengah baca BAHASA HATI KITA karya REHAN MAKHTAR , in sha Allah if iolls rajin iolls update okay :) 

Mesti korang ada perasan yang ada iklan untuk cerita SUAMI SEBELAH RUMAH akan ditayangkan soon dekat TV 3 , okay to be frank...dulu aku masuk POPULAR nengok novel tu, pandang sebelah mata, baca sinopsis pun tak...ooo keji betul! and sampaile aku nengok kat IG, cakap novel ni akan didramakan , so iolls pun excited lah jugak nak beli ... ha baru terhegeh2 , padan muka aku! ... terus zas pergi popular cari novel ni, unfortunately tade la pulak ... adoi ai nya pun ... 

then aku jengah pulak ke fb group , tengok ade tak sape2 nak let go prelove tuk novel ni, and finally aku jumpa ... thanks to that girl :)
dapat beli dengan harga murah and kondisi novel pun masih ok ...(thumbs up)

*******************************************************************************

meh layan sinopsis dulu :-

Disebabkan pengantin lelakinya lari pada hari pernikahan mereka, Eryna buat kerja gila. Amar, doktor nerd anak jiran sebelah rumah, dilamarnya.

“Amar, sudi tak awak ambil saya jadi isteri awak? Kita kahwin. Boleh?”
 
Tentulah Amar sudi! Yang ajak dia menikah itu ialah Eryna, gadis idamannya. Gadis yang dicintainya sejak sekian lama! Gila nak tolak? Namun...
 
“Awak, saya harap kita rahsiakan dulu tentang kita dah nikah ni daripada pengetahuan orang lain di Kuala Lumpur sana.” ~ Eryna.
“Kenapa? Kenapa orang tak boleh tahu yang kita ni suami isteri? Kenapa perlu dirahsiakan tentang kita daripada kawan-kawan awak? Awak malu nikah dengan saya?” ~ Amar.
 
Amar nekad. Hati Eryna perlu dicuri sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Konon, senang dia hendak mengurat dan mengushar Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu.
 
Suami sebelah rumah Eryna memanglah pandai mengambil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis, kawan serumah yang dah terpikat tahap serius tak peduli apa... Eryna perlu buat keputusan!
 
Kedatangan ibu bapa masing-masing menimbulkan huru hara. Banyak soalan yang perlu dijawab andai mereka tahu Eryna dan Amar tinggal berasingan. Tapi, kalau tiba-tiba Eryna masuk ke dalam rumah Amar, tentulah Anis akan kecoh satu dunia! Dalam kemelut, Azlan menambah resah hati Eryna dengan meminta sedikit ruang untuk hatinya bertapak semula. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar itu dia yang punya.
 
“Belum jatuh cinta dengan saya lagi?” ~ Amar

Soalan itu untuk siapa sebenarnya? Eryna, Anis atau Doktor Wani yang obses pada suami sebelah rumah dia? Ah, Eryna keliru sudah!

********************************************************************************

Well, susah gak kan nak jumpa lelaki yang sangat setia macam Dr. Amar tu ...
Aku bagi 3 dari 6 bintang tuk novel ni, so so je storyline dia bagi aku ...
Wateva it is, tak sabar jugak nak tengok drama version nanti kan lakonan IZZUE ISLAM & AYDA JEBAT

P/S: picture novel tak dapat nak attach sebab novelnya aku dah letgo  ... hehehe ...ramai tau cari novel ni ...




Isnin, 23 Februari 2015

SUPPLEMENT APA YANG BERKESAN ?


Assalamualaikum and hi uolls ...

Bestnya cuti CNY ni...dapatlah rehatkan minda sikit ... =) 
Cuti pun dah berakhir , esok dah start keja ... ohhh so malas...well maklumle dah syok naw naw kan cuti seminggu ... 

Baru2 ni ada jugaklah aku tengok cita AKU TUNGGU KAU , lebih kurang gitulah tajuk dia...
alah yang si FATHIA and FATAH AMIN berlakon tu...mak ai jelesnya tengok kulit si Fathia tu ...
putih melepak uolls...zupp terus aku belek2 kulit aku ni ha....adoii aiii...sangat lah kusam & tak bermaya ... hurm...tapi Fathia ni memang cantik ...especially tang dagu dia tu ... adoi ai....

seriously aku memang kena buat sesuatu! so aku pun google la baca supplement apa yang bagus tuk kulit and bagus tuk kesihatan sekali dengan harga yang mampu milik ...
Actually sekarang aku tengah consume shaklee , but takde kesan pun dengan aku...huhuhu sedih kot , bazir jugaklah sebab aku dah spent almost 1K for shaklee...memang la membazir sangat2 ....and lama jugak aku setia dengan shaklee ni , tapi tak berkesan so aku decide , kena lah tukar ...memang tak boleh nak setia lagi dah kan, even aku jadi ahli dia...so good bye shaklee ... (maybe orang lain shaklee berkesan pada dia, but not for me =( )

oleh itu , aku masih mencari2 lagi aku nak tukar ke produk apa lah pulak sekarang ni ... yelah kan umor pun dah nak ke 3series ni, memang kena ada jugak supplement ... 
antara dalam list aku :-
- product rita rudani (sebab tengok kulit rita pun cantik naw naw)
- k-colly
-radiance signature

p/s : if korang sudi, share le dengan aku produk apa yang korang consume sekarang ?






Selasa, 17 Februari 2015

NYAHKAN EYEBAG!

Assalamualaikum semua...

Semalam singgah kejap dekat Watsons ... niat di hati nak beli kapas muka je ...
Tapi biasalah nama pun perempuan....niat lain, belinya lain...biasalatu ... hahaha

So aku pun round la satu watsons , belek itu, belek ini sampai la bahagian NUTOX...
and kebetulan SA dia ada dekat situ...(bukan staff Watsons ye, ni memang SA dari NUTOX)
Then dia pun tegur aku nya eyebag...why not try produk dia...dia pun explain dekat aku macam mana nak guna semua...kebaikan produk dia semua...keburukan produk dia memang la dia tak mentioned ,,dah sah2 dia nak suh aku beli kan...so tak perlu la dia bagi tahu keburukan produk tu...just dia informed kat aku if tak overcome eyebag tu akan keluar bintik2 putih dekat sekitar bawah mata tu ...iye ke gitu????

And SA tu pun kata kalau beli masa tu akan dapat free gift ...
Well biasalah kalau dengar je word free gift mesti teruja kan...hahaha
So aku pun memang excited naw naw bila dengar ayat free gift tadi , terus decide nak beli. Eh tipu je tu!
Sebab fikir memang pun eyebag aku ni ha macam dah mata panda pun ... plus sekarang dekat Watsons pun tengah ada sales, so dapatlah diskaun dalam 20% bila beli produk ni ... so aku beli jugaklah ...

Nak di jadikan cerita...SA tu suh aku p bayar dulu sementara dia nak amik free gift yang dia janjikan tadi...
Aku pun tanpa rasa ragu2 terus je la q dekat kaunter nak bayar kan...Then SA dia datang terus letak freegift tadi kat kaunter inform cashier yang tu free gift tuk aku...

Aku pun yeayyyy sangat dalam hati...
Then malam masa nak apply produk ni, aku pun tegerak hati nak tengok apa je la free gift yang amoi tadi bagi aku ... so bila dah bukak penutup dia , baru ku tahu yang free gift tu dah kosong...uish sentap kejap aku...yang aku pun mengong tak cek dulu awatnya ....

yang putih tu free gift but then it's empty :( tipah tertipu




Khamis, 12 Februari 2015

MY IST CHEQUE ...TQ NUFFNANG


Assalamualaikum semua and hello!

hari ni mood ada banyak baik sebab dah dapat my 1st cek dari NUFFNANG , selepas
beberapa lama mengumpul ...huhuhu



sikit ke banyak ke iolls tetap bersyukur , hasil dari effort sendiri memang best sgt2 rasa!
 again tq NUFFNANG



baru je nengok cikepal update kat IG dia cek dari nuffnang, telan air liur jugak iolls nengoknya...hehehe...sapa nak tau kenalah p usha IG cikepal kita na....

Isnin, 9 Februari 2015

Membeli belah di LAZADA

Assalamualaikum semua...

Mesti u guys pernah dengar kan LAZADA  , alah yang korang boleh laburkan duit korang tu kan...
hihihi...last week aku baru je laburkan duit ke situ..so ni conclusion yang aku dapat dari 1st time aku membeli dari LAZADA ni ... well 1st impression tu kan penting ...sebab dari situ la kan buyer decide nak beli lagi ke tak...tak kira la offline or online...

i) senang sangat nak beli dekat LAZADA ni ... just create account ... oh wait if u guys malas nak sign up nak fill in all the details just click sign in with FB ... simple kan ...

ii) dah sign in boleh la cuci mata dulu kan apa yang nak di beli ... and bila rasa dah berkenan dan korang setuju dengan harga just click BUY then nanti akan appear dekat korang punya chart account

iii) so lepas dah siap pilih barang semua boleh le fill in shipping address korang....make sure address korang betul okay

iv) then boleh la pilih kaedah pembayaran yang korang nak...via debit/credit card, maybank2u, n etc...aku pilih maybank2u je...alah pilih ikut yang korang selesa dan rasa senang la kan...nak shopping mesti la hepy2 kan xmau stress okay!

v) nanti lazada bagi detail items korang tu ok via email. Dont worry lazada akan sentiasa update progress our items tu ...

vi) tunggu sehingga barang korang sampai , dari pengalaman aku memang barang aku dapat cepat. aku order rabu malam, hari jumaat dah sampai , bagus betul servis depa! i like....ni yang excited tuk next shopping ni ....


apa yang bestnya barang dekat lazada ni super duper murah tau...memang jimat, tak payah dah nak keluar duit minyak, duit parking bagai dah semuanya di hujung jari je kan...