Rabu, 28 Disember 2016

REVIEW : ISTERI TUAN IHSAN


Assalamualaikum semua 

Korang follow tak novel yang telah di dramakan tu...Isteri Tuan Ihsan ala yang Aaron Aziz & Amyra Rosli berlakon tu la.

Best kan tengok mewah tul si Tuan Ihsan tu eh lagi best jadi si mem besar Seroja tu kan.
Aku memang jenis kalau ade novel yang di adaptasi ke drama mesti akan beli novel tu (eh tade la semua, certain cerita yang agak2 aku akan layan je, hehehe )

Memang aku dah khatam dah baca novel version nya, bila dah follow drama dia pulak memang ade la dia ubah sikit dari novel version nya.

Kiranya macam drama version ade lebih trill sikit la.
Contohnya macam kisah si adik Haziq yang sakit, family Haziq yang berhutang dengan Tan Sri apa tah nama dia (atuk Seroja ), Haziq yang terpaksa curi keja Tuan Ihsan and nak simbah Seroja dengan asid, tuk novel version memang tade yang tu. Oh lagi 1, dalam drama ni, depa akan menikah kat Dubai , tapi novel nya version kat Krabi tak silap aku. Yang penting bukan Dubai la kan.Hehehe

Tak sabar la nak tunggu ending cerita ni tuk drama version nya sebab tak leh nak agak apa yang jadi tuk next episode sebab dia dah olah kan.







Jumaat, 23 Disember 2016

REVIEW : BAYOO LAGOON PARK RESORT MELAKA


Assalamualaikum semua .


Cuti sekolah ni mesti ramai parents yang bawak anak2 p bercuti kat mana2 kan. short vacay la kan. 
Sebenarnya mak pak pun sekali teruja gak nak p short vacay tu ...yela nak rehatkan fikiran. 

So hari tu saja la kami p stay 2 malam kat melaka, yang dekat2 saja. Tak larat lak nak drive jauh2 ni. So pilih yang dekat je la. Jimat masa kat atas jalan . Sebabkan masa tu dah last minit nya planning so kena la pilih on weekdays nya date sebab kalau nak weekend dah fully booked la pulak. 

Asalnya nak pi ke Swiss Garden tapi masa cek kat booking.com tu dah full lak dari 15 ke 17 December tu so ke second choice la Bayoo Lagoon Park Resort. Sebab memang nak cari yang ade water park sekali. Yang tak bestnya Bayoo Lagoon Park ni water park dia ade fee pulak sebab dia provide 4 tiket free tuk dewasa je masa kami check in tu . sob sob sob.

So on 15 haribulan tu kami gerak dari rumah dalam pukul 9 macam tu, sampai Melaka dalam almost 12 macam tu, okay lupa lak nak bagi tau yang hotel ni dekat Bukit Katil ya, dekat2 dengan ayer keroh macam tu, so sampai je hotel terus amik nombor giliran tuk check in, even masa tu hari Khamis tapi ramai jugak la orang nya yang nak check in, almost 1 jam jugakla tunggu tuk check in baru nombor kami di panggil. 

lama sangat nak tunggu nenek ngan umi tunggu turn check in



sementara nak tunggu nombor kami di panggil tuk check in, saja lah bawak budak2 ni tengok water park dia kat belakang tu je, dekat je dengan lobby dia. Frust betul budak 2 orang ni sebab lambat sangat boleh masuk water park .

Ho ho ho , Merry Chrismas
Dekat lobby pn banyak gak deco for Chrismas

Kami pilih apartment 2 bilik masa tu, total tuk 3D 2N, dalam RM 900++ macam tu termasuk gst & service caj dia. So dah check in, dapat bilik terus bawak barang g bilik. Even kat situ dia stated check in hours pukul 3, tapi alhamdulillah pihak hotel tak berkira pun soal ni, kami boleh check in dalam pukul 1 lebih macam tu.





Apartment kami ade 2 bilik which is one small room and 1 lagi besar sikit , sama jugak dengan toilet dia, 2 toilet, size big n small. So priority tuk ladies, so kami amik bilik besar la...hehehe. Picture kat atas ni, tuk yang yang kecik nya. Cuma beza dia bilik besar tu toilet dia dalam bilik, yang kat atas ni toilet dia luar bilik . Tu je. Bilik nya sama je ada 2 katil single size . Beza dia yang bilik besar tu katil tu dia rapatkan. Hihihihi. 

1 je tak berapa puas hati, tuala dia berbau. Ish....Pas tu dalam drawer meja solek ade rambut yang tak di buang lagi. Bit kotor la bagi aku. 


View dari balcony kami tingkat 3, rugi pulak rasa sebab tak dapat yang ngadap water park. Ni ngadap parking lot... hehehe 

So lepas dah letak barang sume, solat, rehat kejap cepat2 p kuar lunch. Kami p lunch dekat restoran dekat ngan mydin sana, apatah namanya. Ada word Malim macam tu, tekejut gak lunch je tuk 6 orang dekat RM 100.00 . Terus tak tertelan nasi time tu tengok harga cam gitu .sob sob sob.
Pas tu gi tapau goreng sukun, kopok lekor , jelly kelapa kat gerai yang ade jual tepi simpang tu. Sedap goreng sukun dia. Nyesal lak beli RM 2 je time tu.

So lepas lunch tu cepat2 balik hotel sebab budak2 ni dah tak sabar nak mandi kat water park tu kan, so balik bilik tukar baju bawak la depa ke water park.

Kami yang dewasa ni guna la tiket yang dapat masa check in tu, yang kanak2 je kena beli, RM 16 camtu.





View water park yang aku snap dari luar je masa tengah tunggu turn nak check in, dah masuk water park nanti memang phone tinggal je kat bilik. Kejadiannya masa aku duk dalam kolam air tu ade phone yang dah letak dalam water case tu begolek2 kat kaki aku, mayb owner dia tak perasan phone dia tercicir dalam air kan sebab kalau jatuh bunyi pun tak dengar sangat sebab yela memang bising kat situ, so lepas tanya orang2 kat area tu kot2 la ada yang hilang phone, sume kata takde then aku bawak la phone tu g kat kaunter DJ tu tuk dia annouce. Yang kelakar tak lama lepas aku bagi phone tu, petugas lak jumpa orang tertinggal gigi palsu dia. Adeh macam2 la kan.

Masuk hari kedua air cond dekat bahagian ruang tamu pulak problem, air meleleh, mayb dah lama tak service kot kan, tapi malas pulak nak tukar bilik so biar je la. hurm. 
Macam hotel2 lain jugakla, dia kan provide breakfast voucher , hurm, jujur aku cakap breakfast meal dia sangat tak sedap . Bukan lah nak menghina tapi kita bayar kan . 

Okay tu je la review aku pasal Bayoo Park Lagoon ni, overall boleh dapat 3 bintang dari 5 bintang.


Selasa, 20 Disember 2016

Drama 7 Hari Mencintaiku


Asssalamualaikum semua ... 


Diam tak diam we almost done with 2016 kan...cepatnya masa berlalu , banyaknya resolution yang tak achieve pun ... sob sob sob.

Ade tak yang follow drama 7 HARI MENCINTAIKU , slot akasia tu ala yang tiap2 isnin sampai khamis tu kan, kul 7 sampai la kul 8 . Okay aku memang follow cita ni dari 1st episod hari tu sampai la sekarang, dah minggu last pun kan.

Bagi aku, aku suka jalan cerita dia, banyak sangat pengajaran dalam cerita ni. Aku pun penah gak baca novel ni, tapi ingat-ingat lupa macam tu, sebab novel ni kira macam dah lama gak, tak ingat bape taun dah tapi yang pasti novel dia tebal. Nak baca nak refresh balik story line dia aku dah letgo pun novel ni as preloved item. So tengok je la. Seriously even dah baca novel ni, aku tak tau pun apa akan jadi next episode sebab memang lupa la cam ne jalan cita dia kat novel tu. sob sob sob.

Dalam cita ni kita boleh tengok kan watak khuzairi ni sangat la lelaki budimannya kan. Ya ampun sangat la penyabar orangnya. I just wonder wujud ke lelaki yang berpewatakan macam ni sekarang . Beruntung betul si Mia tu dapat bersuamikan si Khuzairi tu. Agaknya kalau orang lain memang makan penampar la jawabnya Mia oi.

Mia pulak memang sombong dan ego tinggi pada awal cerita. Kadang2 si Mia ni aku nengok dia dah okay tapi si Mak Leha, si Helmi ngan si Syakilla ni sometimes akan wat si Mia ni jadi Mia yang sombong dan ego tu kan. Sampailah kemuncak bila Mia ni dah bersalin sebabkan marah dan ego dia tinggalkan anak dia dengan husband. Yela puncanya dari mulut Mak Leha tu kan. Yang si Khuzairi lak tak habis2 janji nak pindah rumah lain pindah rumah lain tapi still tak pindah. Sebab tu la orang kata seeloknya berdikari sendiri bila dah kawin kalau tak banyak yang tak baiknya bila ade campur tangan keluarga ni. 

So sekarang ni tengah layan watak Mia yang dah berubah jadi baik lepas kematian Buntat. 

Memang tak sabar nak tunggu next episod la kan sampai last episod nanti.

Dalam cita ni 1 watak je aku tak suka, watak si Syakilla ni, nak2 sekarang time dia dah nak kawin dengan si Khuzairi tu. Kiranya kalau orang tengok si Mia ni jahat, sebenarnya si Syakilla ni lagi jahat la kan sebab dia hipokrit atleast Mia tu tunjuk sape diri dia yang sebenar tak pura2 macam si Syakilla tu . Tul tak ????

Untuk cerita ni aku rate 4.5 star dari 5 bintang. 



NEW CPUV FROM NUFFNANG



Sebenarnya agak lama jugak dah tak dapat CPUV dari NUFFNANG , so hari tu rajin lak nak cek akaun NUFFNANG ni, wah banyak gak dapat CPUV kali ni, alhamdulillah.




Isnin, 5 Disember 2016

CRAZY SALES FROM JAKEL


Assalamualaikum semua and hello ....

December dah sekarang kan...biasala bila december ni mesti la sana sini ada YEAR END SALES...

Selalu gak usha2 instagram tengok yang mana ade wat sales best...scroll2 ig, tengok la ig jakel...mesti macam best je nak beli kain tuk borong kain tuk raya nanti kan...yela nanti lambat2 cik tailor lak dah tak mau amik oder dah...kan sadis tu ... 

So semalam saje la bawak my mum g jakel seremban ni, tu je yang paling dekat ... nak g jakel mall tu malas lak nak ke kl tu, confirm la sesak, nak2 time cuti sekolah ni, tak larat nak hadap sesak tu ... hihihi

sekarang kan tengah in design pucci ni, so memang semalam aku aim nak beli design pucci je. Tengok harga dia memang murah la wei dari hari2 biasa tu, yang sepasang dalam RM 300 ++ tu , masa sales ni boleh dapat RM 150 je wey.. hahaha..sape tak suka gitu kan...iollls so suka 


dah namanya perempuan kan, so confirm la ko akan usha yang lain2 jugak kan. Memang sume part tu ko akan tengok la kan. So memang rambang mata la jadinya . Sudahnya selain pucci ade jugakla yang sesat jadi pilihan hati tu kan . hehehe.

Actually aku nak cari design yang aku arrow kan macam dalam picture kat atas, tapi semalam p tak de lak dah corak yang tu..so pilih yang lain la. cantik jugak le,..hehehe
tapi bila tengok balik yang selang 2 dari yang arrow kan tu macam cantik gak .... ohhh ohhh ish...ade jugak ke jakel lepas keja ni kang ... hahaha sabar2 jangan ikutkan hasutan syaitannnnn nirajim ni ...

kain pucci nya material semalam pun ade beza2 price dia, after sales nya price ada yang RM 150 (3.5m bidang 60), RM 98 and RM 60, yang 2 ni 4M bidang 45. Tapi serious rambang mata aku!

Sebabkan semalam dah rambang mata sangat, awalnya nak beli 3 corak, last2 beli 2 corak je, sebab ade bekenan jugak bukan pucci nya design, so my mum suggest tak yah amik pucci design banyak sangat sebab since dah beli 2 design pucci, so proses pemilihan nak decide 2 corak dari 3 design yang dah ada tu susah jugak....:( tetiba akak tu kata kat aku , dia bagi design yang 1 lagi tu kat aku free je . ha ya ke ni ,, ya ampun syok wey..serious syok hahaha , pucuk di cita la kan... 

my mum pun beli 3 pasang untuk dia, tapi bukan pucci design , tak minat katanya and samping tuk my dad.

Yang bestnya bila kat jakel ni dia nya staff r so friendly, Treat kita sangat baik even kita nak tengok banyak corak, sangat la sabar layan kan..hehehe so far tak penah lagi ade bad experience dengan staff depa. They treat their customer so well la kan. 

Last but not least , kalau kita buat belian dari jakel, boleh join cabutan bertuah nanti kan, untuk belian RM 1,000 boleh dapat grand prize pergi umrah . 

p/s : sape nak serbu jakel sekarang la masa yang sesuai till 2 jan 2017 nanti tau, tapi jangan lambat2 sangat sebab nanti corak yang cantik2 habis dah . hehehe





Selasa, 29 November 2016

LAST EPISOD DRAMA UMAIRAH


Assalamualaikum and hello there .

Ade yang peminat drama umairah tak, ala yang ganti drama trending patahnya sebelah sayap tu.
Semalam dah last episod dia kan cerita umairah lakonan lutfya & amar asyraf (eh betul ke tak spelling nama depa ni) , be honest aku takde la follow cerita ni dari awal and memang ade jugak la skip nengok nya. Yelah dah kul 10 baru nak tayang kat tv, ngantukkk dah wey time tu. Tu yang kadang2 malas nak tunggu tu.

Tuk last episod semalam lagi la, pukul 11 wey baru nak tayang.adeh...sabar je la. Nak tau ending punya pasal, gagah kutahankan mata ni, even dah pedih2 mata tahan ngantuk ... mentang2 lah final episod , saja je la tu nak suh orang tunggu kan.

Honestly, aku suka storyline tuk ending semalam. Bak kata housemate aku jarang cerita yang ending dia hero mati. sadis sangat ending dia kan. Bermula dari dendam akhirnya memakan diri sendiri kan.
Tabah betul si umairah ni, lepas satu2 orang yang dia sayang tinggalkan dia. sob sob sob.





Isnin, 28 November 2016

REDEEM GIFTS DEKAT ASTRO CIRCLE


Assalamualaikum and hello.

Most of us kat umah mesti ada astro kan. Kalau uolls perasaan la kan, dekat astro bill korang on top tu mesti ade total points kan. Ha perasan tak? eh jap, betul ke kat atas tu or dekat bahagian last sekali. Alamak lupa pulak, yang sure memang ade stated dekat situ points collection korang.

Dulu aku tertanya-tanya gak kan points tu tuk apa, yela siap dia tulis kat situ expired points korang.
Ha rupanya setiap points tu korang boleh guna tuk redeem gift dari astro. Ha kat dunia ni sape yang tak suka gifts kan. Sume suka!Aku pun suka weiiii. :)


Okay kalau nak redeem gift tu korang kena register akaun astro circle dulu tau.

www.astro.com.my/astrocircle
korang register dekat sini ye.





Atau korang boleh login via FB or google account je, kalau malas nak register. hehehe . Nanti dah login nanti update la korangnya details dekat situ and jangan lupa lak masukkan account number astro korang, so nanti dekat situ dia automatik akan update current points korang tau.




then bila nak select benda apa yang korang nak redeem , click dekat redemption catalogue tu. Sape cepat dia dapat tau. Normally tuk yang hot item tu. So korang rajin-rajin la log in nak tengok item apa yang best astro offer masa tu. Ala free je, postage pun free uolls!

macam2 kategori ade, klik dan pilih je!




so far aku dah redeem beberapa items, coming soon beg tu yang atas sekali tu, ade jugak points yang dah expired...hurmmm rugi je ...next time kena rajin la login akaun astro circle ni kan.

korang pun selamat meredeem okay !




Khamis, 24 November 2016

NEW MOBILE INTERNET FROM DIGI


Assalamualaikum and hello.


Sekarang kalau kita tengok berlumba2 telco yang kuarkan plan tuk mobile internet kan.
Baru2 ni pulak dari digi, which is RM 50 boleh dapat 10 gb internet which is 5gb for weekend and 5gb lagi for weekday.

At 1st aku rasa ni sangat berbaloi compared dengan previously aku amik celcom first plan dengan jumlah gb yang sama tapi kena bayar RM 80 pulak (tapi sekarang RM 80 ni boleh dapat 20gb internet, 10gb weekend + 10 gb weekday) .

Tapi hari ahad lepas , aku tekejut gak sebab dapat text dari Digi mentioned aku dah guna 100% kuota internet aku, memang surprise sangat lak sebab before ni aku guna celcom 10 gb, 5gb weekend + 5gb weekday cukup je, siap boleh carried forward balance dalam 1gb gitu ke next month..ni memang aku tekejut sangat la kan. Yang paling tak best nya dia limited whatssup tau ... stress mak, salah aku gak sebab tak tanya detail masa nak amik plan ni...n menyesal gak la sebab terminate celcom hari tu ....huwaaaaa


so bila dah dapat text kata aku dah guna 100% quota internet aku, memang aku cek la dekat app dia, tekejut gak bila kat situ stated aku baru guna 653MB tuk weekend nya plan,,padahal weekend la paling banyak aku guna data internet coz on weekday selalu waktu siang aku guna wifi office. eh kantoi dah.hehehe. 

so untuk lebih kepastian, gigih call hotline dia tapi hampa sebab line bz je so guna cara lain la, pm kat fb je.


okay terjawab dah, yang plan weekend tu hanya guna bila dekat area yang ade 4G je masa weekend kita,,,hahaha sadis tul,,sebab kampung aku takde 4G,and weekend memang aku balik kampung.sadis sadis sadis.

salah sendiri sebab tak tanya detail masa nak amik plan ni. Tak pelah nasib baik takde kontrak kan, so boleh la terminate dah.hehehe.

So nak amik telco mana la lepas ni....hurmmm,

Bagi aku okay je plan digi ni, just sebab kampung aku takde 4g, so macam tak berbaloi tuk aku. Lain orang lain kan dia nya situasi. So jadilah pengguna yang bijak. hehehe



Selasa, 22 November 2016

SALES di hujung tahun


Assalamualaikum 
Apa yang best bila dah hujung2 taun ni...?
Mestilah SALES dimana2 kan... huhhuhu.

Boleh di katakan semua kedai, semua store buat sales 
Adeh, memang best dengar sales ni, rata2 murah belaka. Tapi betul ke murah ? hehehe

Pegi situ sales, pegi sini sales, ya ampun memang nangis la poket bulan ni. Nafsu soping boleh tahan gak ni. Adeh. Bak kata orang time ni la nak berbelanja ..., ish ish ish, hahaha !!

Dah terbayang2 SEPHORA HOLIDAY COLLECTION dah ni.hihihi. 


tiba2 teringat lagu KALAU AKU KAYA , ALTIMEL FT AWI RAFAEL lak .hehehe





Khamis, 17 November 2016

CITRA LOSYEN WANGI


Assalamualaikum

Hari tu ade tengok kat IG cik epal , time tu dia post pasal satu losyen , losyen citra #CantikCaraCitra
Woww baca komen dekat situ rata2 kata wangi...ni yang buat iooollls excited nak cuba . Hehehe
Biasala iools memang gini, memang mudah terjebak ...

So gigih gi kat guardian yang dekat dengan opis ni, ala kecewa nya tak de pulak. Okay , pegi giant pulak ehhh takde jugak...ish orang excited nak beli, dia takde pulak kat situ... hahaha kecewa kejap iolls time tu.

Kebetulan hari tu p tesco tak teringat pun nak cari losyen ni, dah tajuk dia nak beli 1 barang dia p round 1 tesco, sampai kat department sabun2, syampu2 tu ha nama lak losyen CITRA ni, terus ting
p bau setiap warna. Semua wangi2 semua menarik hati...hehehehe

bau yang ni paling menambat hati
beras jepang & minyak bunga camellia
Serious wangi sangat, bau losyen ni even kau dah sembur perfume pun kau still boleh bau wangi losyen ni lebih dari bau perfume ko tu. ha boleh bayangkan tak wanginya perfume ni.

Kalau b4 ni aku memang setia dengan johnson nya lotion, so lepas dah terbeli citra ni, memang tak setia dah dengan johnson nya lotion tu. hehehe.

Harga dia pun tak mahal, tuk big bottle RM 10.XX, and yg small one RM 4.XX. So orang tamak memang akan beli yang besar terus la. hehehe




Jumaat, 11 November 2016

FENOMENA TUDUNG PUCCI


Assalamualaikum semua ...

Kalau nengok sekarang kan tengah in tudung design pucci kan. Memang cantik2 jugak la corak dia.
Hehehe geram nengoknya. Rambang mata and cantik2 belaka.

Memang corak tu menarik hati aku, memang cantik la kan...tapi benda utama kena tengok material dia. Sebab nak pakai kan nak selesa, kalau material dia tak best tak selesa lak nak pakai nanti.
Sebab mostly yang aku nengok sume material satin, aku lak tak berapa suka sangat tudung material satin ni, panas pakai nya, n tak berapa selesa sangat, especially kalau ko pakai time cuaca panas...memang tak sabar la nak balik umah time tu :)

So hari tu jalan2, jumpa lak pucci material chiffon , terus la grab selai, untuk wat tambah pada koleksi tudung yang sedia ada. hehehe.



mula2 pilih latar pink, tah camne tukar lak time nak bayar tu...hehehe sume kes rambang mata punya pasal . hihihi

material chiffon tu bagi aku lagi best dari satin nya material, Tak licin, tak panas, n senang bentuk.

Okay selamat berpucci :)

Selasa, 1 November 2016

HELLO NOVEMBER


1 November 2016, bulan2 terakhir sebelum kita melangkah 2017...sekejap sangat masa berlalu





Isnin, 24 Oktober 2016

LIRIK LAGU : SELAMANYA CINTA OST SURI HATI MR PILOT


Pabila Ku Lihat Senyumanmu,
Terdetik Memori Pertemuan,
Kali Pertama Kita Berdua.

Ada Sesuatu Tentang Kita,
Kemesraan Bersama Membuatku Alpa,
Tak Pernah Terlintas Untuk Aku,
Kehilanganmu.

Aku Tahu
Aku Tahu Kau Juga Pun Turut Rasakan Itu,
Lebarkanlah Sayapmu Ke Pangkuanku,
Agar Bayangan Hitamku 
Berlalu.

Tanpa Cintamu,
Ku Merasakan Hidup Tak Lagi Bererti,
Tanpa Dirimu
Aku Rapuh.

Tiada Tanda Tanya,
Tentang Ketulusan Kasih Kita Berdua,
Bersemi Cinta,
Ku Harap Kita Kan Selamanya Cinta.

Ho …Hooo,
Jarak Itu
Buat Ku Celaru
Memikirkanmu Merindukanmu,
Namun Itulah 
Menguatkan Cinta Kita.

Tanpa Cintamu,
Ku Merasakan Hidup Tak Lagi Bererti,
Tanpa Dirimu Aku Rapuh.

Tiada Tanda Tanya,
Tentang Ketulusan Kasih Kita Berdua,
Bersemi Cinta,
Ku Harap Kita Kan Selamanya Cinta,

Tanpa Cintamu,
Ku Merasakan Hidup Tak Lagi Bererti,
Tanpa Dirimu Aku Rapuh,

Tiada Tanda Tanya,
Tentang Ketulusan Kasih Kita Berdua,
Bersemi Cinta,
Ku Harap Kita Kan Selamanya Cinta,
Bersemi Cinta,
Ku Harap Kita Kan Selamanya Cinta.







Selasa, 18 Oktober 2016

PERFUME ADDICT


Assalamualaikum and hello :)

Semua orang suke wangi, aku pun suka wangi, uolls pun suka gak kan...hehehe
Kalau dah wangi tu mestilah sinonim dengan perfume kan .

Kadang2 sampai pening kepala sebab dah bau banyak sangat perfume tapi still tak dapat decide which perfume yang kita nak kan, hehehe, aku selalu macam tu .



Currently fav aku jo malone nya brand, hehehe wangi tapi bit pricey la , so tak leh guna selalu

Then bright crystal pun feveret gak, also mahei, kena puasa 2,3 bulan baru leh beli yang 50ml tu. hehehe

Yang botol hitam, penutup pink tu pun wangi gak, britney spears nya. Aku suka bau dia , macam manis2 gitu.

Okay kalau perfume retis ni, i suka precious by rcw, so far aku dah beli yang matahari by shila rusly and rita rudaini, matahari nya wangi tapi still precious wangi bagi aku.

Body Shop nya aku suka white musk , tapi sebab sekarang harga dia mahei na...aku stop beli, better beli jo malone. hehehe

Normally on working days aku pakai echanter paris je , yang botol kuning tu. Even murah tapi wangi and long lasting gak.

Okay guys, c u in next entry.
Share la kat aku pulak fav perfume korang apa.



Khamis, 13 Oktober 2016

MAKAN DI DOLLY DIM SUM


Assalamualaikum semua and hello :)

Actually lama dah 'ngidam' nak makan kat Dolly Dim Sum ni, syok tul baca review uolls sambil telan ayak liur kan time baca tu ... hehehe

So far outlet dia ada 2 , 1 kat avenue k and 1 lagi dekat NUSENTRAL. sebab kan aku selalu gak la p NUSENTRAL tu kan tapi selalu tak jumpa restoran dia ... sobsobsob.
Ha kebetulan last week p SEPHORA sebab 20% off untuk black member , so saja la cari gak kat mana restoran ni kan, alhamdulillah finally jumpa gak...actually kawan aku yang jumpa, nak harap aku, memang manjang tak jumpa je la kan. T____________ T

Masa kami sampai tu dalam almost 1pm macam tu, tu pun dah full house, kena tunggu sat sementara boleh masuk tuk dine in, but is okay, demi egg custard burn yang aku idamkan.hehehe

after few minutes, kami leh masuk dah , tak lama pun tunggu :)

menu book

okay dekat sini, menu book dia takde pic, just menu list and harga je, so korang mesti tau nak order apa tau, sebelum pegi boleh la aim nak makan apa dulu, hehehe, macam aku siap google dulu , adehhhh, serious over!hehehe

ni je pic order yang ade, sebab perut dah lapau sangat tak kesah pun nak snap pic :(

menu wajib order!

menu wajib order EGG CUSTARD BURN. memang sedap wey, seyes sedap, tak tipu !nyummmm!


nyummmm ! 

okay siap tapau tau egg custard burn tu 2 set, hehehe :) okay dah kenyang , suka hati, boleh balik dah,,nanti boleh datang lagi kan :)



Jumaat, 7 Oktober 2016

OBSESS WITH ST. IVES


Assalamualaikum and hello there!
Happy friday , yeayyy coz esok boleh dah sabtu-date kan .. huhu
Well apa je pelan korang esok... nampak tak bz body aku ni ...hehehe T_ T
Actually tanya sebab esok nak p terjah SEPHORA , yela kan ade 20% untuk BLACK MEMBER CARD , haruslah grab kan, hehehe

Oh hari tu ade tengok IG cik epal, the femes blogger tu kan, dia ade tunjuk pasal produk ST.IVES tu, so aku ni excited gak la nak cuba, gigih ke WATSONS nak beli scrub from ST.IVES tu , hehehe dah beli apa lagi mestilah excited gak nak cuba kan...


Actually it was my 1st time bought ST.IVES product, 1st beli scrub dulu, then baru beli body wash dia.

Lepas 1st time guna tu, ya ampun wangi bangat wey dia nya scrub tu, masa nak beli bau gak, tapi xde la sewangi lepas guna.terus jatuh cinta time tu. seyes wangi and best bau dia. Mayb sebab aku pilih yang apricot nya sebab tu wangi.

Dia ada gak tuk blackhead, tak silap aku yang green tea nya. Macam nak beli gak, tapi pikir kang jenuh lak nak tunggu dia habis, sebab scrub ni bukan nya daily use kan. So memang jimat sangat la dengan harga RM 19.xx tu, tapi baru-baru ni aku gi WATSONS , tengah sale sekarang so dalam RM 15.xx camtu harga dia. jimat kan. Satu aku suka sangat scrub ni sebab lepas je ko apply kat muka ko, memang lembut la kulit ni, fefeling baby skin seketika time tu. Ecececeh, hehehe!

Then kebetulan lak shower foam aku dah nak habis, saja la tengok dia nya shower foam ni, tergoda gak nak beli, hehehe, wangi uolls. Harga dalam RM 12.xx macam tu. Tak perasan lak ade sales ke tak tuk yang ni.



Rabu, 5 Oktober 2016

MOVIE : DEEPWATER HORIZON


Assalamualaikum semua and hello peeps 

Everytime kalau nak post story baru dekat sini mesti aku tak tau nak wat mukadimah dia cam ne...adeh. Dat y selalu je aku nya intro merapu dan tade kena mengena kan.hehehe

Korang dah tengok DEEPWATER HORIZON. ? Cerita dia memang best , tak sia2 aku terjah wayang sorang2. Hahahaha. 

Sepanjang cerita tu memang ngeri gak r aku nengok besi2, mesin2 dalam tu, gitu ke keadaan kat pelantar minyak. Hurm...no wonder la kan gaji depa sume banyak, risiko di mana2 weh. Serius aku yang penakut ni memang terasa ngeri je tengok besi2 yang besar gedabak tu...mayb gak sebab ia cerita kan so nampak la scary nya kan.hehehe

Cerita deepwater horizon ni berdasarkan kisah benar, tak silap masa taun 2010 platform tu tebakar. Masa penghujung cerita tu dia tunjuk la individu sebenar yang terlibat masa kat platform tu kan.