Khamis, 5 April 2018

REVIEW MALAYSIA DRUGSTORE PRODUCT : WARDAH


Assalamualaikum semua and hello :)

Korang pernah dengar tak produk Wardah, rangkaian skincare and skincare from negara jiran kita, Indonesia. Produk ni kalau korang nak cari dekat Malaysia ni, ade jual di Watsons tapi tuk Wardah kosmetik tak semua Watsons store ade , sobsobsob

So iolls nak cuba 2 dari rangkaian skincare and 1 dari kosmetik nya.


So korang boleh nampak tak harga dia sangat mampu milik kan uolls .
So iolls memilih untuk mencuba dia punya EXFOLIATING SCRUB and dia punya PERFECT BRIGHT LIGHTENING MOISTURIZER masing2 berharga RM 10.50 untuk 50ml dan RM 12.50 for 20ml. Murah nau kan,

Kalau ikutkan hati nak jugak beli dia punya face wash , tapi mengenangkan baru je beli face wash yang baru last week maka kita tangguhkan je la niat tu.

Dah balik baru nak belek kotak2 dia, baca ingredient dia sume. Ish jangan tiru perangai gini okay, suppose masa nak beli kita belek kotak dia sume, check ingredient, kesesuain kulit n expired date dia.
Untuk exfoliating scrub tu tak disarankan tuk uolls yang ada dry skin, sensitif and acne problem.
Tapi tuk moisturizer tu yes sesuai tuk kesemua jenis kulit.
Aku iolls suka sangat dengan moisturizer tu , best! Yang exfoliating skrub tu just no komen lagi sebab baru pakai sekali . Hehehe





so let's check about the lipmatte pulak.

Seriously i love this lipmatte sangat2 tau . Seyes best! Lasting warna dia and tak melekit pun bila pakai and rasa sangat ringan dekat bibir. Love Love Love!

Actually lama dah nak beli tapi tahankan jugak hati ni sebab masa tu nak beli harga dia dah back to normal RM 32 something then next time tu pergi lagi eh tengok2 dah naik harga pulak. Iolls so frust tau. Hehehe.



korang boleh nampak kan tag price tu RM 40.50. Huhuhu. merenung keluar jendela sekejap time tu. Hahaha .

So tah macam mana tergerak hati pulak nak cek watson estore punya price.


eh kenapa murah! Jauh kot gap dia kan, sebab pernah tanya kat staff watsons tu tu ke harga dia yang RM 40.50 tu, and dia cakap ye tu harga dia. And bila dah tengok kat estore ni hargagitu pergi tanya staff yang lain pulak, sebab iolls  cakap awal2 lak kenapa harga estore ngan store lain, dia cakap maybe dekat estore murah sebab barang lambat sampai nanti. Ayohai.  Tak puas hati jugak, iolls cakap tapi kenapa gap jauh sangat and tunjukkan SC tu baru lah dia tolong cek kan harga dekat cashier since dia orang tade mesinb pengimbas harga tu and yes harga dia RM 27.80 tu BUKAN LAH RM 40.50 tu, and SA tu cakap maybe ada staff yang salah letak price tag tu. Terus dia buang kan price tag tu. Aduhai kekeliruan and Tipah tertipu lak selamani ya.



since tester dia tak banyak so kita calit mana yang ade je la. Nak pilih warna lipstick pun berejam tau duk kat watsons tu, nak beli nya 1 je nak decide nya berejam . Hahaha. Since iollls bukan jenis yang suka warna2 terang , then kita pilih range pink ke nude je la.



ha pilih2 mana yang menarik dibibir. Hehehe , nampak macam kod 11 tu tinggal sikit kan, mesti hot demand tu kan, tapi sebab dia macam nude coklat sangat so iolls tak mau sebab dah ada warna yang gitu.
So selepas penat nak confuse antara kod 9 dan 10, dah yakin sangat2 amik kod 10.sebab bawah cahaya lampu tu macam cantik menarik je warna kod 10 tu , tapi bila dah kuar dari kedai dah takde cahaya lampu ceh, upanya kod 09 tu warna dia lagi cantik kot. Frust lagi salah pilih warna . Hehehe.
Tapi kod 04 and 05 pun cantik jugak rasanya, sebab tade tester so tak boleh nak calit pulak. hehehe



RESIPI KUAH CARBONARA MUDAH DAN SEDAP


Assalamualaikum semua

Hari ni ajet2 rajen and tekak pulak teringin something western yang mudah dan sedap.
Kebetulan baru je tengok ade orang share dia makan carbonara ateeeee leleh air liur teman nengoknya yob ... hehehe

So kita guna jela bahan apa yang ade ye, janji sedap, mudah dan cepat.

Memandangkan iolls peminat makaroni makan iolls memilih makaroni la, dan rebus kan ia sehingga masak.
Tips untuk memasak makaroni adalah sama macam spagethi jugak, tambahkan sedikit minyak masak ketika merebus okay. Rebus hingga masak dan toskan ia. 

Bahan2 tuk kuah carbonara pulak 


1 tin sos karbonara prego , i memilih keju dan herba , nyum . Yang ni uolls boleh pilih ikut cita rasa uolls okay
- 3 keping chesdale
- 1 kotak whipping cream
- 1cawan fresh milk , if u olls nak guna low fat pun boleh , ikut citarasa masing2
- pasta herbs , beli yang dalam bekas tu senang ade basil oregano pasli kot tah le teman tak ingat pulak


- bawang putih and bawang merah yang di potong halus, lebihkan bawang putih pun boleh yang penting sodap!
- sosej and isi ayam yang dikisar ,if uolls nak guna daging pun boleh
nak tambah seafood cendawan butang pun lagi nyummm !


-sedikit lada hitam yang ni korang nak tumbuk yang biji2 tu or guna serbuk dia saja , iolls suka yang kita tumbuk sendiri tu lagi sedap rasa dia compared dengan yang serbuk
kuantiti depend pada tahap kepedasan yang korang nak, since kat umah iolls ade my niece n nephew so i just nak mild pedas 
- olive oil


sume bahan dah ade so let's cook 

- panaskan olive oil and tumiskan bawang putih n merah dan lada hitam yang ditumbuk tadi hingga naik baunya
- masukkan pulak sosej and ayam kisar tadi, kacau hingga sosej dan ayam kisar masak
- tuangkan sos prego dan tunggu hingga mendidih
- masukkan pulak whipping cream dan fresh milk , kacau hingga mendidih
- taburkan dengan pasta herb tadi dan kacau hingga sebati
- masukkan pulak 3 keping chesdale dan kacau hingga chesdale tadi cair dan sebati dengan kuah
- taburkan lagi dengan pasta herbs tadi, ikut uolls kalau suka banyak taburlah banyak
kalau tak sikit pun boleh
- tunggu hingga mendidih dan boleh dihidang. Siap untuk di makan.

** Note tak perlu buh garam pun sedap kuah prego tu dah cukup rasa masin dia **


siap dah makaroni cabonara i ... resipi campak2 je yang penting hasil dia ada rasa carbonara 
hahaha tak gitu 
Nampak creamy sangat kan , sesuai lah tuk penggemar cheese macam iools ni
yang penting sedap!