Memaparkan catatan dengan label makeup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makeup. Papar semua catatan

Khamis, 5 April 2018

REVIEW MALAYSIA DRUGSTORE PRODUCT : WARDAH


Assalamualaikum semua and hello :)

Korang pernah dengar tak produk Wardah, rangkaian skincare and skincare from negara jiran kita, Indonesia. Produk ni kalau korang nak cari dekat Malaysia ni, ade jual di Watsons tapi tuk Wardah kosmetik tak semua Watsons store ade , sobsobsob

So iolls nak cuba 2 dari rangkaian skincare and 1 dari kosmetik nya.


So korang boleh nampak tak harga dia sangat mampu milik kan uolls .
So iolls memilih untuk mencuba dia punya EXFOLIATING SCRUB and dia punya PERFECT BRIGHT LIGHTENING MOISTURIZER masing2 berharga RM 10.50 untuk 50ml dan RM 12.50 for 20ml. Murah nau kan,

Kalau ikutkan hati nak jugak beli dia punya face wash , tapi mengenangkan baru je beli face wash yang baru last week maka kita tangguhkan je la niat tu.

Dah balik baru nak belek kotak2 dia, baca ingredient dia sume. Ish jangan tiru perangai gini okay, suppose masa nak beli kita belek kotak dia sume, check ingredient, kesesuain kulit n expired date dia.
Untuk exfoliating scrub tu tak disarankan tuk uolls yang ada dry skin, sensitif and acne problem.
Tapi tuk moisturizer tu yes sesuai tuk kesemua jenis kulit.
Aku iolls suka sangat dengan moisturizer tu , best! Yang exfoliating skrub tu just no komen lagi sebab baru pakai sekali . Hehehe





so let's check about the lipmatte pulak.

Seriously i love this lipmatte sangat2 tau . Seyes best! Lasting warna dia and tak melekit pun bila pakai and rasa sangat ringan dekat bibir. Love Love Love!

Actually lama dah nak beli tapi tahankan jugak hati ni sebab masa tu nak beli harga dia dah back to normal RM 32 something then next time tu pergi lagi eh tengok2 dah naik harga pulak. Iolls so frust tau. Hehehe.



korang boleh nampak kan tag price tu RM 40.50. Huhuhu. merenung keluar jendela sekejap time tu. Hahaha .

So tah macam mana tergerak hati pulak nak cek watson estore punya price.


eh kenapa murah! Jauh kot gap dia kan, sebab pernah tanya kat staff watsons tu tu ke harga dia yang RM 40.50 tu, and dia cakap ye tu harga dia. And bila dah tengok kat estore ni hargagitu pergi tanya staff yang lain pulak, sebab iolls  cakap awal2 lak kenapa harga estore ngan store lain, dia cakap maybe dekat estore murah sebab barang lambat sampai nanti. Ayohai.  Tak puas hati jugak, iolls cakap tapi kenapa gap jauh sangat and tunjukkan SC tu baru lah dia tolong cek kan harga dekat cashier since dia orang tade mesinb pengimbas harga tu and yes harga dia RM 27.80 tu BUKAN LAH RM 40.50 tu, and SA tu cakap maybe ada staff yang salah letak price tag tu. Terus dia buang kan price tag tu. Aduhai kekeliruan and Tipah tertipu lak selamani ya.



since tester dia tak banyak so kita calit mana yang ade je la. Nak pilih warna lipstick pun berejam tau duk kat watsons tu, nak beli nya 1 je nak decide nya berejam . Hahaha. Since iollls bukan jenis yang suka warna2 terang , then kita pilih range pink ke nude je la.



ha pilih2 mana yang menarik dibibir. Hehehe , nampak macam kod 11 tu tinggal sikit kan, mesti hot demand tu kan, tapi sebab dia macam nude coklat sangat so iolls tak mau sebab dah ada warna yang gitu.
So selepas penat nak confuse antara kod 9 dan 10, dah yakin sangat2 amik kod 10.sebab bawah cahaya lampu tu macam cantik menarik je warna kod 10 tu , tapi bila dah kuar dari kedai dah takde cahaya lampu ceh, upanya kod 09 tu warna dia lagi cantik kot. Frust lagi salah pilih warna . Hehehe.
Tapi kod 04 and 05 pun cantik jugak rasanya, sebab tade tester so tak boleh nak calit pulak. hehehe



Isnin, 12 Februari 2018

GUARDIAN HAUL 2018


Assalamualaikum semua  and hello

Wah cepat betul masa berlalu kan , sekejapan dah february 2018! Rasa macam baru je 01.01.2018.
Betul la kan demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

So last weekend Guardian ade wat sales on their cosmetic products. Wow sangat uolls! Biasale perempuan haruslah teruja dengan sales kan, nak2 bila sales on makeup stuff. Lagi la banyak sangat tanduk2 yang tumbuh . Hihihi.


Actually aku tau ade sales dekat guardian ni, Khamis malam tu, tengah skroll FB tengok ade orang share post ni, uhhhh...terus berperang dengan perasaan sendiri, tahan diri atau serah diri kat guardian hehehe

So awal2 memang nak tahan diri, tapi balik keja jumaat tu, odw balik kampung terus singgah jap nak serah diri dekat guardian, tapi small guardian je la , hehehe , sebab masa tengah drive tu dah fikir
" oh guardian ni yang small branch je so mesti tak ramai orang" , lepas je parking terus excited masuk dalam guardian terus, ohhh mmmyyyyy ramainya orang and tetttt i was wrong bila i assume tak ramai orang tu ...huhu, pada awalnya estimate within 15 minutes je terus jadi sejam duk dalam tu.

Dekat cashier pun ramai orang yang tengah q nak bayar. Dekat makeup partition pun toksah cakap la, ramai uolls, sampai susah nak pilih, sebab space dia pun bukan besar sangat and ramai yang tertumpu kat situ..aduhai memang ikutkan hati nak surrender je tapi bila pikir ala alang2 dah sampai ni sabar kejap la. hehehe .

So after sejam 'bertapa' dalam guardian, agak2 dah puas hati, rasa cukuplah ni, so boleh la p bayaq . hehehe



 Eyeliner, primer, concealer , lipstick tu jela yang 50%, loreal clay masak tu RM 29 something je and Loreal tu siconet tu freegift ..hukhuk..

Memang malas lak nak beli foundation or any bedak sebab foundation still ade lagi, loose powder pun ade lagi so lek lek peace lu. hihihi.

Eyeliner maybelline tu RM 21 something je, murah sangat harus grab la sebab memang aku suka dengan eyeliner ni, result dia memang tip top. Eyeliner silkygirl tu pun best, yang tu roll punya and ya it's also my fav! In2It tu baru nak cuba , hehehe actually cari brand essence tapi takde lak masa tu so amik je la In2It ni, dengan harga 50% less ni tak salah pun nak try n error kan.

So tuk primer amik brand Catrice, baru nak cuba brand ni, sebab ramai share result gempak guna brand ni. So again, tak salah pun nak try and error kan. Primer ni penting tau uolls tuk make up kita lasting , so kena apply primer okay! Currently aku guna makeup primer dari hourglass, best, tekstur dia sangat light and cepat meresap, nanti kalau rajin aku share pulak result primer catrice ni. Sebab primer hourglass tu still ader lagi, so kita habiskan satu satu dulu k. So boleh la tau nanti result drugstore VS sephora .

Concealer tu tak penah try lagi, tapi ramai gak share best so i just grab it, Actually nak amik concealer catrice gak yang colour oren tu, tak de lak time tu, dah habis kot, so kita amik mana yang ade je la ye tak...Aku baru je beli concealer last 2 weeks, than aku lupa aku letak mana...hukhuk.
Concealerni penting nak tutup kita nya dark spot tu and also kita nya eyebag yang berbag2 tu ..hihih

Than , awal2 mindset dah setting tak mau beli any lipstick or lipmatte lagi sebab yang ade pun tak berpakai, tapi biasalah dah namanya perempuan, memang susah la nak ikut apa yang dah di set tu kan. Hahaha , so i just amik je la sebatang lipstick sebab apa ? sebab apa tu yang decide nak amik tu.



Sebab cover lipstick ni omey angat..siap berukir2 gitu ha, maun aku tak tergoda nengok nya, hihihi
Tak pela amik je la seketul buat collection. Warna pun cantik.

And last but not least beli loreal clay mask tu, sebab yup again ramai kata bagus mask ni, so why not cuba kan, and harga junam banyak oooo ... so grab aje la.


so total saving hari tu almost 100 gak la, berbaloi ke idokkk...hehehe
So boleh dah balik umah dengan hati girang ...hukhukhuk










Selasa, 9 Januari 2018

Review Product : Pudding Cream Pink By Pure Beauty


Assalamualaikum semua 


Before ni aku penah review satu pencuci muka Pink By Pure Beauty ...
After habis 1 tube tu aku decide xmau nak tukar brand laen pulak, hihihi ... 
Kenapa nak tukar ?
tak bagus ke?
bukan tak bagus uolls, cuma aku ternampak someone review pasal satu brand ni yang after dia guna dia nya masalah blackhead and whitehead berkurang so aku tukar lah...hehehe
Jangan risau aku still pilih drugstore dari local produck yang tumbuh bagaikan cendawan sekarang
aku totally say no to local product !!


So hari tu saje la p watsons nak saje nak test2 je 
Then gi la kat kaunter Pink by Pure Beauty 

so pinky!!


So cute packaging dia sebab so pinky! hehehe
And lepas baca banyak sangat good review pasal Pudding Cream ni iolls pun terjebak la jugak
membelinya seketul ... sob sob sob
Sob sob sob sebab product ni boleh tahan pricey jugak la kan, tapi lelap mata je la hehehe 


yeayyy dapat dah seketui 

So dah dapat kan mesti tak sabar nak pakai malam kang before zzz kan...biasele tu awai2 mesti semangat and heksaited lebihhhhh 




Yang best product ni sebab dia Paraben free, Lanolin Free and Alcohol free
Uolls kalau nak beli skincare kena makesure benda2 ni takde dalam ingredient dia tau 
Barulah boleh guna tanpa was2 gitu
and tengok tu Made In Korea
Iolls yakin sangat ramai antara kita yang suka sangat skincare dari Korea kan
Iolls pun same jugak tapi iolls bukan la peminat Kpop tu 
seyesly nama retis depa iolls tak tau pun
hukhuk
Movie Korea yang iolls tengok dari awal sampai last episod dia
Autumn In My Heart je pung
hahahaha 
Lagu Kpop, lagi la iolls tak layan hahaha 
Okay stop melalut !!Apa kes masuk bab kpop pulak kan 



sungguh pun hitam ku pandang manis :)




ni pudding cream ye bukan puding hat makan tu , bukan puding bandung ni 




Apa yang best pasal pudding cream ni sebab dia tak sticky pun bila kita apply,
And plus melembabkan kulit kita jugak tau
masa apply tu boleh le urut2 kan muka kita jugak, fefeling dekat spa jugak kan 
hehehe








Khamis, 4 Januari 2018

THE BEST SERUM SO FAR


Assalamualaikum semua 


Sejak dah masuk 3 series ni kena la alert dengan skincare routine, cewah... nak hari2 gi spa , memang nanhado la kan, so kita rawat dari rumah je.

1st routine kita la pilih facial wash yang betul, tak betul nanti takut tak sesuai dengan kulit muka kita nanti mula la muka jadi rosak ...sob sob sob

Dulu iolls dan pernah cerita pasal facial wash, so hari ni nak cerita pasal serum pulak ...muahhahaha
Dah banyak try serum, nutox dah , nano white dah and sekarang guna bio-essense , seyes best .. betul tak tipu hehehe

Actually dulu main beli je masa gi watsons, staff situ cakap ade promosi, beli 2 small botol, dapat harga RM 20 je macam tu, normal price RM 15 something, welllllll perempuan mestilah teruja kalau bab2 macam ni kan...hahahaha ...sangat ...

Masa tu still packaging lama lagi, after 2 small botol tu the result sangat awesome, maka aku sangatlah teruja tuk beli lagi, tapi tak tau la masa tu dah packaging baru, baru guna few days, tak sabau nak tunggu result tuk new packaging pulak .




yang depan tu new packaging yang belakang tu packaging lama , botol dia sangat menarik kan sebab rose gold gitu hehehe


wah tengok tu siap ade butiran emas lagi tau, tak tau la emas 916 ke apa tu...hahaha
Tapi seyes best pakai , selalu pagi2 nak siap gi kerja ke mana ke i akan apply dulu serum , then sambil2 tu massage la muka sekali , then baru sapu moisturizer and baru apply sunblock then baru la make up kan muka . Malam pulak before tido, pakai serum je , kalau rajin baru pakai mask. Most of the time tak rajen...hukhukhuk , hahaha bila la nak rajen ni kan .

So uolls share le dengan iolls serum fav uolls .:)



Rabu, 20 Disember 2017

CARA UNTUK PILIH SUNBLOCK YANG BAGUS UNTUK KULIT


Assalamualaikum semua ....


Korang sume ade pakai sunblock tak untuk protect kulit korang especially tang muka tu ... 
Aku ? Dah masuk 3 series ni baru nak cari and guna dalam daily life aku ... ish ish ish 
Please jangan tiru cara saya ni ... hehehe

Well before ni baru la terfikir nak pakai konon2 nak jaga sume la kan..ecececece
Macam mana aku boleh tergerak hati nak apply sunblock , sumanya gara2 kuasa socmed, hehehe
Nak di jadikan cerita, aku ade join group The Power Of Makeup dalam facebook, well group tu sangat banyak tips berguna tau, tiap hari mesti nak usha je , tapi ade jugak la part seller jual produk depa, yang tu aku skroll laju je dengan hashtang , #taksukasilaskrolllajulaju :p lol.

Ade satu post tu yang share pasal pentingnya pemakaian sunblock ni, yes, aku haruslah baca sebab aku memang dah lama nak guna just tak tau nak pilih since hari tu aku ada nampak sis ni share tips dia, yang dia just apply sunblock je kat muka, no bedak, no foundation tapi kulit dia flawless kot ... sob sob sob..i is ...aku kena cuba ... hahaha

Okay jom cerita cara-cara nak pilih sunblock ni...selaen dari spf tu, kita kena pilih jugak yang bebas dari alkohol , paraben tu tau...kenapa gitu ?

Okay spf , menunjukkan lama mana dia bertahan 
bebas alkohol sebab kalau ade contain alkohol dia akan nampak kulit ko kusam nanti in long term 
paraben ... yes , sume dah tau kan ...nak beli any kosmetik elakkan yang ade paraben..which is not good for our skin actually .

So hari tu aku g WATSONS, dengan bantuan staff situ dia advice aku sikit2, so dia suggest aku guna brand PURE BEAUTY ni, sebab bebas alkohol, bebas paraben sume  , ni je brand yang xde alkohol masa tu , sebab brand laen rata2 ade alkohol, pangkah siap2 tau .






before beli kena baca dulu ingredient dia tau make sure xde alkohol n etc
jadilah pengguna yang bijak hehehe





Apa yang best, dia takl sticky pun, tu paling penting kita nak pakai pun macam selesa je 
so aku harap perkongsian ni dapat bantu korang la ye .... hehehe 
Oh lupa nak bagi tau harga, RM 52 tak silap aku beli hari tu...maybe kalau ade diskaun murah lagi sikit kan .




Selasa, 24 Oktober 2017

FAVOURITE FOUNDATION


Assalamualaikum semua ...

Perempuan dengan makeup memang tak leh di pisahkan , hehehe
Baru2 ni aku ade try 1 brand baru Airiz Skinz ni, dia nya foundation, translucent powder & lipmatte




1st time try dia nya foundation terus jatuh chenta tau , best nau nau la foundation dia, rasa sangat light dekat skin kita, rasa macam tak pakai foundation pun tau , plus packaging dia pun cantik,
saya suka ... saya suka .... :)

B4 ni aku just guna BB cream from pixy je, hehe tapi not bad gak BB cream tu, still aku suka gak tapi lagi suka dengan foundation Airiz ni . hehehe

Then lepas tu aku touch up lagi dengan dia nya translucent powder, wangi bak hang dia nya translucent powder ni, syokkk ooo hehehe

Then lipmatte dia warna dia cantik just aku tak berapa minat sebab macam merekah or pecah lak bila dah pakai , so aku x berapa suka nak apply tapi aku wat dia as a blusher, hahaha tapi cantik gak la warna dia bila di jadikan as a blusher .

Kalau korang tanya aku, lipmatte apa best , so far aku memang suka dengan brand IN2IT , sangat best plus lasting tau .


gambar ni aku guna foundation, translucent powder Airiz , lips and blusher pun guna lipmatte from Airiz gak kod clematis .


ha yang ni pun guna rangkaian Airiz gak, lipmatte kod casandra , bagi aku lipmatte warna tu paling cantik , macam oren2 sikit warna dia.

For me Airiz foundation ni memang best , hehe harga pun RM 85 je , memang berbaloi2 tau, hehe

Korang please jangan le pakai foundation yang fake tu tau, bahaya , tak pe la kalau kita invest sikit tuk skin kita, jangan le sebab nak jimat beli yang RM 10, RM 15 tu, aduhai bahaya tau, kang nak jimat beli make up beli dah guna yang fake tu kita tak tau bahan apa yang dia guna terus break out teruk muka lagi nak kena spend banyak tuk rawat balik muka kita kan,, it's okay if tak mapu nak beli brand mahal tu, just korang beli je kat drugstore tu, banyak je brand yang bagus kat drugstore tu dengan harga mampu milik , hehe


Selasa, 27 September 2016

LIP TATTOO FROM SHIZENS


Assalamualaikum semua and hello :)

Aku yakin dan pasti yang ramai sangat girls kat luar sana yang suka sangat dengan bibir yang merah pink naturally kan...same goes to me , biasala tu kan.

So hari tu p sogo, asalnya nak cari laneige actually, then lepas dah dapat apa yang dihajati tu biasala mesti ke sana sini lagi nak cuci mata kan, asalnya nak cuci mata je, then lalu je depan SHIZENS nya department tu , SA dia panggil la tuk cuba, bila dah cuba, terbekenan, bila dah terbekenan, maka terbeli lah, bila dah terbeli so jadi lah ia 'tercuci' dompetku sekali. hehehe.

Kisahnya, masa try tu memang terus rasa wahhh best giler produk ni, tapi pikir la dulu kan, sempat gak g round2 department lain dulu, tapi before balik tu memang automatik kaki ni ke department SHIZENS tu. adeh . *___________ *


ni la rupa lip tattoo tu, even ade word tattoo tu tapi jangan risau it's halal

lip tattoo ni warna dia putih tau, bukan merah bukan pink, tapi bila kita apply je kat kita nya skin or lips akan berubah warna ikut warna darah kita

1st day bertukar ke pink tak berapa nak pink 
ikut kata SA tu dia akan take time tuk berubah warna ke yang lebih cantik sebab kira dia macam merawat bibir kita. so it takes time la kan.


masa aku try benda tu aku agak harga less than RM 100 je macam tu, but then bila tnya harga dia kat SA tu tekejut gak aku ... hahaha


pikir gak berkali2 tuk spent RM 179 tuk 8ml, tapi bisikan syaiton berjaya menewaskan aku untuk beli , hehehe

the ingredients, korean product , well aku pun baru 1st time dengar brand SHIZENS ni


okay selain boleh apply tuk bibir, lip tattoo ni pun boleh jadi blusher tau, especially tuk yang kulit putih memang cantik la.



well untuk aku yang grey skin ni, tak obviously nampak as blusher tu tapi personally aku memang suka dia as a blusher. macam picture kat atas ni, memang tak nampak sangat kan dia kat pipi aku, ohhh i nak putih bak puteri salju pelishhh ...



last but not least, picture was taken after couple of weeks i'm applied lip tattoo as my lipstick. it's great and worth it. oh ya, for bf mummies, u can apply it at ur nipples also tau tu SA tu la bisik2 kat aku. And those yang husband smoking tu pun boleh ask them to try this awesome product.

Thanks for reading this entry, c again ya :)




Rabu, 27 Januari 2016

Sephora Black Member Card , Finally!!


Assalamualaikum and hi uolls... :)

So excited today sebab dah lama sangat kumpul points untuk upgrade ke black card, finally .... terkumpul la 250 points tu ... fuhhhh lega .... :) and been waiting a month jugak la nak terima actual kad dia kan... gaya macam nak dapat 1 juta ye tak ... hahahaha ....:p

Jenuh jugak la nak kumpul till dapat 250 points , yela i tak beli barang yang mahal2 tu, hehehe ... just keep continuously beli nyx matte lips tu ... best sgt oiii nyx tu ... sape setuju ???

Well, setiap RM 5 u guys will collect 3 points, and during ur besday month, u'll get double points ... so kita pulun beli masa besday month la kan... hehehe :)





Jumaat, 8 Januari 2016

MY FAVOURITE MAKE UP REMOVER


Assalamualaikum and hello guys ... and HAPPY NEW YEAR :)

Agak lama jugak dah nak merapu di sini , bz sgt gamaknya aku ni :p

Orang perempuan ni kalau nak make up conteng2 muka memang tak sah kan ... memang ade je yang tak suka make up , tapi tak ramai

Make up tu tak salah, yang salahnya bila korang tak cuci make up tu ... nanti akan bagi kesan kat kulit muka korang ... ish tak mau la jadi sampai macam tu kan ... so prevent is better than cure
betul x?

Dekat sini aku nak share dengan korang , jenis make up remover yang aku guna ...

sebelum aku guna make up remover ni, aku guna wet tissue je ...

Lepas tu try pulak PIXY MAKE UP REMOVER , best and senang nak bawak ke mana2 sebab size dia tu sgt friendly untuk user , dulu aku penah review pasal PIXY ni .




Lepas tu aku try pulak cleansing oil by NUTOX  , if previously aku penah update yang aku suka dengan SERUM dia, but for the cleansing oil, aku tak berapa suka ... sebab bila aku guna ni , aku rasa tak selesa dekat bahagian mata ...

Then baru2 ni aku try MIRACLE BIO WATER from Bio-essence , jelly makeup remover ...
dah beberapa hari aku cuba, memang aku suka sangat la dengan brand ni ...:) kira worth it la dengan harga dia tu, tak silap aku dalam RM 38 kot camtu, boleh beli dekat Watsons okay uolls those yang nak cuba brand ni :)

best & worth it :)

 okay girls than forget to remove ur make up okay :) let's ur skin breath :)



Isnin, 19 Oktober 2015

EYELINER YANG MURAH DAN TAHAN LAMA DARI SILKY GIRL


Assalamualaikum semua and hello monday ...
Aishhh jerebu dan teruk semula ni kan...sekolah pun dah tutup semula ... untung betul budak2 sekolah ... kalaula office aku pun tutup kan best gak ... hihihihi :p

Sape kat sini yang masih mencari2 eyeliner yang best and murah dan yang penting dia tahan lama and waterprof ... :) Percaya atau tak , harga dia only RM 10 saja termasuk GST ... memang aku suka sangat la kan benda2 yang murah ni ...



antara must have item in your makeup bag okay ...
mula2 aku macam was2 gak nak beli sebab yela murah kan, mesti warna dia xpekat ... macam tipu je kan , sebab masa aku p tu tade tester lagi tuk ni...aku just tanya sales promoter tu je la ...
Kalau ikut cakap promoter tu yang eyeliner ni special edition silky girl keluarkan sempena ulang tahun yang ke 10 ... so aku pun grab je la ... and bila dah cuba terus suka ...

Sebab dia :-
1) Murah (RM 10 inc GST)
2) Warna dia pekat
3) Waterprof
4) Packaging dia cantik

memang eyeliner ni MUST HAVE item untuk korang tau :), harga murah and quality like 5* memang aku suka .... kalau nak compare dengan STILA punya eyeliner yang harga berganda2 dari ni, still yang ni WIN okay!! memang tak best langsung la yang STILA EYELINER tu
 aku pun beli lagi satu untuk buat stock ...
hehehehe

thanks for reading this entry









Jumaat, 16 Oktober 2015

REVIEW THE MELTED FROM TOO FACED


Rabu lepas cuti public holiday bosan2 terus naik komuter p Nusentral ke Sephora la kita ...
Macam kelakar pulak mukadimah entry aku kali ni ... tapi ada aku kesahhhh ... hehehe harap2 korang pun jangan la kesahhhh ye ...

Actually , p sephora just nak beli nyx matte lips je , sebab last time p stok dah tade, tinggal kod sydney n tokyo je masa tu... n kali ni p terus habis licin ...ohhhh maiiii kecewa la saya kan ... sebab p ingat nak tambah lagi koleksi kod yang dah sedia ada ... takpe, next time kita p lagi ye ...
Actually boleh je kalau nak beli dari seller IG tu kan, tapi kita nak kumpul points sebab dah cukup 250 points nanti boleh jadi black card holder =) so ada lagi 68 points to go ... =(

Sebab yang di cari tak ada stock, so kita test itu test ini, then dah test itu, test ini...mesti ada something yang menarik hati kan ... dah nama pun perempuan ... ye tak ??

So MELTED from TOO FACED memang berjaya mencuri hati ku ...
dalam banyak2 warna tu terbekenan pulak dengan warna JELLY DONUT ni , aishhhh ...
tengok harga ohhhh maiii a bit expensive jugak la kan ...=(  hurm ... nasib baik baru je dapat duit refund dari insuran so boleh la beli .... hihihihi ...


Actually dia banyak je warna , rasa nak grab je semua ... tapi pikir kang membazir pulak sebab aku ni selalu at the end lip ice je pilihan hati ku ...hehehe and plus dah cuba warna yang lain macam tak berapa berkenan pulak ....

Warna cantik ,yang tak bestnya, warna dia tak tahan lama ... means ko kena selalu apply la kat bibir kau ... alasan la tu nak cepat habis boleh beli yang baru ... ye tak ??

ok girls, dont forget grab urs okay ...