Lama dah kan tak cerita pasal novel ...
Sibuk benau la aku ni ...
Novel banyak dah beli, banyak jugak tak baca lagi n dah tentu2 lah aku tak hapdate jugak tuk share dengan uolls semua peminat2 novel semua .... ampun...ampun...ampun...
Actually aku antara peminat novel tulisan Acik Lana ... sebab bagi aku penulisan dia sangat bagus di samping story line dia pun bagus...
Kalau uolls pernah baca novel Aku Bukan Mistress mesti tau kan cerita ni best!!!
aku pun suka cerita ni!!ulang kali baca weh ...
kat sini aku attach le cerita ni punya sinopsis untuk korang
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia
tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan
yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak
berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai
kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai
wanita.
Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan
bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang
kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati
dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap
Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru.
Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang.
Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda
dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi
bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat
janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan
cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka
melagukan rentak yang sama?
Sape yang belum dapatkan novel ni, boleh la dapatkannya sekarang di kedai buku berhampiran dengan harga RM 22 @ RM 25 untuk SS @ boleh KLIK SINI
untuk beli secara online
Okey tata titi tutu
Oh BTW, for u guys yang nak dapatkan prelove novel boleh la visit ig aku prelovestar , novel yang masih baru n harga yang murah iolls jual okey ... dont worry ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan