Assalamualaikum semua...
Uolls dah berbuka ke? So apa je menu buke uolls hari ni? Ioolls beli je tadi...hurm...bz betul time peak period ni...:( Okey xpelah...keja tu pun satu ibadah jugak kan...
So malam ni aku nak update kisah drama yang diadaptasi dari novel
KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN
Aku dah penah baca buku ni, tapi tule sebabnya aku ni banyak sangat minum air semut so aku jadi ingat2 lupa story line novel ni & aku pun tak dan follow cerita ni, hari tu balik dari merantau cari rezeki + pengalaman tu pun cerita tu dah pertengahan.
Actually aku ade novel ni dulu...before aku jual dia as prelove...hehehe...
So u guys kalau nak beli novel 2nd hand boleh follow IG iolls ye @prelovestar
Dont worry harga murah + keadaan buku still tip top lagi tau uolls :)
Let's the synopsis do the talk = = = >
Angkara fitnah
dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina
musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang
paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.
Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila
dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’
Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa
dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan
anak sendiri.
Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah
Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia
yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi
sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau
harum.
“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap.
Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin
Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih
cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina
dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah
dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat
keputusan yang terpaksa…
“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina
“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang
Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi
suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin
For those yg berminat nak dapatkan novel ni dekat IG @prelovestar memang dah tade dah ... hehehe
tapi dekat SINI ada tau .... :)
Seriously cerita dia BEST!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan