Isnin, 20 November 2017

BERHADAPAN DENGAN PENYEWA YANG TAK BAYAR SEWA


Assalamualaikum ... 

Kerja aku menuntut untuk aku stay sendiri which is jauh dari family , sebab opis n rumah parents jauh around 2 hours perjalanan sob sob sob, boleh je nak ulang alik, tapi ceq tak larat hehehe 

Sebabkan tu jugak le aku kena menyewa (cant afford nak beli rumah sendiri lagi, In Sha Allah one day, Amin) . Rumah sekarang alhamdulillah, aku suka sangat dekat dengan opis aku, 5 minit drive sampai dah opis, dekat kan ? hehehe bahgia hidup .

Few months back, sorang housemate aku dapat kerja baru, so dia cari rumah laen yang dekat dengan opis baru dia, sob sob sob, so aku iklankan untuk mencari penyewa baru ... ade yang berminat datang tengok dan book . Yes setel dah sebab dah dapat penyewa baru , no deposit , just bayar tuk sewa bulan tu je. Yes silap kami di situ :( Please jangan ikut cara kami ni, beranggapan semua orang tu baik dan boleh menunaikan janji BAYAR SEWA ON TIME !

Masuk bulan ke dua duduk, dah buat perangai, bayar lewat dari sepatutnya dan ketua rumah kena jadi macam pengemis untuk mintak sewa . Dia bayar jugak walaupun lewat dari due date . Sob sob sob 

Masuk bulan ke tiga , terus tak bayar dan hilangkan diri . Start hilangkan diri dari akhir bulan ke dua duduk. Hinggalah tarikh due date suppose bayaran sewa , masih tak nampak muka, ketua rumah wassup tanya bila nak bayar sewa, di biar sepi, hurmmm , kita tau dia baca , tapi di biar sepi . 

Ketua rumah amik keputusan untuk tukar lock rumah since barang2 dia ade lagi dekat rumah, which is dia tak boleh lari macam tu je without bayar sewa 1st kan. 

So ketua rumah decide cari penyewa baru for kemasukan next month, but till now, 20.11.2017 penyewa lama masih tak bayar sewa n amik barang2 dia . And kami confirm dia akan datang sebab ade barang dia yang value dia tinggi so nak x nak dia akan bayar tuk amik barang dia semula...just tak tau bila, as her promised 6.11.2017 n mayb dia ade datang rumah tapi tengok lock rumah dah bertukar dia ade wassup tanya ade orang kat rumah or x sebab nak amik barang2 dia, then again promised hujung bulan pulak.

Life is simple, sekali kita ni mungkir janji and tak inform kita mengapa , kenapa , bagaimana hahaha so rasa2 patut ke kita nak percaya orang tu lagi. Please dont!!!

Lesson from here :-

Please amik depo atleast sebulan for security and utilities. Kesian nanti bila jadi macam ni, orang laen yang kena cover sewa untuk manusia macam ni.

Macam cerita kat atas, cepat2 tukar lock, kalau korang rasa ade barang2 dia yang value tinggi dalam rumah tu.

Mayb boleh amik photocopy of ic , contact number relative for urgent case.


Sebenarnya setiap masalah tu boleh je kita selesaikan, cuma jangan larikan diri n diamkan diri. Bila kita larikan diri n diamkan diri macam tu terus menyusahkan orang laen, even kita rasa apa yang kita wat tu tak susahkan orang , hahaha , level confident tinggi betul gitu ye :p

Tapi takpelah, just tunggu je la bila dia akan bayar, kalau tak bayar mayb i can disclose muka dia, phone number dia, fb dia kat sini kot kan...hehehe ...takpe kita tutup aib orang in sha Allah Allah tutup aib kita nanti , just i share story kat sini untuk uolss amik pengalaman i ni tuk sama2 kita berjaga2 k 


Okay tata :)








2 ulasan:

  1. DUii kesiannya, takpa kita belajar dari kesilapan. Smoga ex hosmet awak tu insaf.

    take care dear.

    Eyqa of The Hundred Pages

    BalasPadam