Isnin, 11 Disember 2017

BERHADAPAN DENGAN PENYEWA YANG TAK BAYAR SEWA - PART II


Assalamualaikum semua ...


Ingat tak hari tu aku ade post pasal housemate aku yang lari tinggalkan rumah then tak bayar sewa bilik tu , actually due untuk dia bayar tu 04.11.2017 and till now 11.12.2017 she still tak bayar lagi, lepas janji demi janji konon 06.11 nak bayar then hujung bulan pulak nak bayar, but still tak bayar jugak sampai la ni.


Lari tinggalkan rumah waktu tengah2 malam waktu orang dah tido..hahaha nampak sangat kan memang lari tak mau bayar, masalahnya lari tinggalkan barang2 lagi dalam bilik dia, bukan barang2 je, sampah sarap pun dia tinggalkan jugak dalam tu, tak masuk lagi kat dapur n toilet, boleh pulak dia tinggalkan botol2 kosong syampu , shower gel, kotak colgate, plastik berus gigi sume tu dalam toilet, ish ish ish, dah le tak bayar sewa, tinggalkan bilik dengan penuh sampah sarap n dapur serta toilet dengan sampah2 dia tu, ish ish ish, memang tahap pemalas dan pengotor kan perempuan gini.


tekejut gegurl tau masuk bilik dia tengok sampah selonggok gitu di penjuru bilik dia...terus xjadi nak kemas, upah je kat orang untuk kemaskan





Hurm , ni tahap pemalas and pengotor kan, dah la menyusahkan orang sebab tak bayar sewa, n menyusahkan orang jugak sebab nak kemas kemaskan barang2 dia and bersihkan sampah sarap dia ni, geram tak geram aku nengok peel dia. Dah la geram dia tak bayar sewa, tinggalkan bilik dengan keadaan macam ni bertambah geram bila dia tak mau reply text aku, bak lagu hakim rusli tu tergantung sepi ...hahaha 

Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku pampangkan muka dia kat sini, nama dia, alamat dia , phone number dia untuk orang2 lain berjaga2 jangan la amik manusia segini menyewa sekali, menyusahkan tau tak ... kita pun stress menengok peel dia .

Ikutkan hati aku ni, aku nak je buang sume barang2 dia tu, tapi atas nasihat kawan2 aku, lodge a police report for cover myself, means any damage or lost dekat barang2 dia, dia tak leh nak dakwa dakwi aku and housemate yang laen sebab kecuaian dia la tinggalkan barang gitu kan. So aku dah pun buat police report. Ikutkan hati malas pulak nak wat report bukan kes besar mana pun, just orang tak bayar sewa n hilangkan diri tu je, tapi orang jahat macam ni bukan leh caya, kang sependa dia hilang pun dia cakap aku yang amik...hahaha :p

Ade yang cadangkan untuk jual barang2 dia untuk cover balik kos sewa, utilities dia, tapi tak boleh simply lak buat gitu sebab ade yang kata kena dapat court order dulu baru leh wat gitu...ade tak yang tau proses tu macam mana..boleh la share dengan aku.

Bagi aku, si N ni memang sangat kuang ajar sebab sangat menyusahkan, oh ya, nama dia bermula dengan huruf N , so aku gelarkan dia N la ye, suppose datang rumah tu dengan cara baek, kuar pun dengan cara baek jugak la kan...stress wey lagi stress aku text dia dia tak reti nak reply, maybe dia buta huruf barangkali ye... :p



4 ulasan:

  1. Ya Allah.. hidup lagi orang yg perangai gini.. bersabar laa ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tula hidup lagi manusia perangai selfish gini kan ... sabarlah hati ni

      Padam
  2. sabar ya.. moga allah beri rizki yg lebih buat kamu melalui jalan lain sebagai gantinya.. ;)

    BalasPadam