Ahad, 12 Oktober 2014

perth trip - caversham


Assalamualaikum semua
lama sungguh na blog ceq ni beghabuk bersawang uishhh bz sungguh na sekarang ....bz ka malas ka tak tau la kan.... (0______________0)

ok guys dulu aku penah update kan trip aku masa dekat perth ... masa tu aku update trip aku dekat FREMANTLE memang syokkkkk la kan p situ dengan angin sepoi2 bahasa sambil menikmati fish n chip yang superlicious tu kan....betul wehhhh tak tipu memang sedap habaq hang!

so entry kali ni aku nak cita kat hangpa sume la hari aku p caversham....syok sungguh na ...

abaikan picture budak tudung kuning tu...:p


okey entry fee tuk masuk caversham ni AUD 25 kalau convert duit kita lebih kurang RM 75 but very worth it (ceh mentang2 p Australia, speaking terus na)  bayar mahal cam gitu masuk dalam tu ...sekali sekala kan ...

so lepas dah bayar kami pun p la nengok haiwan2 yang ade dalam tu...
1st sekali kami p tempat haiwan berpoket  tu...cuma nasib tak berapa nak menyebelahi depa sume takde mood kot time tu.....tak tau la pasai apa...huhuhuh ....
kangaroo nak tido 
teringin nak masuk dalam poket dia actually ... hihihi :p
sape comel kangaroo ke i yang comel ???? :p
kangaroo tade mood ^_~
so lepas dah bergambar sume and kangaroo tu pun tak berapa nak welcome kami :( (sentap weh) kami pun p la ke tempat lain

koala bobom ... comel ok!
cik koala tido 
teringin nak dukung koala tu :(
please dont take my pic...i'm shy
hey i'm wake up already nice to meet u
ni amik pic dari jauh je koala dah bangun sebab bahagian ni tak boleh masuk huhuhu 
then lepas kami tengok koala tu kami pegi kekawasan lain pulak....

tak tau apa tah nama haiwan tu ...
kambing ni garang tau ade ke dia nak tanduk kita org ish ish
berehat sebentar
kuda ni memang tinggi n besar !giant size

actually tepi tu kawasan kuda yang giant size tapi tiap kali aku nak amik pic dia , dia tak mau (anti selfie kot dia) so aku pasrah lah jadi aku je le yang syok sendiri kat situ kan
tak pelah kuda i je la yang selfie k
awat p lelap mata pulak ceq oi....
okey abaikan la picture aku lelap mata kat atas ni hehehe aku just nak cerita kat sini yang aku tak sempat nak jumpa wombat & tengok the farm show tu (sebab masa tu kita org rushing nak p tempat lain jugak lepas tu , n plus masa ni autumn so pukul 5.30 macam tu dah gelap )sedikit sedih la kan...yela bukan selalu pun dapat p sini kan...kalau jarak dia setakat zoo melaka tu memang tade hal wo...boleh saja anytime :(

so takpe la next time umur panjang & murah rezeki boleh p lagi...amin :)

actually aku nak cerita lagi tapi macam dah ngantuk pulak kan ...so aku sambung cite next time k :)

and last but not least tq for reading this entry :)

Jumaat, 1 Ogos 2014

APA SALAH MEREKA ??


Assalamualaikum semua

rasanya masih tak terlambat lagi untuk diri ini mengucapkan selamat hari raya aidilfitri pada muslimin & muslimat, mesti antara uolls yang masih bercuti lagi kan, and yang dah mula kerja tu pun sebenarnya masih dalam mood cuti + raya lagi kan...saya pun macam tu jugak.

So macam mana dengan sambutan raya uolls? mesti meriah kan ?
Dalam keghairahan kita menyambut hari kemenangan kita jangan pula kita lupa nasib saudara kita di Palestin sana. Sangat sedih hati ini bila melihat rakyat Palestin yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan Zionis.
Umum sudah mengetahui kebanyakkan mangsa merupakan kanak-kanak dan wanita. Apa salah mereka ??

Jadi marilah kita sama-sama berdoa untuk keselamatan saudara-saudara kita di sana dan antara usaha yang kita boleh lakukan adalah dengan memboikot produk-produk yang meyalurkan dana pada pihak zionis.



Dan marilah kita sama-sama untuk tidak lagi membeli dan menggunakan produk-produk ini.

Dan jika kita tidak terus-terusan memboikot produk-produk ini, dan keadaan seperti gambar-gambar di bawah ini akan berulang lagi.
Bayangkanlah sikecil ini anak @ adik kita 
kesian :(

sesungguhnya apa salah mereka

 

 

actually banyak lagi bukti-bukti gambar yang kita boleh lihat kekejaman pihak zionis ni ... sungguh bagi aku la kan mereka ni sangat pengecut! sebab tu dia orang target kanak-kanak dan wanita!!

lastly those yang nak menderma pada mangsa-mangsa Palestin, sangat-sangat lah dialukan, 


 P/S :- untuk yang suka beli mercun tu lagi baik kiranya duit tu kita salurkan untuk mereka yang lebih memerlukan, daripada uolls bakar duit uolls tu hangus macam tu je kan ... bising sungguh bunyi mercun ... haishhh ....

Selasa, 1 Julai 2014

NOVEL : KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN


Assalamualaikum semua...

Uolls dah berbuka ke? So apa je menu buke uolls hari ni? Ioolls beli je tadi...hurm...bz betul time peak period ni...:( Okey xpelah...keja tu pun satu ibadah jugak kan...

So malam ni aku nak update kisah drama yang diadaptasi dari novel
KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN
Aku dah penah baca buku ni, tapi tule sebabnya aku ni banyak sangat minum air semut so aku jadi ingat2 lupa story line novel ni & aku pun tak dan follow cerita ni, hari tu balik dari merantau cari rezeki + pengalaman tu pun cerita tu dah pertengahan.

Actually aku ade novel ni dulu...before aku jual dia as prelove...hehehe...
So u guys kalau nak beli novel 2nd hand boleh follow IG iolls ye @prelovestar
Dont worry harga murah + keadaan buku still tip top lagi tau uolls :)

Let's the synopsis do the talk = = = >


Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.
Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga  segar berbau harum.
“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina
“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin

                                                 


For those yg berminat nak dapatkan novel ni dekat IG @prelovestar memang dah tade dah ... hehehe
tapi dekat SINI ada tau .... :)

Seriously cerita dia BEST!