Selasa, 24 Februari 2015

NOVEL : SUAMI SEBELAH RUMAH



Assalamualaikum semua and hello :)

Aku memang minat baca novel ... sebab so feeeeeefeling kan ... dulu macam dah pause sekejap lah baca novel ni then sekarang start balik ...Sekarang ni pun tengah baca BAHASA HATI KITA karya REHAN MAKHTAR , in sha Allah if iolls rajin iolls update okay :) 

Mesti korang ada perasan yang ada iklan untuk cerita SUAMI SEBELAH RUMAH akan ditayangkan soon dekat TV 3 , okay to be frank...dulu aku masuk POPULAR nengok novel tu, pandang sebelah mata, baca sinopsis pun tak...ooo keji betul! and sampaile aku nengok kat IG, cakap novel ni akan didramakan , so iolls pun excited lah jugak nak beli ... ha baru terhegeh2 , padan muka aku! ... terus zas pergi popular cari novel ni, unfortunately tade la pulak ... adoi ai nya pun ... 

then aku jengah pulak ke fb group , tengok ade tak sape2 nak let go prelove tuk novel ni, and finally aku jumpa ... thanks to that girl :)
dapat beli dengan harga murah and kondisi novel pun masih ok ...(thumbs up)

*******************************************************************************

meh layan sinopsis dulu :-

Disebabkan pengantin lelakinya lari pada hari pernikahan mereka, Eryna buat kerja gila. Amar, doktor nerd anak jiran sebelah rumah, dilamarnya.

“Amar, sudi tak awak ambil saya jadi isteri awak? Kita kahwin. Boleh?”
 
Tentulah Amar sudi! Yang ajak dia menikah itu ialah Eryna, gadis idamannya. Gadis yang dicintainya sejak sekian lama! Gila nak tolak? Namun...
 
“Awak, saya harap kita rahsiakan dulu tentang kita dah nikah ni daripada pengetahuan orang lain di Kuala Lumpur sana.” ~ Eryna.
“Kenapa? Kenapa orang tak boleh tahu yang kita ni suami isteri? Kenapa perlu dirahsiakan tentang kita daripada kawan-kawan awak? Awak malu nikah dengan saya?” ~ Amar.
 
Amar nekad. Hati Eryna perlu dicuri sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Konon, senang dia hendak mengurat dan mengushar Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu.
 
Suami sebelah rumah Eryna memanglah pandai mengambil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis, kawan serumah yang dah terpikat tahap serius tak peduli apa... Eryna perlu buat keputusan!
 
Kedatangan ibu bapa masing-masing menimbulkan huru hara. Banyak soalan yang perlu dijawab andai mereka tahu Eryna dan Amar tinggal berasingan. Tapi, kalau tiba-tiba Eryna masuk ke dalam rumah Amar, tentulah Anis akan kecoh satu dunia! Dalam kemelut, Azlan menambah resah hati Eryna dengan meminta sedikit ruang untuk hatinya bertapak semula. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar itu dia yang punya.
 
“Belum jatuh cinta dengan saya lagi?” ~ Amar

Soalan itu untuk siapa sebenarnya? Eryna, Anis atau Doktor Wani yang obses pada suami sebelah rumah dia? Ah, Eryna keliru sudah!

********************************************************************************

Well, susah gak kan nak jumpa lelaki yang sangat setia macam Dr. Amar tu ...
Aku bagi 3 dari 6 bintang tuk novel ni, so so je storyline dia bagi aku ...
Wateva it is, tak sabar jugak nak tengok drama version nanti kan lakonan IZZUE ISLAM & AYDA JEBAT

P/S: picture novel tak dapat nak attach sebab novelnya aku dah letgo  ... hehehe ...ramai tau cari novel ni ...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan