Asssalamualaikum semua ...
Diam tak diam we almost done with 2016 kan...cepatnya masa berlalu , banyaknya resolution yang tak achieve pun ... sob sob sob.
Ade tak yang follow drama 7 HARI MENCINTAIKU , slot akasia tu ala yang tiap2 isnin sampai khamis tu kan, kul 7 sampai la kul 8 . Okay aku memang follow cita ni dari 1st episod hari tu sampai la sekarang, dah minggu last pun kan.
Bagi aku, aku suka jalan cerita dia, banyak sangat pengajaran dalam cerita ni. Aku pun penah gak baca novel ni, tapi ingat-ingat lupa macam tu, sebab novel ni kira macam dah lama gak, tak ingat bape taun dah tapi yang pasti novel dia tebal. Nak baca nak refresh balik story line dia aku dah letgo pun novel ni as preloved item. So tengok je la. Seriously even dah baca novel ni, aku tak tau pun apa akan jadi next episode sebab memang lupa la cam ne jalan cita dia kat novel tu. sob sob sob.
Dalam cita ni kita boleh tengok kan watak khuzairi ni sangat la lelaki budimannya kan. Ya ampun sangat la penyabar orangnya. I just wonder wujud ke lelaki yang berpewatakan macam ni sekarang . Beruntung betul si Mia tu dapat bersuamikan si Khuzairi tu. Agaknya kalau orang lain memang makan penampar la jawabnya Mia oi.
Mia pulak memang sombong dan ego tinggi pada awal cerita. Kadang2 si Mia ni aku nengok dia dah okay tapi si Mak Leha, si Helmi ngan si Syakilla ni sometimes akan wat si Mia ni jadi Mia yang sombong dan ego tu kan. Sampailah kemuncak bila Mia ni dah bersalin sebabkan marah dan ego dia tinggalkan anak dia dengan husband. Yela puncanya dari mulut Mak Leha tu kan. Yang si Khuzairi lak tak habis2 janji nak pindah rumah lain pindah rumah lain tapi still tak pindah. Sebab tu la orang kata seeloknya berdikari sendiri bila dah kawin kalau tak banyak yang tak baiknya bila ade campur tangan keluarga ni.
So sekarang ni tengah layan watak Mia yang dah berubah jadi baik lepas kematian Buntat.
Memang tak sabar nak tunggu next episod la kan sampai last episod nanti.
Dalam cita ni 1 watak je aku tak suka, watak si Syakilla ni, nak2 sekarang time dia dah nak kawin dengan si Khuzairi tu. Kiranya kalau orang tengok si Mia ni jahat, sebenarnya si Syakilla ni lagi jahat la kan sebab dia hipokrit atleast Mia tu tunjuk sape diri dia yang sebenar tak pura2 macam si Syakilla tu . Tul tak ????
Untuk cerita ni aku rate 4.5 star dari 5 bintang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan