Selasa, 30 Disember 2014

PENUTUP 2014


Assalamualaikum ....

30th December 2014  tik tok tik tok ...alhamdulillah, 2014 akan melabuhkan tirai dia beberapa jam, minit, saat lagi ... dan 2015 akan mengetuk2 pintu untuk memulakan tahunnya ... rasa sekejap je kan masa berlalu

2014 banyak yang berlaku, banyak sangat especially untuk kita yang berada di negara kita , Malaysia.

Pembukanya adalah kehilangan MH370, sehingga kini masih gagal ditemui ...
Ingat lagi, a week before aku fly ke peristiwa ni terjadi, masa tu takut jugak nak naik flight, tapi tawakal,
alhamdulillah aku selamat pergi dan balik

Kemudian kita diuji lagi, beberapa hari lagi kita nak menyambut hari kemenangan kita, MH17 pulak yang menjadi mangsa. Tiada yang selamat , kita yang dengar pun rasa sedih, apatah lagi ahli keluarga mangsa.

Dan kini kita diuji lagi, banjir besar melanda pantai timur, Kelantan, Terengganu, Pahang dan selain negeri-negeri pantai timur, Perak, Negeri Sembilan jugak terlibat sama. Sungguh sedih betul rasa tengok keadaan mangsa yang tinggal sehelai sepinggang je tu. Yela, keadaan air yang naik begitu cepat memang tak sempat untuk mereka menyelamatkan barang-barang beharga mereka. Kesian mereka, ada yang hilang rumah, di harap mereka dipinjamkan kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan mereka selepas ni .
Bagi yang berkemampuan, boleh lah hulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa ...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan