Ahad, 14 April 2013

NOVEL : TEDUHAN KASIH


Assalamualaikum 

hari ni aku nak share dengan korang semua review aku lepas baca novel

TEDUHAN KASIH

before that jom baca dia punya sinopsis cerita dulu...

sila baca di bawah untuk sinopsis yang lebih jelas

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" - RYZAL

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hati Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." - EHSAN

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

** SINOPSIS TAMAT **

Novel ni mengisahkan bagaimana kehidupan Iffa yang di ceraikan oleh suaminya (Ryzal) ketika dia pregnant sebab Ryzal dah menjalin hubungan dengan kawan baik Iffa sendiri Ayu. Pada Iffa, Ayu memang kawan baik tapi Ayu berkawan sebab tak mau Iffa hidup bahagia. Sebab tu, Ayu menggoda Ryzal.

Selepas di ceraikan, Iffa di halau dari rumah mereka. Dan sebab tiada pilihan lain, Iffa balik ke rumah ibu tirinya. Bermulalah kehidupan Iffa sebagai "orang gaji" di rumah tersebut sehinggalah di saat dia ingin melahirkan. 

Ketika dia ingin melahirkan, tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan, dan disebabkan peristiwa itulah takdir telah menemukan dia dengan Ehsan.
Ehsan yang menghantar dia ke hospital, dan telah meneman dia hingga kedalam bilik bersalin, 
"Suami puan ni?" soal seorang jururawat kepada lelaki tersebut.
"Masuklah boleh beri sokongan pada isteri!"
"Suami kena ada waktu-waktu isteri mahu lahirkan anak. Nanti boleh tahu betapa sukarnya isteri nak melahirkan zuriat. Jadi hargailah isteri sebaik-baiknya," kata jururawat yang kelihatannya sudah berusia.

Kelahiran adam membawa makna pada Iffa, walaupun Adam tidak diterima oleh bapanya sendiri, Ryzal tapi kasih sayang yang di beri Ehsan sudah memadai untuk Adam. Dan Iffa mengambil keputusan untuk menerima lamaran Ehsan.
Bermula episod di mana Ayu sekali lagi ingin merampas kebahagian Iffa, Ayu bertekad pula untuk menggoda Ehsan. 
Yelah, Ehsan mempunyai rupa paras yang menarik dan berjawatan tinggi. Dan Ayu tidak mahu Iffa lebih dari dia. Dia tidak boleh kalah dengan Iffa.
 Nasiblah Ehsan lelaki yang mempunyai pendirian dan tidak seperti Ryzal. Tidak cukup dengan Ayu, kehadiran Nurlisa, bekas kekasih Ehsan juga membuat Iffa mula berbelah bagi untuk teruskan rancangan pernikahannya dengan Ehsan. Ternyata memang jodoh mereka. Akhirnya mereka di satukan.

**End of review **

OST TEDUHAN KASIH 

Overall aku bagi novel ni, 3 bintang je 
SEBAB
bagi aku jalan cerita dia just so-so je...and
dialog-dialog dalam novel ni terlalu formal bagi aku.

Tapi bila aku baca novel ni, memang watak Ehsan tu aku bayangkan ADI PUTRA. Tak tau kenapa, tapi memang automatically aku terbayang ADI PUTRA. Lol.

Kalau uolls nak dapatkan novel ni, boleh p kedai-kedai buku berhampiran dan dapatkan ye.
Sem. Malaysia = RM 22.00
Sabah/Sarawak = RM 25.00


Terima kasih sudi baca entry kali ni!!


2 ulasan:

  1. bende yang awok kalah....bace novel..... silap2 muke pertame awok udah tido...... jadinye....awok layan tengok cite teduhan kasih je le kat tibi...

    BalasPadam