Selasa, 20 Ogos 2013

BEKALAN DI SANA


Assalamualaikum...

Saya rasa semua dah sedia maklum kan di mana ada 3 amalan yang akan di bawa kita untuk bekalan di kemudian hari nanti.


1) Doa anak yang soleh - doa dari seorang anak untuk ke dua orang tua mereka setiap kali selepas solat

2) Ilmu yang bermanfaat - berkongsi dengan orang akan ilmu yang baik dan bermanfaat, selagi mana mereka mengamalkan ilmu yang kita kongsikan, in sha Allah ada bahagian untuk kita jua.

3) Sedekah dan amal jariah - memberi dengan ikhlas dan terhindar dari perasaan ingin menunjuk-nunjuk dan riak.

Di sini ada sedikit cara untuk kita bekalan kita di sana nanti

- meletakkan sejadah, telekung, Yasin, Al Quran, kipas di surau @ masjid. Di mana selagi ade insan yang menggunakannya, kita akan mendapat ganjaran dari itu juga.

 p/s : doakan bersama untuk rakan-rakan kita yang berada di Mesir, Egypt

Terima Kasih sudi membaca entry kali ni.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan