Jumaat, 8 November 2013

NOVEL : PLAYBOY ITU SUAMI AKU

Assalamualaikum ...

selepas kita semua dilanda demam LYMA dan semalam cerita ni pun dah sampai ke hujungnya dengan ending yang seakan novel ... wahhh gitu cuma nya dalam novel tu si Sherry tu tadela kena tangkap dengan polis kan ... takpela...kita lupakan si Sherry kekwat tu and selepas ni kita sume akan di sajikan pula dengan cerita PLAYBOY ITU SUAMI AKU

Cerita ni dah lama baca cuma ingat2 lupe maklumle umor dah semakin meningkat ni so...kena baca balik la untuk refresh semula ... toing toing toing

okey jom kita layan sinopsis cerita ni ^_^


Playboy Itu Suami Aku

“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

credit to :- KAKINOVEL untuk sinopsis ni 

drama ni akan di bintangi oleh 

 
 
NUR RISTEENA - Afina Aulia
FATAH AMIN - Raja Andrian @ King
CHACA MAEMBONG - Fisya
 
pelakon yang pegang watak King & Afina tu pelakon baru ke ea?? aku cuma familiar dengan Chaca je ...
takpe2 novel ni best, hopefully cerita dia tak lari banyak le dari novel kan :)

u guys yang tak sabar nak tahu story line cerita ni boleh le pergi ke kedai buku untuk dapatkan novel ni ye
atau boleh juga beli dari KAKINOVEL :)
 
selalunya aku buat begitula...sebab tak sabar nak tahu storyline dia so aku baca novelnya dulu then kita akan jadi suam-suam excited nak tahu next episod cerita tu ... hahaha
tau tak ape suam2 excited tu ... maknanya aku excited tapi tade le teruja sangat ... wahhh bolehhhh gitu ...
 
note : thanks kerana membaca entry ni : )

3 ulasan:

  1. tak sbr lah plak...citer ni memang best tpi tk lh smpi nak giler normal jugak hehehe...

    BalasPadam
  2. mmng syok larh cite ni ..x sabar nak tunggu ep seterus nye ..hehehe
    tp saye t'tanye2 agak2 ep brp baru nak habis ek??ade yg kate 24 and ade yg kate 28 ..confused saye..hihihihi

    BalasPadam
  3. cerita novel nya quite best tapi sy xfollow pulak drama dia...sbb pelakon dia xbrp nk best pulak .... heehehe

    BalasPadam