Isnin, 2 Disember 2013

NOVEL : BUKAN KERANA AKU TAK CINTA


Assalamualaikum and hello ...


Sape penah baca novel ni
BUKAN KERANA AKU TAK CINTA

aku ?
masih tak berkesempatan lagi nak baca cerita ni ...
aku tetiba jadi berminat sebab hari tu tengok iklan drama cerita ni
pelakon dia ok not bad
Sharnaz & Nelydia Senrose
uishhh 

harus tengok ni!!
kalau aku tau aku beli novel ni hari tu
dari aku beli novel ape tah yang tak best langsung tu!!!
cehhhhhh
cerita ni yang gantikan cerita  
JODOH ITU MILIK KITA


well Nely ni kalau berlakon best !!
suka tengok 
dah le cantik
macam dia belakon dalam cite SETIA HUJUNG NYAWA
best kan!!



pe2 pun jom layan sinopsis cerita ni dulu

“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.

credit to :- karyaseni tuk sinopsis 
and kalau nak beli novel ni secara online sila KLIK SINI
dan anda boleh dapatkan diskaun RM 3 


p/s :- nampaknya kena tengok maraton je la bila balik kampung nanti...rumah sini tade astro ni ...
ke pujuk bos tambah pakej ni ...#LOL (ko dah kenapa siap nak ber H tag bagai)
dah pesan awal2 pada orang kampung tuk rekod cerita ni ...hihi :)


 








 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan