Lama dah kan tak buat masak2 , maklumle iollss bz sgt2 ... (alasan semata ni wehhh , sila jangan terpedaya ...padahal kau malas kan cik Diela ... ngaku sajo la :p )
Hari tu aku tengok ade sorang sis ni share dekat FB dia picture cheesekut yang dia buat...and sis ni sangat baik hati so dia share resipi sekali so aku tengok macam senang je nak buat so aku pun excited la salin resipi tu and weekend hari tu terus zasss buat cheesekut ni .... so bila aku try and menjadi maka dengan bangga aku nak share dengan korang pulak kan...kalau tak jadi tak mau share sebab malu ... hihihi
even aku dah tulis resipi dekat picture tu, tapi risau korang tak clear so aku taip lagi kat sini ... baik tak aku ? :p
Bahan :-
- biskut kering @ biskut segi empat yang macam biskut sayur tu tanpa cream (aku guna brand hup seng)
- 2 cawan cream cheese
-1/2 cawan susu pekat (boleh kurangkan kalau tak mau manis sangat)
-1/2 cawan fresh milk
Cara-cara :-
-blendkan cream cheese, susu pekat & fresh milk tadi
-susun 1 lapis biskut di dalam bekas, dan tuangkan bahan yang di blend tadi di atas biskut, ulang langkah yang sama lagi sehingga beberapa lapisan ... (aku buat 3 lapisan )
- simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam
-selepas 5 jam boleh le dimakan ,, sebelum tu boleh la taburkan milo di atasnya
Senangkan? tak payah kau nak kukus, nak bake sume, ringkas, mudah dan sedap
- selamat mencuba-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan