Jumaat, 23 Disember 2016

REVIEW : BAYOO LAGOON PARK RESORT MELAKA


Assalamualaikum semua .


Cuti sekolah ni mesti ramai parents yang bawak anak2 p bercuti kat mana2 kan. short vacay la kan. 
Sebenarnya mak pak pun sekali teruja gak nak p short vacay tu ...yela nak rehatkan fikiran. 

So hari tu saja la kami p stay 2 malam kat melaka, yang dekat2 saja. Tak larat lak nak drive jauh2 ni. So pilih yang dekat je la. Jimat masa kat atas jalan . Sebabkan masa tu dah last minit nya planning so kena la pilih on weekdays nya date sebab kalau nak weekend dah fully booked la pulak. 

Asalnya nak pi ke Swiss Garden tapi masa cek kat booking.com tu dah full lak dari 15 ke 17 December tu so ke second choice la Bayoo Lagoon Park Resort. Sebab memang nak cari yang ade water park sekali. Yang tak bestnya Bayoo Lagoon Park ni water park dia ade fee pulak sebab dia provide 4 tiket free tuk dewasa je masa kami check in tu . sob sob sob.

So on 15 haribulan tu kami gerak dari rumah dalam pukul 9 macam tu, sampai Melaka dalam almost 12 macam tu, okay lupa lak nak bagi tau yang hotel ni dekat Bukit Katil ya, dekat2 dengan ayer keroh macam tu, so sampai je hotel terus amik nombor giliran tuk check in, even masa tu hari Khamis tapi ramai jugak la orang nya yang nak check in, almost 1 jam jugakla tunggu tuk check in baru nombor kami di panggil. 

lama sangat nak tunggu nenek ngan umi tunggu turn check in



sementara nak tunggu nombor kami di panggil tuk check in, saja lah bawak budak2 ni tengok water park dia kat belakang tu je, dekat je dengan lobby dia. Frust betul budak 2 orang ni sebab lambat sangat boleh masuk water park .

Ho ho ho , Merry Chrismas
Dekat lobby pn banyak gak deco for Chrismas

Kami pilih apartment 2 bilik masa tu, total tuk 3D 2N, dalam RM 900++ macam tu termasuk gst & service caj dia. So dah check in, dapat bilik terus bawak barang g bilik. Even kat situ dia stated check in hours pukul 3, tapi alhamdulillah pihak hotel tak berkira pun soal ni, kami boleh check in dalam pukul 1 lebih macam tu.





Apartment kami ade 2 bilik which is one small room and 1 lagi besar sikit , sama jugak dengan toilet dia, 2 toilet, size big n small. So priority tuk ladies, so kami amik bilik besar la...hehehe. Picture kat atas ni, tuk yang yang kecik nya. Cuma beza dia bilik besar tu toilet dia dalam bilik, yang kat atas ni toilet dia luar bilik . Tu je. Bilik nya sama je ada 2 katil single size . Beza dia yang bilik besar tu katil tu dia rapatkan. Hihihihi. 

1 je tak berapa puas hati, tuala dia berbau. Ish....Pas tu dalam drawer meja solek ade rambut yang tak di buang lagi. Bit kotor la bagi aku. 


View dari balcony kami tingkat 3, rugi pulak rasa sebab tak dapat yang ngadap water park. Ni ngadap parking lot... hehehe 

So lepas dah letak barang sume, solat, rehat kejap cepat2 p kuar lunch. Kami p lunch dekat restoran dekat ngan mydin sana, apatah namanya. Ada word Malim macam tu, tekejut gak lunch je tuk 6 orang dekat RM 100.00 . Terus tak tertelan nasi time tu tengok harga cam gitu .sob sob sob.
Pas tu gi tapau goreng sukun, kopok lekor , jelly kelapa kat gerai yang ade jual tepi simpang tu. Sedap goreng sukun dia. Nyesal lak beli RM 2 je time tu.

So lepas lunch tu cepat2 balik hotel sebab budak2 ni dah tak sabar nak mandi kat water park tu kan, so balik bilik tukar baju bawak la depa ke water park.

Kami yang dewasa ni guna la tiket yang dapat masa check in tu, yang kanak2 je kena beli, RM 16 camtu.





View water park yang aku snap dari luar je masa tengah tunggu turn nak check in, dah masuk water park nanti memang phone tinggal je kat bilik. Kejadiannya masa aku duk dalam kolam air tu ade phone yang dah letak dalam water case tu begolek2 kat kaki aku, mayb owner dia tak perasan phone dia tercicir dalam air kan sebab kalau jatuh bunyi pun tak dengar sangat sebab yela memang bising kat situ, so lepas tanya orang2 kat area tu kot2 la ada yang hilang phone, sume kata takde then aku bawak la phone tu g kat kaunter DJ tu tuk dia annouce. Yang kelakar tak lama lepas aku bagi phone tu, petugas lak jumpa orang tertinggal gigi palsu dia. Adeh macam2 la kan.

Masuk hari kedua air cond dekat bahagian ruang tamu pulak problem, air meleleh, mayb dah lama tak service kot kan, tapi malas pulak nak tukar bilik so biar je la. hurm. 
Macam hotel2 lain jugakla, dia kan provide breakfast voucher , hurm, jujur aku cakap breakfast meal dia sangat tak sedap . Bukan lah nak menghina tapi kita bayar kan . 

Okay tu je la review aku pasal Bayoo Park Lagoon ni, overall boleh dapat 3 bintang dari 5 bintang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan