Rabu, 31 Mei 2017

DRAMA : ANDAINYA TAKDIR


Assalamualaikum semua :) 

Korang dah siap masak ke tu tuk berbuke karang ... menu apa je hari ni ? hehehe
sabar k, ade lebih kurang sejam lagi sebelum azan maghrib :) Alhamdulillah .

Petang semalam ade la aku tertengok dekat youtube cerita Andainya Takdir episod satu, eh macam syok je, macam best je cite tu lakonan shukri yahya, nina iskandar and adik Balqis.


Memang boleh layan la cite ni, best and banyak pengajaran. Cerita ni mengisahkan watak shukri yahya ni dan berkahwin dengan si Tehah, lakonan si cantik manis Nina Iskandar. Sikap cemburu buta dan panas baran si suami hingga mendera si isteri. hurm sob sob sob. Yang paling best cite ni, watak shiela mambo yang melakonkon watak sebagai emak Shukri Yahya yang duduk di kampung asik nya menjaja kisah orang sana sini, umpat sana sini, anak dia je la baiknya, anak orang lain semua tak betul, semua jahat, orang panggil peel makcik2 kepochi ..hihihi ...

So korang kalau nak tau apa kesudahan cerita ni boleh le tengok ye setiap Isnin sampai Khamis, 10pm :)





2 ulasan: