Isnin, 8 Mei 2017

DRAMA : MENANTI FEBRUARI


Assalamualaikum semua ....

Sekarang ni, mengantuk macam mana la mata aku, aku tahan kan jugak sebab apa ?? Sebab nak nengok cita MENANTI FEBRUARI lakonan Fathia Latiff, Afiq Muiz and Zul Ariffin. Untuk episod2 yang minggu pertama tu aku tak nengok pun sebab iolls bukan peminat si Zul Ariffin tu, hahaha ade dia kiesah ko minat dia ke tak,,ye dak ?? Tah macam mana sehari tu leh tertengok, makanya jadila peminat setia drama tu kan...bukan peminat setia Zul Ariffin tu hokeyyyy ;p

Tapi kalau nak cakap Fathia tu, memang aku suke gak la tengok dia belakon, cantik pun ye , suka tul nengok dagu dia tu ...alahaiiii menawan wey.

Dalam cite ni paling geram dengan watak si Arie tu, terlampau workaholic sampaikan wife nak bersalin pun dia sibuk keja lagi....huhhh!!...rasa nak masuk dalam tv tu bagi penampa laju2 je kan .... geram!

Jom baca sinapsis dia dulu

Menanti Februari mengisahkan tiga rakan karib iaitu Arie (Zul Ariffin), Fiza (Fathia Latiff) dan Edi (Afiq Muiz).
Arie dan Edi bersama-sama menaruh hati terhadap Fiza. Atas ketentuan jodoh, Fiza berkahwin dengan Arie menyebabkan Edi memendam rasa.
Namun, kebahagiaan yang diharapkan Fiza tidak kesampaian apabila Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehingga mengabaikan perasaan Fiza.
Bagaikan satu kebetulan, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku dalam bulan yang sama iaitu Februari. Bagaimanapun takdir penentu segalanya apabila Arie hilang dalam satu kemalangan di laut dan dikhuatiri sudah meninggal dunia.
Sepanjang ‘kehilangan’ Arie itu, Fiza dan Edi menjadi semakin rapat hingga mereka disatukan sebagai suami isteri.
Namun, kebahagiaan yang dikecapi Fiza dan Edi tidak lama apabila tiba-tiba Arie ditemui selamat. Namun, dia terpaksa menghadapi situasi yang Fiza sudah berkahwin dengan Edi.
Bagaimanapun, Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana dia ingin menebus semula segala kesalahannya terhadap Fiza.
Tak sabar pulak nak tunggu last episod malam ni, agak2 siapa yang Fiza pilih, Arie atau Edie,, harap2 Fiza buat la pilihan yang bijak kan ...hehehe...ala cerita je pung :)










1 ulasan:

  1. I watched a few slots in one episode, not a fan. Tapi wondering juga what happened to three of 'em?

    BalasPadam