Jumaat, 9 Januari 2015

~~2015 resolution~~


Assalamualaikum semua and selamat tahun baru :)
Sekejap je masa berlalu, 9 hari dah 2015 bersama kita ...
Aku percaya yang setiap tahun mesti ramai sangat yang buat azam baru kan...
biasala tahun baru, azam pun baru
azam yang lepas2 dah capai ke idok ke lantak p la kan...
2014 dah lepas , sekarang 2015
so...kalau previous year punya azam still tak capai lagi boleh la renew semula azam tu ...

Aku pun gitulah...azam tahun2 sebelum ni azam aku , nak diet, nak kurus, nak jadi atkiners kononnya...
lepas tu NAN HADO ...apa la aku ni!! **dush ketuk kepala** korang jangan jadi macam aku pulak tau
ish ish ish ...

so in 2015 aku tak mau renew azam aku yang nak kurus tu apa semua
sebab aku nak dah berazam untuk

LESS SHOPPING, MORE SAVINGS

aku ni boleh dikategorikan sangat2 boros tau ... tade istilah window shopping la kalau dah masuk shopping complex tu kan ... mestilah aku nak SHOPPING!! lepas tu bila dah shopping, aku simpan je baju, kasut, handbag tu tak pakai pun ...terperuk je la dia dalam almari tu ha.
aish betul2 amalan syaitan nirajim tau aku ni ...
tak dan nak kuar gi AEON ke, PARKSON ke, SOGO ke , JALAN TAR ke, 
aku guna pulak HUJUNG JARI je...ONLINE SHOPPING pulak 
ish ish ish betul2 syaitan nirajim punya amalan ni kan ... membazir!!!
sampai satu tahap mak aku dah bagi WARNING jangan beli baju lagi sebab almari dah tak muat.
lepas tu memang aku tak beli baju dah, aku beli TUDUNG & SHAWL pulak ... hahaha
i'm sorry mak ... :)

so mulai sekarang , aku berusaha gigih melawan hasutan syaitan nirajim ni 
so let's 

LESS SHOPPING, MORE SAVINGS





Tiada ulasan:

Catat Ulasan