Isnin, 9 Mac 2015

REVIEW NOVEL : CINTA SI WEDDING PLANNER


As salam semua and hello
 Hari isnin biasala jadi monday blues bila masuk opis But it's okay, update blog tade istilah monday blues uolls ... :) wheee ~~~

 Last friday singgah sebentar di Popular, apa lagi cari novel terbaru la kan ... untuk aktiviti di hujung minggu
 Kebetulan sekarang ramai pulak yang update mencari novel CINTA SI WEDDING PLANNER so aku pun yang mudah di pengaruhi ni memang teruja jugak la nak beli ...hihihi

Oh ,,actually before aku decide nak beli novel ni hari tu, berbelah bagi jugak hati ni sebabnya based on my previous experience , novel2 yang aku beli under Penulisan2u semuanya tak boleh nak suka la,, mesti ade terdetik "menyesal aku beli" ... so sorry but itulah yang akan aku rasa , dat y la aku duk pikir berjuta2 lemon kali before decide beli novel ni ...

So aku start baca novel ni malam ni , lepas subuh baru aku tido ... ko mampu?? hahaha semata2 nak baca novel ni kan ...

Aku nak bagi 4 bintang dari 5 bintang tuk novel ni ...
sebab this time aku puas hati beli novel under Penulisan2u ..
Memang berbaloi even dapat 10% diskaun saja dari popular ... hehehehe ...

Suka sangat dengan watak Fariz dalam novel ni, mulala berangan2 kalaula wujud spesis lelaki yang macam Fariz ni kan best ...
Dia tade la romatika d' amor sangat tapi aku suka dengan watak yang penulis cipta tuk dia ...

Oh BTW lovely ni aku copy kan sinopsis dia tuk uolls ok

*********************************************************************************
Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan peristiwa kisah Zara si wedding planner  dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.
 Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur si tengah jalan.
 Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.
 “Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la.” - FARIZ
“Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!”- ZARA
“Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke.” – FARIZ
 Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.
 Abang teringin pankek, jem blueberry, and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?” – FARIZ
 "For you, my dear... I will do anything for you.” - ZARA
 Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih.
 “Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran daripada abang.”
“Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?”

Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara?  Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga kebahagiaan dapat diselamatkan? 
*********************************************************************************

Those yang berminat dengan novel ni, boleh KLIK SINI okay :)

P/S : enjoy ur novel then ... :)

2 ulasan:

  1. ada kucing ? suka kucing ? ambil la gambar selfie kucing awak ye dan jemput join sini.

    http://misschoco-berries.blogspot.com/2015/03/segmen-kucing-saya-hebat.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya suka kucing tapi tade kucing ...teringin jugak nak bela ...

      Padam