Jumaat, 20 September 2013

RESEPI : ROTI BAKUL BERINTI


Assalamualaikum ...

lama dah tak bersua kan uolls
maklumle iolls ni bz buat r&d tuk di share dengan uolls sume ... opppsss... tolong jangan percaya :p
so hasil dari r&d tu terilhamla resepi seperti namanya di atas...
sesuai untuk di jadikan sebagai sarapan pagi dan bila2 masa saje

okey dengan bahan2 yang cukup mudah dan simple okey..., tak percaya ?? sila baca hingga ke akhirnya

Ape yang kita perlukan ialah


1) Roti gardenia - ikut berapa orang yang nak makan
2) 1/2 ulas bawang putih , di ketuk
3) sedikit butter (untuk menupis, kalau nak guna minyak masak pun tak pe)
4) mozarela cheese, pizza topping, keju parmesan (tak wajib ada semua, mozarella saja pun okey dah)
5) mix vegetable
6) daging burger / daging cincang dan sosej (dihiris nipis) - ikut berapa orang nak makan, saya guna 2 je
7) 1 sudu kecil rosmery & oregano (yang dua botol tutup hitam tu, tu la dia) - takde ni pun takpe
8) sos spaghetti - pilihan saya jenama kimball traditional punya (ikut citarasa anda)

cara untuk masak yang semudah 1,2 & 3....:)

= = > panaskan butter dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
= = > masukkan daging burger & sosej tadi goreng, campurkan rosmery & oregano dan mix vegetable tadi,
          tunggu sehingga daging tadi hampir masak , tutup api.

ha beginilah rupa inti roti bakul kita nanti
= = > lepas tu kita amik roti tadi, sapukan roti kita dengan sos spaghetti tadi, sapuan nipis je ye, tak perlu
          terlalu tebal sapu sos tu di atas roti sebab sebab sebab . . . jangan membazir, amalan syaitan ;)
          lepas tu kita boleh la masukkan roti tersebut di dalam bekas muffin @ cawan yang tahan panas
= = > isikan isi yang di masak tadi ke dalam roti kita , dan taburkan segala mak nenek cheese tadi,
          terpulang pada uolls k nak lebih ke nak kurang cheese ke...:)

kulit tepi tu seeloknya buang la...aku malas nak buang  kalau buang cantik sikit bentuk bakul uolls :)
 dan selepas itu


di bakar selama 10 minit pada suhu 190 darjah ye
selepas 10 minit

siap sedia untuk di ngappp...yummy!! :)

okey sayang2 semua...selamat mencuba...
oh saya ade rahsia ni, kenapa saya letak rosmery dan oregano, sebab dua bahan ni akan menambahkan kesedapan daging yang kita gunakan tadi....
tak percaya ? ? cubalah baru tahu ....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan