Khamis, 12 September 2013

RESIPI : JEMPUT2 JAGUNG YANG RANGUP DAN SEDAP


Assalamualaikum
Hi

Tadi lepas balik keja, macam malas je nak masak yang heavy2 sangat tuk dinner hari ni
(cakap jela  yang sebenarnya kau tu malas masak -- habis cerita, hahaha ) ^_^
 so semalam ade la tengok resepi kat blog masakan,
ade 1 resipi tu...walaweh...simple dan harus di cuba
terima kasih pada cik blogger tu...tak ingat blog yang mana sebab banyak sangat blog masakan yang saya usha semalam .... ampun ye cik blog

okey nama manja dia cekodok...atau nama sopan dia jemput2...so kita guna nama manja je la kan...
macam tak biasa pulak...
selalunya kita buat cekodok ikan bilis, cekodok pisang tapi hari ni kita ubah selera, buat cekodok jagung

Bahan-bahan :-

1) tepung gandum - untuk kuantiti tepung ni bergantung la pada berapa ramai orang nak makan, kalau kau sorang nak makan, jangan le habiskan sekampit tepung tu pulak....ye tak?
2) garam sikit - sekadar perasa
3) oat 1 @ 2 sudu besar *option, tak letak pun tak mengapa deh...
4) cili padi 3 tangkai , ditumbuk @ di racik halus * option, tak letak pun takpe...kalau korang tak makan pedas tak yah le letak
5) air untuk bancuh
6) dan yang paling penting...kalau tade dia tak jadi le menu kita hari ni

masukkan sekali air dia ye ^_^
cara2 :-
1) mix kan semua bahan tadi dan bancuh bersama dengan air ...ikut suka uolls la nak bancuh cair sikit ke, atau yang sedang2 elok tu...aku suka cair sikit ... hehehe
2) panaskan minyam dan goreng hinggan kekuningan dan garing

tada, dah siap...boleh le dihidang bersama dengan cili sos


p/s :- kalau waktu hujan2 pekena cekodok ni sodap amek kan..nak2 ade air kopi ke teh ke...perghhhh
         selamat mencuba ... :)



2 ulasan:

  1. nak test petang ni..jom beli jagunggggg

    BalasPadam