Selasa, 3 September 2013

Menjemput rezeki dengan Solat Dhuha


Assalamualaikum...

Tahu tak korang sebenarnya bagus sangat-sangat kita buat Solat sunat Dhuha ni 
Yela...banyak kebaikan seperti untuk kita menambah rezeki yang berkat & barakah

BILA IA BOLEH DI LAKUKAN

waktu Dhuha di lakukan pada waktu dari pukul 7.30 pagi sehingga ke pukul 1.00 tengahari.
Ada jugak hari tu aku terbaca setengah jam selepas waktu syuruk, dah boleh tunaikan.
Namun begitu waktu afdalnya adalah ketika matahari kian meninggi dan kian panas sinarnya.

Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, 
Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 


“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 

Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

CARA LAKSANAKAN

1. Niat - boleh di lakukan 2,4,8 atau 12 rakaat


2. Bacaan

Bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, tidak menjadi salah sekiranya hendak di gantikan dengan ayat-ayat lazim yang lain.
Apa yang penting, solat tersebut kita niatkan dengan betul, lakukan dengan sempurna mengikut syarat serta rukun-rukunnya.

3. Doa
 selepas selesai solat Dhuha, bacalah doa seperti di bawah 




yang bermaksud :-
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi) 
  
Zaid bin Arqam r.a. berkata: 

Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda 

“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

2 ulasan:

  1. terima kasih atas perkongsian ni .. besar pahala yang awak dapat syg .. :) alhamdulillah ..

    BalasPadam
  2. terima kasih Azwa...sama2 kita amalkan ...

    BalasPadam