Rabu, 25 September 2013

RESIPI : MAKARONI BAKAR CHEEZY


Assalamualaikum sweetie semua!

Hari ni mek nak share dengan uolls semua macam mane nak buat makaroni bakar
Ape dah tau..., takpe...kita punya versi lain dari yang awak tau tu
Tak caya...try baca sampai habis! :)

Dengan bahan2 yang sangat simple dan cara penyediaan yang sangat mudah dan sudah tentu ianya sangat lazat, yang pasti lemak berkrim disukai ramai...oooo yeahhh

Bahan-bahan yang simple tu adalah seperti berikut :-


- makaroni di rebus dan ditos
- mashroom soup campbell - 1 tin
- chesdale (3 - 4 keping)
- daging burger (2 keping) dan sosej (2) - *sosej tu sekadar option je tak nak letak pun tak mengapa deh
- 3 ulas bawang putih, diketuk dan sedikit butter untuk menumis bawang putih
- telur (1 @ 2 biji)
- ubi kentang di potong dadu ( 2 @ 3 biji)
- cendawan butang (dihiris)
- oregano & rosmery
- mozarella cheese, topping pizza dan parmesan cheese (kalau guna mozarella saje pun okey je)

ha simple je kan bahan dia *_____*

okey dah sedia bahan so kita boleh la mula untuk memasak

1) cairkan butter dan tumis bawang putih sehingga naik bau
2) masak danging burger dan sosej tadi , sehingga keduanya masak
3) masukkan cendawan butang, 1 sudu rosmery dan oregano
4) masukkan mushroom soup + 1 cawan air  dan tunggu sehingga ia mendidih
5) masukkan pula chesdale , tunggu sehingga ia cair dan kacau bagi bahan2 tersebut sebati
6) masukkan pula ubi kentang yang di dadu tadi, kacau sehingga ia sebati tunggu sehingga 5 minit dan tutup   api
7) masukkan makaroni yang telah di rebus tadi kacau rata
8) masukkan telur dan kacau rata
 
opppsss jangan lupa panaskan oven kita dalam 10 minit terlebih dahulu dengan suhu 160 darjah

9) sapukan butter ke dalam loyang
10) tuangkan bahan yang di masak tadi ke dalam loyang seperti gambar di bawah


 dan selepas itu

taburkan mozeralla cheese, pizza toping dan parmesan cheese 
DAN

bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah selama 45 minit dengan menggunakan api atas bawah ye
selepas 45 minit siap sedia untuk di ngap
nak sedap lagi taburkan pizza parmesan tadi ye
NYUMMY uollls

oohhh ye uolls tau kan ape rahsia oregano dan rosmery tu
kalau tak tau,
boleh la RUJUK SINI

okey selamat mencuba *______*






Tiada ulasan:

Catat Ulasan