Selasa, 13 Januari 2015

NOVEL : AKU, DIA dan STILETTO


Assalamualaikum semua ... :)
Rasanya lama naw naw dah aku tak buat review novel yang aku baca ...
Bz sokmo habaq hang ... :p
Kalau nak di ikutkan memang banyak dah novel yang aku baca but then tu la tak dan nak update dalam blog aku ni ...

So hari ni berkesempatan aku nak update novel terbaru yang aku baru habis baca ... still fresh lagi story line dia dalam memory aku ni kan...so better la aku update kat sini :p


Aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang ... memang tak mengecewakan novel ni ...
Berbaloi jugak la beli dan baca kan

dekat sini aku copy dari KARYA SENI dia punya sinopsis

Stiletto merah, saksi pertemuan antara Aulia dan Ashraff. Sepasang kasut tumit tinggi yang menjadi idaman Aulia disambar oleh Ashraff, si kaki perempuan. Pertemuan yang tidak dijangka seterusnya menyebabkan mereka sering bertingkah. Macam anjing dengan kucing! Pantang berjumpa mesti bergaduh. Tambah pula Si Ashraff mulut puaka kata Si Aulia. Padahal dia pun sama aje.

“Puan, I yang pegang dulu kasut ni. Kalau puan nak, puan boleh minta yang lain.” – ASHRAFF
“Banyak cantik muka awak! Saya yang tengok dulu kasut ni. Dari jauh sana lagi saya dah cup dulu kasut ni. And one more, jangan nak pandai-pandai panggil saya puan. Kenapa, saya ni macam perempuan dah berkahwin ke?!” - AULIA

Betullah kata orang, dunia ni kecil aje. Helinna, model antarabangsa merupakan kawan baik Aulia merangkap kekasih Ashraff. Kepulangan Helinna ke Malaysia membawa malapetaka kepada Aulia. Kerana salah sangka, Aulia hilang maruahnya angkara Ashraff. Malang lagi nasibnya apabila dia disahkan hamil. Lebih tragis apabila dia dipaksa kahwin dengan Si Ashraff oleh orang tuanya untuk menutup malu.
“Boleh tak kalau saya ke UK lepas kahwin?” - AULIA

“Pergilah ke hujung dunia mana pun yang you nak pergi asalkan tak ganggu hidup I dan Helly.” - ASHRAFF
“Awak tak kisah walaupun saya isteri awak?” - AULIA
“Oh, Aulia… Come on! You tahukan kenapa I nak kahwin dengan you dan you sendiri tahu kenapa you nak kahwin dengan I. Kalau bukan sebab budak dalam perut tu, you takkan kahwin dengan I.” – ASHRAFF

“Dan awak takkan kahwin dengan saya kalau bukan Helinna.” - AULIA
“Yup! Brilliant! Kalau berjauhan dengan I buat you rasa happy dan tenang, pergilah. Bila anak you dah lahir, bagi tahu I... I akan lepaskan you.” – ASHRAFF
Semudah inikah makna sebuah perkahwinan kepada Ashraff? Langsung tiada perasaan untuk bertanggungjawab atas apa yang telah dia lakukan?
“Kau nak bermadu dengan aku?” – HELINNA

“Kau sanggup? ” – AULIA
“Kalau kau madu aku, aku tak kesah sebab aku sayang dekat kau.” - HELINNA
Tegakah dia untuk bermadu dengan Helinna sedangkan dia telah merampas kekasih sahabat baiknya sendiri? Antara sahabat baik, maruah diri dan sebuah perkahwinan… Sungguh Aulia tersepit dengan apa yang dia akan lalui.

Apa hala tuju hubungannya dan Ashraff selepas Helinna mengetahui hal yang sebenarnya? Bagaimana pula dengan cinta yang baru hadir buat suaminya?
**********************************************************************************************************************************
kalau korang nak beli boleh le beli dekat SINI , free postage lagi tau & ade diskaun tambahan RM 3...jimat sangat uolls , tak payah dah nak kuar duit minyak, duit tol, duit parking , hujung jari je the next 2-3 days tunggu abang poslaju sampai hantar uolls punya novel ... :)
sekarang ni aku tengah berusaha untuk amik mood baca MY DEAR MR DIMPLE ... harap-harap rajinle nak buat entry nya nanti kan ... :)

3 ulasan:

  1. haritu yaya ada nampak novel ni.. tapi tak dpt nak beli sbb yaya dah grab 3 buah novel.. so terpaksa tunggu lain kali :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. yaya xpe next time boleh beli ... atau boleh order dekat karya seni nanti :)

      Padam